Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Februari 2010

Salam Maulidur Rasul

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulilah, segala puji kita panjatkan kepada Allah, Selawat serta salam buat junjungan tercinta Rasulullah SAW, para sahabat r.a, juga mereka yang telah memcontohi dan menyelusuri jejak perjuangan baginda SAW.

 Tanggal 26 Februari 2010, kita menyambut hari keputeraan Rasulullah SAW. Sambutan ini diadakan di seluruh pelusuk negara bagi mengingati dan mengenang jasa serta perjuangan baginda SAW.Seorang penulis barat meletakkan baginda SAW merupakan tokoh pertama yang paling berpengaruh dari kalangan manusia yang telah melakukan perubahan kepada dunia.

 Menyambut Maulidur Rasul bukan sekadar kita mengadakan perarakan, siri ceramah, selawat dan salam untuk baginda, namun apa yang lebih penting ialah sejauh mana kita menceduk dan mengambil sibghah (acuan) yang telah dipusakai buat generasi kita.

Menyambut Maulidur Rasul bermakna kita harus iltizam untuk terus menjunjung sunnah baginda SAW dalam segenap dimensi kehidupan kita. Kita wajib memasak pancang jihad ,dakwah dan tarbiyyah yang ditinggalkan baginda untuk diwariskan kepada generasi selanjutnya. Ia juga bererti kita wajib menjadi mata rantai risalah baginda yang berkesinambungan serta membawa obor tajdid dan taghyir yang dipelopori baginda.

Kita kenangkan saat-saat sebelum kelahiran dan kebangkitan baginda SAW, ketika dunia dihinggapi virus jahiliyyah, ketika kuasa didominasi para perakus dan penguasa yang zalim, ketika umat ibarat buih yang terhempas di lautan, ketika masyarakat sarat dengan kebejatan social. Ketika itulah allah mengutuskan baginda sebagai penyelamat dan agen perubah umat.Rasulullah SAW menjadi cahaya ke seluruh alam, petunjuk sepanjang jalan dan pemimpin ke jalan yang lurus. Menerusi proses tilawah, tazkiyah dan ta’lim, baginda telah memulakan satu gerakan perubahan umat.

Marilah kita menggali semula jejak dakwah dan tarbiyah baginda SAW dalam mengasaskan satu binaan Islam. Mari kita sematkan sejarah keagungan baginda dalam benak jiwa dan fikiran kita. Jangan kita menjadi penderhaka kepada baginda SAW dengan hanya sekadar berarak, berselawat dan bersepanduk tetapi kita mencerca dan mengabaikan sunnah baginda terutama sunnah kubra iaitu berdakwah dan berjihad untuk mengembalikan ketuanan Islam di muka bumi ini.

ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) amat yakin bahawa dengan kita meneladani sisi-sisi kehidupan baginda dan mengimplimentasikannya di dalam kehidupan, kita mendekatkan julat keagungan dan kejayaan yang telah ditempa baginda ar-Rasul SAW.

Semoga kehadiran Maulidur Rasul 2010 menambahkan kecintaan dan kerinduan kita pada baginda sekaligus memotivasikan kita untuk sederap melangkah ke hadapan bagi menakhodai bahtera perubahan ini. Biar jasad baginda jauh dari mata kita namun jihad,dakwah,tarbiyah serta sosok baginda dekat disanubari kita.

Salam Maulidur Rasul

Ustaz Mohd Azizee b. Hasan

YDP Isma Seremban

Read Full Post »

Buktikan Cinta Pada Rasul

Buktikan cinta anda!!!

Seseorang muslim atau mukmin bukan hanya sekadar wajib beriman kepada kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan membenarkan segala perkhabaran yang disampaikan Baginda bahkan dia berkewajipan menunaikan tanggungjawabnya kepada Baginda s.a.w. dan menjaga adab-adab terhadap Baginda. Tanggungjawab ini disimpulkan dalam satu ungkapan: “Nasihat kepada Rasulullah s.a.w.”. Al-Qurthubi menghuraikan maksud ungkapan ini iaitu:

والنصيحة لرسوله: التصديق بنبوته، والتزام طاعته في أمره ونهيه، وموالاة من والاه ومعاداة من عاداه، وتوقيره، ومحبته ومحبة آل بيته، وتعظيمه وتعظيم سنته، وإحياؤها بعد موته بالبحث عنها، والتفقه فيها والذب عنها ونشرها والدعاء إليها، والتخلق بأخلاقه الكريمة صلى الله عليه وسلم. (تفسير القرطبي: ج8/ص227)

Seseorang yang mengaku mencintai Rasul s.a.w. tentunya tidak berdolak dalik melaksanakan tanggungjawab ini. Jika seorang ibu yang menyintai anaknya, sanggup berbuat apa sahaja demi anaknya. Kesakitan ketika melahirkan seakan-akan hilang tatkala mendengar suara tangis si kecil di sisi. Air mata kesakitan bertukar menjadi air mata kegembiraan. Si ibu sanggup bersengkang mata tanpa menghiraukan keletihan dan kelesuan untuk kesejahteraan anaknya. Bagaimana pula sikap orang yang mengaku cintakan Rasulullah? Lihatlah bagaimana para Sahabat melaksanakan kecintaan kepada Baginda s.a.w..

