Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Julai 2012

105. dan Katakanlah (Wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan Segala Yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman akan melihat apa Yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara Yang ghaib dan Yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa Yang kamu telah kerjakan”.

Ayat di atas merupakan siri-siri ayat popular di telinga para aktivis dakwah dan tarbiyah. Ayat yang sentiasa memberikan dorongan dan inspirasi bekerja dan terus bekerja. Ayat ini menjadikan orientasi amal sebagai ukuran kepada kejayaan dakwah dan peluasan tajmik. As-Syeikh Yusuf al-Qardawi di dalam bukunya ‘Jail an-Nasr al-Mansyud’ menjadikan jail al-amal sebagai prasyarat kepada kemenangan Islam. Bukan generasi yang terkesima dengan sejarah silam atau generasi yang pandai beretorik dan berdebat.

Di dalam surah as-Soff ayat 2-3 Allah mencela orang yang pandai berbicara dan beretorika tetapi lemah amalnya. Bahkan para du’at ini diancam kemurkaan dari Allah SWT  :

2. Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya!

3. amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.

Hakikatnya Allah menciptakan manusia untuk beramal dan bekerja. Amal dan kerja adalah kayu ukur ujian allah ke atas hambanya untuk menguji takat ihsan seseorang. Allah tidak memandang pada rupa paras kita dan tubuh badan kita tetapi pada amal dan hati kita.

Amallah yang akan menjadi perhitungan terbesar di sisi allah. Ini kerana nilai seorang daie pada amal dan kerja yang dia lakukan. Zaman ini zaman amal bukan zaman petah berbicara. Berapa banyak kepetahan berbicara tetapi amal mereka kosong. Sepatutnya kepetahan amal dan kerja mengatasi kepetahan berbicara.

Imam al-Bana menyatakan : “ Medan bercakap tidak sama medan amal, manakala medan jihad tidak sama dengan medan amal , manakala medan jihad sebenar pula tidak sama dengan medan jihad yang salah..”

Pada penggal ayat 105 at-taubah Allah  menggunakan feel amr (ayat printah) kepada baginda ar-Rasul. Perintah yang diikuti dengan suruhan dan kewajipan  bekerja menyampaikan risalh dakwah tanpa ada titik hentinya. Perintah yang nantinya akan dinilai Allah, para rasulnya dan orang-orang yang beriman. Bahkan amal tersebut akan dihadapkan di hadapan Allah nanti di padang Mahsyar tentang kerja tabligh risalah yang telah ditaklifkan allah ke atas para hambanya terutama para aktivis dakwah.

Betapa pentingnya amal sehingga allah mengaitkannya dengan persoalan iman. Kualiti iman akan menentukan kualiti amal. Begitulah sebaliknya, jika para du’at lemah imannya maka akan lemahlah amal dakwah, amal tarbiyah dan amal tajmiknya. Amal adalah cerminan iman seseorang. Hubungan iman dan amal adalah hubungan adik beradik sehingga dikolerasikan di dalam al-Quran “barangsiapa yang beriman dan beramal salih’ atau ‘ kecuali orang-orang yang beriman dan meelakukan amal solih’. Iman tanpa amal adalah kosong manakala amal tanpa iman pula adalah sia-sia.

Amallah yang akan membawa kita meraih kehidupan yang baik [hayatan thoyyiba] dan berkualiti tinggi. Ayat 97 an-Nahl bermaksud :

97. sesiapa Yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka Sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia Dengan kehidupan Yang baik; dan Sesungguhnya Kami akan membalas mereka, Dengan memberikan pahala Yang lebih dari apa Yang mereka telah kerjakan.

