Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Januari 2011

إن الإخوان المسلمين “وهم جزء أصيل من الشعب المصري الكريم” يتقدمون بخالص التحية والتقدير لشباب مصر وشعبها الحر في طول البلاد وعرضها على انتفاضهتم السلمية المباركة، وعلى الدور الوطني والأداء المشرف في حماية المؤسسات والممتلكات العامة والخاصة.

Sesungguhnya Ikhwanul Muslimin (yang merupakan satu bahagian tulen daripada kalangan rakyat Mesir yang mulia ini) mengucapkan salam tulus dan penghargaan kepada para pemuda dan rakyat Mesir yang merdeka di seluruh pelusuk negara kerana kebangkitan secara aman mereka yang diberkati, peranan patriotik dan tindakan luhur dalam melindungi institusi dan harta benda awam dan juga swasta.

ويؤكد الإخوان المسلمون الدعوةَ إلى الاستمرار في ذلك، ويتقدمون مع جموع الشعب بالتحية إلى جيش مصر صاحب التاريخ الوطني المُشرِّف الذي يمتلك بالتأكيد رؤيةً إستراتيجيةً للحفاظ على أمن مصر وحماية مكتسبات الشعب وتحقيق مطالبه العادلة.

Ikhwanul Muslimin menegaskan seruannya agar segala perkara ini tetap terus dipelihara. Bersama-sama rakyat massa, Ikhwanul Muslimin menyampaikan salam hormat kepada tentera Mesir, pengukir mulia sejarah negara. Pastinya mereka (pihak tentera) mempunyai visi strategik dalam menjaga keselamatan Mesir, melindungi perolehan rakyat dan merealisasikan segala tuntutan saksama mereka.

ويؤكد الإخوان المسلمون أن ما حدث هو ثورة تلقائية سلمية وطنية ترفض الظلم وتطالب بالحرية والإصلاح الشامل، وأن الذين يقومون بتخريب المحال والاعتداء على الممتلكات العامة والخاصة هم شركاء الجهاز الأمني من البلطجية الذين سبق أن استعان بهم الأمن في قمع الشعب وتزوير إردته في الانتخابات.

Ikhwanul Muslimin juga menegaskan bahawa, apa yang berlaku kini adalah merupakan sebuah revolusi (arus perubahan) yang tercetus secara automatik (tanpa dirancang) dan aman, hasil dorongan semangat kebangsaan yang menolak kezaliman, menuntut kebebasan dan pembaikan yang menyeluruh. Sementara mereka yang bertindak merosakkan kedai-kedai, menceroboh harta benda awam dan swasta, mereka sebenarnya adalah rakan persekongkolan pihak keamanan yang terdiri daripada kumpulan samseng yang sebelum ini pernah digunakan oleh pihak keamanan untuk menindas dan memalsukan kemahuan rakyat  semasa pilihanraya.

ويؤكد الإخوان المسلمون أن الشاب الوطني الحر هم الذين تصدوا بأجسادهم لحماية المؤسسات والممتلكات من هذا العدوان الهمجي في ظلِّ غيابٍ كاملٍ لأجهزة الأمن، التي تفرَّغت للبطش بهم، بل وقتلهم، ونسيت مهمتها الأساسية.

Seterusnya, Ikhwanul Muslimin menegaskan bahawa, para pemuda yang cintakan negara lagi merdeka, mereka inilah yang telah berjuang dengan tubuh jasad mereka bagi melindungi institusi dan harta benda ini daripada pencerobohan tak bertamaddun yang berlaku dalam suasana ketiadaan langsung jentera keamanan; jentera keamanan  yang menghabiskan seluruh masa dan usaha mereka untuk membantai bahkan membunuh para pemuda ini dengan melupakan tugas asasi mereka yang sebenar.

ويناشدون شباب الأمةَ الاستمرار في حماية مؤسسات الدولة والممتلكات العامة والخاصة مهما كانت التضحيات.

Ikhwanul Muslimin menyeru para pemuda umat untuk tetap terus melindungi institusi negara, harta benda awam dan swasta, walau apa jua pengorbanan yang harus dicurahkan.

