Salah satu seni dakwah yang paling berkesan ialah dakwah fardiyah. Seerah Rasulullah SAW menunjukkan betapa ramai tokoh-tokoh besar Islam menerima Islam melalui pintu dakwah fardiyah. Antara tokoh-tokoh besar Islam yang memeluk Islam melalui seni ini ialah Uthman b. ‘Affan, Abdul Rahman b. ‘Auf, Az-Zubair bin Al-‘Awwam, Saad bin Abi Waqqas , Tholhah b. Ubaidillah dan lain-lain lagi.
Dakwah Fardiyah adalah seni perhubungan antara seorang da’ie dengan mad’unya (sasarannya) dalam bentuk hubungan peribadi secara langsung. Ia dilakukan sama ada dari individu yang intima’ kepada mana-mana jamaah yang melaksanakan tugas dakwah , menyampaikan fikroh Islam sehingga menarik untuk menggabungkan diri ke dalam jamaah tersebut. Ia juga boleh dilakukan oleh individu yang tidak terlibat dengan mana-mana jamaah atas tujuan menyerunya ke jalan Allah.
Salah satu seni yang penting di dalam melaksanakan dakwah fardiyah ialah seni mempengaruhi atau memikat hati manusia. Para ulama’ dakwah membahagikan seni ini kepada tiga peringkat iaitu :
- Peringkat pertama : tahap memikat dan meransang minat
- Peringkat kedua : tahap menarik minat mad’u kepada da’ie.
- Peringkat ketiga : tahap menarik minat mad’u kepada fikroh islam.
Ada beberapa kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dalam melaksanakan seni memikat hati manusia dalam dakwah fardiyah ini. Kaedah-kaedah ini diambil dari sumber al-Quran dan as-Sunnah
Antara kaedah tersebut yang dapat dilakukan dalam mengimplimentasikan dakwah fardiyah ini ialah :
Peringkat 1 : Tahap memikat dan meransang minat
Kaedah 1 : Prihatin dan ambil berat kepada saudara seislam.
- Kaedah ini berasaskan kepada sabda Rasulullah SAW :
[ Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat islam maka ia bukan dari kalangan mereka].
- Seorang dai’e hendaklah prihatin dan mengambil berat terhadap manusia yang berada disekelilingnya untuk memperolehi cinta manusia. Jika ia ingin menjadi manusia yang penting dia hendaklah sentiasa menjadi orang yang selalu mengambil berat terhadap manusia lain.
- Dai’e tersebut hendaklah menjadi insane yang bermanfaat pada orang lain dan sentiasa ringan tangan untuk memberikan khidmat dan bantuan.
- Hasilnya manusia akan mudah terpengaruh dengan kebaikan da’ie tersebut dan menimbulkna rasa cinta mereka kepada da’ie. Bukankan Rasulullah SAW berjaya menarik perhatian manusia dengan sikap dan keprihatinan terhadap manusia lain samada pada muslim atau musuhnya
- Sirah pernah menceritakan kisah bagaimana seorang lelaki yang paling membenci Rasulullah SAW menjadi orang yang paling mencintai Rasulullah dengan akhlak yang ditunjukkannya. Sikap prihatin dan ambil pedulinya menjadi daya penarik kepada manusia disekitarnya. Lelaki itu menceritakan bahawa dia pernah mendengar Nabi SAW pernah berkata di pasar “ Semoga allah merahmati seorang lelaki, mempermudah jual beli, memudahkan urusan menerima dan member, urusan menjatuhkan hukuman dan urusan pengadilan..”. Lelaki itu berkata : Demi allah ! aku akan selesaikan semua urusan ini..sesungguhnya beliau seorang yang baik perkataanya sehingga aku menjadi pengikutnya. Aku berkata : “Wahai Muhammad! lantas semua orang memandang kepadaku (tanda prihatin kepada mad’u). Kemudian Nabi Muhammad SAW berkata : “ apa yang kamu mahu? , aku berkata : “ adakah kamu orang yang menyesatkan manusia: Baginda berkata : “ semoga allah memelihara kamu”. Aku berkata : “ apa yang kamu serukan ?”. Baginda menjawab : “ aku menyeru hamba – hamba allah kepada beriman kepada allah”.
Kaedah 2 : Senyum selalu .
- Rasulullah SAW bersabda :
[ Senyum kamu terhadap wajah saudaramu adalah sedekah ].
- Bahasa wajah lebih cepat memberi kesan berbanding bahasa lisan.Ia seolah-olah satu ungkapan seseorang pada saudaranya : “sesungguhnya aku amat mencintaimu dan berasa bahagia melihat wajahmu”.
- Senyum ini hendaklah lahir dari jiwa yang mendalam yang menzahirkan perasaan lapang dada terhadap saudaramu dengan wajah yang manis.
- Senyum yang manis ini akan menenagkan hati manusia lain, membuka pintu-pintu hati manusia sehingga ia mampu merubahnya.
- Berapa banyak mereka yang tertarik kepada risalah Islam disebabkan sikap senyum Rasulullah SAW.
- Senyumlah dengan wajah manis terhadap mad’umu, zahirkan kegembiraanmu terhadapnya dan tunjukkan anda ceria apabila bersamanya. Semuanya ini adalah sedekah.
