Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for November 2013

Jalan Dakwah…Inilah Cirinya

jalan-dakwah

Ciri Pertama :  As-Sumuyy wa an-Nazahah [Tinggi ,suci dan bersih] – Jalan ini melangkaui dan melepasi ketamakan individu..juga tiada disebaliknya manfaaat dan habuan kebendaan yang akan diperolehi..jalan ini menolak kehendak nafsu dan syahwat dunia.

Ciri Kedua : Tenggelam dan fana’ di dalam dakwah – mereka yang berada di atas jalan ini adalah mereka yang menguasai seluruh selok belok ruang lingkup humum dakwah lantas dia menyerahkan seluruh jiwa raga..masa…harta..wang ringgit..hidup…dan segala-galanya demi untuk dakwah tercinta.

Ciri Ketiga : Bekerja keras,berbakti dan berkorban untuk orang lain – ia menuntut  saling takaful,thabat di atas prinsip dakwah dan tidak mundur saat senang atau susah..ketika suka atau benci..tanpa mengharap habuan jawatan..pangkat..kedudukan..populariti,pujian serta ganjaran manusia kerana dia yakin bahawa ganjaran hakiki adalah dari allah..berjuang untuk membuka pintu hidayah kepada manusia.

Ciri Keempat : Jauh dari meminta pujian dan sanjungan – para du’at di jalan allah tidak melihat diri mereka lebih baik dari orang lain bahkan mereka menyakini semuanya itu adalah kelebihan yang diberikan Allah.

Ciri Kelima : Wudhuh [Jelas] – jalan ini jelas dan terang seterang sinar matahari..amat cerah  seumpama mentari pagi dan nyata di tengah terik panas hari..jalan ini jelas manhaj..jelas..tujuannya..jelas seruan dakwahnya.

Ciri Keenam : Penuh kebijaksanaan [hikmah] – mereka yang tidak memiliki cahaya hikmah, tidak akan mampu berjalan di atas jalan ini sekalipun dia adalah seorang pemuda..dia amat berhajat kepada hikmah para syuyukh dakwah ..manakala mereka yang jauh dari cahaya hikmah ini akan mendekati kemudaratan bahkan membawa dia menyeleweng dari ketulenan jalan ini.

Ciri Ketujuh : Ihtmi’nan [Ketenangan] – yang berada di atas jalan ini menuntut sifat ithmi’nan [tenang] agar mereka yang berjalan di atas jalan ini tidak dirundung perasaan syak,ragu-ragu sehingga membawa kepada rasa tewas,putus asa dan lemah semangat…sedangkan ketika dia diuji dengan penyeksaan… dia sentiasa mengingati Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Kuat.

Ciri Kelapan : Jauh dan berliku perjalanannya – jalan ini jauh dan berliku..hasil dan buahnya memakan masa..jalan yang panjang ..ia menuntut kesabaran,ketekunan,ketabahan,sanggup menanggung susah payah. Jalan ini tiadak akan mampu dilalui bagi mereka yang gopoh gapah, ingit memetik hasil dengan segera, juga bagi mereka yang tidak menyiapkan segala kekuatan persiapan dari faham,ikhlas, amal, pengorbanan, tajarud, jihad,thabat,taat, thiqah dan ukhuwwah.

Ciri Kesembilan : Sukar dan payah – jalan ini sukar dan payah, penuh onak dan ranjau berliku,tidak dihampari permaidani indah. Tidak akan mampu bertahan di atas jalan yang penat dan melelahkan ini melainkan bagi mereka yang wafa’ dan tinggi kecintaan kepada jalan ini mengatasi segala-galanya di dalam hidupnya kendatipun habuan kesenangan dunia.

Ciri Kesepuluh : Sira’ [Pertembungan yang berterusan] – jalan dakwah adalah jalan pertarungan..jalan pertembungan..antara kebenaran dan kebatilan..antara iman dan kufur…antara Islam dan Jahiliyah…antara yang golongan yang adil dan penguasa yang thaghut…antara pendokong Muhammad SAW dan pendokong hawa nafsu dan pengikut Syaithan. Tidak akan tenang pejuang kebenaran sedangkan pendokong kebatilan bermaharajalela..begitulah sebaliknya..pendokong kebatilan tidak merasa tenteram selama mana pejuang kebenaran mencabar hak dan autonomi mereka..ia adalah ma’rakah antara kem kebenaran dan kem kebatilan..sejak dahulu,kini dan berkesinambungan hingga hari Kiamat.

