Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Januari 2014

Tarbiyah

Mafhum

Usaha seorang murobbi atau individu yang berada di dalam tanzim amal jamaie mentajmik mad’u dengan tujuan  untuk memilih anasir-anasir  yang baru  ke dalam sof dengan usaha menariknya kepada fikrah melalui cara mentarbiyah dan mentakweennya sehingga akhirnya dia berintima’ kepada tanzim tersebut.

Murobbi tersebut memanfaatkan segala kemampuan dan potensinya di dalam membina hubungan fardi dengan mutarobbinya sehingga dia berjaya mengemukakan fikrahnya dan menyakinkan mutarobbinya untuk menerima fikroh tersebut.Proses tersebut mengambil kira faktor kesesuaian masa dan dzuruf lingkungan mutarobbi sehingga memberikan keyakinan kepadanya untuk menerima tawaran risalah dakwah tersebut.

Urgensi Tarbiyah Fardiyah

Kepentingan tarbiyah secara fardiyah ini telah dibuktikan melalui pendekatan dakwah ar-Rasul SAW di dalam metodologi pembinaan rijal terutama di marhalah awal dakwah baginda. Ternyata tarbiyah fardiyah ini melahirkan para rijal dan kader dakwah yang menjadi tulang belakang[Qaedah Sulbah] kepada perjuangan baginda.

Terdapat ayat-ayat al-Quran yang memberikan taujih dalam bentuk khitob fardi. Begitu juga taujihat Rasulullah SAW melalui hadis-hadis baginda. Antaranya :

Firman Allah :

Surah Fussilat : 33

33. dan tidak ada Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”

Surah Syura : 15

15. oleh kerana Yang demikian itu, maka serulah (Mereka – Wahai Muhammad – kepada berugama Dengan betul), serta tetap teguhlah Engkau menjalankannya sebagaimana Yang diperintahkan kepadaMu, dan janganlah Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka..

Surah an-Nahl : 125

125. serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.

Hadis yang bermaksud :

“ Barangsiapa yang melakukan kemungkaran, hendaklah dia mengubah dengan tangannya, jika tidak mampu ubahlah dengan lidah, jika tidak dengan hati, itu dalah selemah-lemah iman.”

Syarat menjayakan Tarbiyah Fardiyah

Antara pra-syarat menjayakan tarbiyah fardiyah ialah :

Pertama : Manhaj yang salim [metod yang betul] , yang mampu melahirkan para rijal dan kader dakwah sehingga memungkinkan kepada pembentukan sebuah generasi Islam. Manhaj tersebut mesti bersifat holistik, syumul, tawazun di dalam semua aspek fikri, ruhi dan suluki .

Kedua : Qudwah Hasanah, iaitu contoh unggulan dari para murobbi di dalam mendidik para mutarobbi. Murobbi qudwah adalah pra-syarat keberhasilan proses tarbiyah fardiyah. Ini kerana mutarobbi dapat melihat contoh-contoh hidup berkaitan Islam melalui kehidupan murobbinya. Murobbi tadi perlu bersikap wara’, bertaqwa dan beramal dengan ilmu yang disampaikannya kepada mutarobbinya.

Ketiga : Bi’ah Solihah  iaitu pengaruh lingkungan yang mempengaruhi proses pembinaan mutarobbi. Murobbi perlu menyediakan suasana-suasana tarbawi kepada mutorobbinya sehingga mampu meningkatkan mustawa mutarobbinya terutama di marhalah takween.

Keempat : Tajarrud, sifat tajarrud murobbi terhadap dakwah dan kesungguhannya untuk menyampaiakn risalah dakwah adalah sebab menjayakan tarbiyah fardiyah. Sifat tajarud tadi menjadikan murobbi menfanakan dirinya untuk dakwah, berkorban demi dakwah, berfikir untuk dakwah dan mengutamakan dakwah dari maslahat peribadi demi untuk membina keperibadian mutarobbinya.

Kelima : at-Tadarruj. Murobbi perlu beransur-ansur di dalam mendidik mutarobbinya. Dia menekankan aspek akidah sebelum ibadah, membina aspek ibadah sebelum manhaj kehidupan, mengutamakan perkara-perkara yang bersifat kulliyat sebelum yang bersifat juziyyat.

