Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Oktober 2011

Peringkat  Ketiga : Menarik Mad’u Kepada Fikroh

Kaedah 1 : Jangan Suka Bertengkar dan Berdebat

  • Cara yang paling terbaik untuk anda mempengaruhi manusia ialah menjauhi sikap suka berdebat dan bertengkar.
  • Elakkan dari memaksa mad’u anda menerima satu pegangan tanpa kerelaannya. Ini kerana akan menyebabkan dia berpegang kepada pandangannya yang asal.
  • Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya orang yang suka berdebat dan bertengkar tidak akan membawa kepada kebaikan”.
  • Sebagai contoh jika ada orang melancarkan serangan terhadap jamaah (organisasi) anda dan memuji organisasi lain dan dia berterus terang untuk bergabung dengan organisasi tersebut, apakah yang akan anda lakukan ?, apakah respon anda terhadapnya?.
  • Boleh jadi anda nyatakan seperti berikut :
Menunjukkan Respon
  • Ya..mudah-mudahkan anda dapat melakukan kebaikan apabila terlibat dengan organisasi tersebut.
  • Oh..itu organisasi yang baik dan proaktif.
  • Emm..ahli-ahlinya baik dan ikhlas
Keputusan
  • Dia akan diam kerana memikirkan anda bersetuju denganya.
  • Boleh jadi ia menanti jawapan yang sebaiknya dari anda.
Praktikal
  • Anda mengambil peluang ini, menunjukkan kelebihan dan keistimewaan  organisasi anda dan menyatakan perbezaan jamaah anda dengan jamaah yang lain.
Hasil
  • Mungkin ia akan bersama dengan organisasi anda atau dia tidak bersama dengan jamaah lain.
  • Elakkan dari suka berdebat dan bertengkar. Dengan ini akan menjadikkannya tertarik dan minat dengan fikroh anda sekalipun ia tidak bergabung di dalam jamaah anda.
  • Imam Hasan al-Bana di dalam wasiatnya  melarang kita dari banyak bertengkar dan berdebat. Katanya : “Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.”

Kaedah 2 : Berani  mengaku apabila bersalah

  • Sesungguhnya manusia itu kadang-kadang dia salah dan kadang-kadang dia betul. Dia bukanlah manusia yang maksum seperti para nabi dan para rasul.
  • Begitulah para da’ie  yang merupakan seorang manusia yang mendokong satu fikroh,satu risalah,  yang bekerja menyampaikan risalah tersebut kepada manusdia lain.
  • Dalam melaksanakan tugas menyampaikan risalah tersebut, kadang-kadang dia tidak terlepas dari melakuakn kesalahan dan kesilapan.
  • Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda :

 كل ابن آدم خطاء وخير الخطائين التوابون

[ Setiap anak Adam itu melakukan kesalahan, dan sebaik-baiknya dari mereka ialah yang bertaubat ]

  • Begitulah keadaannya, boleh jadi anda tersalah atau mad’u  anda tersalah. Dari sini janganlah anda cepat menyalahkannya atau berkat a : “ you’re a wrong person”. Seorang da’ie hendaklah berusaha menawan hatinya dahulu dari mendapatkan pendiriannya.
  • Gunakanlah lafaz yang menarik dan menyentuh perasaannya yang tidak menampakkan anda menyalahkannya. Antara ungkapan yang sesuai ialah:

“Boleh jadi saya yang bersalah..”

“ Alangkah banyaknya kesilapan saya terhadap anda..”

“ Mari bersama kita mencari hakikat yang sebenarnya..”

“ Jika saya dalam keadaan melakukan kesilapan..saya amat suka kamu membetulkan kesilapan saya..”

  • Elak dan jauhkanlah dari menggunakan lafaz atau ungkapan membunuh yang menunjukkan anda tidak mengiktiraf kesilapan anda. Antaranya :

“Saya akan buktikan pada kamu sekian…sekian….”

“ Saya akan ajar pada kamu..”

“ Saya akan tunjukkan kepada kamu…”

“Kamu mesti tahu..”

“Saya akan jelaskan kepada kamu beradsarkan pengalaman saya…”

  • Jika anda memang melakukan kesilapan, terima dan akuilah kesilapan tersebut. Semuanya ini memerlukan kepada tiga perkara iaitu keberanian-kekuatan – mujahadah.Bila da’ie tadi membiasakan dirinya untuk mengakui kesalahan jika dia bersalah, dia akan dapat merasakan satu kemanisan terutamannya kemanisan saat beroleh kemenangan dan kejayaan. Impaknya, para mad’u akan menghormati, menghargai dan respect kepada anda sebagai seorang da’ie. Ini juga akan memudahkan para mad’u menerima fikroh yang dibawa oleh dai’e tadi.

Kaedah 3 : Ungkapannya sampai ke  hati

  • Gunakan bahasa yang lembut, lunak dan penuh kasih sayang akan menambat hati manusia. Elakkan  dari bersikap benci, kasar atau keras kerana ia akan membawa kepada kebinasaan.
  • Seorang pendakwah ibarat seorang pemburu yang mahir. Dengan kemahirannya sebagai seorang pemburu mampu menangkap lalat yang menghinggap madu tanpa merosakkan madu tersebut.
  • Begitulah seorang da’ie  yang bekerja dilapangan  mengajak manusia ke jalan allah. Dia adalah pemburu untuk menawan dan menambat hati mad’unya. Dia perlu memahamkan ma’dunya bahawa dia adalah teman yang sangat ikhlas dan prihatin terhadap ma’dunya. Kesungguhan dia mengambil berat dan melayan ma’dunya adalah cara yang terbaik untuk memikat dan menambat hati ma’dunya.
  • Pernah seorang alim Yahudi yang bernama Zaid b. Sa’nah menceritakan. Aku telah menarik baju dan pakaian Rasulullah SAW dan memandangnnya dengan wajah yang bengis dan kasar. Aku pun berkata kepadanya : “ Wahai Muhammad ! Bukannkan kamu telah merampas hak aku ? Demi allah  ! Tidaklah kamu semua tahu tentang Bani Mutalib kecuali mereka suka berlengah-lengah…aku pun melihat  Umar , berlinang air mata di wajahnya, dia pun memandang kepadaku lantas berkata : “wahai musuh allah, adakah kamu berkata sesuatu kepada Rasulullah SAW apa yang aku dengar ?, kamu perlakukan kepadanya apa yang aku lihat?. Rasulullah SAW memandang kepadaku dengan penuh sopan dan tenang. Maka kata Rasulullah : “ Wahai Umar, aku dan dia tidak menyukai cara kamu  seperti ini untuk menyuruh aku melakukannya dengan prestasi yang baik atau menyuruh dia (Zaid) menjadi pengikut yang baik. Wahai Umar !  pergilah bersamanya, berikan dan tambahkan  untuknya 20 kilogram kurma, maka Umar r.a pun pergi untuk memberikan tamar kepadanya. Zaid pun berkata : “adakah kamu kenal aku wahai Umar r.a ? Kata Umar : Tidak . Zaid berkata : Aku Zaid b. Sa’nah. Kata Umar : al-Hibr ( orang alim) , aku menjawab : ya orang alim. Kemudian aku memberitahu kepadanya  apa yang telah dilakukan sambil berkata : “ tidak nampak tanda-tanda kenabian melainkan aku dapat mengenalinya pada wajah Rasulullah bila aku memandang kepadanya. Hanya ada dua tanda iaitu sifat al-hilm (lemah lembut) yang mendahulu sifat bodohnya, tidak menambah  sangat kebodohannya ke atasnya  kecuali sifat al-hilm.Aku beritahu kepada mereka berdua , maka aku bersaksi wahai Umar ra. Bahawa aku tellah redho allah sebagai Rabbku, Islam senagai deenku, Nabi Muhammad sebagai seorang nabi. Aku juga bersaksi bahawa sebahagian hartaku adalah sedekah kepada umat Muhammad. Kata Umar r.a atau juga ke  atas sebahagian mereka , kerana engkau tidak dapat melapangkan mereka. Aku pun berkata (Zaid): atau ke atas sebahagian mereka

Kaedah 4 : Hidup dalam keadaan tenang dan memberikan respon positif  “Ya”

