Tercatat di dalam Sirah Ibnu Ishaq , suatu ketika Sa’ad bin Muadz telah menyampaikann pidato di hadapan baginda Ar-Rasul SAW ketika hampir untuk pergi berjihad di medan Badar. Antara intipati ucapan beliau :
“Demi Allah, seolah-olah engkau, wahai Rasulullah amat berhajat atau mahu sesuatu dari kami ?, Jawab baginda : Ya, Katanya lagi : Ya Rasulullah , kami percaya dengan kamu, kami telah membenarkan risalah kamu, kami juga telah mempersaksikan kamu bahawa apa yang kamu bawa adalah benar, kami telah memberikan kepada kamu untuk tujuan itu, segala janji dan ikatan setia kami untuk dengar dan taat, teruskan wahai Rasulullah melaksanakan kehendakmu, kami tetap bersamamu, Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan kebenaran, kalaulah terbentang luas di hadapan kami lautan yang dalam dan engkau mengharunginya, maka kami akan turut harunginya bersama kamu, tidak ada seorang pun dari kami yang akan ketinggalan [berundur ke belakang], kami sekali-kali tidak akan berpaling dari bertemu musuh esoknya, sesunggunhya kami akan pasti bersabar dalam berjuang [berperang], tetap benar ketika bertemu musuh, mudah-mudahan Allah memperlihatkan kepada Engkau akan sikap kami yang dapat menyejukkan [menenteramkan] kedua matamu, maka berjalanlah ke medan jihad bersama kami di atas keberkatan dari Allah, maka baginda Rasulullah SAW merasa gembira dengan kata-kata Sa’ad dan sikap aktifnya, lantas baginda bersabda :
“berjalanlah [berangkat ke medan jihad], bergembiralah, sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepada aku dengan kemenangan salah satu dari dua golongan, Demi Allah ! seolah-olah sekarang, aku melihat ke tempat pertempuran kaum..”.Ibnu Ishaq [3/161,162]
Iltizam Tandhimi adalah terjemahan amali makna intimak kepada Harokah Islamiah, ia adalah neraca perjanjian atau bai’ah antara da’ie dan harokah, antara jundiy dan qiyadah sebagai bukti atau petunjuk amali terhadap keimanannya dengan prinsip-prinsip jamaah, visi dan manhaj bergerak jamaah. Induk utama keberkesanan dan keunggulan amal jamaie adalah iltizam yang padu antara qiyadah dan kaedah , disiplin dan patuh terhadap keputusan dan perancangan jamaah, bergerak atas polisi dan dasar organisasi samada polisi bersifat hubungan dalaman [dhakhili] atau luaran [khariji]. Organisasi menjadi ‘zumrah qalbun wahid’ [himpunan satu hati] sebagaiman kata Ar-Rasyid di dalam ‘Awaiq’ atau ibarat jasadin wahid [satu batang tubuh ] yang menangung pahit manis perjuangan sehingga ia adalah satu ‘bunyan marsus’ [binaan yang kuat] saling memperkukuh antara satu sama lain.
Ada beberapa ma’ani dan prisip-prinsip piagam komitmen berorganisasi yang dapat diistinbat dari ungkapan ini :
1. Sifat al-Mubadarah [proaktif ]
Ungkapan Sa’ad : “Demi Allah, seolah-olah engkau, wahai Rasulullah amat berhajat atau mahu sesuatu dari kami …”
Sifat proaktif adalah dinamika dalam berorganisasi. Ia amat penting dan tanda intima’ yang mendalam dan efisien komitmen terhadap jamaah. Komitmen bukan bermaksud mengongkong dan membataskan peranan individu atau mematikan ruh proaktif dan daya memimpin. Sikap proaktif adalah bukti atau tanda perasaan tanggungjawab yang tinggi di dalam memikul masuliyah, rasa sensitif terhadap halatuju dan polisi jamaah. Di dalam sebuah organisasi amat memerlukan individi-individu yang proaktif bagi memastikan jamaah terus survive dan bergerak mencapai visinya. Ini menolak pandangan sebahagian ahli gerakan yang melihat ia mengancam dinamika jamaah, atau usaha kawalan kepimpinan terhadap ahli yang dilihat membirikan idea-ideabernas dengan menghalang semangat mubadarh. Secara tidak langsung akan membunuh potensi ahli, tenaga menganggur bahkan merencatkan pencapaian jamaah.
2. Keimanan terhadap risalah.
Ungkapan “ Sesungguhnya kami telah beriman terhadap kamu dan kami telah membenarkan risalah kamu..”