Inilah cirri-ciri dakwah yang perlu dilalui bagi para du’at hari ini..mereka yang telah menyempurnakan ciri –ciri ini maka dia telah menjadi sebenar-benar pejuang dakwah . Jika masih belum, perlengkapkanlah di dalam hidup sebagai seorang dai’e, pertingkatkanlah kefahaman, ikhlaskan hati sebelum beramal. Hanya kefahaman yang sohih dan ikhlas di atas jalannya membawa thabat di atas perjuangan ‘ala toriq dakwah.

Read Full Post »

gerakanKebanjiran dan kemunculan gerakan Islam pasca kebangkitan Islam [Sohwah Islamiah] adalah satu fenomena yang positif dan rahmah kepada umat Islam. Gerakan Islam sebagai mana yang diungkapkan oleh Syeikh Yusof al-Qardawi di dalam bukunya ‘Awlawiyat Harakah Islamiah Fi Marhalah Qadimah’ adalah ‘kerja berbentuk kemasyarakatan secara jamaie, bertanzim untuk mengembalikan Islam untuk memimpin masyarakat serta menghala tujukan seluruh kehidupan ke arah Islam.”.

‘Kerja’ di sini bermaksud ‘kerja yang berterusan dan berkesinambungan’ , ia tidak terhenti kepada ungkapan perkataan, retorika pidato dan ceramah atau penulisan buku dan makalah kendatipun ia sebahagian dari inti gerakan Islam. Amal atau kerja di sini berpaksikan firman allah di dalam ayat 105 at-Taubah yang menggesa kepada tuntutan beramal.

Ia adalah satu gerak kerja kemasyarakatan yang lahir dari kesedaran jatidiri gerakan tersebut, bertitik tolak dari nilai iman yang menjurus kepada mencari keredhaan Allah. Kerja tersebut dilakukan secara gerakan jamaie dan bertanzim. Tanzim yang diikat dengan nilai wala’ dan taat antara qiyadah masuulah dan jundiyah yang tinggi ketaatan serta didisiplinkan dengan adabiyat amal jamaie yang munazzam. Ia satu gerakan yang berpaksikan kepada syura mulzimah dan ketaatan yang penuh sedar.

Tugas besar gerakan Islam masakini ialah mentajdid kembali kefahaman Islam yang tulen. Tajdid semula kefahaman ini selari dengan fiqh nabawi sebagaimana yang diriwiyatkan oleh Abu Daud dan Hakim dalam sanad yang sohih dari Abi Hurairah r.a yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah telah membangkitkan bagi setiap umat ini pada setiap 100 tahun [satu kurun] ada orang yang akan mentajdid semula deen ini’.

Kalimah ‘man’ yang bermaksud orang dalam kefahaman yang difahami oleh Syeikh Yusuf al-Qardawi ia berkemungkinan bermaksud individu atau jamaah. Ini ditarjihkan oleh Ibnu Athir di dalam kitabnya ‘Jami al-Usul’. Manakala Qardawi sendiri cenderung menyatakan bahawa jamaah di sini bukan bererti beberapa individu tetapi ia adalah satu madrasah dan harokah fikriyah dan amaliyah yang berjuang mentajdid semula Islam yang tulen berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah.

Ini kerana di dalam cabaran realiti semasa memperlihatkan kecairan pemahaman terhadap Islam yang sebenar. Islam hari ini dirasuki fahaman asing yang jauh dari dimensi al-Quran dan as-Sunnah dan kefahaman para sahabat r.a dan para tabiin. Maka lahirlah Islam muktazilah versi moden atas nama Islam Liberal, Islam Sekular, Islam Plural, Islam Syiah, Islam Khawarij, Islam yang terpisah-pisah dan Islam yang mengikut peredaran zaman.