والإخوان المسلمون إذْ يتقدمون بخالص العزاء لأسر الشهداء، ويدعون الله أن يتقبَّلهم في الشهداء، ويمنُّ بالشفاء العاجل على المصابين؛ فإنهم يعلنون أنهم مع هذا الشعب الكريم حتى تتحقق مطالب الشعب الأساسية التي اتفقت عليها جموع الشعب وسائر القوى الوطنية والشعبية، وعلى رأسها:

Ikhwanul Muslimin turut memajukan belasungkawa yang tulus kepada keluarga para syuhada`, berdoa kepada Allah agar menerima mereka sebagai syuhada`. Ikhwanul Muslimin juga mendoakan agar Allah mengurniakan kesembuhan segera kepada mereka yang tercedera. Dalam pada itu, Ikhwanul Muslimin mengumumkan bahawa Ikhwanul Muslimin akan tetap bersama dengan rakyat yang mulia ini sehinggalah tuntutan asasi rakyat yang disepakati oleh pelbagai lapisan massa dan kekuatan nasional tercapai, terutamanya ialah:

  • إلغاء حالة الطوارئ فورًا ودون إبطاء.

  • حل مجلسي الشعب والشورى المزورَينِ، والدعوة إلى انتخابات جديدة تحت إشراف قضائي كامل.

  • الإفراج الفوري عن جميع المعتقلين والمسجونين السياسيين.

  • الإعلان عن تشكيل حكومة وطنية انتقالية من غير الحزب الوطني تتولى إجراء الانتخابات النزيهة ونقل السلطة بشكلٍ سلمي.

  • تشكيل لجنة وطنية للتحقيق وتقصي الحقائق في وقائع استخدام العنف والقتل غير المبرر ضد المتظاهرين، والذي تسبب في عشرات القتلى ومئات الجرحى وآلاف المعتقلين.

1 – Membatalkan keadaan darurat dengan segera tanpa penangguhan.

2 – Membubarkan Majlis Rakyat dan Majlis Syura yang dipalsukan, dan menyeru agar pilihanraya baru dijalankan di bawah pengawasan penuh Badan Kehakiman.

3 – Membebaskan segera semua tahanan dan banduan politik.

4 – Mengumumkan pembentukan kerajaan peralihan nasional (yang dibentuk bukan daripada kalangan Parti Kebangsaan) untuk menjalankan pilihanraya yang bersih dan perpindahan kuasa secara aman.

5 – Membentuk jawatankuasa nasional untuk menyiasat dan menyelidik fakta sebenar berkenaan kejadian penggunaan kekerasan dan pembunuhan tanpa alas an kukuh terhadap para demonstrator, yang menyebabkan puluhan orang terkorban, ratusan tercedera dan ribuan ditahan.

ونحن مصرون على الاستمرار في هذه الانتفاضة السلمية حتى تتحقق مطالب الشعب العادلة كاملةً غير منقوصة قبل أن يحصل ما لا نتمناه لوطننا الحبيب، وقد آن لليل أن ينجلي، وللقيد أن ينكسر.. والله نسأل أن يحفظ مصرنا وشعبها من كل مكروهٍ وسوء.

Kami bertekad untuk meneruskan kebangkitan aman ini sehinggalah segala tuntutan rakyat yang saksama tercapai penuh tanpa terkurang, iaitu sebelum sesuatu yang kita tidak ingini berlaku kepada tanah air kita yang tercinta.

Dan telah tiba masanya untuk malam berlalu dan belenggu dipecahkan.. Kami memohon kepada Allah agar memelihara negara Mesir kita, dan rakyatnya daripada segala perkara tak diingini dan keburukan.

التوقيع

أ د. محمد بديع

المرشد العام للإخوان المسلمين

القاهرة: 25 من صفر 1432هـ= الموافق 29 من يناير 20011م

Terjemahan Ust. Ungku Omar (Ahli Majlis Syura Isma Pusat)

Read Full Post »

Tarbiyah dari Zero Ke Hero

Kepada sesiapa yang ingin memiliki buku ini dan menambah pengetahuan berkaitan dengan tarbiyah bolehlah mendapatkannya dengan menghubungi di nombor Hp 0134284235  RM 18.00.

Buku ini dihidangkan buat para murobbi dan penggerak tarbiyah untuk membugar, menyegar dan membangkit semula Himmah para murobbi di dalam menggerakkan amal tarbiyah, menyongsong harapan agar mampu mencetak para kader dakwah dan berkongsi pengalaman sepanjang bergelut di arena dakwah dan tarbiyah.