Keimanan yang solid dari jundi terhadap al-qaid adalah rahsia kejayaan dalam amal jamaie. Sikap ahli yang yang yakin terhadap risalah perjuangan dan membenarkannya bahawa ia adalah risalah robbaniyah adalah satu kaedah untuk membina keiltizaman ahli. Ini merupakan motivasi terkuat untuk ahli memiliki sifat tajarrud pada dakwah dan meletakkan dakwah mengatasi kepentingan diri, hawa nafsu dan lain-lainya. Dia menjadi tentera fikroh dan dakwah dan sanggup menanggung beban dakwah untuk satu tujuan yang tinggi dengan penuh kesabaran, kethabatan dan mengekang diri dari melakukan kemaksiatan.
3. Thiqah terhadap manhaj.
“kami juga telah mempersaksikan kamu bahawa apa yang kamu bawa adalah benar”
Kepercayaan atau seqah terhadap manhaj bermaksud yakin terhadap manhaj amal dan bergerak jamaah. Antara sikap yang perlu ada pada ahli ialah hati yang tenag, jiea yang tenteram dan berlapang dada terhadap kesejahteraan manhaj dan mandate yang telah dipolisikan jamaah. Sekaligus menumbuhkan intima’ yang mendalam, wala yang benar, tazhiyyah yang mulia serta iltizam yang mundhobit [disiplin]
4. Saling berjanji setia dan berbai’ah [ ta’aahud wa ta’aaqud]
“kami telah memberikan kepada kamu untuk tujuan itu, segala ikatan janji dan piagam setia..”
Realitinya, komitmen yang diberikan pada jamaah atau tandhim tidak akan terjadi secara praktikal melainkan dengan adanya ba’iah atau ikatan janji setia sesame para du’at, juga antara jundiy dan qiyadah.Ini terbukti melalui fiqh sirah bagaimana Rasulullah SAW dan para sahabat r.a memeterai perjanjian Bai’ah Aqobah.. Mereka dari kalangan ‘Aus dan Khajraj , yang sanggup memuliakan kaun Muhajirin dan memberikan bantuan dinamakan sebagai ‘Ansor’. Bai’ah ini diikat kemas dengan sifat saling berjanji tas dasar iman dan memberikan bantuan perlindangan kepada kaum Muhajirin. Ba’iah yang berlangsung selama setahun ini telah menjadi landasan amal di dalam gerakan Islam untuk mengikat ahli dan pimpinannya agar saling berjanji setia untuk sehidup semati demi kerana Allah dan menegakkan deanullah.
5. Dengar dan Taat [ as-Sam’u wa at-to’ah]
“ untuk dengar dan taat”
‘Taat’ adalah induk dan intipati komitmen tandhimi. Sifat iltizam tidak akan direalisasikan di dalam jamaah jika ada ahli yang tidak faham konsep ‘dengar’ dan ‘taat’ dan berusaha mengikat dirinya dengan qarar-garar tandhim. [keputusan syura di dalam menentukan polisi dan dasar jamaah]. Ini diistinbatkan dari hadis Nabi SAW yang bermaksud :
“Barangsiapa yang mentaati akau, maka dia telah mentaati Allah, manakala barangsiapa yang menderhakai aku, maka dia telah menderhakai Allah, barangsiapa yang mentaati perintah seorang ketua, maka dia telah mentaati aku, begitu juga mereka yang melanggar perintah ketuanya, maka dia telah menderhakai aku..”. [Bukhari 1737 / Muslim 1835]
‘Dengar’ [as-sam’u] mendahului taat, kerana tiada ketaatan penuh sedar melainkan dengan mendengar, faham dan sedar. Tidak mungkin terhasil sifat ‘dengar’ dan ‘taat’ melainkan orang yang menguasai kehendak dirinya, dia tawaduk untuk dakwah, memiliki kefahaman yang mendalam terhadap visi organisasi dan manhaj yang terpandu. Dia juga seorang yang rela dan sepenuh hati menjadi tentera dakwah yang aktif, berjuang untuk mencapai visi dan misi organisasi, membebaskan diri dari kepentingan peribadi, sifat ego dan sombong.
6. Komited untuk merealisasikan visi jamaah.
“teruskan wahai Rasulullah melaksanakan kehendakmu, kami tetap bersamamu, Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan kebenaran, kalaulah terbentang luas di hadapan kami lautan yang dalam dan engkau mengharunginya, maka kami akan turut harunginya bersama kamu..”