Maka lahirnya generasi yang tidak memahami Islam yang sebenar dalam kerangka al-Quran dan as-Sunnah sehingga menafsirkan Islam mengikut hukum logik akal atau menyesuaikan segala isu dan perkara mengikut pandangan akal, jauh dari kaedah istinbat, istidlal dan ijtihad yang sohih. Bahkan ia memberi mereka menganuti fahaman-fahaman sesat seperti Syiah, Khawarij dan ideologi-ideologi ciptaan barat seperti pluralism, humanism, liberalism dan sebagainya.

Lalu Syeikh Dr. Yusuf al-Qardawi bertanya : “Apakah tajdid yang perlu dituntut ?”. Jawab beliau, tajidid yang perlu dibangunkan oleh Harakah Islamiah masa kini ialah dalam 3 daerah besar iaitu :

1. Takwin Tholi’ah Islamiah – membentuk kelompok pelopor dan peneraju Islam yang memiliki keupayaan, saling lengkap melengkapi, bekerjasama untuk memimpin umat dengan risalah Islam tanpa rasa isolisasi dengan masyarakat. Ia berjuang untuk merawat penyakit umat islam dengan melalui ubat Islam. “Tholi’ah” yang dibina atas iman yang ‘amiq, kefahaman yang teliti dan ikatan yang wathiq.

2. Takwin ra’yul ‘aam islami – membina pandangan umum Islam melalui cara jamahiriyah iaitu penglibatan meluas dalam gerakan massa yang ditunjangi para du’at yang menyeru umat kepada Islam sehingga mereka mencintai dan membantu para pendakwah ini. Umat ini menolak segala gerakan yang cuba memberikan gambaran salah terhadap Islam dari kalangan individu dan gerakan yang bertopengkan nama Islam atau sebagainya yang bertujuan memburukkan Islam.

3. Menyediakan suasana umum bersifat internasional yang dapat menerima kewujudan ummah Islamiah. Suasana yang dapat memberikan kekuatan kepada umat Islam berdepan kekuatan antarabangsa sehingga Islam dapat menegakkan wewenangnya untuk melaksanakan Islam sebagai manhaj kehidupan.

Bidang Keutamaan di dalam amal Islami

Syeikh Yusuf al-Qardawi menggariskan bidang-bidang penting yang perlu dikuasai dan diterokai oleh gerakan Islam yang akan memimpin ummah. Antara bidang tersebut ialah bidang pendidikan, bidang politik, bidang sosial,bidang ekonomi, bidang jihad, bidang dakwah dan penerangan dan bidang pemikiran dan intelektual. Semua bidang ini wajib dituntut dan dikuasai oleh gerakan Islam.

Namun persoalan yang paling penting dan utama ia bagaiman mengagihkan bidang ini menurut kekuatan dan keperluannya sesuai dengan tuntutan dan realiti semasa sehingga lahir kepakaran.

Untuk merealisasikannya, perlu ditumpukan kepada perkara-perkara berikut :

1. Fokus kepada beberapa kefahaman yang perlu difahami, digeneralisasi dan dikuasai terutama dari aspek pemikiran. Ini yang disebut sebagai ‘fiqh jadid’ [kefahaman yang baharu].

2. Menguasai kelompok terpenting masyarakat melalui pemerataan usaha amal dakwah. Kelompok masyarakat yang akan mendokong perjuangan dan melengkapkan kebangkitan umat. Ia terhasil dengan amal dakwah yang aktif dan proaktif.

3. Penumpuan kepada kualiti bukan kuantiti iaitu penyediaan barisan kepimpinan harapan untuk mengisi masa depan. Kepimpinan yang terdidik dengan persediaan iman dan pemikiran yang mantap. Ia terbina denga amal tarbawi.

4. Penumpuan kepada pengembangan daya fikir dan pengoperasian terutama berkaitan dengan hubungan politik nasional dan internasional, keluar dari kepompong esklusif dan kepungan luar sehingga gerakan Islam berupaya menunjukkan ciri gerakan yang bersifat antarabangsa dan fleksibal. Ia terbentuk dengan penglibatan di dalam amal siasi.

Bagaimana untuk mencapai tujuan tersebut ?

Untuk mencapai tujuan tersebut, Syeikh Yusuf al-Qardhawi menyebut tiga perkara.

