Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Mei 2011

Sebahagian besar para du’at menyangka bahawa dakwah hanyalah usaha menyeru manusia kepada kebaikan dengan menggunakan kalimah-kalimah yang baik pada mana-mana situasi atau kondisi.Kemungkinan juga dakwah itu berlaku secara tidak berperancangan berdasarkan perbezaan kemampuan para dai’e.

Ada sebahagaian para da’ie diberikan allah kemampuan yang luar biasa dan hebat menyampaikan dakwah. Manusia mudah tertarik dengan seruan dakwahnya dan sang daie tadi mampu menjinakkan hati-hati para mad’unya. Manakala sebahagian yang lain pula dikalangan para da’ie tidak memiliki kemahiran (skill) dan seni untuk berdakwah dan menarik pandangan para pendengar. (selanjutnya…)

Read Full Post »


أولا: الدعائم العشر 
الله غايتنا، والرسول قدوتنا، والقرآن طريقتنا، والآخرة عقيدتنا، والجهاد وسيلتنا، والحرية أمنيتنا، والوحدة وجهتنا، والإمامة سياستنا، والدعوة مهمتنا، والسلام نهايتنا

Pertama : Tonggak 10

  1. Allah adalah matlamat kami
  2. Rasulullah adalah ikutan kami
  3. Quran adalah jalan kami
  4. Akhirat adalah aqidah kami
  5. Jihad adalah jalan kami
  6. Kebebasan adalah cita-cita kami
  7. Kesatuan adalah halatuju kami
  8. Kepimpinan adalah siasah kami
  9. Dakwah adalah peranan kami
  10. Kedamaian adalah harapan akhir kami (selanjutnya…)

Read Full Post »

  1. Sesungguhnya ramai para daie merasa berputus asa atau hilang pengharapan ketika dia menyampaikan seruan dakwah kepada para mad’unya, menggunakan hujah dan bukti yang nyata, namun para mad’unya tidak responsif terhadap seruan dakwah tersebut.
  2. Ini berpunca dari sikap para Daie (pendakwah) yang tidak memahami atau mengambilkira keutamaan factor masa sebagai factor penting di dalam menjayakan amal dakwah.
  3. Imam As-Shahid Hasan al-Bana mengungkapkan satu kaedah “ al-waqtu juz’un minal ‘ilaj” [ masa adalah sebahagian dari perawatan]. Imam al-Bana mengingatkan para pendakwah agar meletakkan unsur masa sebahagian dari langkah-langkah membaiki umat ini. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Salam buat warga pendidik sekalian,

Menjelang 16 Mei setiap tahun, seluruh  warga guru menyambut Hari Guru. Tema hari guru pada tahun ini ialah  ‘Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara’. Jasa dan sumbangan para guru terhadap masyarakat dan negara amatlah besar. Menerusi wadah pendidikan ini, para guru menjadi agent of change (agen perubah) bagi membentuk, membina dan melahirkan generasi umat berkualiti.

Memang tugas dan amanah kependidikan ini berat dan sukar. Sejarah telah merakam bahawa disebalik kegemilangan  ketamadunan sesuatu bangsa dan umat terletak dibahu para guru. Meneliti kejayaan tamadun Islam bermula dari Era Nubuwwah , Era Khulafak sehingga ke puncak peradaban di zaman Abbasiyyah, maka mereka yang mewarnai dan mencorak kekuatan umat adalah para ilmuwan dan intelektual Islam yang bergelar sebagai seorang guru. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Kaedah 9 : Lapangan dakwah luas,maka  pilihlah orang yang terbaik untuk menerima seruan dakwah

( مجال الدعوة واسع فليتخير الداعية لدعوته)

Dakwah di fasa Ta’sis (pengasasan) dan Takwen (pembinaan) memerlukan usaha yang berlipat ganda terutama untuk memilih anasir terpilih (nukhbah) agar dapat bergabung dengan kafilah dakwah. Memilih anasir soleh adalah mabda’ (prinsip asas) di dalam amal dakwah khususnya di fasa-fasa awal dakwah. Usaha ini dilakukan dengan amal tajmik dan dakwah fardiyah yang terancang, sistematik, bermanhaj dan bermarhalah.

Antara kaedah berdakwah di dalam memilih anasir-anasir terbaik ini ialah :

  • Mulakan dengan orang yang dekat  sebelum yang jauh.( القريب قبل لبعيد)
  • Mulakan dengan orang yang muda sebelum dewasa. (الصغير قبل الكبير)
  • Mulakan dengan orang  yang tawadhuk dari yang sombong.( المتواضع قبل المتكبر)
  • Mulakan dengan orang yang berilmu sebelum yang buta huruf.          (المثقف قبل الأمي)
  • Mulakan dengan orang yang belum intima’ dari yang sudah intima’.( غير المنتمي قبل المنتمي)
  • Mulakan dengan kenalan kerja sebelum yang lain.                                      (زميل في  العمل قبل غيره) (selanjutnya…)

Read Full Post »

Ikhwah fillah..

Marilah kita aturkan segala kesyukuran tidak terhingga atas limpahan nikmat yang diberikan Allah Azzawajalla ke atas kita. Marilah kita sentiasa bertahmid atas nikmat keberadaan kita di atas jalan dakwah ini. Kita diberikan at-thabat wal istiqomah, al-izzi wal masuliyyah untuk kita mengambil tugas dan peranan yang telah kita warisi dari para ambiya’ dan mursalin.

Hari ini kita telah melangkah ke period baru dari fasa-fasa dakwah kita. Dari mehwar ta’sis (pengasasan) ke mehwar infitah (terbuka). Fasa-fasa ini lebih menuntut kepada kesungguhan, keseriusan dan daya kompetatif yang tinggi- fastabiqul khairat. Kita mula mengungkap sejarah bangsa, menggali akar umbi kekuatan bangsa lalu kita hamparkan ia dengan semangat baru.Kita adalah ruh baru yang mengalir di tengah-tengah umat ini. Kita bentangkan gagasan Melayu Sepakat Islam Berdaulat , ia adalah menefestasi keterbukan amal dakwah kita dan tanda mawaddah wa rahmah kita pada umat ini. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Sinar Harian 5 Mei

Read Full Post »