Keenam : Menggunakan uslub tarbiyah yang halus dan lembut. Seorang murobbi perlu bersabar dengan kerenah mutorobbinya, bijak menangani situasinya, menggunakan uslub halus dan lemah lembut di dalam membaiki kelemahan dan kekurangan mutarobbinya. Sabar dengan mad’u adalah kunci kejayaan tarbiyah tersebut.

Wasilah

Murobbi perlu menggunakan pelbagai cara dan kaedah sesuai dengan mustawa mutarobbi dan marhalah yang dilaluinya. Ia mesti berlaku di dalam setiap liqo’ [pertemuan]  dengan mengambil kira kesesuaian masa dan tempat serta berterusan me’mutaba’ah’ mutarobbinya samada dengan proses mukholatoh[bergaul], mu’ayashah  [hidup bersama] sehingga dia mampu menilai perkembangan mutarobbinya.

Antara contoh-contoh tersebut bagi menjayakan pertemuan ialah mengadakan halaqah di masjid, menjemput makan, memberikan buku kepada mutarobbi, diskusi ilmu dan sebagainya.

Kesan terhadap individu

Tarbiyah fardiyah adalah wasilah yang paling berjaya dan paling efektif di dalam melahirkan kader dakwah. Wasilah ini merupakan cara yang terbaik dalam berinteraksi dengan mad’u [mutarobbi], memberikan tumpuan kepada mutarobbi dan menghasilkan natijah untuk dakwah. Selagi mana Murobbi memberikan masa yang banyak kepada mutarobbi selagi itulah hasilnya berlipat kali ganda dan menjadi semakin efektif.

Sifat yang perlu ada pada Murobbi

Antara sifat yang perlu ada pada seorang Murobbi bagi melayakkannya untuk tarbiyah fardiyah ini ialah ;

Pertama : Al-fahmu as-syamil al-kamil li malamih islam wa ila ma yad’u ilaihi. Murobbi perlu memiliki kefahaman yang syumul  dan lengkap terhadap intipati ajaran Islam juga terhadap seruan dakwah yang ingin disampaikannya. Murobbi perlu menguasai kefahaman berkaitan ulum syara’ dan ulum dakwah bagi memudahkan proses mendidik mutarobbinya. Jika mutarobbinya tidak merasa sesuatu peningkatan dari sudut kefahaman dan ilmu, ia akan membawa kecacatan di dalam aspek pentarbiyahan individu muslim. Justeru seorang Murobbi meningkatkan keupayaan dirinya sebagai murobbi agar menjadi ikonis kepada mutarobbinya serta rujukan di dalam setiap perkara.

Kedua : Suluk Imani. Perilaku imani yang diterjemahkan dari kefahaman  yang syumul tadi. Bahasa qudwah lebih mengesani berbanding bahasa lisan. Penterjemahan amali seorang murobbi di dalam kehidupannya,tindak tanduknya, perilakunya dan sikapnya adalah bukti kesan iman kepada kehidupan murobbi. Ini akan menjadi qudwah solihah kepada mutarobbinya. Murobbi tadi adalah contoh hidup kepada Islam.

Imam al-Bana mengungkapkan ia sebagai seorang ad-Da’iyah al-Mujahid yang bersiap siaga dengan segala persediaan, mengambil kira sebab-sebab yang menghasilkan segala kekuatan, sentiasa berfikir, tinggi ihtimahnya dan sentiasa bersiapsiaga.

Imam Syafie pernah berkata :

“Barangsiapa yang memberikan peringatan kepada saudaranya dengan perkataan , maka sesungguhnya dia telah memberikan petunjuk”.

