Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for September 2013

USRAH MUNTIJAH [Siri 1 ]

usrah

Usrah merupakan wasilah terpenting di dalam proses tarbiyah. Usrah menjadi batu bata pembinaan jamaah. Ia ibarat jantung kepada tanzim bagi menggerakkan segala amal jamaah bagi memastikan segala ahdaf jamaah tercapai.

Para Syuyukh Ikhwan meletakkan usrah sebagai wahana induk di dalam wasilah tarbiyah. Syeikh Hasan al-Hudhaibi pernah menyatakan :

Sistem usrah tidak lain merupakan realisasi hakikat Islam di kalangan Ikhwan. Jika mereka telah merealisasikan hal ini pada diri mereka, maka benarlah mereka  akan menanti datangnya pertolongan Allah kepada orang-orang yang beriman..”

Pemikir dakwah Dr. Ali Abdul Halim Mahmud menjelaskan bahawa “ Tarbiyah melalui sistem usrah merupakan tarbiyah yang tidak boleh ditukar ganti dengan cara lain..”. Manakala Ustaz Mustafa Mahsyur pernah menyatakan      “Kewujudan usrah tidak ada titik akhirnya walaupun daulah Islamiyah ditegakkan.”.

Jelas sekali peranan dan kedudukan tarbiyah terutama operasi usrah tidak boleh diabaikan walau apa pun posisi gerakan Islam samada berada di mehwar ta’sis, mehwar infitah atau ketika di mehwar daulah.

Namun sering kali menjadi persoalan muncul, bagaimana menjadikan usrah kita, usrah yang muntij. Apakah indikator usrah muntij dan bagaimana menjayakannya. Keutamaan melahirkan usrah yang muntij penting bagi merealisasikan ahdaf jamaah dan memastikan sumber daya jamaah terus berkontribusi, kompeten dan beraksi aktif dan produktif di semua fasa-fasa jamaah.

Kriteria usrah yang muntijah diukur dengan dua kriteria penting  iaitu :

  1. Wujudnya dinamika usrah iaitu proses perjalanan usrah berjalan lancar, menarik dan tidak menjemukan.
  2. Wujudnya produktiviti iaitu tercapainya matlamat usrah.

Usrah yang muntij ialah usrah yang mempunyai skala dinamika yang tinggi dan skala produktivitinya yang tinggi. Ia menjadi usrah yang prestasinya amat baik dan menjadi idaman dan impian semua rijal dakwah. Dalam dunia pengurusan disebut  management by objective [pengelolaan usrah berdasarkan objektif] dan management by process. [pengelolaan berdasarkan proses]. Kedua-dua ini penting bagi keberhasilan  usrah muntij.

Kenapa dinamika dan produktiviti menjadi faktor pengukur usrah muntijah ?. Ini kerana kejayaan usrah dilihat pada proses dan outcome (hasil capaiannya). Tunggak utama menjayakan usrah muntijah terletak pada tangan para murobbi.  Namun  kekadang para murobbi gagal mehadirkan dinamika usrah muntijah. Satria Hadi Lubis di dalam bukunya ‘Menggairahkan Perjalanan Halaqah’ menyebut kemungkinan berlaku demikian disebabkan :

  1. Terjebak dalam keadaan secara rutin iaitu murobbi yang mengendalikan usrah tanpa faham tujuan  dan matlamat usrah.
  2. Sibuk dengan aktiviti dakwah umum yang lebih gegak gempita.
  3. Kesibukan dengan urusan duniawi.
  4. Terpesona dengan bilangan kuantiti.
  5. Meraskan bahawa usrahnya tidak ada masalah.
  6. Kurang motivisi dan peringatan  dari jamaah dan ikhwah pimpinan.
  7. Terbuai dengan nostalgia masa lalu

Bagaimana mewujudkan usrah yang dinamik dan produktif ?