Amal yang allah kehendaki daripada kita ialah yang bersifat ihsan dan ahsan. Ihsan ialah kemampuan melakukan sesuatu amal daripada kebiasaan yang dilakukan umat Islam . [ an-ta’mala akthar mimma amila bihi ghairuka]. Seorang aktivis dakwah perlu melakukan melebihi kebiasaan umat islam biasa. Jika sorang muslim mampu membaca satu halaman sehari, maka seorang yang ihsan akan membaca lebih dari itu. Jika seorang muslim biasa mampu melakukan solat malam sekali seminggu, maka yang sampai takat ihsan akan melakukan lebih dari itu. Mereka adalah watak para du’at super yang bekerja secara luar biasa untuk meraih syurga yang luar biasa. Itulah takat IHSAN di dalam beramal.

Perkara yang kedua di  dalam beramal ialah melakukan sesuatu amal itu secara ahsan. Al-ahsan ialah amal yang menepati dua kriteria iaitu tepat dan tidak bertentangan dengan syariat serta ikhlas. Para aktivis dakwah perlu melaksanakan masuliyah dakwahnya  secara ahsan. Ahsan ialah satu konstruks pengukuran allah untuk menguji hambanya siapakan yang paling terbaik. Firman allah di dalam surah al-Mulk ayat 2 :

“

2. Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat);

Para aktivis dakwah perlu merefleksi amal dakwah dan tarbiyahnya.

Sejauh mana tahap ketepatan dan keakuratannya dengan tuntutan syariat ?

Sejauh mana tahap keikhlasannya di dalam melaksanakan amal-amal dakwah ?

Adakah habuan dunia menjadi dambaannya ?

Jika tidak ada salah satu, maka mungkin amalnya menjadi sia-sia atau ditolak oleh Allah SWT.

Antara aspek lain juga yang perlu dinilai ialah memastikan amal yang dilakukan itu di dalam lingkungan ‘afdhalul amal’. Nabi pernah ditanya ‘apakah amal yang paling afdhal?’. Baginda menjawab amal yang paling afdhal berdasarkan situasi dan keperluan pada masa itu.

Ketika ini kita hidup di dalam zaman tiada khalifah, zaman yang tiada daulah, zaman di dalam umat Islam lemah. Maka amal yang paling afdhal ialah berusaha menegakkan semula khilafah dengan usaha dakwah dan tarbiyah.

Namun ketika mana para aktivis dakwah lesu dan lemah semangat dakwah akibat kesibukan dilapangan umum, maka amal utamanya ialah AMAL TARBAWI bagi mengembalikan kondisi, posisi dan kualiti ruhiyyah dan maknawiyahnya sang kader tadi.

Kemenangan Islam tidak akan diperolehi dengan berpeluk tubuh..

Kemenangan islam tidak akan  dicapai dengan sifat malas dan tidak indhibat..

Kemenangan Islam tidak akan  diperolehi dengan hanya asyik  ber’facebook’ dan ber’twitter’ dan menjawab email..

Kemenangan Islam tidak akan dicapai dengan hanya pandai berstrategi dan berteori…

Kemengan Islam tidak akan dicapai dengan pelbagai dalih dan alasan dalam memberikan komitmen dan iltizam jamaie…

Islam akan menang dengan jalan jihad dan amal, jalan dakwah dan tarbiyah, jalan perjuangan yang tidak ada titik hentinya. Bertanyalah pada diri kita : “Hal Nahnu Qaumun Amaliyun..” [ adakah kita umat yang bekerja]

Jika kita bekerja pasti bertambah ma’du kita..

Jika kita bekerja pasti berkembang tajmik kita..

Jika kita bekerja pasti meningkat syukbah kita..

Jika kita bekerja pasti meluas fikroh kita..

Jika kita bekerja pasti mantop usrah kita..

Jika kita bekerja pasti kita meraih redha ilahi... dan

Kita bekerja untuk menggapai syurga tertinggi…

Semoga kita terus bekerja dan terus bekerja untuk dakwah ini. Allah tidak akan bertanya pada hasil yang kita perolehi dari dakwah ini tetapi allah akan bertanya apa yang telah kita sumbangkan untuk dakwah ini. Moga dakwah ini dipenuhi oleh mereka yang siap beramal untuk menyongsong kejayaan dan kemenangan dakwah ini.

Read Full Post »