Terbukti qudwah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW menjadi faktor keberkesanan kejayaan tarbiyah baginda. Ketika ditanya kepada Saidatina Aisyah R.A, bagaimana akhlak baginda, dijawabnya ‘Khuluquhu al-Quran” [akhlak baginda adalah al-Quran]. Al-Quran menjadi parameter terjemahan amali Islam yang ditampilkan pada sisi akhlak baginda. Al-quran adalah penterjemah amali kehidupan baginda. Para sahabat r.a melihatnya dan akhirnya mereka tercetak dengan cetakan al-Quran lalu jadilah mereka sebagai al-Quran yang hidup, yang  bergerak dan berjalan di atas bumi ini. Para murobbi perlu mencontohi kehidupan baginda ar-rasul dan melalui manhaj ini. Justeru faktor qudwah adalah  faktor kritikal bagi menjayakan proses pentarbiyahan individu

Ketiga : al-khibrah binnufus [memahami tabiat psikologi (jiwa) manusia]. Medan bekerja murobbi ialah membaiki jiwa manusia. Peranan murobbi ialah mengubah jiwa mutarobbi menjadi lebih baik. Itulah matlamat tarbiyah yang sebenarnya iaitu islah an-nafs.

Murobbi perlu menguasai seni berta’amul denga jiwa manusia, menggunakan uslub yang sesuai, bersabar dengan kerenah mwereka sehingga tiba dan waktunya yang sesuai untuk berubah. Rasulullah SAW sebagai seorang murobbi adalah orang yang paling arif dan bertpengalaman tentang selok belok jiwa manusia. Beliau bertindak dan mendidik para sahabat r.a dengan memahami tabiat psikologi jiwa mereka. Di dalam satu hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari daripada Ibnu Mas’ud r.a pernah berkata : “Bahawa Nabi SAW mengambil kira masa untuk memberikan peringatan kepada kami pada setiap hari, dibimbangi kami merasa bosan dan jemu..”. Nah, Rasulullah SAW seorang murobbi yang faqih dan arif tentang tabiat jiwa manusia. Imam al-Bana pernah didatangi oleh seorang akh yang ingin mengadu segala permasalahan. Maka jawab al-Bana : “ Bersikap  mudahlah terhadapnya dan bertawakkal kepada Allah di dalam urusan kamu. Namun akh tadi berkeras untuk terus menjelaskannya. Jawab al-Bana : ‘aku mengerti..”. Lantas akh tadi berkata : “Jadi, aku rasa amat bahagia selagi kamu mengetahuinya. Ini contoh bagaimana seorang sikap murobbi yang memahami psikologi mutarobbinya. Pelajaran yang dapat difahami ialah seorang murobbi perlu memiliki seni memahami psikologi mutarobbi.

Beberapa kaedah asas di dalam tarbiyah.

Pertama : ar-Rifq [lemah lembut] : Uslub ar-rifq [lemah lembut] dan menjauhi kekerasan dan kekasaran adalah asas di dalam berinteraksi dengan mad’u atau mutarobbi. Menawan hati di dahulukan dari menawan akalnya. [kasbul qulub qobla kasbul u’qul]. Firman allah di dalam surah Ali-Imran ayat 159 yang bermaksud :

159. maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.

Kedua : Menjauhi sikap mengeji, mencela dan mencerca. Mendidik dan berdakwah ke jalan allah tidak tegak dengan cara mencerca, mencela dan mengeji tetapi dengan sikap saling nasihat menasihati, saling memohon ampun antara satu sama lain dan sentiasa penuh dengan bimbingan yang baik. Pernah sahabat kepada Ibnu Simak berkata kepadanya : “bahawa janji antara  kita berdua besoknya adalah saling cela mencela”. Jawab Ibnu Simak : “ bahkan  antara kita berdua besoknya ialah saling memohon ampun  sesama kita..”

Ketiga : Tarbiyah adalah tamhid wa tasywiq [ introduksi dan menarik minat]. Kaedah merupakan kaedah yang tetap dan tidak berubah. Tarbiyah tidak boleh  dilakukan secara paksa tetapi dengan cara menarik minat dan dimulakan dengan introduksi [pengenalan]. Seorang murobbi perlu bersabar kerana hasilnya mungkin lambat dan memakan masa. Kunci kejayaan tarbiyah ialah kesabaran.

