Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Jun 2010

Bergambar bersama Ex-Stam ke Universiti Al-Azhar

Beberapa hari yang lalu, saya dikunjungi bekas pelajar STAM dari SMI Hidayah Ipoh.Jaulah ini merupakan siri-siri jaulah pelajar Ex-Stam sebagaimana pada tahun lepas.Mereka datang ke SDAR seramai 18 orang. Mereka bakal melanjutkan pelajaran ke Universiti Al- Azhar dalam pelbagai bidang samada jurusan Syariah, jurusah Usuludin dan jurusan Bahasa Arab. Ada yang mendapat tajaan kerajaan negeri seperti Selangor, ada tajaan MAS (Mak Ayah support ) dan sebagainya.

Sdr. Shafizal meraikan tetamu yang hadir

Ketibaan mereka disambut saya dengan beberapa orang pelajar tingkatan 5 iaitu Sdr. Ahmad Syafiq Aizat, Sdr Hanafi, Sdr. Shafizal dan Sdr. Azrol. Saya menjamu mereka nasi lemak, keropok, kuih muih dan teh panas. Sempat berborak-borak, bercerita-cerita sebelum program taaruf dan pengisian perkongsian pengalaman.

Apa yang menarik dari jaulah ini ialah kehadiran dua orang bekas pelajar saya yang mengambil STAM iaitu Sdr.Mohd Hazrin dan Sdr. Muhamad A.D Satiman. Mereka berdua akan ke Al-Azhar juga. Seorang dalam bidang Syariah dan seorang dalam bidang Usuludin. Mereka merupakan pelajar SDAR pertama mengambil STAM dan belajar bidang agama di Universiti Al-Azhar.Sdr. Mohd Hazrin merupakan pelajar SDAR pertama mendapat Mumtaz dalam peperiksaan STAM. Sekaligus mencipta sejarah peribadi tersendiri dan merubah paradigma lulusan SBP ke aliran sastera (agama).

Menjamah sarapan jamaie

Jaulah seramai 18 orang ini adalah dalam misi bertemu dengan masyayeikh dakwah untuk menimba pengalaman, mencari momentum, melakar semangat dan himmah mendalami bidang agama. (tafaqquh fi addin). Jaulah merupakan wasilah untuk menyemai ma’ani ukhuwwah sesama para peserta di samping merapatkan ikatan jamaie sesame ahli.Kata saya pada mereka. Sdr. Muhammad A.D selaku pengerusi majlis telah memulakan bicara dan menjelaskan matlamat jaulah ini. Jaulah ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dalam amal dakwah dan bagaimana para asatizah berperanan di dalam masyarakat apabila tamat pengajian nanti.

Sesi Perkongsian Dakwah

Majlis dimulakan dengan sesi taaruf.masing-masing memperkenalkan diri dan latar belakang masing-masing.Walaupun ada yang pertama kali berjumpa, saya dapat rasakan ikatan ukhuwwah yang segar dan mekar ini. Mereka adalah bakal-bakal para ulama umat pada masa depan.

Kemudian tibalah giliran saya berkongsi pengalaman hidup. Saya mulakan dengan memperkenalkan sejarah hidup saya, kemudian sejarah dakwah dan harapan saya pada mereka selaku bakal asatizah timur tengah.
Saya simpulkan dari pengalaman hidup saya kepada beberapa noktah penting untuk menjadi manusia yang hebat iaitu :

1. Ada vision yang jelas. Visi hidup yang jelas mestilah disusun dengan rangka kerja (frame work) dan pelan tindakan yang tersusun. (action plan). Barulah impian tersebut menjadi kenyataan.
2. Konsisten. Visi tidak akan tercapai kalau tidak konsisten. Dalam bahasa tarbawi kena ada jiddiyah dan istimrariyah. Konsisten merupakan rahsia untuk menggapai kejayaan.
3. Fokus pada matlamat yang ditetapkan. Apabila kita focus pada matlamat yang ditetapkan, insya allah kita akan memperolehi hasilnya. Mereka yang tidak focus tidak akan dapat mencapai apa yang diimpikan.

Dalam berkongsi pengalaman dakwah bersama para du’at muda ini, saya menceritakan sejarah saya memperolehi hidayah, pengalaman melaksanakan dakwah, pengalaman belajar di Jordan sehinggalah saya pulang ke Malaysia. Saya nyatakan kepada mereka beberapa nasihat untuk dikongsi sebagai bekalan dalam amal dakwah dan tarbiyah .