  • Dalam ilmu psikologi terdapat perbezaan yang besar antara dua perkataan [ ya ] dan [ tidak].
  • Ungkapan [tidak] menggambarkan perubahan emosi yang tidak stabil pada diri dan jiwa seseorang. Orang itu mengalami masalah saraf dan organ serta gangguan terhadap fungsinya yang biasa.
  • Lantaran itu amat sukar untuk meyakinkan seseorang itu untuk berubah secara drastik dari mengatakan [ tidak ] kepada [ ya ]. Bahkan kadang-kadang dia akan semakin degil dan mempertahankan pandangannya.
  • Sedangkan ungkapan [ ya ] pula menggerakkan emosi dalaman jiwa menuju ketenangan yang sempurna dan perasaan releks. Ini ini akan menjadikan fikiran lebih terbuka dan bersedia untuk proses berfikir dan mengingat .
  • Justeru biarkan seseorang sentiasa menyebut : [ ya ].Secara prinsipnya, berdasarkan maklumat tersebut dia dapat merasakan kepentingannya. Ini akan menjadikan dia lupa kepada sebarang perselisihan dan berusaha mencapai matlamatnya yang diharapkan iaitu menarik atau menambat oramg lain kepada pemikirannya (fikrahnya).
  • Tetapi bagaimana anda mahu biarkannya sentiasa berkata  “Ya”
    • Mulakan sesuatu yang anda bersetuju dengannya dan bersama-sama untuk merealisasikannya.
    • Fahamkan dia bahawa anda dan dia berusaha untuk menacapai matlamat bersama walaupun berbeza pendekatannya.
    • Tanyakan soalan kepadanya yang memberikan jawapan “Ya”.
  • Seorang lelaki datang mengadap Rasulullah SAW  dan bersamanya seorang budak. Dia tidak mengaku anaknya . Katanya : “wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya isteriku telah melahirkan anak yang hitam”. Kata Rasulullah SAW : “ adakah kamu ada mempunyai seekor unta ?”, Jawabnya : Ya , kata Rasulullah SAW : “ apakah warnanya ?, Jawabnya : “ merah” , Nabi s.a.w berkata lagi : Adakah pada unta itu helaian bulu-bulu ? Jawabnya : Ya. Kata Rasulullah SAW : dari mana ia datang ? Jawab lelaki itu : “ mudah-mudahan ia datang dari bulu kulit yang tercabut”. Sabda Rasulullah SAW : “ Mudah-mudahan juga budak kecil ini pun datang dari  asal keturunannya”.
  • Pertanyaan Rasulullah SAW kepada lelaki tersebut membuatkannya mengakui budak tadi adalah anaknya. Rasulullah SAW bertanya sehingga ia berkata : “Ya” dan bersetuju.
  • Para da’ie sentiasa mencari titik persamaan dan menjauhkan titik perbezaan. Titik persamaan akan memudahkan para da’ie menarik mad’u kepada fikrohnya.

Kaedah 5 : Jadikan ma’du  merasakan bahawa idea yang lahir itu adalah idea bersama

  • Biarkan mad’u anda meneruskan bicaranya, mintalah dia membentangkan idea-idea bernasnya. Kadang-kadang anda mintalah dia memberikan pendapat tentang diri anda atau meminta dia memberikan respond an amklum balas  terhadap idea anda, tengok dan lihatlah. Hasil anda akan lihat sesuatu yang menarik.
  • Boleh jadi dia dapat mencipta sesuatu  yang baru yang tidak mungkin anda dapat lakukannya. Oleh itu menambat, menawan hati manusia lebih penting dan utama dari  sibuk untuk mengembara,. Ini kerana mad’u tadi merasakan buah fikiran ,idea tadi adalah ideanya juga.
  • Apabila kita berusaha untuk menarik mad’u kita kepada fikrah yang kita bawa, kenapa kita jadikan diri kita faktor penghalang untuk mencapai perkara tersebut.
  • Da’ie yang bijak ialah da’ie yang apabila mahu  kedudukannya tinggi di sisi manusia, hendaklah dia berada di bawah mereka iaitu berkhidmat unrtuk mereka.
  • Jika dia mahu memimpin masyarakat, dia hendaklah menjadikan dirinya dibelakang mereka.Semua urusan ini dilakukan dengan cara bersyura.
  • Di dalam Perang Badar , seorang sahabat r.a  al-Hubab b. al-Munzir berpendapat  bahawa tindakan Rasulullah memilih satu tempat itu tidak sesuai. Tanpa ragu-ragu , dia terus bertanya Rasulullah SAW, apakah tindakan kita berkumpul di tempat ini merupakan wahyu dari Allah atau ia merupakan satu pandangan. Sedangkan perang itu tipudaya. Kata Rsaulullah SAW ; “ ia adalah  satu pandangan , perang itu adalah penipuan.”. Lantas al-Hubab  mencadangkan agar orang-orang Islam bergerak ke tempat lain yang strategic.
  • Begitu juga selepas perang. Ramai para sahabat r.a berjumoa Rasulullah SAW. Rasulullah meminta pandangan dari mereka : “apakah pandangan kamu tentang tawanan perang”. Para sahabat berselisih pendapat namun mereka tetap merasakan sebarang idea atau buah fikiran itu adalah buah fikiran mereka bersama, begitu juga di dalam sesuatu isu yang dirasakan sebagai isu bersama.

Kaedah 6 :Pilih  cara yang paling terbaik

  • Uslub al-Quran adalah uslub yang unik dan penuh dengan kefasohannya. Di dalam berdakwah, al-Quran menyeru kepada penggunaan uslub yang terbaik ( ( التي هي أحسن . Ia dita’birkan di dalam ayat yang menyuruh berdakwah secara hikmah dan disertai menggunakan pendekatan berbahas dan berhujah secara ilmiah. ( بالتي هي أحسن  وجادلهم (.
  • Menggunakan uslub dan pendekatan  yang terbaik akan menambat manusia tertarik kepada fikroh yang disampaikan oleh da’ie. Menggunakan metod terbaik tidak terbatas kepada satu-satu cara tetapi mengambil kira kreativiti da’ie dan kesesuaian mad’u dan masa.
  • Justeru seorang pendakwah akan menggunakan apa cara atau metod di dalam menyampaikan fikrohnya dengan cara yang paling terbaik. Selagi dia menemui cara yang terbaik dan mengaplikan di dalam dakwah, ia akan lebih cepat menambat dan menawan hati mad’unya.
  • Ibnu Qayyim di dalam kitab Madarij as-Salikin  ketika menafsirkan ayat 125 Surah an-Nahl (ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ)menyatakan bahawa allah menyebut kalimah ‘bil hikmah’ secara mutlak tanpa menyifatkannya dengan perkataan hasanah (baik), menunjukkan semua hikmah adalah sesuatu yang membawa kebaikan. Manakala perkataan mau’izoh pula disifatkan dengan hasanah kerana tidak semua peringatan itu boleh membawa semua orang menjadi baik. Sedangkan berjidal (berdebat)pula boleh membawa kepada beberapa keadaan iaitu :
    • Pertama : ia satu wasilah supaya manusia bertaubat kepada allah.
    • Kedua : dapat memberi manfaat kepada orang yang lain.
    •  Ketiga : ia memberi banyak manfaat kepada orang yang menolak kebenaran.
    • Ada pendapat menyatakan bahawa dakwah tercapai dengan dua perkara iaitu :
  1. Pertama : dalam bentuk perlakuan yang terbaik iaitu bersikap lemah-lembut dan pengasih.
  2. Kedua : menggunakan perkataan atau hujah yang bernas, terbaik, dapat difahami  yang membawa  kepada mencapai tujuan dakwah tersebut.
  • Di dalam proses Dakwah Fardiyah, peringkat menarik ma’du kepada fikroh amat perlu kepada menggunakan pendekatan dan approach yang terbaik dan berkualiti. Ia dapat diklasifikan dalam dua kondisi :
    • Pertama : Kondisi Berbeza Pandangan dan Persepsi.
      • Tunjukkan minat anda yang kuat untuk menghargai pandangannya sekalipun pandangannya lemah, kurang bernas atau lari dari topic.
      • Cuba lihat pandangannya dari aspek yang lain sebagaimana persepsi Rasulullah terhadap perjanjian Hudaibiyah ketika diminta menulis deklarasi perjanjian tersebut. Tindakan ini  akhirnya telah menarik Suhayl b. ‘Amr kepada Islam. Suhayl  adalah lelaki yang enggan menulis perkataan Muhammad Rasulullah dan menggantikannya dengan Muhammad b. Abdullah.
  • Kedua : Kondisi Berbeza Idea dan Citarasa

