Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Jun 2009

Dakwah dan Fiqh Awlawiyat

khilafah

Pertama : Mafhum Fiqh Awlawiyat

Fiqh Awlawiyat atau fiqh keutamaan (prioritas)adalah dua perkataan yang di ambil dari ‘fiqh’ dan ‘awlawiyat’. Fiqh bermaksud ‘faham’. Fiqh disini bukan bermaksud pengertian fiqh disegi istilah para ahli fekah tetapi ialah satu kefahaman yang dikurniakan allah sebagai satu syarat untuk mencapai tahap kesempurnaan kebaikan dan petunjuk sesuai dengan hadis nabi s.a.w : “ sesiapa yang dikehendaki allah kebaikan ke atasnya, maka diberinya kefahaman terhadap ad-deen (agama)”.

“Awlawiyat’ pula adalah kata jamak dari ‘awla’ iaitu yang paling baik, paling sesuai, paling utama seperti yang disebut di dalam kamus-kamus bahasa ( Mukhtar as-Sihah). Maka pengertian fiqh awlawiyat ialah memahami apa yang paling utama daripada beberapa perkara dari sudut pelaksanaan. Ini bermakna memberikan hak keutamaan didahulukan pada perkara yang mesti  didahulukan daripada perkara yang lain yang utama dikemudiankan, sesuai dengan masa dan waktu perlaksanaannya.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

fathy3Alangkah perlunya dakwah dan para pendakwah pada membicarakan persoalan fiqh tarbiyah, tazkiyyah dan tau’iyah (kesedaran). Ia merupakan perkara yang diberi perhatian utama dalam pembinaan individu dengan binaan yang mutakamil (bersepadu) dan seimbang, memenuhi tuntutan semasa, cabaran, permasalahan, kehendak dan kumpulan sasaran.

Sesungguhnya kita amat-amat perlu membuat penilaian semula terhadap manhaj tarbiyah.Tidak harus bersikap tidak ambil peduli atau mengabaikannya dalam apa jua keadaan pun. Sewajarnya manhaj ini berupaya mencapai matlamat berikut :

(selanjutnya…)

Read Full Post »

DSC01621

 

Baru-baru ini saya dikunjungi beberapa orang pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran mereka ke bumi Kinanah, Mesir. Dalam pertemuan tersebut saya melontarkan beberapa perkara sebagai satu perkongsian pengalaman dakwah dan tarbiyah.

  (selanjutnya…)

Read Full Post »

Kaedah Dakwah 2

DSC00121

“La an yahdiyakallahu bika rajulan wahidan , khairul laka min humr an-ni’am”

[Dengan sebab usaha sungguhMu, allah memberikan petunjuk kepada seorang lelaki itu adalah lebih baik bagiMu dari unta merah]

Rasulullah s.a.w memberitahu kepada Ali b. Abi talib ketika ia memberikan panji pada hari Khaibar. Ali berkata : “ Atas apakah aku berjihad memerangi manusia, adakah kita berperang sehingga mereka menjadi seperti kita (muslim) ?. Maka kata baginda s.a.w : “ demi atas risalahMu sehingga kamu turun dimedan mereka ,kemudian serulah mereka kepada Islam, dan khabarkanlah mereka apa yang menjadi kewajipan ke atas mereka, demi Allah ! Dengan sebab usaha sungguhMu, allah memberikan petunjuk kepada seorang lelaki itu adalah lebih baik bagiMu dari unta merah” Hidayah allah adalah sebenar-benar petunjuk. Tidak ada selepasnya melainkan kesesatan. Ketikamana Allah memberikan perkenaan kepada sang Da’ie atas usahanya sehingga mendorong orang menerima seruannya , maka signifikan penerimaan tersebut amat mulia dan agung.

Kerana apa ia menjadi mulia, agung dan hebat ?

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Da’ie..Be A Winner

success2

 

Salam perjuangan buat para da’ie ilallah…


Be a winner’..begitulah ungkapan motivasi yang selalu kita dengar. Ungkapan yang akan meransang minda kita, nurani kita untuk sentiasa mengejar kecemerlangan di dalam hidup, kesuksesan dalam lautan dakwah dan kebahagian melalui jalan-jalan tarbawi ini.Memang benar Sang Da’ie itu, Sang Murobbi itu adalah A WINNER ( pemenang). Anda adalah pemenang, jaguh meraih anugerah keredhaan Ilahi, menjejaki puncak tertinggi iaitu Jannatul Firdaus.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

khilafah

Tulisan ini cuba menyoroti pemahaman tentang negara Islam menurut pandangan fuqaha dan bagaimana halatuju dakwah di Malaysia.

Pengenalan

Perkataan negara di dalam bahasa arab merujuk kepada istilah al-dar , al-bilad atau al-daulah. Sebuah negara diiktiraf kenegaraannya  jika ia mempunyai tiga rukun asasi iaitu kuasa pemerintah, rakyat dan kemerdekaan tanah ( wilayah). Istilah khilafah pula agak lebih khusus penggunaannya dari istilah negara Islam.