Pertama : Berguru dengan syeikh @ murabbi. Syeikh Jum’ah Amin dalam bukunya [Addakwah Qawaid wa Usul] menyebut satu kaedah iaitu ‘tilmiz imam la tilmiz kitab’ [ pelajar kepada imam bukan pada buku]. Bermaksud setiap kita kena timba tarbiyah dari syeikh. Gali dan carilah pengalaman berharga dari para murobbi kita, damping dan dekati para syeikh ini. Ini kerana mereka sumber dakwah dan tarbiyah yang berharga dalam berkongsi pengalaman samada dari aspek memahami sejarah dakwah, pengalaman dakwah dan pedoman dan panduan buat generasi muda.

Kedua : Kuasai manhaj dan aplikasi dalam konteks amal. Bakal-bakal asatizah perlu mengusai manhaj dakwah dan tarbiyah kemudian mengplikasikannya dalam amal masyarakat. Saya menyebut pengalaman gerakan dakwah di Jordan yang berjaya menonjolkan fikrah ‘al-Islam huwa al-Hal’ [ Islam sebagai jalan penyelesaian] bukan sekadar teori tetapi dalam bentuk institusi dan masruk (projek).

Ketiga : Daie ialah Sunna’ul al-hayat [pencipta kehidupan]. Daie adalah mereka yang mencipta sejarah dakwah sebagaimana para nabi dan rasul-rasul terdahulu. Setiap dari kita hendaklah mencipta sejarah dakwah, sejarah tajmik, melaksanakan DF, mengkaderisasi generasi. Semuanya itu adalah pengalaman berharga untuk menjadi seorang daie yang hebat.

Cenderamata dari wakil Ex-Stam..Sdr. Mohd Hazrin

Sesi ketiga adalah nasihat dan harapan saya pada mereka. Saya garapkan harapan saya dalam konteks perjuangan ISMA di Malaysia dan bagaimana mereka boleh berperanan lebih dari apa yang ada pada hari ini.

Pertama : Menjadi ulama yang memimpin masyarakat. Saya kaitkan dengan penubuhan MUIS (Majlis ulama ISMA ) dan agenda perubahan yang ingin dibawa oleh ISMA. Untuk menjadi ulama yang berwibawa dan dihormati, mereka perlu menguasai ilmu-ilmu teras @ pokok (al-fiqh al-usuli ), kemudian menguasai fiqh al-muasir (fiqh semasa) dan fiqh masa depan (fiqh mustaqbali).

Kedua : Merancang agenda menjadi ulama berwibawa. Saya nasihatkan agar mereka menyusun agenda untuk melahirkan diri mereka menjadi pakar rujuk umat. Mereka perlu ada metodologi tertentu dan berfikir secara manhaji. (al-fikri al-manhaji). Kegagalan dalam menetapkan agenda akan membantutkan usaha melahirkan ilmuwan Islam ternama yang menjadi tempat rujukan umat. Saya cadangkan mereka mengkaji biografi Syeikh Yusuf al-Qardawi sebagai sample membina tokoh ulama berwibawa.

Ketiga : Berusaha memperolehi PHD [ Pakar Harakah dan Dakwah ]. Ini kerana bumi Mesir merupakan bumi dakwah. IM merupakan Harakah Islamiah Kubra [gerakan Islam terbesar] yang menjadi rujukan semua gerakan islam dunia. Saya nasihat mereka menimba sebanyak mungkin fiqh dakwah , fiqh harakah dan fiqh tarbiyah dari para duat sana.

Keempat : Melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu softskills seperti public speaking, komunikasi, kemahiran perundingan dan networking, penulisan dan ilmu-ilmu kepemimpinan. Saya tekankan bahawa para ilmuan terdahulu , mereka meninggal dunia tetapi dibelakang mereka lautan khazanah ilmu dan timbunan kitab yang berharga. Untuk menjadi ulama yang berwibawa, mereka perlu belajar menulis buku dan meninggalkan kesan pada umat. Al-Bana walaupun tidak sempat mengarang buku, namun koleksi ungkapannya dibukukan atas nama ‘Majmu’ah Rasail’. Setiap kita kena berusaha menulis buku.

Kelima : Berusaha menguasai pelbagai disiplin ilmu yang tidak terhad kepada disiplin ilmu syarak walau ke tahap Phd. Untuk menjadi pakar rujuk umat, mereka perlu membaca pelbagai cabang ilmu yang berbagai-bagai yang akan membantu dalam proses fatwa atau ijtihad. Mereka perlu membaca dan mengkaji ilmu sosiologi, antropologi, sains politik, sejarah, undang-undang, falsafah dan lain-lain lagi.