Kepelbagaian perbezaan idea dan citarasa setiap manusia kerana  berbeza-beza pengalaman dan bakat masing-masing. Semuanya ini akan menjadikan idea setiap orang berbeza-beza dan tidak sama. Seorang da’ie yang mahir harus memanfaatkan kepelbagaian idea dan citarasa manusia untuk menambat hatinya kepada dakwah. Antara praktikal yang boleh dilakukannya :

  • Pertama : menunjukkan rasa kagum terhadap idea tersebut dan menghargainya. Dengan penuh jujur, da’ie tadi pula dapat melontarkan ideanya yang bernas disokong dengan hujah dan maklumat yang baik sehingga sasarannya tadi dapat menerimanya. Ini akan membuka ruang hati mad’u untuk menerima dan akur kepada idea tersebut.
  • Kedua : dalam menghadapi perbezaan citarasa, sang da’ie hendaklah menunjukkan rasa belas kasihan, simpati dan empati  terhadap keinginan mad’u. Perasaan simpati tadi akan menjadikan mad’u tertarik kepada fikroh yang disampaikan oleh da’ie. Memberikan respon yang terbaik ketika menolak ideanya ialah dengan tidak mengecam pandangannya atau cuba merasai  dan menjiwai pendiriannya jika sekiranya  anda berada di tempat tersebut.
  • Setiap pendakwah perlu bijak dan mahir dalam menghadapi konflik perbezaan pendapat, perbezaan citarasa dan perbezaan naluri agar mesej dakwah sampai  dan menyentuh hati ma’du.

Kaedah 7:  Mampu mengesani dan menyentuh lubuk hati manusia

  • Dalam diri manusia ada tenaga spirit yang cukup hebat dan unggul. Jika para da’ie mampu menguasai gerakan  kuasa dalaman ini dan mengeksploitasikannya maka dia akan memiliki segala kekuatan dan mampu menarik manusia kepada fikrohnya. Kuasa spritual ini akan menjadi alat yang paling berpengaruh dan kuat untuk menambat jiwa manusia.
  • Sirah menceritakan kisah seorang lelaki yang datang mengadap Rasulullah SAW dan meminta izin untuk berzina. Para sahabat tidak bersabar lalu memerahinya.Lantas Rasulullah SAW memanggilnya lalu bertanya kepadanya. Apakah kamu suka ibu kamu diperlakuan sedemikian rupa ?. Jawabnya : sekali-kali tidak, semoga Allah menjadikan saya tebesan tuan.  Kata nabi SAW : Begitu juga semua manusia tidak suka diperlakukan zina kepada ibu mereka. Rasulullah SAW bertanya lagi : Adakah kamu mahu anak perempuan kamu berzina?. Jawabnya : Sekali-kali tidak , moga allah menjadikan aku sebagai tebusan tuan. Rasulullah SAW pun berkata : Begitu juga semua manusia tidak suka perkara itu terjadi pada anak –anak perempuan mereka. Rasulullah SAW bertanya : Adakah kamu suka ia terjadi kepada adik perempuan kamu sehingga Abdul Rahman b. Auf menambah kepada emak saudaramu. Lantas ia menjawab tidak. Maka Rasulullah SAW memegang tangannya dan meletakkan ke dadanya sambil berdoa : “  Ya Allah ! sucikanlah hatinya, ampunkanlah dosanya, peliharalah kemaluannya”. Akhirnya lelaki tersebut insaf  dan menjadikan perbuatan zina paling tidak disukainya. Demikianlah bagaimana hebatnya Rasulullah SAW berjaya menyentuh dan merubah hati lelaki tersebut sehingga dia insaf dan bertaubat.
  • Di dalam satu riwayat yang dikeluarkan  oleh Imam Ahmad dari Anas bin Malik r.a bahawa Nabi SAW pernah masuk untuk menziarahi seorang lelaki dari Bani Najjar. Kata Rasulullah SAW kepadanya : “ Wahai pakcik (sebelah perempuan)! katakanlah ‘La ila ha illah”. Lelaki itu menjawab : “Aku ini bapa saudara sebelah perempuan atau sebelah lelaki”. Jawab Rasulullah SAW : tidak sebelah lelaki ,tapi  yang sebenarnya di di sebelah perempuan. Nabi  SAW pun berkata :” katakanlah ‘La ila ha illah’. Lelaki itu berkata : adakah itu  paling baik untuk aku.  Jawab Rasulullah SAW : “ya”. Lantas lelaki itu pun memeluk islam.
  • Demikianlah hebatnya Rasulullah SAW menyantuni dan menyentuh hati lelaki tersebut sehingga dia tertarik untuk memeluk Islam.

Read Full Post »

Peringkat kedua : Tahap menarik perhatian mad’u kepada da’ie.

Ini terdiri kepada beberapa kaedah :

Kaedah 1 : Berilah pujian dan hargai mad’u anda

  • Alangkah indah dan hebatnya kaedah ini , berkesan  dan mengesani sehingga  membawa kepada keislaman Umar al-Khattab dan Khalid al-Walid.
  • Kaedah ini telah dipraktikan oleh Rasulullah SAW agar Islam menjadi hebat dan mulia dengan kehadiran Umar al-Khattab.
  • Ibnu Mas’ud r.a pernah berkata : Bahawa Rasulullah SAW perdoa : “ Ya allah, muliakan Islam dengan Umar ibn al-Khattab atau Abu Jahal b. Hisyam”. Allah merealisasikan doa dan harapan Rasulullah SAW  Umar r.a memeluk Islam sehingga Islam menjadi kukuh dan dihancurkan segala berhala.
  • Suatu ketika pernah saudara Khalid ibn al-Walid berkata kepada Khalid ibn al-Walid : “bahawa Rasulullahs SAW sering bertanya kepadaku tentang kamu ? Dimanakah Khalid ? Jawabku : “ semoga allah akan mendatanginya (memberikan hidayah). Kata Rasulullah SAW : Adakah dia masih jahil lagi tentang Islam, kalaulahdatuknya dari kalangan orang Islam maka banyaklah kebaikan untuknya, dan kita akan dahulukannya dari yang lain..”. Kata Khalid : “Bila seruan hidayah tiba kepadaku , aku bersungguh-sungguh untuk keluar (berjumpa Rasulullah SAW) , lalu bertambah minat aku kepada Islam, amat menggembirakaku terhadap pertanyaan Rasulullah SAW tentang aku. Bila aku telah memeluk Islam baginda SAW bersabda : “ segala puji bagi Allah yang telah memberika petunjuk kepadamu, sesungguhnya aku telah melihat pada kamu ada kepintaraanya yang aku harap engkau tidak menggunakannya melainkan untuk kebaikan..”.
  • Oh alangkan indhanya pujian dan penghargaan yang telah diberikan Rasulullah SAW kepada Khalid ibn al-Walid. Pujian  dan penghargaan yang menjadikan Khalid mengorbankan semaksima usaha dan tenaganya untuk Islam.
  • Kenapakan para pendakwah islam tidak menggunakan kaedah ini dipermulaan dakwah dengan memberikan penghargaan yang tulus dan pujian yang benar. Bukankah perkataan yang baik itu sedekah ?. Lantaran itu damping dan perhatikan mad’u anda dan katakanlah padanya : “ Alangkan baiknya usaha yang kamu lakukan untuk dakwah, kerja yang ikhlas ..tetapi aku berharap juga kamu dapat menepati masa dan janji..!. Beginilah yang sepatutnya kita lakukan akan ia memberikan tarikan dan meninggalkan bekas kepada mad’u kita.

Kaedah 2 : Katakan : “Alangkah tidak betul terhadap apa yang mereka katakan  ..”  apabila ingin membaiki kesilapan ma’du.

