Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Ogos 2011

Salam Eidulfitri 1432H

Taqabbalallahu Minna Wa Minkum

Salam Eidulfitri Kullu Ám Wa Antum Bikhair

Eid Mubarak Eid Saeed

Dari

Mohd Azizee & Sekeluarga

Read Full Post »

Read Full Post »

Ayyuhal  ikhwah fillah…

Marilah kita menarik nafas lega, melafazkan sekelumit rasa syukur kepada Allah azzawajallah kerana mempertemukan kita di bulan Ramadhan al-Mubarak, bulan penuh keberkatan, bulan rahmah wal maghfiroh, bulan kita merebut segala tawaran dan ganjaran allah SWT, bulan pesta ibadah, bulan tazkiyyah dan tajdid al-fitroh, bulan al-Quran  dan bulan kemenangan  atas segala bentuk kezaliman dan kebatilan.

Ikhwati fillah..

Ramadhan pada sisi kita tidak terhenti sekadar  sebagai bulan as-shaum(puasa) tetapi ia adalah ledakan untuk kita menambahkan bekalan ruhiyyah dan bekalan tarbawiyah untuk kita songsong perjuangan yang tidak ada titik hentinya. Ramadhan ini menggamit kita dan sentiasa memotivasikan untuk meraih dambaan akhirat sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

“ Ya baghiyal el-khair aqbil wa ya baghiyal al-syar aqsir..”

[ Wahai yang mendambakan kebaikan, maralah ke hadapan, wahai yang mendambakan kejahatan, mundurlah ke belakang..]

Ya, ikhwah sekalian, Ramadhan adalah anugerah, hadiah dan pemberian allah untuk kita. Hadiah setahun sekali buat kita, untuk kita merangkul sebanyak mungkin kekuatan yang dibekali oleh Ramadhan bagi meningkatkan kapasiti dan  keupayaan kita sebagai daie, sebagai murobbi, sebagai kader dan sebagai agent of change ( agen perubah). Justeru tarbiyah yang diperolehi di dalam bulan Ramadhan yang merangkum segala ansyitoh ruhiyyah, tazkiyyah dan tilawah adalah roshid (aset) terbesar buat para da’ie di jalan allah. Dengan segala aset inilah kita mampu untuk terus berkarya, mencipta ledakan, membangun peradaban.

Banyak kisah-kisah sejarah dan karya tercipta di bulan Ramadhan.Sejarah yang bukan dicipta dan dilakar untuk diri sendiri bahkan untuk umat dan menjadi milestone buat generasi mendatang. Dimulai dengan kemenangan Perang badar, Penaklukan Andalusia oleh Tariq bin Ziyad, pembebasan Palestin oleh Salahudin al Ayubi hingga kemerdekaan negeri ini semua berada pada bulan Ramadhan. Bulan  ini mencatat begitu banyak sejarah manis mengenai wajah Islam dengan catatan-catatan indahnya, lalu kemudian timbul sebuah pertanyaan pada diri kita “sudahkah aku menghasilkan karya yang kemudian menjadi sejarah dan tatapan umat kemudian? Bukan sejarah kelam namun sejarah baik”. Inilah nilai peradaban dari ruh Ramadhan. Kalau diamati , di sana ada dua asas kepada semangat Ramadhan iaitu ruhiyyah dan tarbiyah. Dengan ruhiyyah dan tarbiyah inilah , generasi silam mencipta karya dan sejarah peradaban.

Ikhwah fillah..

Untuk itu, apakah yang perlu kita lakukan agar iklim Ramadhan mampu berterusan memberikan energi dan spirit kepada perjuangan  dan dakwah kita.

Pertama : Al-Hifdzu wal Muro’aat ‘ala ansyitoh al-fikriyyah (menjaga segala aktiviti berbentuk fikroh)

Ini kerana dakwah ini dibangunkan atas asas-asas fikroh yang mantap, kukuh dan tulen. Al-Quran sentiasa mendorong untuk kita terus berfikir dan menggunakan kekuatan akal. Allah SWT menyebut di dalam al-Quran  ungkapan la’allakum ta’qilun, la’allakum tatafakkarun agar kita mengeksploitasikan fungsi akal untuk membangunkan sebuah peradaban. Inilah yang allah gambarkan sifat Jil ulul albab sebagai generasi zikir dan fikir. Kerja-kerja dakwah dan tarbiyah tidak sekadar menjaga asolah fikroh dan manhaj sahaja tetapi harus berlaku pengembangan (tatwir) agar tidak berlaku kejumudan dalam usaha kita untuk rukub al-hadarah (mengenderai peradaban). Seharusnya kita melengkapkan diri kita dengan penguasaan ilmu dan manhaj, penguasaan ilmu-ilmu alat dan semasa serta kemahiran komtemporari untuk kita memimpin peradaban ini. Kerja-kerja tafkir (berfikir) adalah lokomatif peradaban. Inilah hukum  sejarah yang tidak boleh ditawar. Itulah tiket yang wajib kita miliki jika ingin menang di kancah pertarungan peradaban.Seorang daie  bukan saja harus mampu memahami dinamika sejarah, tapi harus selangkah lebih maju dari isu-isu kemanusiaan, trend peradaban, dan perkembangan sosial-budaya-politik yang sedang terjadi.

Ikhwah fillah ..