Pertama : Kepentingan memberikan sepenuh masa dan tenaga untuk kerja-kerja haraki. Inilah yang telah dilakukan oleh Imam al-Bana yang telah meninggalkan tugas mengajar dan menumpukan kepada usaha dakwah dengan memberikan seluruh tumpuan dan tenaga untuk organisasi.

Kedua : Penyediaan kelompok pakar dan professional dalam pelbagai bidang. Gerakan Islam perlu melahirkan ahli yang pakar di dalam pelbagai bidang yang diperlukan umat kerana ia adalah gerakan masakini dan akan datang. Kepakaran tersebut adalah penguasaan di dalam bidang pembuatan dasar dan polisi serta bidang strategik negara.

Ketiga : Pusat kajian maklumat . Gerakan Islam adalah gerakan yang memberdaya orientasi amal berasaskan kepada dapatan maklumat, kajian, analisa dan perkembangan terkini. Menguasai zaman akan menyiapkan gerakan Islam mampu membawa perubahan dan memimpin umat. Kegagalan menguasai dan memanfaatkan zaman menyebabkan gerakan Islam ketinggalan dan keterbelakangan di dalam memimpin perubahan.

Secara kesimpulannya Syeikh Yusuf al-Qardawi menuntut gerakan Islam hidup dengan perkembangan zaman, mengerah segala keupayaan dan potensi demi mengembalikan Islam berada di posisinya untuk memimpin umat dan dunia.

Read Full Post »

ilustrasi-hijrah_thumb-copy

Di tengah-tengah badai mentari terik kepanasan, tiba-tiba datang baginda Rasulullah SAW ke rumah Abu Bakar r.a mahu mengkhabarkan perihal satu perintah agung. Lantas di malam harinya mereka berdua meredah kegelapan malam, bergerak menuju ke Yathrib. Ketika itu terserlah perasan maiyatullah di gua Thur berdepan musuh yang mengekori mereka. Berhari-hari perjalanan akhirnya tiba ke Yathrib  di sekitar Rabiul Awwal. Seluruh penghuni Yathrib menyambut dengan wajah ceria gembira akan kehadiran baginda SAW sehingga Yathrib menjadi bandar yang bercahaya. [Madinah el-Munawwarah]

Hijrah dalam sejarah Rasulullah SAW adalah sebuah metamorfosis dari gerakan menjadi negara sebagaimana tulisan Ustaz Anis Matta. Katanya lagi “Tiga belas tahun sebelumnya, Rasulullah SAW melakukan penetrasi sosial yang sangat sistematik, di mana Islam menjadi jalan hidup individu; di mana Islam “memanusia” dan kemudian “memasyarakat”. Sekarang, melalui hijrah, masyarakat itu bergerak linear menuju negara. Melalui hijrah, gerakan itu “menegara”, dan Madinah adalah wilayahnya”.

Inti kepada fiqh hijrah ialah bagaimana kerja keras baginda Rasulullah  menyediakan individu-individu (rijal) yang akan menjadi Qaedah Sulbah kepada negara, yang nanti akan menjadi pelantar kepada satu peradaban.

Ia menyedarkan kita bahawa persoalan ‘tanah’ atau ‘bumi’ adalah perkara kedua. Lantaran itu Rasulullah SAW  bergerak mencari ruang baharu untuk menjadi tapak kekuasaan seperti di Habsyah dan Thaif bagi men’istiknaf’ kehidupan Islami. Ternyata Habsyah dan Thoif bukan tempatnya.Isu terasnya adalah manusia kerana yang akan berpijak di atas tanah adalah manusia. Di sanalah islam ditegakkan, dibangunkan, dioperasikan sebagai manhaj al-hayah dalam ruang fikiran, ruang jiwa dan ruang gerak manusia. Tanah akan menjadi penting setelah ada komuniti manusia baharu yang mewala’kan dirinya kepada allah dan bergerak secara legal dalam sebuah entiti yang diiktiraf.

Sejarah juga mencatatkan bahawa mereka yang terdahulu berhijrah ke Habsyah, menyusul kemudian ke Madinah selepas lima dan enam tahun kemudian. Mereka tiba dengan diketuai Ja’afar bin Abi Talib selepas umat Islam menang dari perang Khaibar , satu peperangan pengusiran atas pengkhianatan Yahudi di dalam perang Khandaq.