  • Apabila salah seorang dari mad’u kita telah melakukan satu kesalahan, maka untuk membetulkan kesilahan tersebut adalah merupakan satu seni.
  • Nabi SAW menggunakan kaedah ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Aishah r.a. Katanya : bahawa Nabi SAW mendapati seorang lelaki yang dilihatnya melakukan satu kesalahan, dia tidak berkata : alangkah tidak betul (tidak kena) dengan si fulan itu  bila dia menyebut demikian..demikian perkara, tetapi dia (sang da’ie) sentiasa menyebut ; “alangkah tidak betul dengan apa yang mereka itu katakan..”.
  • Cubalah membetulkan kesilapan dan kesalahan orang lain dengan cara yang tersembunyi dan halus agar ia kekal berkesan. Pernah diceritakan bahawa Saidina Umar al-Khattab pernah berada di dalam sebuah rumah dan bersamanya Jarir b. Abdullah r.a dan dia terhidu satu bau atau angin yang kurang enak. Umar r.a berkata : “akau berazam agar tuan empunya bau / angin ini ketika ia bangun dia mengambil wuduk. Kata Jarir r.a : “ Wahai Amirull Mukminin..atau  adakah semua orang kena berwuduk ? Kata Umar r.a : moga allah merahmatimu, sebaik-baik pemimpin adalah masa kamu di zaman jahiliyah dan begitu juga sebaik-baik pemimpin bila kamu di dalam Islam “.
  • Para pendakwah apabila menegur gunakanlan bahasa yang halus dan berkias serta berseni agar dapat memikat para mad’u terhadap akhlak da’ie.

Kaedah 3 : Mulakan dengan dirimu dahulu

  • Ketika ada perasaan ingin menegur, menasihati dan mengkritik mad’u , tanyalah beberapa persoalan berikut :
    • Adakah anda suka  kritikan yang anda berikan adalah kritikan yang manis dan suka didengari.
    • Adakah anda suka menasihati mad’u anda dan berharap dia dapat menerimanya dengan penuh gembira.
    • Ingatkan kesalahan anda, introspek diri anda kemudian berikanlah kritikan dan nasihat , di sana  anda akan dapati kritikan anda  itu manis dan nasihat yang anda sampikan itu disukai.
  • Ketika Rasulullah SAW selesai memeterai perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah SAW berkata kepada satu kaum : “Bangunlah, lakukan penyembelihan kemudian bercukurlah..tidak ada seorang lelaki pun yang bangun sehingga untuk kali ketiga. Berkata Ummu Salamah : “Wahai Nabi Allah, adakah kamu suka seperti itu?  Dia pun keluar dan tidak ada dari kalangan mereka yang bercakap sepatah perkataan pun sehinggalah kamu dapat melakukan sembelihan dan mengajak  tukang cukur yang akan mencukur kepala kamu, ketika mereka semua melihat perkara tersebut (sebagaimana  yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW), mereka pun bangun dan melakukan sembelihan. Sesungguhnya  jika sekiranya kesalahan itu menjadi sebab anda terlambat atau tertinggal untuk anda melakukan suatu kerja, mengapa anda tidak lakukan sahaja perbuatan tersebut sebagai satu pelajaran  yang tersirat (dengan menunjuk cara) untuk  orang lain.
  • Pendakwah perlu tunjukkan contoh terbaik darinya agar menjadi ikutan orang lain. Dia hendaklah memulakan dulu sebelum mengajak orang lain. Ini akan menjadi faktor tarikan kepada  dirinya.

Kaedah 4 : Jangan berikan arahan secara langsung (direct)

  • Gunakanlah bahasa yang lunak dan mesra ketika meminta orang lain melaksanakan sesuatu perkara.Ini kerana jiwa manusia terasa berat dan sukar ketika diminta untuk melakukan sebarang arahan atau suruhan.
  • Jangan biasakan memberikan arahan secara direct atau langsung kerana ia akan menyebabkan si pelaku tadi kurang selesa dan tertekan.
  • Elakkan menggunakan ungkapan : “ Buatlah, jangan datang atau kamu dilarang..” sebaliknya guna ungkapan yang berbentuk cadangan bersopan seperti “ Amat patut untuk kamu lakukan sedemikian  @ saya rasa yang paling betul jika kamu melakukan seperti ini..”.
  • Seerah menunjukkan bahawa Rasulullah SAW menggunakan bahasa yang paling berdiplomasi ketika menerima kedatangan beberapa orang penduduk Yaman. Rasulullah SAW berkata : “ Amat  patutlah bagi kamu jalan-jalan kepada kebaikan ? Mereka berkata : Apakah perkara tersebut ? Rasulullah bersabda : “Kamu bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan allah, kamu mendirikan solat dan beriman dengan segala yang datang dari Allah..”.
  • Usaid b. Hudhair menceritakan bahawa  beliau pernah mengungkapkan kata-kata kesat dan kasar terhadap Mus’ab b. Umair  ketika beliau menyampaikan seruan dakwah. Namun sikap lembut hati dan kata-kata lunak yang digunakan oleh Mus’ab  menyebutkan Usaid insaf dan memeluk Islam. Mus’ab berkata kepada  Usaid: “ Sekarang aku akan utuskan kepada kamu berdua Saad b. Mu’az ,seorang yang memiliki keindahan seni untuk mempengaruhi orang sehingga berubah menjadi dai’e kepada islam.
  • Para da’ie hendaklah membuka ruang komunikasi interaktif dan mesra agar ia selesa dan tertarik dengan watak da’ie tadi. Gunakanlah  ayat yang meransang ia berkomunikasi dan memberikan pendapatnya seperti “apa pandangan kamu, apa cadangan kamu..saya rasa paling baik kalau dapat saya berikan pendapat berkaitan perkara ini”. Ini bertujuan agar dia merasakan kita menghargai pendirian dan pandangannya tanpa kita terus menutup pintu komunikasi.

Kaedah 5 : Jaga air muka (maruah) mad’u.

  • Alangkah berkesannya kaedah ini, jika sekiranya mad’u anda menghadapi saat-saat ujian dan kesukaran dalam segenap segi seolah-olah dia terpenjara. Tiba-tiba datang tangan-tangan yang menghulur  dengan penuh kasih sayang dan sentuhan yang ajaib yang dapat menjaga air muka mad’u anda. Maka jika anda melakukan perkara tersebut dia pasti sekali-kali tidak akan melupakan anda sepanjang hidupnya.
  • Ketika ‘Amru b. al-‘Asr memeluk islam. Beliau berkata : “ Aku mendatangi Rasulullah ,Demi allah! Tidaklah apa yang aku lakukan melainkan aku duduk dihadapannya, aku tidak mampu untuk mengangkat kedua belah mataku  lantaran aku terasa amat malu kepadanya.” Amru berkata : aku pun berbai’ah kepadanya agar ia mengampunkan dosa-dosaku yang lalu dan juga dia lupa  terhadap apa yang telah aku lakukan duhulu”. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Islam mewajibkan (menjaga maruah orang lain) terhadap  apa yang  telah dia dilakukan sebelum Islam…”
  • Antara tips yang perlu anda lakukan untuk menjaga air muka mad’u anda :
    • Jangan kritik dihadapan khalayak yang ramai, tapi gunakanlah bahasa yang sopan dan beradab.
    • Jika anda mahu mencari kesepakatan antara keduanya, carilah pandangan  yang dipersetujui bersama dan jangan jadilah satu pihak benar dan pihak lain bersalah.
    • Jika anda dipihak yang benar, cuba kurangkan perasaan memberakan tekanan kepada pihak yang tewas.
    • Jika anda mahu memberhentikan seseorang dari memberikan khidmatnya, maka carilah untuknya kerja baru yang sesuai atau sepadan dengan kedudukannya agar ini tidak melemahkannya dan menjatuhkan air mukanya.