Keduanya : Tatwir amal jamaie wal amal tandhimi (mengembangkan amal jamaah dan organisasi)

Dakwah yang kita pikul akan melalui beberapa fasa dan marhalah. Setiap fasa dan marhalah menuntut kepada dai’e-dai’e yang sehat dan cergas kerana dakwah yang ingin kita bangunkan di dalam masyarakat adalah dakwah yang syumul dan mutakamil.Dakwah yang dimulakan dengan fasa takwen al-fard (pembinaan individu) berkembang kepada fasa pembinaan keluarga Islam sehingga kepada membangunkan sebuah mujtamak islami (masyarakat Islam) yang akan menjadi basis kepada sebuah negara dan peradaban. Justeru hadirnya Ramadhan adalan mekanisme membentuk para da’ie dan kader dakwah yang akan melakukan transformasi kepada umat ini. Menyiapkan kader adalah satu kemestian, satu kewajiban yang tidak boleh bertolak ansur. Rasulullah SAW pernah bersabda : “An-naasu ka ibili mi’ah laa takaadu tajidur rahhila” [manusia itu bagaikan seratus unta, tapi hampir saja dari jumlah yang banyak itu kamu tidak mendapatkan unta rahilah]. Ya kita harus menjadi salah satu dari unta rahilah yang sanggup membawa beban berat bukan beban pada organisasi dan jamaah. Persis seperti perkataan Umar bin Khaththab, “Jika ada seribu orang mujahid berjuang di garis depan, aku satu di antaranya; jika ada seratus orang mujahid berjuang di garis depan, aku satu di antaranya; jika ada sepuluh orang mujahid berjuang di garis depan, aku satu di antaranya; jika ada satu orang mujahid berjuang di garis depan, itulah aku!”. Ramadhanlah akan menjadikan kita unta rohilah ini.

Ayyuhal ikhwah,

Ketiganya : At-Tatwir al-ilmi wa ijtimaie

Sebagai kader dakwah, kita wajib meningkatkan keupayaan kita dari sudut ilmu untuk kita mampu menanggung projek membangunkan peradaban. Seorang daie yang tidak memiliki kekuatan ilmu tidak akan mampu menyongsong satu peradaban yang di dambakan. Kaedah menyatakan : “ Faaqidus syai la yu’ti” [ orang yang tidak memiliki apa-apa tidak akan mampu member]. Kita harus menyiapkan diri kita dari aspek thaqafah syariyyah dan thaqafah mu’asirah sehingga mampu menguasai segala asalib (cara), wasilah dan method terkini untuk kemanfaatan amal dakwah. Memanfaatkan ict, e-group, email,twitter, facebook adalah bentuk baru penyebaran dakwah. Di samping itu juga kita perlu menguasai ideologi dan aliran pemikiran terkini seperti liberalisme, pasca modern dan sebagainya berbanding aliran khawarij, muktazilah pada masa silam. Seorang daie harus menjadi muthaqqof (ilmuwan)  sehingga berusaha melayakkannya ke peringkat mampu berijtihad. Dia harus membina autoriti dan kredibliti dalam bidang yang dikuasainya sehingga menjadi rujukan umat.

Ikhwah sekalian,

Seterusnya ialah berusaha mengembangkan aspek kemahiran social sehingga ia mampu melaksanakan proses penjaringan dan penyaringan. Meningkatkan skil komunikasi adalah sarana membangunkan dialog peradaban. Dalam seni berdakwah, Rasulullah SAW mengenengahkan beberapa pola pendekatan sebagai kaedah untuk meningkatkan penguasaan ijtimaie dan rabtul ‘aam kita. Antaranya :

Pertama : pendekatan budaya dan bahasa, khatibun naas ala qadri lughatihim, berbicara dengan manusia sesuai bahasa mereka.

Kedua: pendekatan intelektual, khatibun naas ala qadri uqulihim, bicaralah dengan manusia sesuai kemampuan nalarnya.

Ketiga: pendekatan sosial, anzilun nas manazilahum, tempatkanlah manusia sesuai dengan kedudukan mereka

Ikhwah fillah sekalian,

Keempatnya : Tatwir Siyasi (pengembangan politik)

Ramadhan bukan sekadar bulan ruhiyyah. Ia juga bulan siasah. Banyak polisi dan strategi yang  dilakukan oleh Rasulullah SAW sepanjang bulan Ramadhan yang ditempuhinya. Perancangan strategic membuahkan hasil berganda di dalam perang Badar, begitu juga kebijakan membuat polisi di dalam perjanjian Hudaibiyah memboleh kan Rasulullah SAW menempa kejayaan dalam Fath Mekah yang berlaku di dalam Ramadhan.

Kita sebagai kader dakwah perlu memiliki tafkir istratigiyyah (pemikiran strategik)  dan tafkir mustaqbaliyyah (pemikiran visioning) untuk melakar satu peradaban. Ini bukan bermakna kita meninggalkan ta’sil syar’ie (asas syarak) tetapi mengoptimumkan segala daya kekuatan asas syarak untuk mencipta sebuah karya sejarah untuk umat ini. Dengan kita membina suasana politik yang stabil serta ekonomi yang baik, dakwah akan mudah berkembang di dalam sektor umat dan melebar ke seluruh dimensi masyarakat. Siapa sangka hasil kebijakan Rasulullah SAW di dalam perjanjian Hudaibiyah, Islam tersebar ke Rom dan Farsi.

Begitulah makna Ramadhan pada kita, ia terus mencipta momentum dan lingkungan positif untuk terus kita berkarya di luar Ramadhan. Ya, Ramadhan adalah madrasah peradaban, madrasah buat para daie membangunkan kapasiti dan kompetensi untuk meninggalkan legasi terbaik buat umat ini. Kita sebenarnya adalah umat yang terbaik, yang dikeluarkan untuk manusia, menyeru mereka kepada makruf dan menghalang mereka dari segala bentuk kemungkaran. Moga bekalan dan spirit itu ada pada Ramadhan. Begitulah sewajarnya kita merai dan menyambut  tetamu agung Ramadhan al-Mubarak.

اللهم أهله علينا بالأمن والايمان والسلامة والاسلام

Read Full Post »