Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for April 2010

Puisi Tarbiyah…

Tarbiyah adalah kekuatan yang mampu
Mengubah duri jadi mawar
Mengubah cuka jadi anggur
Mengubah malang jadi untung
Mengubah sedih jadi riang
Mengubah setan jadi Nabi
Mengubah iblis jadi Malaikat
Mengubah sakit jadi sihat
Mengubah bakhil jadi dermawan
Mengubah kandang jadi taman
Mengubah amarah jadi ramah
Mengubah penjara jadi istana
Mengubah musibah jadi muhibbah
Itulah tarbiyah…

(diadaptasi daripada puisi cinta oleh Ar-Rumi yang dideklamasikan oleh Ayyatul Husna dalam filem Ketika Cinta Bertasbih)

Read Full Post »

Ikhtilal Niat

Salam buat para pendakwah !

Antara penyakit yang menimpa para pendakwah hari ini ialah kecacatan niat.Kecacatan niat menyebabkan para pendakwah terdedah kepada gejala riak,ujub dan sebagainya.

Antara bentuk ikhtilal niat (kecacatan niat ) ialah :

  • Para pendakwah merebut kedudukan tinggi dan popular di dalam masyarakat.
  • Suka berbicara tentang sumbangan, jasa dan pencapaiannyaa dalam kerja-kerja dakwah dan lapangan amal islami.
  • Tidak merasa bahagia  jika dakwah berjaya ditangan orang lain. Dia merasa sedih, pilu dan dukacita jika dakwah orang lain mengatasinya dan diterima masyarakat.
  • Suka pada pujian dan sanjungan. Berubah wajahnya bila dikritik dan dicela kerja-kerjanya.
  • Mencari manfaat dan habuan, berusaha untuk mendapat imbuhan dari amal dakwahnya sama ada berbentuk benda atau maknawi.
  • Suka dan cenderung untuk menonjolkan diri dan merebut jawatan kepimpinan dan tidak suka dan rela orang lainbekerja dalam barisan para pendakwah.
  • Wujud perasaan ujub, rasa bangga dengan keupayaan dan kompetensinya, menonjolkan kelebihannya dalam amal islami dan mengulang-ulang menyebutnya dalam mana -mana sempena atau tidak.

Read Full Post »