Kaedah 6 : Berikan galakan dan motivasi

  • Setiap manusia ada bakat dan potensi dirinya yang tersembunyi. Jika kita dapat memberikan dorongan dan motivasi kepada mereka untuk mengembangkan potensi tersebut, kita dapat pergi jauh dari itu untuk memanfaatkan kebaikan dan kelebihan mereka.
  • Kadang-kadang dorongan dan penghargaan itu boleh merubah perjalanan kehidupan ramai orang yang kurang kemahiran seperti  selalu memuji atau kurang memberikan pujian di atas bakat dan kebolehan seseorang.
  • Sebagai alternatif kepada orang yang suka memberikan kritikan, lebih baik untuknya menggunakan uslub dorongan dan motivasi ke arah kejayaan.
  • Tinggalkan sebutan yang elok pada seseorang, berikan reputasi baik baginya dan pamerkan  untuknya penghormatan di atas keupayaannya nescaya dia pasti akan datang kepada anda dengan luar biasa.
  • Sirah menunjukkan bagaimana penduduk Syaiban yang menolak Islam walaupun Rasulullah SAW telah menggunakan tuturkata yang fasih dan benar. Rasulullah SAW memberikan motivasi bahawa agama allah ini tidak akan tegak melainkan dari orang yang menguasai dari segenap aspek.
  • Dalam riwayat yang dicatatkan oleh Ibn Hajar di dalam kitab Fathul al-Bari bahawa mereka (penduduk Syaiban ) berperang dan berjuang menentang orang Farsi ,mereka telah menjadikan syiar (panji) mereka dengan nama Muhammad, lalu mereka telah beroleh kemenangan , maka mereka pun memeluk Islam selepas itu.
  • Para da’ie hendaklah sentiasa memberikan galakan, dorongan dan motivasi kepada mad’unya agar ini dapat menarik mad’unya terhadapnya. Ini kerana setiap manusia amat-amat memerlukan dorongan dan peransang di dalam kehidupan.

Kaedah 7 : Permudahkan urusannya

  • Daie yang sentiasa memudahkan urusan orang lain akan sentiasa disayangi dan dikasihi. Jasanya akan diingat dan dikenang atas khidmat yang dilakukan.
  • Nabi SAW pernah berkata kepada seorang lelaki : “ islamlah kamu pasti kamu akan selamat..Lelaki itu berkata : aku dapati diriku dalam keadaan tidak suka. Rasulullah SAW berkata : sekalipun juga kamu dalam keadaan tidak suka atau benci..”
  • Rasulullah SAW selalu memilih yang paling mudah antara kedunya. Inilah perilaku yang perlu ada pada seorang daie iaitu memudahkan bukan mempersulitkan.
  • Kaedah Fiqh menyatakan “ at-taisir qobla at-ta’sir” “ memudahkan bukan mempersulitkan”.
  • Sentiasalah para daie ringan tulang untuk membantu mad’u dan memudahkan segala urusannya. Semuanya akan menjadi daya penarik mad’u kepada da’ie.

Read Full Post »

Salah satu seni dakwah yang paling berkesan ialah dakwah fardiyah. Seerah Rasulullah SAW menunjukkan betapa ramai tokoh-tokoh besar Islam menerima Islam melalui pintu dakwah fardiyah. Antara tokoh-tokoh besar Islam yang memeluk Islam melalui seni ini ialah Uthman b. ‘Affan, Abdul Rahman b. ‘Auf, Az-Zubair bin Al-‘Awwam, Saad bin Abi Waqqas , Tholhah b. Ubaidillah dan lain-lain lagi.

Dakwah Fardiyah adalah seni perhubungan antara seorang da’ie dengan mad’unya (sasarannya) dalam bentuk hubungan peribadi secara langsung. Ia dilakukan sama ada dari individu yang intima’ kepada mana-mana jamaah yang melaksanakan tugas dakwah , menyampaikan fikroh Islam sehingga menarik untuk menggabungkan diri ke dalam jamaah tersebut. Ia juga boleh dilakukan oleh individu yang tidak terlibat dengan mana-mana jamaah atas tujuan menyerunya ke jalan Allah.

Salah satu seni yang penting di dalam melaksanakan dakwah fardiyah ialah seni mempengaruhi  atau memikat hati manusia. Para ulama’ dakwah membahagikan seni ini kepada tiga peringkat  iaitu :

  1. Peringkat pertama : tahap memikat dan meransang minat
  2. Peringkat kedua : tahap menarik minat mad’u kepada da’ie.
  3. Peringkat ketiga : tahap menarik minat mad’u kepada fikroh islam.

Ada beberapa kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dalam melaksanakan seni memikat hati manusia  dalam dakwah fardiyah ini. Kaedah-kaedah ini diambil dari sumber al-Quran dan as-Sunnah

Antara kaedah tersebut yang dapat  dilakukan dalam mengimplimentasikan dakwah fardiyah ini ialah :

Peringkat 1 : Tahap memikat dan meransang minat

Kaedah 1 : Prihatin dan ambil berat kepada saudara seislam.

  • Kaedah ini berasaskan kepada sabda Rasulullah SAW :
من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

[ Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat islam maka ia bukan dari kalangan mereka].

  • Seorang dai’e hendaklah prihatin dan mengambil berat terhadap manusia yang berada disekelilingnya untuk memperolehi cinta manusia. Jika ia ingin menjadi manusia yang penting dia hendaklah sentiasa menjadi orang yang selalu mengambil berat terhadap manusia lain.
  • Dai’e tersebut hendaklah menjadi insane yang bermanfaat pada orang lain dan sentiasa ringan tangan untuk memberikan khidmat dan bantuan.
  • Hasilnya manusia akan mudah terpengaruh dengan kebaikan da’ie tersebut dan menimbulkna rasa cinta mereka kepada da’ie. Bukankan Rasulullah SAW berjaya menarik perhatian manusia dengan sikap dan keprihatinan terhadap manusia lain samada pada muslim atau musuhnya
  • Sirah pernah menceritakan kisah bagaimana seorang lelaki yang paling membenci Rasulullah SAW menjadi orang yang paling mencintai Rasulullah dengan akhlak yang ditunjukkannya. Sikap prihatin dan ambil pedulinya menjadi daya penarik kepada manusia disekitarnya.  Lelaki itu menceritakan bahawa dia pernah mendengar Nabi SAW pernah berkata di pasar “ Semoga allah merahmati seorang lelaki, mempermudah jual beli, memudahkan urusan menerima dan member, urusan menjatuhkan hukuman dan urusan pengadilan..”. Lelaki itu berkata : Demi allah ! aku akan selesaikan semua urusan ini..sesungguhnya beliau seorang yang baik perkataanya sehingga aku menjadi pengikutnya. Aku berkata : “Wahai Muhammad! lantas semua orang memandang kepadaku (tanda prihatin kepada mad’u). Kemudian Nabi Muhammad SAW berkata : “ apa yang kamu mahu? , aku berkata : “ adakah kamu orang yang menyesatkan manusia: Baginda berkata : “ semoga allah memelihara kamu”. Aku berkata : “ apa yang kamu serukan ?”. Baginda menjawab : “ aku menyeru hamba – hamba allah kepada beriman kepada allah”.

Kaedah 2 : Senyum selalu .

  • Rasulullah SAW bersabda  :
تبسمك في وجه أخيك صدقة

[ Senyum kamu terhadap wajah saudaramu adalah sedekah ].

  • Bahasa wajah lebih cepat memberi kesan berbanding bahasa lisan.Ia seolah-olah satu ungkapan seseorang pada saudaranya : “sesungguhnya aku amat mencintaimu dan berasa bahagia melihat wajahmu”.
  • Senyum ini hendaklah lahir dari jiwa yang mendalam yang menzahirkan perasaan lapang dada terhadap saudaramu dengan wajah yang manis.
  • Senyum yang manis ini akan menenagkan hati manusia lain, membuka pintu-pintu hati manusia sehingga ia mampu merubahnya.
  • Berapa banyak mereka yang tertarik kepada risalah Islam disebabkan sikap senyum  Rasulullah SAW.
  • Senyumlah dengan wajah manis terhadap mad’umu, zahirkan kegembiraanmu terhadapnya dan tunjukkan anda ceria apabila bersamanya. Semuanya ini adalah sedekah.