Keempat : Beri dorongan [tasji’] . Dorongan yang diberikan oleh seorang murobbi kepada mutarobbinya akan menambahkan semangat dan dorongan untuk beramal.Sikap inilah yang ditunjukkan oleh baginda ar-Rasul SAW di dalam sirahnya ketika diberitakan tentang keadaan Suhaib ar-Rumy yang berangkat berhijrah ke Madinah lalu menyerahkan barang dagangan kepada angkatan Quraish demi kerana Allah . Lalu baginda bertemu dan mengucupnya lantas berkata : “beruntunglah engkau wahai Suhaib..beruntunglah wahai Suhaib..”.

Ya , dakwah dan tajmik perlu dibina atas asas binaan yang kuat dan kukuh. Dengan binaan yang kuat dan kukuh inilah akan meluasnya ufuk  dakwah. Ia perlu kepada rijal atau Qaedah sulbah yang sanggup menanggung beban dakwah yang besar ini. Tanpa tarbiyah dan tarkiz [penumpuan], maka tidak akan terbentuk anasir-anasir yang kuat, kukuh yang diperlukan tanzim. Imam Hasan al-Bana sedar dan faham kepentingan peranan tarbiyah untuk membina rijal  dakwah dan harokah lalu beliau mengungkapkannya di dalam risalah muktamar kelima, katanya :

“Persiapkanlah diri kamu, bersedialah menerima tarbiyah yang betul dan ujian-ujian yang ketat, kamu pasti akan diuji dengan tugas -tugas yang berat,  jijik dan sukar, sedikit demi sedikit merungkai  keterikatan kamu dengan belenggu syahwat dan kebiasaan hidup”.

Rujukan :

Kaifa Nad’u ila Islam : Fathi Yakan, Musykilat dakwah wa da’iyah : fathy Yakan, Rasail fityan ad-dakwah : Jasim Muhammad Muhalhil Yasin

Read Full Post »

read-quran-recharge-your-iman

Definisi :

  1. Lemah hubungan dengan Allah,berinteraksi dengan al-Quran dari sudut tilawah,memahami dan beriltizam dengannya.Juga lemah aspek ibadah.
  2. Penyakit ini adalah ibu segala permasalahan kepada penyakit -penyakit amal islami.
  3. Lemah hubungan dengan Allah seperti tidak menjaga hukum dan syariatnya sehingga membswa kepada sikap melulu,terjebak kepada futur dalam ibadat dan amal harakah dakwah,tidak menjaga rahsia jamaah,cinta kepada dunia,mencari kedudukan dan jawatan bahkan membawa kepada pertikaian.
  4. Lemah aspek ruhi akan melemahkan keseqahan orang lain terhadap daie tersebut bahkan menjadikannya bersikap ambil mudah dan longgar untuk beriltizam dengan kewajipan syarak, kewajipan tanzim dan harokah.
  5. Kesannya jamaah mudah dibolos oleh musuh dakwah dan jamaah.

Tanda lemah aspek ruhi :

  • Terhenti untuk melaksanakan wirid quran seperti membaca minima satu juzuk al-Quran setiap hari.
  • Kurang menunaikan solat-solat fardhu di masjid.
  • Kurang berqiamullail atau langsung tidak melakukannya.
  • Meninggalkan puasa-pusa sunat seperti puasa isnin dan khamis setiap minggu.
  • Kurang mengakhiri solat untuk bertasbih,bertahmid dan bertakbir.
  • Kurang atau ketiadaan untuk mengalirkan linangan air mata dan menangis ketika membaca al-Quran dan bermunajat.

keracunan_tvSebab-Sebab :

  1. Sibuk dengan hal-hal keduniaan, tidak ada atau cukup masa untuk meningkatkan ruhiyyah diri dan mengukuhkan hubungan dengan Allah.
  2. Penat bekerja sehingga melemahkan tubuh badan untuk beribadat,menghabiskan lewat-lewat malam dengan menonton TV dan cakera VCD, tidur lewat sehingga terjejas solat subuh.
  3. Lalai untuk zikrullah dan muraqobatullah sehingga sukar khusyuk di dalam solat.
  4. Terpedaya dengan bisikan-bisikan syaitan yang mengarah kepada kejahatan dan kelalaian.
  5. Berteman dengan sahabat yang tidak soleh.
  6. Berlebihan di dalam makan sehingga membawa banyak tidur yang mengekang diri untuk berqiamulail. Ujian bagi seorang dai’e ialah apabila dia memenuhi bejana perutnya dengan makanan. Pepatan menyebut : “siapa yang  kuat makan akan kuat tidur, orang yang kuat tidur akan mendapat kerugian yang banyak”.
  7. Tenggelam dengan gegak gempita dunia politik dan mencari populariti sehingga tidak ada masa untuk Allah, mentadabur kitab allah, melakukan ibadah-ibadah sunat dan bertilawah.
  8. Hati yang keras  sehingga tidak memberi bekas dan kesan di jiwa. Mendengar kalamullah [ayat-ayat  al-quran] tetapi tidak mampu melembutkan jiwanya dek kerana hati sudah menjadi keras.
  9. Tidak dapat menjaga gejolak syahwat batin dan syahwat kemaluan.