(more…)

Read Full Post »

Dalam artikel yang lepas, saya ada menjelaskan 9 peranan besar seorang Naqib @ Murobbi dalam menjayakan agenda Usrah. Naqib merupakan tunjang dan induk bagi memastikan matlamat liqa terhasil sekaligus mencapai objektif Harakah Islamiah.

1. Tazkir ( memberi peringatan)

Peranan yang pertama ialah memberikan peringatan atau Tazkir. Tazkir merupakan salah satu matlamat asasi usrah dan ia sejajar dengan kewujudan sebuah organisasi Islam. Semangat dan ruh Tajammuk Islami (kelompok Islam) ini menepati anjuran firman allah yang bermaksud : “ Berilah peringatan..sesungguhnya peringatan itu member manfaat kepada orang-orang mukmin “ ( AzZaariyat : 55 )

Tazkir dalam konteks ini merangkumi dua aspek utama iaitu secara vertikal kepada diri Sang Naqib tersebut dan secara horizontal kepada anggota usrah tersebut.

Dalam hal mentazkirkan dirinya, sang Naqib tadi hendaklah memenuhi beberapa perkara berikut :

  • Mengingatkan dirinya bahawa amal yang dia lakukan adalah semata-mata kerana allah dan bukan mengharap pujian dan sanjungan mana-mana orang.
  • Hendaklah dia sentiasa berterusan mengikhlaskan niatnya semata-mata kerana Allah dalam apa jua tindakan, perlakuan, kata-kata dan rangsangan nuraninya.
  • Naqib tersebut akan sentiasa berada dalam zon al-waie (sedar & peka) bahawa dia dipertanggungjawabkan untuk memikul risalah, tahu peranan dan matlamat gerak kerjanya, langkah-langkah amalnya yang semuanya itu akan ditimbang dengan mizan amal pada hari akhirat.
  • Lantaran itu dia tidak akan memperdulikan sebarang kritikan, kata-kata yang bersifat omong-omong kosong tetapi sentiasa berusaha menuju ke jalan allah, menjaganya dengan pertolongan allah, menghulur pengharapan dengan petunjuk allah bahkan dia tetap tidak merasa jemu dan letih dalam amal dan harakahnya ( gerak kerja).
  • Naqib itu juga menyedari bahawa menguruskan satu liqa (usrah) adalah satu  amanah yang terpikul ke atas pundaknya dan pasti akan disoal pada hari akhirat. Mengurus satu-satu liqa bukanlah satu habuan, kemuliaan tetapi intergriti (pertanggungjawapan) di hadapan Allah terhadap apa yang beliau telah lakukan terhadap anggota liqanya.
  • Jika beliau telah melaksanakan amanah tersebut dengan sebaik yang mungkin (terbaik) maka baginya ganjaran pahala yang tidak ternilai sebagai seorang yang beramal, berilmu dan ikhlas. Beliau telah mendidik, mentaujih, memberi nasihat serta menunaikan hak-hak ahli usrahnya. Kaedah menyatakan (al-Ghunmu bil al-Gharmi – Habuan berdasarkan apa yang telah kita usahakan).
  • Segala makhluk allah termasuk burung-burung dilangit, ikan-ikan dilaut akan mendoakan untuknya kerana beliau adalah guru kebaikan bagi manusia. Ini kerana beliau telah mampu mengendalikan usrahnya dalam keadaan yang paling baik, mencurahkan sepenuh daya usahanya serta bekerja keras melaksanakannya secara terbaik. (berkualiti)

 Manakala dalam aspek kedua pula ialah mentazkirkan saudara-saudaranya iaiitu :

  • Beliau hendaklah melaksanakan fungsi amar makruf dan nahi mungkar terhadap saudara-saudaranya  seusrah. Antara tuntutan tersebut ialah at-Tazkir bil Khair ( memberi peringatan tentang kebaikan) iaitu memahamkan mereka kewajipan kepemimpinan di dalam berjamaah, taat kepada arahan mas’ul dan naqib adalah satu daripada wajib syarak dan memetahu hal ketaatan dalam hal makruf sebagaimana hadis safar (perjalanan).
  • Sentiasa berpesan kepada setiap ikhwannya bahawa perkumpulan mereka melalui wahana usrah ini adalah termasuk di dalam hal tajammuk ‘ala khair ( berkumpul atas kebaikan), kerjasama atas taqwa dan kebaikan, dipuji para malaikat,dikasihahi hamba-hambanya, ia merupakan salah satu laluan kebaikan, uslub amar makruf dan nahi mungkar. Ini kerana jamaah sentiasa membuka ruang dan pintu-pintu kebaikan kepada setiap ahlinya untuk melakukan amal yang tidak boleh dilakukan secara fardi dapat dilaksanakan secara jamaie.Beramal secara jamaie adalah satu kefadhuan syarak dan keperluan manusia.