Kaedah 3 : Panggil dengan nama yang paling disukai

  • Memanggil dan mengingatkan nama-nama manusia adalah cara yang paling terbaik mempengaruhi manusia.
  • Sirah menceritakan bagaimana ‘Amru bin ‘Abasah tertarik kepada Islam kerana teringat akan sikap Rasulullah yang menyebut namanya. Ketika beliau berhijrah ke Madinah dan berjumpa Rasulullah SAW. Beliau bertanya : “adakah kamu kenal aku?, jawab nabi s.a.w : “ ya “, bukankah kamu pernah berjumpa denganku ketika di Mekah ?, Aku berkata : “ya, bahkan Ya Rasulullah”.
  • Sejarah dakwah mencatatkan bahawa Imam Hasan al-Bana dikenali orang yang paling banyak menghafal nama ikhwannya dan menyebut nama mereka.
  • Antara cara yang  praktikal ialah memanggilnya dengan panggilan nama yang baik. Rasulullah SAW memanggil ‘Utbah ibn Rabi’ah dengan gelarannya dan berinteraksi dengannya sesuai dengan kedudukannya. Antara panggilan Rasulullah SAW kepada : “ya aba walid dengarlah..”.
  • Sebutlah dengan ungkapan yang menarik , panggilah namanya dengan penuh kasih sayang , katakanlah dengan penuh mahabbah : ya akhi, ya ustaz, ya abu fulan…

Kaedah 4 : Berkata yang baik atau diam

  • Jadilah anda pendengar yang baik dan kurang berbicara. Orang yang bijak berbicara adalah pendengar yang baik.  Untuk menjadi pendengar yang baik, biasakan diri anda tidak memotong bicara orang lain ketika berbicara, sentiasa member perhatian dan mendengar bicara orang lain sebagaimana orang lain beri perhatian kepada kita.
  • Ramai para pendakwah gagal meninggalkan kesan positif dalam jiwa manusia apabila bergaul dengan manusia kerana kurang peduli dan prihatin terhadap mereka.
  • Bila ada orang ingin mengkritik kamu atau membetulkan kesilapanmu atau minta penjelasan, sediakan pen dan kertas  untuk mencatatnya. Bila diberi peluang untuk menjelaskan satu penjelaskan, teranglah dengan cara yang baik, disukai , tidak bersikap keras dan kasar dan menyempitkan hati mereka.
  • Kata Ibnu Muqaffa’  [ pelajarilah  keindahan mendengar sebagaimana  kamu belajar keindahan bicara, antara bentuk mendengar yang baik, membiarkan orang yang berbicara berbicara sedikit demi sedikit sehingga selesai bicaranya, kurang mencelah jawapan, memandang kepada wajahnya dan sensitif terhadap kata-katanya”.
  • Antara pesanan terbaik tentang hal ini ialah bila ditanya kepada seseorang, bilakah kamu bercakap ?, maka jawagnya ; bila saya ghairah untuk diam. Begitu juga bila ditanya bilakah anda akan diam, jawabnya ; bila saya ghairah untuk bercakap.
  • Jika anda mahu manusia berpaling darimu atau mengherdikmu maka amalkan tabiat berikut:
    • Jangan beri peluang bercakap.
    • Cakaplah tanpa henti.
    • Jika terlintas idea difikiranmu, keluarkan idea tersebut walaupun ada orang sedang berbicara. Janganlah anda menunggu sehingga dia selesai berbicara. Anggaplah orang sedang bicara itu bodoh dan tidak bijak.
    • Kenapa anda  membuang masa untuk mendengar perbicaraan yang bodoh.
    • Sampuk dan celah ketika orang sedang bicara.
    • Ingatlah selalu bahawa kebanykan orang yang mendengar tidak mampu untuk mengikuti bicara dan menumpukannya tidak lebih dari 15 minit. Para pendengar akan cepat letih dan jemu. Justeru itu gunakanlah kebijaksanaan anda ketika berbicara.

Kaedah 5 : Cintailah saudaramu sebagaimana kamu mencintai dirimu

  • Hormatilah orang lain, berikan haknya dan hargailah mereka dan jadikan orang itu   selalu merasai kepentingan tersebut. Kamu menyintainya sebagaimana kamu menyintai dirimu. Biarkan kita berikan kepada orang lain sesuatu yang kita paling suka untuk kita berikan.
  • Para pendakwah hendaklah menjaga kedudukan dan status mad’unya. Letakkan mereka sesuai dengan kedudukan mereka, jauh dari  bersikap bermuka-muka, berpura-pura dan berdusta dalam menyatakan sifat yang tidak sepatutnya  bagi mereka.
  • Pilihlah ungkapan yang baik, mengambil hatinya dengan kebenaran. Gunakan ungkapan : “ adakah kamu benarkan saya, adakah kamu persilakan saya , saya amat –amat berterima kasih kepada kamu..”
  • Pujilah aspek positif yang ada padanya. Pujilah kebaikan yang dilakukannya, penampilan dirinya, pakaiannya yang kemas, tempat tinggalnya yang tersusun, kerjanya yang terancang dan sistematik dan sebagainya.

Read Full Post »

Satu Pemerhatian

Di sana terdapat terdapat percampuran besar  antara tabiat semulajadi  jama`ah dan tabiat  masyarakat. Mereka menuntut dari  jamaah supaya sama dengan  apa  yang mereka tuntut dari masyarakat. Mereka melakukan semua ini dengan sangkaan bahawa jamaah juga adalah masyarakat.

Namun hakikat yang sebenarnya, jama`ah adalah terdiri dari golongan  manusia yang mendokong fikrah, wala’, perancangan yang tertentu di samping mempunyai organisasi dan kepimpinan tersendiri. Mereka bertebaran di segenap lapisan masyarakat yang tidak terdiri daripada bilangan yang ramai. Mereka tidak mempunyai kuasa pendorong dalam struktur masyarakat mahupun institusinya. Gambaran jamaah ini boleh diumpakan seperti keadaan orang-orang Islam di Mekah sebelum hijrah.

Sedangkan masyarakat merupakan komponen besar dan meluas di kalangan manusia. Mereka diadili dengan sistem dan tunduk kepada pemerintah. Lapisan masyarakat yang besar ini memiliki  dan institusi dan jenteranya hingga mampu membina dasar dan polisi-polisi umum. Mereka berada di atas muka bumi ini tanpa sebarang permusuhan sesama mereka, mereka beramal untuk mencetak individu sejajar dengan nilai dan aspirasinya. Masyarakat Madinah selepas hijrah adalah  model atau gambaran tentang perkara ini.

Hasil atau Natijah

Jika perkara ini jelas, marilah kita bezakan pertembungan masyarakat dengan masyarakat serta pertembungan jamaah dengan masyarakat.

Hakikatnya, sesuatu jama`ah tidak mampu untuk berhadapan dengan masyarakat kerana ia unsur yang lengkap, alat yang aktif dan cergas, tidak akan terhenti dari memberikan sumbangan,  berlaku pemgembangan dan pertambahan. Di dalam masyarakat institusi pendidikan terus bekerja, institusi ekonomi terus produktif dan jabatan pelajaran (urusan tarbiyah) terus membangun  untuk mendidik masyarakat. Oleh yang demikian jika sesuatu jamaah itu terlibat dengan mehnah peperangan maka urusan tarbiyah, ekonomi mahupun ilmu dan apa jua aktiviti akan terhenti. Akhirnya ia akan lenyap dan layu. Oleh yang demikian sesiapa jua dalam masyarakat tidak  tergugat dengan sebab kerugian ini. Berbeza dengan jamaah yang akan terjejas dan terkesan dengan sebab kehilangan individu dari jamaah tersebut.

Nabi S.A.W antara Jamaah dan Masyarakat

Untuk memahami prinsip ini secara lebih praktikal, kita lihat sesungguhnya Nabi s.a.w tidak mempersetujui tindakan sebahagian kaum Ansar ketika Perjanjjian Aqabah meminta izin kepadanya untuk menyerbu penduduk Mina dengan pedang-pedang mereka kerana kefahaman mereka bahawa Bai`ah tersebut bagi menamatkan peperangan kulit merah dengan kulit hitam.

Dalam Imta’ al-Asma’ menyebut: Ba’iah ini adalah atas peperangan kulit merah melawan kulit hitam. Apabila selesai Bai`ah, mereka memohon izin kepada Rasulullah s.a.w untuk menyerbu dan mengalahkan penduduk Mina dengan pedang-pedang mereka. Kata Nabi s.a.w : Kita tidak diarahkan untuk melakukan sedemikian itu”. Maka mereka pun pulang ke Madinah.