Solusi :

  1. Mendidik akh tentang pelajaran-pelajaran berkaitan zuhud di dunia dan mendorongnya agar bersifat zuhud, mengingatkan juga sikap berwaspada dari terjatuh kepada cintakan dunia.
  2. Selalu menyebut hal-hal orang yang sentiasa mengingati Allah dan bagaimana mereka menjaga hati mereka dengan allah. [berzikir kepada Allah]
  3. Mengubati jiwa yang keras dengan titipan ayat-ayat Quran yang akan mendorongnya untuk sentiasa berzikir kepada Allah.
  4. Memilih teman yang soleh.
  5. Sentiasa Isti’azah [Meminta pertolongan dan perlindungan] dari gangguan syaitan.
  6. Kurang makan dan tidak berlebihan untuknya.
  7. Member perhatian kepada memenuhkan jiwa dengan bekalan-bekalan ruhi dan memberikan keutamaan terhadapnya berbanding perkara lain.
  8. Sentiasa tilawah al-Quran [ tfaham,tadabbur dan amal]
  9. Muhasabah an-nafs dan merasai muraqabatullah.
  10. Sentiasa dalam zikrullah.

[Olahan dan suntingan Musykilat tuwajihu amal islami_Dr. Muhammad Abd. Qadir Abu Faris]

Read Full Post »

Definisi ‘al-Khotoya’ [Kesilapan]

Sebahagian  orang memahami ‘al-khotaya’[kesilapan atau kesalahan] adalah sesuatu yang sudah diketahui atau bersifat dharuri di dalam perkara berkaitan agama  seperti melakukan perkara-perkara haram atau maksiat .

‘al-Khotoya’ sebenarnya bermaksud :

Segala perkara yang bertentangan dengan sunnah ilahiah atau disiplin ilmu atau kaedah-kaedah syarak atau menyalahi nas-nas al-Quran dan as-Sunnah”.

Bentuk-bentuk kesilapan ialah :

1. Mengabaikan konsep mengambil kira sebab musabbab.

  Dalil : Anfal : 60

60. dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh Yang menceroboh) Segala jenis kekuatan Yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda Yang lengkap sedia, untuk menggerunkan Dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh Yang lain dari mereka Yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja Yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.

2. Tidak peduli konsep ‘al-hazar’[kewaspadaan] di dalam berinteraksi dengan manusia terutama terhadap musuh-musuh Islam.

Dalil : Surah an-Nisa’ : 71 /102

71. Wahai orang-orang Yang beriman, bersedialah dan berjaga-jagalah (sebelum kamu menghadapi musuh), kemudian (bila dikehendaki) maralah (ke medan perang) sepuak Demi sepuak, atau (jika perlu) maralah serentak beramai-ramai.

102. dan apabila Engkau (Wahai Muhammad) berada Dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu Engkau mendirikan sembahyang Dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak Yang lain (yang kedua) Yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah) bersama-samamu, dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya Dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai Dengan serentak. dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu Yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa Yang amat menghina.

3.     Tidak bersungguh-sungguh atau tekun di dalam gerak kerja Islam sehingga membawa kepada keserabutan, semberono, tidak terancang yang berakhir dengan kegagalan dan menyalahi nas syarak.