Sang Naqib hendaklah sentiasa berterusan memberikan tazkir dan mau’izah (peringatan yang baik)  yang amat-amat diperlukan oleh saudara-saudara dalam lingkungannya. Pada masa yang sama beliau mengingatkan dirinya amanah memikul beban dakwah dan tarbiyah ke atas dirinya. Setiap pertemuan hendaklah diperingatkan tentang makna dan hakikat ini agar ia mendarah daging dalam jiwanya dan ahli-ahlinya.

 

Read Full Post »

Metodologi Al-Bana dan Jalannya

Al-Imam Hasan al-Bana menjelaskan beberapa pandangannya berkaitan cara-cara melakukan proses perubahan. Antara pemikirannya ialah :

1. Perjuangan Secara berpelembagaan ( an-Nidhal al-Dusturi)

Iaitu Ikhwan mencalonkan ahli-ahlinya terlibat dalam sistem pilihanraya untuk mewakili umat dalam kerusi parlimen ( dewan rakyat).Suara-suara dakwah dapat diangkat dalam platform-platform rasmi dan saling bantu membantunya dan mendorongnya menuju kepada kekuatan pelaksanaan. (Risalah Muktamar Keenam)

2. Revolusi

Pendekatan revolusi merupakan kaedah yang paling keras menggambarkan fenomena kekuatan tetapi ia bukanlah cara Ikhwan dan Ikhwan tidak mengimani manfaatnya dan hasil-hasilnya. ( Risalah Muktamar Ke 5 dan 6)

3. Kekuatan

Kekuatan adalah simbol Islam dalam setiap sistem dan undang-undangnya. Peringkat pertama kekuatan  daripada tahap-tahap kekuatan ialah kekuatan akidah dan iman, diikuti kekuatan kesatuan dan ikatan. Kemudian kekuatan tangan dan senjata. Tidak harus untuk menyifatkan sesuatu jamaah itu memiliki segala kekuatan sehinggalah ia memenuhi makna segala kekuatan tersebut.Jika sebuah jamaah menggunakan kekuatan tangan dan senjata sedangkan akar umbinya dan rangkaiannya goyah, sistemnya tidak stabil  atau lemah akidah dan imannya tidak membara, maka jamaah akan menuju kepada kehancuran dan kebinasaan diakhirnya. [ Risalah Muktamar Ke-5]

 4. Penggunaan Kekuatan

Kekuatan bukanlah merupakan penyelesaian pertama tetapi ia merupakan penyelesaian terakhir.Adalah menjadi satu kewajipan untuk setiap manusia mengimbang antara hasil penggunaan kekuatan yang bermanfaat dan yang memudaratkan dan segala perkara yang merangkumi situasi tersebut. Tidak wajar seorang manusia menggunakan kekuatan  yang boleh  terjadi selepas itu sesuatu yang memudaratkan.

Jamaah ( Ikhwan) tidak menggunakan kekuatan kecuali jika dalam keadaan terdesak iaitu (tiada pilihan lain).Kekuatan yang dimaksudkan ialah  menggunakan kekuatan yang bersifat amali (praktikal) dimana tidak ada alternatif selain daripadanya iaitu apabila mereka menyakini mereka telah melengkapkan diri dengan iman dan kesatuan. Bila jamaah menggunkan kekuatan ini maka ia menjadi sebuah jamaah yang mulia, hebat dan berterus terang. Dimulakan dengan member amaran dan peringatan, kemudian mereka menanti seketika, setelah itu mereka akan mara kehadapan dengan penuh rasa mulia dan izzah. Mereka akan bersedia memikul segala kesan dari sikap dan pendirian mereka, tidak meletakkan beban kepada orang lain, jamaah ini percaya ( thiqah) dengan pertolongan dan bantuan allah.[risalah Muktamar ke -5)

Rumusan dari Manhaj Hasan al-Ban

  1. Islam merupakan manhaj perubahan (taghyiri) yang merangkum segenap dimensi kehidupan.
  2. Tidak ada halangan untuk berpegang kepada setiap langkah-langkah pembaikan (manhaj islah) selagi mana ia boleh membawa kepada  mencapai maksud perubahan yang sebenar (dikehendaki) dengan syarat ia selari dengan prinsip syarak.
  3. Metodologi  Hasan al-Bana terhadap agenda perubahan seiringan dengan manhaj perubahan yang dibawa oleh Islam, juga manhaj ar-Rasul SAW.
  4. Metodologi Hasan al- Bana  menolak kaedah-kaedah revolusi sebagai wahana untuk membawa agenda perubahan Islam.
  5. Manhaj yang dikemukan oleh Hasan al-Bana tidak menggunakan kaedah kekuatan kecuali jika memenuhi syarat dan dhawabit (disiplin) yang telah ditentukan oleh syarak.
  6. Metodologi hasan al-Bana berpegang kepada wahana ‘an-Nidhal ad-Dusturi’ (perjuangan perlembagaan) iaitu merubah melalui institusi-institusi perlembagaan (parlimen dan kerajaan, institusi-institusi masyarakat ) sebagaimana yang terdapat dalam risalah muktamar.

Read Full Post »