Bagi merealisasikan usrah yang dinamik perlu kepada tips berikut iaitu :

  1. Pelbagaikan variasi dari aspek sistem belajar, metod penyampaian, media belajar, bahan pengajaran, agenda usrah,waktu pertemuan, tempat pertemuan dan komposisi ahli usrah.
  2. Keteladan murobbi di dalam memutabaah, memu’aysyah dan mengevaluasi mutarobbi.
  3. Mempelbagaikan wasilah tarbiyah di dalam dan luar halaqah .
  4. Miliki kemampuan komunikasi secara berkesan.
  5. Buat laporan data perkembangan ma’du.
  6. Buat agenda infaq.
  7. Buat jaringan komunikasi
  8. Buat berita haloqah.
  9. Buat pergiliran tempat usrah.
  10. Berikan bahan yang sesuai
  11. Buat acara khusus menilai perjalanan haloqoh bersama mad’u.
  12. Jangan adakan halaqoh di tempat yang berisiko.
  13. Buat agenda halaqoh dan laksanakan secara konsisten.
  14. Buat wajibat amali.
  15. Adakan program amali
  16. Delegasikan tugas anda di halaqoh
  17. Jangan tinggalkan mabit bersama mad’u.
  18. Sempatkan waktu berehlah bersama
  19. Sesekali adakan acara mukhayyam.
  20. Berikan tugas yang ada kesempatan berkreasi.
  21. Murobbi perlu pandai berdiplomasi untuk menjaga amniyah dakwah.
  22. Cungkil bakat dan potensi mad’u.
  23. Jangan bertangguh menyelesaikan masalah.
  24. Bina zatiah ma’du.
  25. Pindahkan ma’du jika anda tidak sesuai dengannya.
  26. Jangan biarkan mad’u mengidolakan anda.
  27. Tumbuhkan kepercayaan dalam diri mad’u.
  28. Jangan terpengaruh dengan jumlah kehadiran mad’u.
  29. Jangan merasa memiliki mad’u.[hak punya kita]
  30. Berilah harapan syurgawi dan duniawi.
  31. Ingatkan mereka selalu ikhlas.
  32. Ransang mad’u untuk berdakwah dan memiliki mutarobbi.
  33. Berterusan melatih kreativiti anda sebagai Murobbi.

Usrah yang dinamik adalah usrah  yang wujud di dalamnya :

  1. Suasana yang inovatif dan kreatif dalam proses pembelajaran dan pengajaran sehingga melahirkan tarbiyah yang muntijah.
  2. Komenter-komentar kerinduan yang dahagakan waktu pertemuan usrah, mengapa usrah tidak dijalankan secara kerap.
  3. Ingin berlama-lama di dalam usrah. Murobbi dan anak buah hadir lebih awal dan pulang lebih lambat dari jam yang ditentukan.
  4. Kehadiran ahli yang tetap dan rutian. Tida ada ahli yang hobinya datang lewat atau tidak hadir tanpa alas an syarie.

Produktiviti Usrah Muntijah

Produktiviti usrah ialah hasil capaian usrah dari sudut kuantiti dan kualiti dari sasaran matlamat yang ditetapkan. Ia diukur pada 3 elemen berikut iaitu :

  1. Pertambahan kenaikan ahli di setiap mustawa tarbawi melalui proses taseid .[ pemeringkatan].
  2. Terbinanya pembinaan murobbi.
  3. Berlaku pengembangan potensi mutarobbi.

Kenapa produktiviti usrah tidak tercapai walaupun pelaksanaan usrah bertahun-tahun ?

  1. Murobbi tidak tahu dan faham tujuan usrah .
  2. Terperangkap dengan proses. Proses di sini bererti human oriented. Usrah yang berorientasikan proses ini tidak melihat kepada objektif dan marhalah. Ia terjebak kepada merasai nikmat muayasyash semata-mata tanpa ada taqyim bagi mencapai muwasofat mustawa dan matlamat jamaah.
  3. Kurang semangat bersaing untuk mengejar kebaikan.
  4. Percaya kepada takdir bahawa maju atau mundur usrah adalah ketentuan allah.
  5. Kurangnya motivasi murobbi dan mutarobbi di dalam menggahirahkan perjalanan usrah agar produktif.

Justeru dinamika dan produktif adalah kayu ukur penting bagi mencapai usrah muntijah.  Ia tercapai dengan perkara berikut :

  • Tawazun
Semua para pelaksana usrah perlu merancang agenda yang seimbang bagi mencapai 3 tujuan usrah iaitu : Pemeringkatan ahli, pengembangan potensi mutarobbi dan pembentukan murobbi.
  • Qudwah
Qudwah murobbi terhadap mutarobbi. Begitu juga qudwah sesame ahli usrah.
  • Keikhlasan
Semua ahli mengharapkan redha allah, menjauhi sifat riya dan menghindari dosa dan maksiat.
  • Mencipta kemenangan kecil
Mencipta kemenangan kecil bermaksud berusaha mencapai tujuan usrah iaitu suasana yang membangkitkan perasaan percaya diri. Wujud suasana tanasuh sesama ahli.
  • Bersifat dinamik
Variasikan metod pembelajaran dan pengajaran. Sentiasa kreatif dan inovatif sehingga usrah tidak menjemukan.
  • Keaktualan dan membumikan fikrah
Tarbiyah yang hidup dan segar dalam bentuk praktikal dan membumikan amal. Ia bukan sekadar  perbincangan kosong yang tidak berpijak di bumi yang nyata.