Read Full Post »

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT / TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN DIJEMPUT KE KEMM 1511

JOM KE NEGERI MELAKA NEGERI BERSEJARAH

Di atas robohan Kota Melaka

Kita Bina Jiwa Merdeka “

KONVENSYEN INI ADALAH ANJURAN

IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) DENGAN KERJASAMA PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL (PEMBINA)

OBJEKTIF

MEMBERI GAMBARAN KEUTUHAN JATIDIRI MASYARAKAT MELAYU YANG TELAH MEMBINA SEBUAH TAMADUN YANG GILANG-GEMILANG DAN KERAJAAN YANG MENDAPAT PENGIKTIRAFAN SELURUH DUNIA

RM 50 – Dewasa / Bekerja
RM20 – Mahasiswa

Lawati : www.kemm1511.net
Email : kemm.1511@yahoo.com
En. Rauf : 017 611 3854

Tentatif Program

*Sabtu 29 Januari 2011*

8.00 – 8.30 pg
Pendaftaran Peserta

8.30 – 9.30 pg
Pembentangan 1 – “Kegemilangan Empayar Kesultanan Melayu Melaka”
oleh YBhg. Prof Dr. Nordin Husin

9.30 – 10.00 pg
Kehadiran VVIP / VIP

10.00 – 10.45 pg
Majlis Perasmian – Ucapan Alu-aluan dan Perasmian

10.45 – 11.00 pg
Jamuan VVIP / VIP & Jamuan ringan peserta

11.00 – 12.00 tgh
Pembentangan 2 – “Kejatuhan Melaka Satu Tragedi kepada Jatidiri Bangsa Melayu dan Islam
oleh YBhg. Dato’ Dr. Hassan Ahmad, Mantan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka

12.00 – 1.00 ptg
Pembentangan 3 – “Perjuangan Bangsa Melayu Dalam Mempertahankan Jatidiri dan Agama Islam
oleh Al Fadhil Ust Mohd Fauzi Asmuni Naib Presiden ISMA

1.00 – 2.00 ptg
Rehat / Makan / Solat

2.00 – 4.00 ptg
Dialog : “Mengembalikan Jatidiri Bangsa Melayu dan Islam”

+ Pengerusi : Y. Bhg Hj Aminuddin Yahaya, Setiausaha Agung ISMA
+ Al Fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman, Presiden ISMA
+ YBhg. Dato’ Dr. Hassan Ahmad
+ YBhg. Dr Sidik Fadhil

4.00 – 5.00 ptg
Majlis Penutup / Ucapan Penangguhan dan Bersurai
oleh En Abdul Rahman Mat Dali, Timbalan Presiden ISMA

5.00 ptg
Majlis bersurai

Read Full Post »

Jalan dakwah, jalan yang panjang dan sukar, payah dan memenatkan. Namun ini adalah yang paling athbat (kukuh), tulen dan terjamin. Jalan ini tidak dihampiri dengan permaidani merah, ditaburi bunga-bunga tetapi sarat dengan mehnah dan ibtilak.

Setiap amal dijalan dakwah memerlukan pengorbanan dan keringat. Semakin sukar dan sulit jalan dakwah ini, maka semakin perlu setiap para Daie kepada usaha yang lebih besar di segi persiapan dan latihan untuk mengharungi beban amal tersebut. Sedangkan amal untuk agama Allah sentiasa berterusan, pelbagai bentuk dan luas medannya.

Berdakwah dijalan allah tidak terhentu pada satu-satu cara tetapi merentas kepada aspek substance (isi) iaitu kandungan perisian dakwah. Tugas dan tanggungjawab yang dipikul  para Dai’e sentiasa bertambah sehari demi sehari. Tanggungjawab para Daie semakin besar selepas berjaya memenangkan fikrahnya berbanding  sebelum itu.

Lantaran itu Allah SWT menjadikan ujian (Ibtila’) untuk menguji sof para Du’at. Jamaah Islamiah tidak akan berjaya mencapai visi dan misi perjuangannya melainkan setelah melalui fasa Ibtila’ dan Mehnah. (ujian dan cobaan).

Banyak hadis-hadis dan ayat-ayat al-Quran yang menjalaskan bahwa ujian adalah satu daripada sunnatud ad-dakwah.

