Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Februari 2011

Bulatkan Tekad Bersama Memimpin Umat

Ucapan  Dasar YDP Isma Cawangan Seremban

MESYUARAT AGUNG ISMA CAWANGAN SEREMBAN KALI KE 2

TAHUN 2011

Ustaz Mohd Azizee b. Hasan

“ Bulatkan Tekad Bersama Memimpin Umat”

الحمد لله الذي أرسل رسوله بالهدى ودين الحق , ليظهره على الدين كله ولو كره المشركون , والصلاة والسلام على رسوله الكريم خاتم الأنبياء والمرسلين, امام المتقين وقادة المجاهدين وعلى آله وأصحابه ومن سن بسنته ومن جاهد بجهاده ومن سار على نهجه إلى يوم الدين .

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis,

Yang Berbahagia Tn. Hj  Abdul Rahman bin Md. Dali Timblan Presiden  Isma Pusat.

Yang DiMuliakan Barisan Kepimpinan JKP Isma ,

Yang Dikasihi NYDP Isma Cawangan,

Yang Dikasihi Sof Kepimpinan Isma Cawangan Seremban,

Yang Dihormati Para Tetamu Jemputan, ahli-ahli Isma, para pemerhati yang dirahmati allah sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Allah SWT telah berfirman,

ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر وأولئك هم المفلحون

[ آل عمران : 104 ]

“ Hendaklah ada dari kalangan kamu, satu umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada kemakrufan dan menghalang segala bentuk kemungkaran, itulah orang-orang yang beroleh kemenangan dan kejayaan” ( Surah ‘Ali Imran : ayat 104)

Alhamdulillah, kita memanjatkan rasa syukur setinggi-tingginya kerana pada hari ini kita dapat berkumpul di dewan pejabat Isma Cawangan Seremban  dalam sidang Mesyuarat Agong Tahunan Isma bagi tahun 2011. Hari ini kita telah melakar sejarah baru perjalanan dakwah kita, kita mengadakan mesyuarat di bangunan milik sendiri dan pertama di Malaysia. Ini menandakan bahawa ahli-ahli mampu dan berkeupayaan untuk berkorban dan menyumbang apa sahaja demi untuk memastika risalah dakwah dan tarbiyah kita dilangsung  dan dilanjutkan kepada seluruh umat manusia dan menjadi rahmatan lil ‘alamin.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Read Full Post »