Untuk mencapai target jamaah tidak terletak di bahu pimpinan semata-mata bahkan ia perlu digalas semua peringkat kepimpinan termasuk juga ahli-ahli bawahan dibawah satu panji gerakan Islam. Kepelbagaian peranan dan bidang tugas yang berbeza-beza, namun masuliyah dikongsi bersama. Jamaah ibarat satu kenderaan yang bergerak ke satu destinasi, pemandu dan penumpang sama-sama memastikan gerabak dakwah ini meluncur laju ke destinasinya. Ini menolak pandangan sebahagian ahli yang melihat kerja besar ini adalah tanggungjawab qiyadah serta berlawanan dengan konsep iman dan syariat tentang konsep ‘masuliyyah’. Firman Allah yang bermaksud:
“ dan sesungguhnya ia adalah peringatan untukmu dan untuk kaummu dan kamu pasti akan dipertanggungjawabkan..” [ Zukruf :44]
Visi jamaah yang besar ini tidak akan mampu dicapai melainkan dengan komitmen semua yang bekerja dan bertekad untuk merealisasikannya.
7. Indhibat [ disiplin ]
“tidak ada seorang pun dari kami yang akan ketinggalan [berundur ke belakang]”
Disiplin dan komited di dalam amal berjamaah adalah rahsia kejayaan dan kemenangan di dalam amal berharokah. Ia menuntut ahli berpegang kuat dengan peranan dan tugas yang diamanahkan dan tidak berlengah melaksanakannya. Ia adalah satu pengisytiharan tentang kekuatan pembinaan gerakan Islam, neraca penentu mencapai matlamat organisasi dan merealisasikan tujuan jamaah. Semua bekerja dengan satu pimpinan, satu arahan, satu hati, satu halatuju bagi mencapai matlamat yang satu. Ia tidak mungkin berlaku tanpa kemantapan disiplin tandhimi dan ukhuwwah yang mantap dan padu, yang dengannya menjadi sebab Allah memberikan kemenangan dan kejayaan.
Berapa banyak kemengagan dalam perjuangan terhasil denagn semangat disiplin dan gerak kerja amal jamaie yang solid. Ini bukan bermakna menafikan kejumudan di dalam ‘iltizam’ atau ketaatan yang membuta tuli di dalam beramal islami tetapi bagi memastikan ruh amal bergerak atas semangat ama jamaie dan khittah jamaah sebagaimana arahan Rasulullah SAW kepada Saidina Umar r.a dan para sahabat seramai 30 orang untuk menyekat dan melemahkan Bani Hawazin dengan tanah.
8. Sabar
“Sesunggunhya kami akan pasti bersabar dalam berjuang [berperang]”
Sabar adalah bekalan di jalan dakwah dan ubat kemenangan dalam perjuangan. Sabar di sini bermaksud, sabar di dalam mentaati perintah allah, sabar dalam melaksanakan tuntutan manhaj dan beban perjuangan , sabar menghadapi liku-liku kesusahan dan halangan mendatang, sabar berdepan dengan runtunan dan kehendak nafsu, sabar berdepan dengan masyarakat yang ingin dibaiki juga sabar menghadapi musuh yang tidak henti mendengki, berdendam , yang sentiasa melemah dan menghinakan kita.
Sabar adalah cahaya yang akan menerangi seseorang jalan hidayah dan jalan istiqomah. Obor sabar pula adalah meminta pertolongan dan bantuan dari Allah serta mengharap ganjaran pahala darinya.
9. Siddiq
“tetap benar ketika bertemu musuh”
Benar di sini adalah benar di dalam janji perjuangan. Benar bermaksud tidak rasa lemah, tidak rasa putus asa, tidak rasa ragu-ragu, tidak rasa menyerah kalah bahkan tetap thabat , tetap berjihad, tetap berkorban, tetap berkontribusi untuk dakwah dan jamaah. Inilah tanda mereka yang telah membenarkan janjinya dengan Allah sebagaiman ayat 23 di dalam surah Ahzab yang bermaksud :
23. di antara orang-orang Yang beriman itu, ada Yang bersikap benar menunaikan apa Yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada Yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada Yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (Apa Yang mereka janjikan itu) sedikitpun.
Mereka sekali-kali tidak menukar janji setia mereka, tidak menggadai iman dan akidah mereka, tidak menggadai prinsip dan thawabit mereka, tidak menggadai komitmen dan pengorbanan mereka, tidak menggadai matlamat dan tujuan tertinggi perjuangan mereka. Ya, Sesungguhnya orang membenarkan janjinya dengan Allah, maka Allah akan membenarkan janjinya kepada mereka.
Nah, Wahai para du’at sekalian…
Demikianlah beberapa rukun piagam amal tandhimi seperti yang dilakarkan oleh Sa’ad bin Mu’az r.a. Bagaimana pula dengan kita, sejauh mana kita merealisasikannya di saat organisasi berdepan ujian dan fitnah, di saat jamaah teruji dengan mehnah, di saat jamaah menuntut masa,tenaga, harta dan bahkan hidup kalian. Moga fiqh tandhimi Sa’ad bin Mu’az mengesani jiwa dan sikap kita. Ayuh infiruu khifafan wa thiqaala…
Tinggalkan komen