1.       Hadis yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah R.A bahawa Rasulullahs SAW bersabda : “ Perumpamaan seorang Mukmin adalah seperti satu tanaman yang tumbuh dan tidak lekang berdepan angin yang menggoyangkannya, dan sentiasalah seorang Mukmin itu ditimpa  dengan  ujian. Sedangkan orang Munafik pula umpama satu pokok padi yang tidak bergoyang melainkan setelah dituai dan dikumpul hasilnya..” [ Imam Muslim 4/2162]

Begitulah gambaran seorang Mukmin ibarat tanaman yang sentiasa terdedah kepada angin kencang dan kuat. Dengan ini menjadikannya kukuh, utuh dan mantap berdepan segala ujian dan halanagn, sedangkan sang Munafik tadi ibarat pokok padi yang tumbuh membesar tanpa menghadapi kegoncangan angin, tidak akan mampu berdepan dengan ujian yang dahsyat dan mengerikan. Begitulag Sang Dai’e akan mampu dan kuat menanggung kesulitan dan kepayahan di jalan adakwah selama mana ia berdepan dengan pelbagai trubulasi dan rintangan.

Kenapa para Dai’e perlu menghadapi ujian sebagai satu Sunnatud ad-Dakwah ?

1.       Ujian adalah proses untuk membina dan memantapkan Jamaah Islamiah. Tanpa ujian (Ibtila’) Jamaah tidak akan mampu menghadapi tribulasi demi tribulasi sepanjang perjalanan dakwah ini. Seerah telah menunjukkan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat r.a telah melalui fasa-fasa ini sebelum mengecapi kemenangan perjuangan. Hakikatnya ujian adalah batu bata perjuangan yang mesti ditempuh dan dirempuh sebagai satu sunnah dakwah.

2.       Ibtila’ adalah proses menyaring dan memilih anasir yang kuat dan soleh di dalam Sof dakwah. Tujuannya tidak lain agar Jamaah Isdlamiah tidak dipenuhi dengan mereka yang lemah yang boleh menimbulkan kerosakan kepada Jamaah Islamiah. Mereka yang telah teruji dan mampu memikul beban dakwah akan thabat dan tetap pendirian di jalan dakwah. Mereka adalah para amilin (pekerja) yang thabat berdepan dengan ujian, hasil dari keimanan yang mantap dijiwa mereka, mengharap keredhaan allah dan ganjaran akhirat. Ini kerana mereka memahami bahawa kepayahan dan kesukaran dijalan dakwah lebih besar dari habuan yang mereka akan perolehi di dunia ini.

3.       Ibtila’ memaparkan kelompok yang membenarkan janji mereka dengan allah dan hakikat penggabungan mereka terhadap nilai Iman. Inilah yang diungkapkan oleh firman Allah  di dalam surah ‘Ali Imran ketika menggambarkan ujian yang telah ditimpa oleh orang-orang islam di dalam Perang Uhud.

“  Jika kamu mendapat luka , maka sesungguhnya kaum Musyrik itupun mendapat luka seperti kamu. Dan demikianlah , kami pergilirkan hari-hari (menang dan kalah) antara manusia supaya Allah mengatahui orang yang benar-benar tetap iman mereka dan memilih antara kamu para Syuhada’. Dan allah tidak suka kepada orang berlaku zalim.” (140)

“ Dan supaya allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinakan orang-orang kafir..”(141)

Imam Ar-Razi ketika menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa proses pergiliran ini (at-Tadawul) ini bukan bermaksud allah memenangkan orang-orang Kafir tetapi pergiliran ini menunjukkan bahawa Allah memberikan ujian dahsyat ke atas orang-orang kafir dan kadang-kadang ke atas orang yang beriman. Ujian ini boleh dilihat dari beberapa perspektif berikut :

1.       Kalaulah Allah memberi ujian yang dahsyat ke atas orang Kafir pada setiap masa dan menghapuskannya ke atas orang-orang Mukmin maka akan terhasil satu pengetahuan bahawa Iman adalah Haq (satu kebenaran) dan yang lainnya adalah Batil (kebatilan). Dengan ini akan terhapus beban taklif, ganjaran pahala dan balasan kejahatan (‘Iqob). Justeru allah pergilirkan perkara ini ke atas kelompok mukmin dan kelompok kafir.