Negara Islam menurut pandangan Fuqaha Islam.

Umumnya para ahli feqah Islam membahagikan negara kepada dua iaitu Dar al-Islam dan Dar al-Harbi. Sebahagiannya membahagikan kepada tiga iaitu Dar al-Islam, Dar al-Harbi dan Dar al-‘Ahd.

Dar al-Islam

Al-Qadi  Abu Yusuf menyatakan , ‘sesebuah negara itu dianggap sebagai dar al-Islam dengan nyatanya hukum hakam Islam sekalipun majoriti adalah dari kalangan bukan Islam.Sesebuah negara dianggap dar-al-Kufr (negara al-Harbi) dengan nyatanya hukum hakam kafir di dalamnya sekalipun majoriti penduduknya adalah orang Islam’.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

jpeg1

(tulisan ini diinspirasikan dari Kembara Ukhuwwah ISMA Negeri Sembilan ke ke Pahang ( Jerantut dan Kuantan ) dan Terengganu ( Dungun dan Kemaman) pada 12 Mei (  bertolak  jam 11 malam) hingga 14 Mei 2009 ( tiba 3.30 pagi di rumah). Kami seramai 28 orang peserta dengan menaiki  5 van dan sebuah kereta.)

 

Salah satu teknik untuk memikat para mad’u ( sasaran dakwah) ialah dengan mengembara bersama. Dari sini kita dapat mengenali peribadi, sikap, perlakuan dan berlaku komunikasi dua hala dengan sasaran dakwah. Secara tidak langsung memudahkan proses menyampaikan maklumat , interaksi positif di samping merapatkan ikatan mahabbah dan kasih sayang.

Dalam konteks berjamaah, mengembara atau bermusafir ( jaulah @ rehlah ; istilah tarbawi), ia adalah platform atau wasilah untuk mengukuh ikatan ukhuwwah. Melaluinya seorang da’ie dapat memahami akhlak teman sefikrahnya secara dekat. Dengan ini dia akan mencari titik persamaan dan menjauhi titik perbezaan yang boleh mengeruhkan maani ukhuwah islamiah samada sesama ahli atau antara ahli dan pimpinan.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

quantum

Kaedah 1 : Mulai dari yang terakhir

Wilayah Niat

 

Dalam tulisan yang lalu saya menjelaskan kepentingan organisasi dakwah mempunyai visi dan misi dakwahnya.Visi merupakan cita-cita terakhir yang ingin dicapai. Ia menuntut organisasi tersebut merangka misi dan pelan perancangan bagaimana ingin mencapai perkara tersebut.

 

Warisan as-Sunnah SAW telah menunjukkan perkara tersebut menerusi hadis pertama matan ar-baeen an-Nawawiyah di mana allah dan rasulnya mengarahkan kita untuk membangunkan visi di dalam setiap amal kita. Rasulullah s.a.w bersabda :

 

“ Sesungguhnya setiap amal tergantung kepada niat, setiap orang mendapat pahala atau balasan berdasarkan apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana mencari redha Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya adalah untuk mencari redha Allah dan Rasulnya. Dan barangsiapa hijrahnya demi dunia yang ingin diperolehinya atau wanita yang ingin dikahwininya, maka ia mendapatkan apa yang ia niatkan”. ( r.a Bukhari melalui jalan Umar al-Khattab ).

(selanjutnya…)

Read Full Post »

jpeg2

Pusat-pusat asuhan adalah pilar yang sangat penting dalam batang tubuh organisasi dan jamaah.Ia adalah sumber kekuatan dakwah dalam berdepan dengan segala perencanaan musuh.Pusat asuhan ini juga merupakan markas utama bagi membangunkan pengupayaan (capability building) organisasi dan para kader dakwah.Ia juga menjadi mata rantai penghubung antara ahli dan pimpinan bagi mendelegasikan tugas dan peranan ahli.Pusat asuhan dan tarbiyah inilah kita namakan USRAH.

Imam al-Bana di dalam risalah usrahnya menyatakan :

“ Islam amat menitik beratkan pembentukan usrah dikalangan ahli-ahlinya dan mengarahkan mereka supaya menjadi model dan contoh terunggul, menguatkan ikatan mereka dan mengangkat tahap persaudaraan mereka dari perkataan dan teori kepada perbuatan dan praktikal..”

(selanjutnya…)

Read Full Post »

 

ikhwan

Dalam mengoperasikan kerja dakwah di lapangan amal, kita menemui dua approach (pendekatan) iaitu

  • Dakwah Fardiyah ( dakwah secara individu)
  • Dakwah Jamaiyyah (dakwah secara berjamaah

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Older Posts »