Jika sekiranya matlamat dakwah semata-mata untuk membalas dendam ke atas tokoh-tokoh Musyrikin, maka sudah tentulah Rasulullah s.a.w akan memerintahkan pengikutnya memerangi mereka.

Sekiranya matlamat dakwah itu juga adalah untuk membawa orang Mu’min ke martabat Syuhada’ maka sudah tentulah mereka akan melaksanakannya di awal Bai`ah lagi dalam keadaan mereka berada dalam fasa jamaah. Namun amal ini tidak selari dan bertepatan dengan objektif dan maslahat utama yang dikehendaki oleh agama ini.

Begitulah juga keadaannya di Madinah. Penduduknya tidak memeluk Islam serentak. Bahkan masih kekal ketika itu golongan munafik yang menyebar kefasadan  dan melakukan komplot jahat ke atas umat Islam. Namun Rasulullah s.a.w menggantikan peperangan  penghapusan fizikal kepada peperangan dakwah dan perdebatan secara hikmah dan ihsan (berlaku baik) terhadap musuh.

Ketidakseimbangan kayu ukur dalam menghadapi tekanan realiti.

Tidak syak lagi faktor realiti semasa yang melingkari kehidupan umat islam memberikan kesan yang besar terhadap fikrah dan orientasi  kehidupan mereka .Adakala tekanan sampai ke tahap menghilangkan keupayaan  seseorang muslim itu memahami tasawwur manhaj perjuangan. Bahkan akan timbul  persoalan: Sampai bila kami akan kekal  dalam fasa tekanan dan penderitaan ? Katanya juga: Tiadakah di sana sesuatu selain sabar dan kesabaran? Keadaan ini menjadikan mereka yang bersemangat untuk meminta berkonfrantasi dengan jahiliyah dan membalas dendam mereka sekalipun mengorbankan dakwah.

Al-Quran al-Karim memberi amaran kepada kita tentang cara berfikir yang terpedaya ini. Bahkan  juga menjelaskan bahawa sesungguhnya kebanyakan manusia yang terlalu bersemangat, bersikap melulu dan tergesa-gesa itu adalah mereka yang lemah tekadnya.

Di sini menunjukkan bahawa sifat berani yang sebenarnya di  marhalah Makkah adalah dengan menahan tangan (tidak menggunakan senjata) dan menguasai diri. Ini tidaklah bermaksud bersikap bacul atau penakut. Manakala keberanian di fasa Madinah pula adalah ditunjukkan melalui peperangan jihad Qital (angkat senjata) dan menentang musuh. Siapa yang tidak memiliki sifat keberanian yang diperlukan di marhalah Mekah iaitu menahan tangannya atau menguasai dirinya dari melakukan tindakan angkat senjata, kita dapati dia menjadi lemah diri dan patah keazamannya ketika dituntut berdepan dengan orang kafir di medan peperangan.

Perbuatan mampu bertahan di atas siksaan dan kecederan fizikal  serta bersabar atas ujian tersebut sekalipun wujud dorongan untuk membalas dendam merupakan kemuncak keberanian dan kepahlawanan. Ini kerana jiwa manusia kebiasaannya dididik  untuk benci kepada kezaliman dan suka untuk membalas dendam.

Memilih untuk bersabar dapat melindungi kemaslahatan jamaah yang baru tumbuh dan berkembang, yang memerlukan kesungguhan dan kesabaran. Kemuncak kesungguhan ialah kemenangan ke atas jiwa (mampu bersabar) bukan kemenangan bagi jiwa (mengorbankan jiwa).

Ustaz Syed Qutb r.a di dalam tafsirnya berkata: “Amat menghairankan akan ketentuan Allah terhadap urusan mereka yang bergegas dan  bersemangat untuk pergi berperang (berjihad) dan bersikap terburu-buru sedangkan mereka di Makkah yang menghadapi penyiksaan, penganiayaan dan fitnah daripada Musyrikin, dalam keadaan tiada keizinan bagi mereka untuk berperang melindungi diri dengan sebab dan hikmah yang dikehendaki Allah. Maka apabila tiba masa dan suasana yang Allah takdirkan sesuai”. difardukan peperangan. Sebahagian mereka merasa sangat bimbang dan panik.

Katanya lagi: “ Sesungguhnya manusia yang paling bersemangat, segera dan tergesa-gesa boleh jadi merekalah juga orang yang paling takut, lemah dan kalah ketika mana berhadapan dengan alam realiti. Bahkan kadang-kadang ia berlaku pada kelompok teras (Qaedah Sulbah)! Yang demikian itu kerana sifat terburu-buru,gelojoh dan semangat tinggi kebiasaannya terserlah ketikamana tidak dapat menentukan hakikat taklif yang dipertanggungjawabkan. Bukan kerana  disebabkan faktor keberanian, kemampuan memikul beban atau sebarang desakan.

Ia juga terserlah disebabkan sedikit kemampuan mereka menanggung beban, sedikit kemampuan menahan kesusahan dan menanggung kekalahan dan ketewasan. Dengan sedikit kemampuan dan keupayaan mereka memikul beban ini, maka ia menuntut kepada harakah (bergerak), tolakan dan menuju kemenangan dengan apa cara sekalipun tanpa melihat kepada taklif(beban) tersebut sehingga apabila mereka berdepan dengan beban tersebut ia menjadi amat berat dari apa yang mereka mampu memikulnya atau menjadi amat sukar dan payah dari apa yang mereka gambarkan. Maka jadilah mereka barisan pertama yang takut, mundur ke belakang dan tewas. Pada masa yang sama, ada yang teguh pendirian (thabat), tahan menghadapi ujian, sanggup memikul kepayahan dan kesusahan, menanggung penderitaan beberapa ketika dan bersiap siaga dalam perjuangan dengan segala persediaan..”

Kewajipan Para Muwajjih (Mentor) dan Pemikir

Fenomena Hamasah (arus  semangat) di dalam anggota Harakah Islamiah boleh membawa ke  tahap yang tinggi,kuat sehingga mengheret dan mempengaruhi para murabbi, muwajjih dan pemikir.Keadaan ini menjadikan mereka hilang kemampuan dan keupayaan untuk menguasai dan memimpin jamaah. Ini merupakan pertembungan yang merbahaya sepertimana pertembungan ahli maksiat yang bergelumang dengan maksiatnya.

Sesungguhnya pertembungan orang-orang yang terburu-buru  (gopoh gapah) dengan mereka  yang menarik diri (mengundur) dari amal dakwah yang produktif adalah satu dosa besar dari dosa-dosa besar. Sesungguhnya para muwajjih yang dikurniakan Allah basiroh (pandangan jauh) dan pengetahuan bertanggungjawab terhadap hasil atau natijah sifat isti’jal yang dilakukannya terhadap dakwah berbanding  dari mereka yang bersikap isti’jal(tergesa-gesa).

Solusi yang betul

Sepatutnya tekanan waqi’ (reality) yang dihadapi tidak boleh diselesaikan dengan cara yang salah sekalipun terpaksa mengambil masa yang lama. Ini kerana mengambil kaedah yang betul adalah jalan yang paling tepat. Panjangnya tempoh masa tidak akan menghilangkan hakikat kebenaran akan kebenarannya sedangkan singkatnya tempoh masa tidak menjadikan kesilapan itu bersifat benar dan betul.

Kembali ke Titik Tolak Yang Sahih

Sesungguhnya penyelesaian yang betul dan tepat dalam dakwah yang penuh dengan mehnah dan tribulasi ini ialah bersabar  di atas jalan dakwah yang panjang, memberi penumpuan kepada masyarakat, menghubungkan faktor kekuatan dan kajian terhadap sebab-sebab yang berlegar dalam masyarakat, mobilisasi seluruh tenaga dakwah dengan paling maksima dengan jangkaan penerimaan dakwah,. Ia merupakan  satu kesungguhan yang tidak mengenal erti penat dan jemu. Lantaran selepas itu akan  tertegaklah asas atau kaedah yang kukuh (Qaedah sulbah) yang menjadi asas  kepada jalan penyelesaian yang menyeluruh.