Dokumen Hijrah merekodkan empat perkara teras yang telah dilaksanakan oleh baginda saw. Ia menyamai apa yang akan dilakukan oleh mana-mana pemimpin negara . pertama, membangun infranstruktur dengan masjid menjadi simbolnya. Kedua menciptakan kohesi sosial melalui persaudaraan antara komuniti Quraisyh dan Yathrib menjadi Muhajirin dan Ansor. Ketiga membuat nota persepakatan antara komuniti melalui Piagam Madinah. Keempat merancang sistem pertahanan negara melalui perisytiharan jihad fi sabilillah.

Katanya  Ustaz Anis Matta lagi : “Lima tahun pertama setelah hijrah kehidupan dipenuhi oleh kerja keras Rasulullah SAW beserta para sahabat beliau untuk mempertahankan eksistensi dan kelangsungan hidup negara Madinah. Dalam kurun waktu itu, Rasulullah SAW telah melakukan lebih dari 40 kali peperangan dalam berbagai skala. Yang terbesar dari semua peperangan itu adalah perang Khandaq, di mana kaum Muslimin keluar sebagai pemenang. Setelah itu tidak ada lagi yang terjadi di sekitar Madinah karena semua peperangan sudah bersifat ekspansif. Negara Madinah membuktikan kekuatan dan kemandiriannya, eksistensinya, dan kelangsungannya. Di sini, kaum Muslimin telah membuktikan kekuatannya, setelah sebelumnya kaum Muslimin membuktikan kebenarannya”.

Apa yang dapat difahami ialah tujuan hijrah ialah menegakkan sebuah negara berdaulat yang dengannya tertegaknya wilayah kekuasaan syariat islam. Sebuah negara memerlukan dua bahan dasar iaitu manusia dan sistem. Manusia adalah pengisi struktur manakala sistem ialah peraturan atau sistem nilai dalam mengatur urus tadbir negara.

Namun di sana faktor yang mendokong untuk menegakkan negara iaitu ‘tanah’. Tidak ada negara tanpa tanah. Tanah akan menjadi bererti jika dihuni manusia kerana di sana ada ruang hidup, ruang isti’mar, ruang untuk memastikan kalimah allah dilaksanakan sebagaimana kata Rub’I ibn ‘Amir dengan kata-kata mahsyurnya.

“sesungguhnya allah telah membangkitkan kami untuk mengeluarkan manusia dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada allah, dari penindasan agama-agama selain Islam kepada keadilan Islam , dari dunia yang sempit kepada dunia yang luas dengan kerahmatan islam..”

Faktor lainnya juga adalah ‘jaringan sosial’ iaitu individu yang berinteraksi dengan manusia lain dalam wilayah baharu sehingga timbul hukum baharu berkaitan kafir harbi dan kafir dzimmah seperti harb, isti’anah, tahaluf, hudnah dan sebagainya.

Keempat-empat unsur ini, manusia, sistem, tanah dan jaringan sosial disinergikan dengan unsur-unsur  ilmu dan kepimpinan sehingga tanzim menjadi matang dan bergerak dalam wilayah amal yang baharu. Tanzim atau  jamaah bergerak secara evolusi dari fasa jamaah menuju negara dan bersiap menjadi nukleus  asas peradaban. Begitulah transformasi terjadi dari fasa ta’sis kepada infitah , pelebaran fikrah, pertembungan dan akhirnya ‘tamkin’[kekuasaan].

Hakikat ini perlu difahami oleh gerakan Islam bahawa :