Kaedah 3 : Panggil dengan nama yang paling disukai
- Memanggil dan mengingatkan nama-nama manusia adalah cara yang paling terbaik mempengaruhi manusia.
- Sirah menceritakan bagaimana ‘Amru bin ‘Abasah tertarik kepada Islam kerana teringat akan sikap Rasulullah yang menyebut namanya. Ketika beliau berhijrah ke Madinah dan berjumpa Rasulullah SAW. Beliau bertanya : “adakah kamu kenal aku?, jawab nabi s.a.w : “ ya “, bukankah kamu pernah berjumpa denganku ketika di Mekah ?, Aku berkata : “ya, bahkan Ya Rasulullah”.
- Sejarah dakwah mencatatkan bahawa Imam Hasan al-Bana dikenali orang yang paling banyak menghafal nama ikhwannya dan menyebut nama mereka.
- Antara cara yang praktikal ialah memanggilnya dengan panggilan nama yang baik. Rasulullah SAW memanggil ‘Utbah ibn Rabi’ah dengan gelarannya dan berinteraksi dengannya sesuai dengan kedudukannya. Antara panggilan Rasulullah SAW kepada : “ya aba walid dengarlah..”.
- Sebutlah dengan ungkapan yang menarik , panggilah namanya dengan penuh kasih sayang , katakanlah dengan penuh mahabbah : ya akhi, ya ustaz, ya abu fulan…
Kaedah 4 : Berkata yang baik atau diam
- Jadilah anda pendengar yang baik dan kurang berbicara. Orang yang bijak berbicara adalah pendengar yang baik. Untuk menjadi pendengar yang baik, biasakan diri anda tidak memotong bicara orang lain ketika berbicara, sentiasa member perhatian dan mendengar bicara orang lain sebagaimana orang lain beri perhatian kepada kita.
- Ramai para pendakwah gagal meninggalkan kesan positif dalam jiwa manusia apabila bergaul dengan manusia kerana kurang peduli dan prihatin terhadap mereka.
- Bila ada orang ingin mengkritik kamu atau membetulkan kesilapanmu atau minta penjelasan, sediakan pen dan kertas untuk mencatatnya. Bila diberi peluang untuk menjelaskan satu penjelaskan, teranglah dengan cara yang baik, disukai , tidak bersikap keras dan kasar dan menyempitkan hati mereka.
- Kata Ibnu Muqaffa’ [ pelajarilah keindahan mendengar sebagaimana kamu belajar keindahan bicara, antara bentuk mendengar yang baik, membiarkan orang yang berbicara berbicara sedikit demi sedikit sehingga selesai bicaranya, kurang mencelah jawapan, memandang kepada wajahnya dan sensitif terhadap kata-katanya”.
- Antara pesanan terbaik tentang hal ini ialah bila ditanya kepada seseorang, bilakah kamu bercakap ?, maka jawagnya ; bila saya ghairah untuk diam. Begitu juga bila ditanya bilakah anda akan diam, jawabnya ; bila saya ghairah untuk bercakap.
- Jika anda mahu manusia berpaling darimu atau mengherdikmu maka amalkan tabiat berikut:
- Jangan beri peluang bercakap.
- Cakaplah tanpa henti.
- Jika terlintas idea difikiranmu, keluarkan idea tersebut walaupun ada orang sedang berbicara. Janganlah anda menunggu sehingga dia selesai berbicara. Anggaplah orang sedang bicara itu bodoh dan tidak bijak.
- Kenapa anda membuang masa untuk mendengar perbicaraan yang bodoh.
- Sampuk dan celah ketika orang sedang bicara.
- Ingatlah selalu bahawa kebanykan orang yang mendengar tidak mampu untuk mengikuti bicara dan menumpukannya tidak lebih dari 15 minit. Para pendengar akan cepat letih dan jemu. Justeru itu gunakanlah kebijaksanaan anda ketika berbicara.
Kaedah 5 : Cintailah saudaramu sebagaimana kamu mencintai dirimu
- Hormatilah orang lain, berikan haknya dan hargailah mereka dan jadikan orang itu selalu merasai kepentingan tersebut. Kamu menyintainya sebagaimana kamu menyintai dirimu. Biarkan kita berikan kepada orang lain sesuatu yang kita paling suka untuk kita berikan.
- Para pendakwah hendaklah menjaga kedudukan dan status mad’unya. Letakkan mereka sesuai dengan kedudukan mereka, jauh dari bersikap bermuka-muka, berpura-pura dan berdusta dalam menyatakan sifat yang tidak sepatutnya bagi mereka.
- Pilihlah ungkapan yang baik, mengambil hatinya dengan kebenaran. Gunakan ungkapan : “ adakah kamu benarkan saya, adakah kamu persilakan saya , saya amat –amat berterima kasih kepada kamu..”
- Pujilah aspek positif yang ada padanya. Pujilah kebaikan yang dilakukannya, penampilan dirinya, pakaiannya yang kemas, tempat tinggalnya yang tersusun, kerjanya yang terancang dan sistematik dan sebagainya.
mantap ustaz..DF satu kaedah dakwah yang nampak lambat tapi sangat berkesan. Tips yang menarik dan mudah difahami.
akhi, bagus artikel ni. mmg berlaku pun certain2 occasion yang anta ketengahkan. jzkk
part 2?
tq diatas perkongsian ilmu yg sgt baik..