Keenam : Menguasai bahasa terutama Bahasa Arab kerana ia merupakan kunci memahami disiplin ulum syarak. Termasuk juga mampu memahami atau bertutur dalam Bahasa Inggeris. Ini kerana ia merupakan keperluan untuk berdailog dengan pelbagai sasaran dakwah yang bersifat majmuk. Dalam konteks Malaysia, mungkin setiap ulama perlu memiliki 3 kemahiran bahasa iaitu Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Kaum [ Mandarin @ kantonis @ Tamil] dan sebagainya.

Itulah beberapa perkara yang sempat saya kongsikan bersama Ex-Stam kali ini. Bilangan tahun lepas tidaklah seramai tahun ini. Namun kehadiran mereka menyuntik semangat bagi saya untuk terus thabat dan istiqamah di jalan dakwah. Saya doakan semoga mereka pulang nanti menjadi Daie yang muntij (produktif) yang akan menjadi mujammik, muassis dan muassir ( keupayaan mentajmik, mengasas dakwah dan amal, mempengaruhi dan mengesani umat ).

Bakal ulama Isma


Read Full Post »

Jom Solat

Ramai orang bercakap tentang kualiti dan menginginkan sesuatu yang terbaik. Dan tahap kualiti itu pula berbeza-beza mengikut kemampuan dan pemahaman seseorang. Ada orang yang merasakan rumah teres dua tingkatnya yang sudah diubahsuai adalah yang terbaik, sedangkan ada pemilik banglo yang belum merasai kediaman yang terbaik dan berkualiti, kerana merasakan dia mampu memiliki sebuah villa.

Begitu juga dalam urusan keduniaan yang lain, dari golongan anak-anak kecil sehinggalah orang tua dan dari sekecil perkara sehinggalah sebesar-besarnya, semuanya mahukan sesuatu yang paling baik.  Keinginan ini adalah disebabkan oleh kepuasan dan kehormatan diri serta mahukan penilaian dari orang lain.

Sebaliknya apakah kita merasakan kepuasan diri dalam beribadah, dan  bagaimana pula penilaian Allah SWT terhadap ibadah itu? Kita bersungguh untuk mendapatkan barang yang berkualiti kerana barang itu  boleh dipegang, dilihat dan dirasa. Tetapi sejauh mana iman kita untuk bersungguh-sungguh mendapat  pahala yang tidak kelihatan, dan berusaha sedaya upaya untuk tidak menambah dosa yang juga tidak kelihatan?

Pahala mendirikan solat tidak boleh dipegang dan tidak kelihatan, tetapi kualiti iman yang tinggi akan meyakini bahawa akan memperoleh lebih 27 darjat jika solat berjemaah. Walaupun pahala itu tidak dapat dipegang dan dilihat, tetapi orang yang khusyuk akan merasai kepuasan hati mendirikan solat. Apakah sama ganjaran pahala untuk orang yang tahap khusyuknya berbeza-beza? Dari Ammar bin Yasir, sabda Nabi SAW, “Sesungguhnya seorang hamba menunaikan solat tetapi tidak dtulis untuknya seperempat dan tidak sepersepuluh”, (HR Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Hibban). Sentiasa solat berjemaah dan solat yang  khusyuk itu bermaksud sentiasa menjaga kualiti  ibadah.

Di dalam rahim ibu, sistem pendengaran ialah pancaindera yang pertama berfungsi, kemudian diikuti oleh penglihatan. Setelah manusia lahir, fungsi otak untuk berimaginasi (berangan-angan) lebih aktif dari fungsi lain. Maka gabungan ketiga-tiga fitrah biologi ini sangat membantu untuk manusia memberi fokus terhadap kerja  hariannya. Solat itu adalah kerja, satu perbuatan. Bagaimana fungsi fitrah biologi boleh membantu kekhusyukan dalam solat?

Mendengar satu persatu bacaan sendiri, bermula dari takbir dan semua bacaan pada semua rukun, kemudian mendengar pula semua bacaan imam, termasuk takbir bertukar rukun, otak pasti akan memberi tumpuan kepada apa yang didengar walaupun tidak memahami bacaan itu. Manakala penglihatan yang biasanya ‘meliar’ ketika di luar solat, tetapi otak akan memberi fokus apabila mata terfokus pada tempat sujud sahaja. Proses yang sengaja berusaha kekal melihat pada tempat sujud ini, ini juga dinamakan khusyuk. Dan akan lebih bertambah  tumpuan pada ‘kerja’ solat itu, apabila mengimaginasikan Kaabah, imaginasi syurga dan neraka, serta mengimaginsaikan bentuk-bentuk ayat yang sedang dilafaz ketika solat.