2.       Seorang mukmin kadang-kadang melakukan dosa dan maksiat, maka Allah memberikan ujian yang dahsyat ke atasnya sebagai proses ta’dib (memberi adab) kepadanya.

4.       Ibtilak’ memperdalamkan jurang antara kelompok yang beriman dan kelompok yang kufur. Tidak ada titik pertemuan antara keduanya sama sekali. Kelompok kafir akan sentiasa mendendangkan irama kesakitan dan kepayahan  ke atas orang-orang yang beriman. Peperangan ini berterusan dan berlanjutan sehinggalah orang-orang kafir tunduk kepada hukum Islam. Kalaulah orang kafir berlembut dengan orang yang beriman dan membenarkan orang mukmin menyampaikan risalah dakwah maka orang-orang yang lemah iman berkata : “ Bukanlah orang kafir seburuk sifatnya seperti yang disangka..”. Allah SWT memberikan penegasan di dalam al-Quran di dalam ayat 105 dan 217 Surah al-Baqarah yang bermaksud :

“ Orang-orang kafir dari ahli Kitab dan juga orang-orang Musyrik, tidak suka kiranya diturunkan kepada kamu sedikit pun dari kebaikan dari TuhanMu”. (105 al-Baqarah)

“ dan orang-orang kafir sentiasa memerangi kamu sehingga mereka mahu memalingkan kamu dari agama kamu jika mereka mampu melakukannya (yang demikian itu). (217).

5.       Ibtila’ memperkuatkan ikatan sesama mukmin dengan ikatan pemikiran dan perasaan. Ujian ini membawa orang-orang mukmin berfikir kepada satu hakikat binaan Islam yang padu, yang akan memberikan mereka satu binaan yang kuat dan mantap. Sesungguhnya mereka yang telah diuji demi kerana keimanan, mereka telah memberikan sesuatu yang paling mahal di dalam hidup mereka dari jiwa, harta, anak-anak dan negara mereka demi kerana keimanan. Ujian akan menguatkan ikatan perasaan yang mendalam dan mencapai hakikat kebersamaan dan bantu membantu. Kadang-kadang manusia mudah lupa orang yang bersamanya di saat-saat kegembiraan sedangkan manusia tiadak akan melupakan seseorang di saat-saat kepayahan dan kesukaran.

6.       Ibtilak adalah dalil terkuat yang menunjukkan kemampuan dan keutuhan dakwah. Ramai manusia menerima seruan dakwah apabila mereka melihat para pendakwah thabat (teguh) di atas jalan dakwah, tinggi kesabaran dalam mengharungi ujian yang jauh lebih dahsyat. Menanggung beban ujian adalah satu persaksian ketahanan mereka dihadapan manusia.Khubaib b. ‘Adi R.A sentiasa mendendangkan ungkapan syairnya:

Aku tidak peduli ketika aku berperang sebagai seorang muslim

Dari arah mana..demi kerana Allah aku akan gugur (sebagai Syahid)..

7.       Ibtilak akan menjadikan seorang mukmin sentiasa berhati-hati dan takutkan Allah. Seorang mukmin akan sentiasa meningkatkan kualiti amalnya dan berusaha mencapai syarat-syarat kemenangan serta menjauhkan sebab-sebab yang membawa kekalahan seperti maksiat dan dosa, sikap lemah dan menyerah diri.

8.       Ujian membentuk sifat ikhlas di dalam jiwa mukmin. Imam Ar-razi di dalam tafsirnya menyatakan bahawa : “ Sesungguhnya keikhlasan seseorang insan dilihat ketika berada dalam keadaan ujian (ditimpa bala), dia lebih banyak  kembali mengadu  kepada Allahnya berbanding ketika menerima habuan dunia.

Allah menjelaskan hakikat dan sunnah ini melalui firmannya  yang bermaksud :

“ Dan kami pasti menguji kamu dengan setu ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, dan khabarkanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar yang apabila mereka diuji dengan satu-satu musibah , mereka berkata : sesungguhnya dari allah dan kepadanya kami dikembalikan..”.

 

As-Syeikh Mustafa Masyur di dalam bukunya Jalan Dakwah menjelaskan dengan panjang lebar hakikat ini  di dalam bab tribulasi dan mehnah di jalan dakwah.

Moga para pendakwah sentiasa bersabar dengan ujian kerana ia adalah satu sunnah dari sunnah berdakwah

Read Full Post »