Langkah Permulaan

Untuk sampai ke peringkat tersebut, orang-orang Islam perlu membayar harga yang tinggi merangkumi semangat berkorban jiwa dan raga serta darah. Namun begitu dengan bantuan Allah mereka akan memperolehi hasil daripada kesungguhan yang dicurahkan. Tanpa jalan ini, mereka terpaksa membayar harga yang berganta pada masa sama mereka jauh dari matlamat yang disasarkan..

Ketika  masyarakat menerima Islam sebagai sistem hidup dan sumber syariat melalui pusat-pusat kekuatan sehingga membentuk masyarakat muslim. Ketika itulah juga, golongan teras (Qaedah sulbah) mampu melaksanakan tugas untuk memikul segala bebanan peperangan. Masyarakat pula  mampu mengerahkan segala tenaga mereka sebagai satu faktor untuk menggantikan segala kekurangan yang muncul di sebalik peperangan. Akhirnya peperangan menjadi medium yang membuka pintu dakwah untuk menghapuskan segala cabaran yang menghalang dakwah sampai kepada manusia.

Matlamat dakwah dan peperangan adalah satu iaitu membawa kebaikan kepada manusia. Perbezaan antara keduanya ialah dakwah itu sifatnya menanggung kesusahan dan penderitaan manakala peperangan pula menyampaikan dakwah serta menghapuskan kesengsaraan.

Sesungguhnya musuh-musuh Islam sentiasa tamak dan haloba untuk memesongkan Jamaah yang beriman  ini daripada perencanaannya (strategi) sehingga  menjadikan jamaah bersikap tergesa-gesa (isti’jal) untuk mencapai kemenangan, memetik hasil sebelum tiba tempoh masaknya . Banyak bukti-bukti yang menunjukkan bahwa usaha dan  proses  ini berlaku secara beransur-ansur yang berakhir dengan penindasan dan penganiayaan terhadap para amilin Islam (pejuang Islam). Sifat segera dan gopah gapah  ini juga akhirnya akan meninggalkan kesan negatif kepada jamaah, pengikut, perencanaan dan masa depannya.

Sesungguhnya sudah tiba masanya seseorang Muslim itu melakukan apa dia kehendaki bukan apa yang dikehendaki ke atasnya. Ia juga hendaklah melaksanakan tugas tersebut sejajar dengan apa yang dia rancang bukan apa yang dirancang untuknya . Tidak sepatutnya seseorang Muslim itu disibukkan daripada matlamatnya yang sebenar sehingga ia memberi kesan pada dirinya berada dalam  keadaan isti’jal (tergesa-gesa) untuk merealisasikan matlamat yang akan datang.

Sesungguhnya jamaah Islam perlu merakam segala kesan-kesan positif yang yang membawanya hampir kepada matlamat perjuangan. Seorang pemerhati  yang adil akan pasti melihat transformasi radikal  berlaku dalam fikrah dan tingkahlaku manusia. Dia memerhati dan melihat bahawa  umat ini bermula dengan menyahut seruan keimanan, jiwanya mula bersatu dan  diikat dengan iman berbanding  dengan  keadaan jiwa semalam yang sering menolak. Sesungguhnya kerja keras ini (amal dakwah dan tarbiyah) telah membawa umat melakukan proses taghyir (perubahan) besar dalam segenap dimensi  kehidupan mereka. Kewujudan pelbagai institusi  telah mengambil peranan dan tanggungjawab untuk merealisasikannya menuju ke arah Islam.

Begitulah,  peranan dakwah ke jalan Allah Taala merupakan  satu wasilah ke arah membentuk masyarakat Islam dan Qaedah Sulbahnya. Sesungguhnya peperangan (Qital)  hanyalah  merupakan gerakan kemasyarakatan yang terbit dari masyarakat yang berpaksikan   kepada   binaan Qaedah sulbah. Dengan gambaran yang sedemikian ,  apakah yang akan diungkapkan oleh golongan yang bersikap isti’jal. Adakah mereka akan berkata di hadapan allah nanti :” Wahai Tuhan kami ! Mengapa Engkau wajibkan perintah perang  ke atas kami ? Mengapa Engkau tidak tundakan kewajipan  tersebut kepada kami untuk tempoh  beberapa masa tertentu lagi ..?

Read Full Post »

Surah Al-Fath Sebagai Bukti

Di dalam surah al-Fath mengisahkan sekelompok orang mukmin yang menyembunyikan iman mereka di dalam masyarakat Mekah. Ia menjadi sebab kenapa Allah tidak mewajibkan ke atas mereka perintah Qital.

Firman Allah SWT ayat 25 Surah al-Fath yang bermaksud :

“ Dan kalau bukanlah kerana ada beberapa orang lelaki dan perempuan yang beriman yang tidak kamu ketahui, tentulah kamu akan membunuh mereka yang menyebabkan kamu ditimpa kesusahan tanpa kamu sedari. Ini kerana allah ingin memasukkan siapa yang Dia kehendaki ke dalam rahmatnya. Sekiranya mereka terpisah, tentu kami akan mengazab orang-orang kafir di antara mereka dengan azab yang pedih”.

Al-Qurtubi di dalam tafsirnya  menyatakan ayat [ ولولا  رجال  مؤمنون ا  ] bermaksud golongan musta’afin (orang-orang yang lemah) dari kalangan orang mukmin di Mekah yang hidup di tengah-tengah masyarakat kafir, [لم تعلموهم ]  bahawa mereka adalah orang mukmin , [أن تطؤوهم ] dengan berperang dan membunuh , ( فتصيبكم منهم معرة بغير علم ) iaitu orang –orang musyrik berkata : sesungguhnya mereka telah membunuh ahli agama mereka , (  لو تزيلوا) jika orang-orang mukmin berada di tengah-tengan orang kafir sudah pasti mereka akan menyeksanya dengan senjata akan tetapi allah menolak (selamat) orang mukmin dari seksaan orang kafir.

Kesimpulan dari isu ini ialah di sana tidak ada nas untuk mengharuskan tidak melaksanaakn dakwah secara berhikmah dan menyampaikan mau’izah hasanah dalam keadaan percampuran orang-orang solih dengan selain mereka atau orang-orang islam dengan masyarakat lain. Manakala penggunaan kekuatan hanya akan membawa  bahaya kepada dakwah dan para pendakwah atas sebab-sebab berikut :

  • Kelompok masyarakat akan terdedah kepada pelbagai bentuk penindasan, penyeksaan dan ketakutan dan tiada ada orang yang hidup bebas bersama yang lain.
  • Tidak ada usaha dakwah secara hikmah dan menggunakan peringatan dan perkataan. Di sana tiada  lagi cara untuk saling faham memahami melainkan bahasa kekuatan.
  • Para du’at akan melninggalkan posisi strategic dan berpengaruh di dalam masyarakat lalu menyendiri di celah-celah gua dan tempat-tempat persembunyian.
  • Akan wujud hanya satu cara aliran pemikiran sahaja bagi menentang musuh di dalam mendidik atau mengarah masyarakat.
  • Islam akan berdepan dengan dakyah musuh yang berlawanan dan para rijalnya tidak memahami melainkan bahasa kekuatan dan penindasan.
  • Dakwah akan mendapat kerugian dengan kehilangan para rijalnya yang sukar untuk diganti dan menampung kelemahan yang muncul akibat kehilangan rijal tadi.
  • Perkara ini menjadi penghalang untuk membawa ramai manusia untuk mengenderai dakwah ini. Ini kerana mereka memahami bahawa dakwah tadi bukan ada satu matlamat yang  mendalam, perlu kesabaran,perlu tekad untuk mereka beramal –dengan izin allah- untuk membawa masyarakat kepada Islam. Yang ada pada mereka ialah gambaran sebagai seorang pejuang (mengangkat senjata)  bahawa dia adalah muslim yang bercita-cita mati di jalan Allah. Tiadak ada baginya satu perancangan yang penuh sedar untuk berdepan dengan fitnah (ujian) ini yang akhirnya dia akan kekal berdepan menentang anak-anak,kaum kerabat dan jiran-jirannya. Dalam keadaan seorang muslim itu tidak mampu mengimbangi antara kekuatan yang ada padanya dan yang ada pada musuh, kerja-kerja untuk Islam bertukar menjadi satu bentuk serangan berani mati demi kerana fi sabillah.

Read Full Post »