Gabungan semua perkara di atas, perlukan latihan dan diulang-ulang pada solat fardu dan sunat, selain latihan menjaga pergerakan dalam solat. Jika bersenam juga mempunyai kaedah dan displin yang tertentu, tetapi mengapa ramai orang pergerakan solatnya sambil lewa?

Keinginan yang kuat untuk memastikan solat itu sentiasa mencapai kepuasan diri sendiri dan berkualiti, juga perlu kepada latihan dan tersemat dalam minda setiap kali sebelum solat.

Apa yang lebih penting ialah latihan-latihan yang disengajakan ketika solat, sepatutnya melatih minda kita sentiasa fokus dan keinginan yang tinggi untuk melakukan sesuatu perkara. Melatih telinga terhadap bacaan solat, sebagai latihan untuk istiqamah memberi tumpuan akan apa yang didengar. Ramai orang gagal mendapat maklumat kerana gagal mendengar dengan baik. Begitu juga otak yang sentiasa dilatih untuk berimaginasi, sebenarnya dengan sendiri telah merangsang otak kanan. Orang biasa lebih menggunakan otak kiri sedangkan orang hebat selalunya menggunakan kedua-dua otaknya, sedangkan kedua-dua otak boleh diaktifkan ketika solat yang berkualiti.

Sekretariat Dakwah & Sosial,
Ikatan Muslimin Malaysia

Read Full Post »

Read Full Post »

Ikhwanul Muslimin dan Persatuan Ulama Muslimin Sedunia menyeru semua bangsa Arab dan Islam, segala parti politik dan semua tenaga kekuatan kebangsaan serta manusia-manusia merdeka di dunia ini, lelaki mahupun wanita, warga tua mahupun pemuda, kami menyeru mereka untuk mempamer dan mengungkapkan penolakan secara aman mereka terhadap jenayah tak bertamaddun yang amat jelek ini.

Ikhwanul Muslimin dan Persatuan Ulama Muslimin Sedunia menyeru mereka agar mempergiatkan demonstrasi pada hari Jumaat akan datang. Ikhwanul Muslimin dan Persatuan Ulama Muslimin Sedunia turut mengundang para khatib di masjid-masjid untuk mengecam jenayah besar ini dengan menjadikan hari tersebut sebagai hari kemarahan rakyat muslim menentang musuh Zionis juga sebagai hari sokongan kepada rakyat Gaza yang ditindas namun tetap tabah lagi sabar.

Dalam hal ini, kami menyeru seluruh umat agar:

1) Bertindak dan memberi tekanan berkesan melalui pandangan umum dan wahana yang aman ke atas pentadbiran dan kerajaan-kerajaan Arab dan Islam agar mereka memainkan peranan dan tanggungjawab untuk menghentikan malapetaka ini, di samping menegaskan bahawa Baitul Maqdis dan Masjid Al-Aqsa merupakan tanggungjawab semua orang Arab dan Muslim, dan tidak boleh dijadikan bahan tawar menawar dalam perundingan.

2) Menggerakkan organisasi-organisa si antarabangsa dan tempatan serta agensi-agensi masyarakat madani untuk menghentikan segala perancangan Zionis dan memadamkan percubaan mereka untuk mencetuskan perang dunia sebagaimana yang mereka lakukan sebelumnya dalam sejarah.

3) Peri perlunya memutuskan hubungan dengan musuh Zionis sama ada dari segi politik, diplomatik mahupun ekonomi, termasuk segala tindakan berkaitan seperti menyingkirkan duta-duta mereka, menghentikan segala proses normalisasi hubungan dengan mereka dan meningkatkan keberkesanan segala bentuk boikot.

4) Membatalkan segala perjanjian yang dimeterai sebelum ini dengan tujuan perdamaian yang didakyahkan antara Zionis dan negara-negara Arab dan Islam, di samping mengisytiharkan semua perlanggaran kini yang mencabuli perjanjian-perjanji an yang dijaja ini.

5) Menyeru semua anggota parlimen di Mesir dan negara-negara Arab serta  Islam yang lain, termasuk Palestin agar mereka memainkan peranan aktif dalam menyekat perancangan Zionis untuk meng’Yahudi’kan Baitul Maqdis dan Masjid Al-Aqsa, serta mengaktifkan Biro Baitul Maqdis.

6) Mengisytiharkan Jumaat, 4 Jun 2010 sebagai hari kemarahan antarabangsa oleh semua bangsa Arab, Islam dan golongan merdeka di dunia, untuk semuanya bersatu berdiri dalam satu saf menentang Zionis, agenda dan pencerobohan mereka, juga pihak-pihak yang membantu atau menyokong mereka.