  1. Matlamat utama gerakan Islam ialah memastikan Islam tertegak sebagai satu sistem sehingga sistem ini memberi cahaya rahmat dan perlindungan kepada manusia. [hatta la takuuna fitnah wa yakuna addin kulluhi lillah].
  2. Proses men’isti’naf’ kehidupan Islam yang syumul memerlukan kepada manusia sebagai pelaksana, tanah sebagai wilayah kewujudannya dan sistem yang akan mengurus jaringan komuniti dan sosialnya.
  3. Gerakan Islam adalah gerakan yang berfasa ia bukan gerakan yang tidak terancang. Gerakan yang tidak hanya berorientasikan siasah dalaman semata-mata tetapi ia adalah gerakan yang berakumulatif dengan masa, berinteraksi dengan manusia sehingga menumbuhkan wilayah wala’ kepada aqidah di bawah satu tanah yang merdeka untuk ditatbiqkan Islam sebagai satu sistem hidup.
  4. Tugas menyediakan rijal atau motor negara adalah keutamaan dalam hirarki gerakan Islam. Rijal ini akan menjadi pilar atau qaedah sulbah bagi kelansungan akidah dan eksistensi negara. Tanpa rijal negara tidak memiliki makna.
  5. Membina rijal di dahulukan dari membina negara [bina ar-rijal muqoddam min bina ad-daulah]. Ini kaedah fiqh haraki terpenting dalam manhaj bergerak bagi mana-mana jamaah Islam. Ia bukan menidakkan persoalan negara tetapi membina batu asas untuk perjuangan panjang bagi membentuk satu peradaban. Proses tarbiyah dan kaderisasi adalah asas pembinaan rijal, juga proses memanusiakan manusia menjadi rijal.
  6. Rijal yang dibentuk harus diupayakan peranan di wilayah amal yang lebih luas dan mencabar bagi keperluan negara. Menyiapkan tokoh-tokoh di institusi-institusi penting dan strategik adalah satu dari maksud memberdaya sumber manusia di dalam tanzim. Ini penting sebagai persiapan mengambil alih fungsi negara dalam konteks sistem demokrasi berparlimen.
  7. Peningkatan wilayah amal yang luas, peningkatan kuantiti komuniti negara perlu keseimbangan [tawazun] dengan kualiti qaedah sulbah [ manusia tonggak].
  8. Wilayah amal negara yang luas berkehendak gerakan islam terus mencari pendekatan terbaik untuk  berinteraksi dengan non muslim melalui dialog atau apa-apa cara sehingga mereka tunduk pada kekuasaan Islam dan tidak mencabar kedaulatan islam  yang termaksud dalam dokumen persepakatan sebuah negara.

Ya Hijrah, bukan satu escapism, bukan satu tanda kekalahan dari bertarung, bukan terjadi dari ‘vacum’ yang kosong, tetapi ia adalah perancangan Allah untuk mematangkan perjalanan gerakan Islam. Hijrah adalah menefestasi satu mata rantai pembinaan [takween daqiq]  manusia yang mendalam serta takhtit munazzhom [perancangan tersusun] , dibingkai dalam kalungan iman dan ukhuwwah yang menzahirkan makna pengorbanan, persaudaraan dan jihad. Hijrah menjustifikan gerakan Islam beranjak dari fasa ‘tandhim’ kepada fasa ‘bernegara’, dari fasa eksklusif kepada inklusif,  dan dari fasa ‘taasis’ kepada fasa ‘tatwir’.

Di sebalik peristiwa ini muncul para tokoh, rijal, pejuang yang dilahirkan dari medium tarbiyah. Rijal yang menjadi katalis negara berdepan ketumbukan munafikin, musyrikin dan Yahudi. Hasil dakwah dan pembinaan itulah mencipta rijal yang mengisi kota madinah dan mengkristal secara cepat. Ia terbina dengan kuat dan ampuh.

Inilah misi Hijrah, mengkaderisasi manusia untuk satu negara menuju satu peradaban. Misinya melahirkan manusia soleh yang kuat atau manusia kuat yang solih sebagaimana kata-kata Umar Al-Khatab.

“ Ya allah, lindungilah kami dari orang yang bertaqwa yang lemah dan tidak berdaya, dan lindungilah kami dari orang-orang jahat yang perkasa dan cuai.”.

Inti Hijrah ialah melahirkan rijal-rijal sebagai founder dakwah dan arkitek harakah di dalam sebuah negara untuk memeta peta amal islami sehingga tidak ada lagi bumi yang tidak disyahadahkan dengan kalimah dan syariah ilahi. Kisah mereka telah terakam dalam babak-babak Hijrah yang menakjubkan dan mengkagumkan pada makna faham, ikhlas, amal, taat, jihad, tazhiyyah,tajarrud, thabat,  ukhuwwah dan thiqah.

Ya Hijrah satu metamorfosis haraki dari ‘satu jamaah’ menuju ‘satu negara’ yang merdeka akidah dan tanahnya.

Read Full Post »