Dalil :Hadis Nabi SAW

“ Sesungguhnya Allah amat suka orang yang apabila melakukan sesuatu perkra ia kerjakan dengan bersungguh-sungguh dan itqan]

4. Perselisihan dan perpecahan yang membawa kepada kelemahan , ketewasan dan hilang kekuatan.

Dalil : Ali Imran : 105

105. dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan Yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), dan mereka Yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa Yang besar.

5. Penyakit ujub, takbur dan bangga diri yang memusnahkan agama. Rasulullah SAW pernah berdoa memohon perlindungan dari ada sebutir penyakit bangga diri.

6. Tidak pintar dan bijak menilai sesuatu perkara dari sudut baik buruknya.

Dalil : Hadis Nabi SAW

“ Seorang mukmin adalah yang pintar, bijak dan berhati-hati..”

“ Barangsipa yang mempelajari bahasa bangsa lain, maka terselamat dari tipudaya mereka”.

7. Terjebak di dalam kezaliman, hilang nilai keadilan, berhukum berdasarkan kepentingan hawa nafsu, mengabaikan fungsi amr makruf dan nahi mungkar yang membawa kepada pintu kerosakan umat.

Dalil : al-Maidah : 78

78. orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di Dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.

Terminologi  ‘al-Khotoya’ di dalam al-Quran

1. ‘az-Zunub’ [dosa] : al-An’am : 6

6. tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat Yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) Yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka Dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka Dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat Yang lain?

 2. ‘al-‘Atham’ [dosa] : al- An’am : 120

120. dan tinggalkanlah kamu dosa Yang nyata dan Yang tersembunyi. kerana Sesungguhnya orang-orang Yang berusaha melakukan dosa, mereka akan dibalas Dengan apa Yang mereka telah lakukan.

 3. ‘al-Khotiah’ [kesalahan] : Nuh : 25

25. disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan (dengan banjir dan taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke Dalam neraka; maka mereka tidak akan beroleh sebarang Penolong Yang lain dari Allah (yang dapat memberikan pertolongan).

4. ‘al-Zulm’ dan ‘al- Fusuq’ [zalim dan fasiq] :al-Baqarah : 59

59. kemudian orang-orang Yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah kami) Yang dikatakan kepada mereka Dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang Yang zalim itu bala bencana dari langit, Dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka).

5. ‘as-Suuk’ dan ‘al-Mungkar’ [kejahatan dan kemungkaran] :al-Anbiya’ : 77

77. dan Kami membelanya dari angkara kaum Yang mendustakan ayat-ayat kami; Sesungguhnya adalah mereka kaum Yang jahat; lalu Kami tenggelamkan mereka semuanya (sehingga mati lemas Dengan taufan).

6. ‘al-Utuyy’ dan ‘al-Istikbar’ [menderhaka atau melanggar perintah Allah dan rasa hebat] :at-Tholaq : 8-9

8. dan bukan sedikit negeri-negeri Yang penduduknya menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka dan Rasul-rasulNya, maka Kami hitung amal mereka satu persatu Dengan hitungan Yang keras rapi, serta Kami seksakan mereka Dengan azab Yang tidak pernah dikenal dahsyatnya.

9. lalu mereka merasai kesan Yang buruk dari perbuatan derhakanya, dan menjadilah akibat perbuatan mereka satu kerugian Yang besar.

7. ‘al-Maksiah’ [penderhakaan] : al-Jin :23

23. “(Aku diberi kuasa) hanya menyampaikan (wahyu) dari Allah dan perintah-perintahNya (yang ditugaskan kepadaKu menyampaikannya); dan sesiapa Yang menderhaka kepada Allah dan ingkarkan bawaan RasulNya, maka Sesungguhnya disediakan baginya neraka Jahannam; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya.”.

8. ‘al-Fasad’ dan ‘al-Inhiraf’ [ kerosakan dan penyelewengan] : al-Fajr : 12-13

12. lalu mereka melakukan Dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.