Ada 7 persiapan  praktikal yang boleh dilakukan oleh murobbi  bagi merealisasikan usrah muntijah iaitu :

  1. Cipta ‘kemenangan kecil’
  2. Buat kejutan ketika kendalikan usrah. Contohnya memberikan hadiah kepada mutarobbi sempena hari lahirnya.
  3. Menyiapkan bahan taujih
  4. Menyediakan alat-alat evaluasi bagi mencapai tujuan usrah.
  5. Bersedia dari sudut maklumat yang ingin disampaikan kepada mutarobbi.
  6. Mengikhlaskan diri.
  7. Pastikan tahap tubuh sentiasa sihat , segar dan bertenaga.

Apakah instrumen pentaksiran keberhasilan usrah yang muntij?. Antara bentuk format instrumen  pentaksiran keberhasilan pengukuran usrah yang muntij ialah diukur pada 4 elemen berikut :

  1. Implimentasi Manhaj
  2. Proses Tarbiyah
  3. Capaian Mustawa
  4. Pembinaan Murobbi

Instrumen Pentaksiran Keberhasilan Usrah Muntij

1.      Instrumen Manhaj

No Komponen Huraian Ya Tidak
1 Usrah melaksanakan kurikulum sesuai dengan manhaj tarbiyah Manhaj Tarbiyah yang baharu
2 Usrah menilai manhaj “Belajar adalah satu proses”. Pakej kurikulum manhaj tarbiyah belum sempurna. Perlu ditambah secara konstruktif dan kritis.
3 Mutaba’ah .ala tatbiq. Usrah menmantau pelaksanaan manhaj Mutabaah semua pakej wasilah yang dilaksanakan
4 Mutaba’ah ‘ala istijabah nahwa tatbiq manhaj Mutabaah segala respon peserta terhadap manhaj.
5 Mutaba’ah ‘ala tafa’ul Memantau interaksi ahli terhadap manhaj yang berkaitan struktur, murobbi dan ahli usrah.
6 Mutaba’ah ‘ala tatshir Melihat sejauh mana manhaj memberi kesan kualiti peningkatan ahli dan organisasi.
7 Kurikulum Tarbiyah Manhaj yang ada objektif umum dan khusus, nota ringkasan, powerpoint, peta minda, ujian pengukuhan dan aktiviti pembelajatan
8 Mutabaah ‘ala nataij tarbiyah Melihat sejauh mana outcome tarbiyah tercapai bagi mencapai ahdaf jamaah.
9 Pengurusan  Tarbiyah Struktur organisasi, perancangan dan fail-fail mustawa
10 Pengembangan Adanya  daurah irtiqa’ mustawa dan daurah raf’ul kafaah. [meningkatkan ahli sesuai dengan keperluan jamaah serta membina kompetensi diri ahli]
11 Pemberian reward dan hukuman Merit dan demerit secara akurat dan menepati sasaran
12 Mengenalpasti masalah pengurusan usrah Mengkaji, menganalisa dan mencari solusi sehingga menjadi efektif.
13 Pengembanagn usrah yang efektif Pengembangan potensi ahli dan murobbi
14 Target Fokus tarbiyah Adakah fokus tarbiyah

Model Proses Usrah

INPUT

PROSES

OUTPUT

OUTCOME

Mukmin Abid

Daie Mutaharik

Mujahid Mundhobit

Mujammik Muathir

   

Manhaj

Murobbi

Mutarobbi

  

 

 

Dinamik

  

 

 

Produktif

Intimak Jamaie Syakhsiah Muslim

Biah Pengembangan

USRAH MUNTIJAH

Peranan Murobbi dan pengurus tarbiyah ialah memastikan tugas tarbawi dan tugas idari berjaya dilaksanakan bagi merealisasikan usrah muntijah.

 

 

 

Read Full Post »