7) Melakukan seruan berterusan untuk mengulangi penyataan kemarahan menentang Zionis sebegini, sebagai satu kewajipan akhlak, kemanusiaan, cintakan tanahair, perundangan dan kebangsaan.

Kewajipan Keluarga Arab dan Muslim Dengan Isu Palestin

Pertama: Pendidik

  • Meningkatkan pengetahuan tentang Palestin (geografi, sejarah, dll).
  • Meningkatkan pengetahuan tentang penceroboh Zionis; mereka adalah manusia yang paling memusuhi kita.
  • Mengetahui kedudukan Baitul Maqdis di sisi umat Islam.
  • Mengetahui kefardhuan membebaskan Palestin dan Baitul Maqdis.
  • Mendapatkan segala buku, penerbitan dan keluaran yang mendokong isu ini.
  • Memperelokkan penyampaian maklumat yang diketahui berkenaan isu Palestin kepada anak-anak.

Kedua: Pelajar

  • Diikat akidahnya dengan Masjid Al-Aqsa dan Palestin.
  • Dididik tentang kefardhuan umat Islam membebaskan Masjid Al-Aqsa dan Palestin.
  • Mengetahui geografi, sejarah dan politik Palestin.
  • Mengetahui kewajipannya terhadap saudara-saudaranya di Palestin.
  • Meningkatkan pengetahuan tentang Zionis dan dididik untuk membenci mereka lantaran mereka adalah manusia yang paling memusuhi kita.
  • Menjadi teladan dari aspek keprihatinan, pemboikotan dan derma.
  • Memperkenalkan isu ini kepada rakan-rakan, jiran tetangga, kaum kerabat dan keluarga.
  • Mendermakan sebahagian dari belanja hariannya dan mengumpul derma daripada rakan-rakan dan kaum kerabatnya untuk Paletsin.
  • Memboikot segala barangan Yahudi atau Amerika, dan mengajak orang lain untuk memboikot.
  • Mempersiapkan kerohaniannya dengan solat fardhu berjamaah, qiamullail dan berdoa.
  • Mempersiapkan fizikalnya dengan praktis latihan fizikal.
  • Mendidiknya dengan sifat berani dan cintakan jihad.
  • Memperkenalkannya tentang faktor-faktor kemenangan dan kekalahan.
  • Membiasakan dirinya untuk berpuasa sehari dalam seminggu.
  • Hidup dengan al-Quran dari aspek bacaan, hafalan, pemahaman dan aplikasi.
  • Menyertai kegiatan-kegiatan sukan dengan nama kota atau syuhada’ di Palestin.
  • Melakukan perjalanan-perjalan an untuk meningkatkan daya tahan dirinya.
  • Menganjurkan dan terlibat dalam persidangan- persidangan khas berkenaan Palestin.
  • Menyertai kegiatan-kegiatan budaya dan kajian berkenaan Palestin.
  • Menghantar mesej peribadi berkenaan Palestin, kepada salah satu majalah atau surat khabar (sekali seminggu).
  • Menyertai radio sekolah dengan berita atau lagu untuk Palestin.
  • Menghafal dan mengulangi lagu untuk Palestin.
  • Menyertai karnival dan keraian berkenaan Palestin.
  • Mengadakan lelongan produk dan barangan anak-anak untuk disalurkan ke Palestin.
  • Menyediakan tabung dan album Palestin dan mempergiatkannya.
  • Terlibat dalam pengagihan album dan tabung, untuk memperkenalkan isu Palestin dan pengumpulan derma.
  • Mengadakan buku skrap gambar dan maklumat untuk meningkatkan keprihatinan dan kesedaran terhadap isu ini.
  • Memilih salah seorang saudaranya di Palestin sebagai ikon heroic, mengetahui maklumat berkenaan dirinya, membawa fotonya di dalam dompet, melekatkan foto itu pada nota, buku, dan meja.
  • Meyakini pertolongan Allah kepada agamanya mengalahkan kebatilan Zionis.

Diterjemahkan oleh:
Ustaz Engku Omar bin Engku Amirudin
Sumber: Ikhwan Online

Read Full Post »

Konsert DemiMu Al-Aqsa

Buat Pencinta Seni Hiburan & Nasyid Komtemporari Kami Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Seremban menjemput hadir ke Konsert DemiMu Al-Aqsa.

Salam Al- Aqsa…Palestin Fi Qalbi…

Bersatu Membantu Umat Palestin..BirRuh Bid-Dam Nufdika Ya Syaheed

YDP Isma Seremban

Read Full Post »

Read Full Post »