13. Dengan Yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab;

Kesilapan Haraki di dalam gerak kerja Amal Islami

  1. Membiarkan kepimpinan dipimpin mereka yang rosak dan tidak menghalangnya dari berterusan melakukan kejahatan sehingga membawa kepada menuruti hawa nafsu dan meminta untuk membeli habuan kepentingan tertentu.
  2. Mengabaikan binaan tarbawi dan aktivisme dakwah, sibuk dengan urusan politik dari mencari memperjuangan kepentingan Islam  yang lebih besar dan tinggi.
  3. Wujud kumpulan-kumpulan kecil di dalam sof [tanzim], penguasaan beberapa orang tertentu di dalam pembuatan dasar dan polisi  dengan sebab kelalaian pimpinan menanganinya.
  4. Berpegang kepada politik ‘memencilkan kelompok senior’ atau ‘menaikkan kelompok junior’ sehingga gerakan Islam lompong dari pimpinan yang berkelayakan dari sudut keilmuan dan pengaruh masyarakat. Ini menjadikan institusi dan agensi di dalam pelbagai sudut aktivismenya [pendidikan, dakwah, politik,pentadbiran] dari mereka yang berkemampuan untuk menyumbang dan berkreativiti.
  5. Kegagalan untuk menjaga sendiri keputusan yang disyurakan dan legitimasinya terutama di dalam berdepan kekuatan pembuat dasar iaitu kuasa pemerintah sehingga cenderung kepada pemerintah yang zalim sebagai alternatif cenderung kepada Allah, berpegang dengannya tali Allah dan  bekerja menarik manusia kepada jalan Allah.
  6. Mengekalkan peranan institusi dari tidak melaksanakan sebahagian tugas atau berada di posisi pembuatan dasar seperti memisahkan pegawai tentera dari penjawat awam sekalipun mereka bukanlah orang yang berada dalam tanggungjawab tersebut.
  7. Mengamalkan politik cantas mencantas disebabkan ada ahli yang menyalahi keputusan tanzim. Kesatuan sof wajib didahulukan dari mana-mana perkiraan. Jika dibiarkan mereka yang melakukan jenayah syarak dan tanzim kekal berterusan akan menimbulkan fitnah dalaman yang membinasakan jamaah.
  8. Tidak menekuni permainan politik semasa dari sudut isu persepakatan politik [tahaluf], pencalonan sebagai ahli parlimen, khitab politik dan fungsinya yang menghilangkan fokus kepada mencari maslahah islam yang hakiki. Persepakatan yang dilakukan mesti dalam kerangka membawa maslahah umat dan islam.

Kesimpulannya :

  1. Gerakan Islam perlu memahami  perananya yang asas iaitu menyeru ke jalan allah dan memerangi kelompok yang batil.
  2. Gerakan islam perlu menghindari sebab-sebab yang membawa kegagalan dan  terjebak dalam kancah kesilapan.
  3. Gerakan Islam wajib menyiapkan segala persediaan dan kekuatan dalam lingkungan fiqh aulawiyat . [ awlawiyat jihad dan i’dad [jihad dan persediaan], awlawiyat membina kekuatan ilmu dan awlawiyat syarak mendahului tanzim]
  4. Gerakan islam perlu mengambil kira sunnah ilahiyah di dalam melakukan proses islah dan taghyir. Dosa dan kesilapan adalah penghalang mendapat kemenangan dan kejayaan di dalam perjuangan.

qaradawiPesanan Syeikh Yusuf al-Qardawi ialah :

Janganlah kamu disibukkan dengan perkara furu’ dari yang usul, perkara juziyyat dari yang kulliyat, kulit daripada isi, perkara sunat dari yang fardhu, kamu hendaklah mendalami fiqh maratib amal sehingga tidak berlaku kecacatan dalam penentuan syarak terhadap segala taklif yang diwajibkan ke atas kamu..”.

Imam al-Ghazali menyebut : ‘faqdan at-tartib bainal khairat min jumlatis syurur’.

Maksudnya : Hilangnya memahami urutan antara kebaikan-kebaikan adalah sebahagian dari bentuk himpunan kejahatan.

Di dalam bahasa yang mudah, Allah tidak akan menerima ibadat sunat kita melainkan setelah dikerjakan yang wajib, begitu juga Allah tidak menerima yang furu’ melainkan setelah dilaksanakan yang usul.

[al-awlawiyat al-harakiyyah fi ‘aqob 11 ilul Dr Fathi Yakan]

Read Full Post »