Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Ogos 2012

Amal Islami ialah kerja-kerja yang berorientasikan islam atau kerja-kerja yang berpaksikan islam ke arah memastikan islam sebagai deen wa daulah terlaksana di dalam segenap kehidupan. Lapangan amal islami luas sesuai dengan keluasan ajaran islam merentas sempadan bangsa , bahasa dan geografi.

Amal islami ialah amal-amal yang berpaksikan kepada nas-mas syarie dan kefahaman  salafussoleh. Amal islami yang tidak berpaksikan kepada asas-asas syarak akan menimbulkan perkara-perkara berikut sebagaimana yang disebut Syeikh Jasim Muhammad Muhalhil al-Yaasin iaitu:

  1. Kepentingan hawa nafsu dan tekanan politik,sosial dan kepartian di dalam penulisan para penulis.
  2. Analisis yang bersifat juz’ie dan hanya berpegang kepada konsep-konsep umum.
  3. Pengkaji yang memiliki skop yang terbatas dan tidak memahami apa yang dikehendaki.
  4. Penulisan hanya menceduk secara simple daripada buku-buku islam yang bersifat umum .

Keadaan ini akan membawa pengaruh negatif seperti berikut :

  1. Menimbulkan salah faham kepada para pemuda di dalam kefahaman dan ilmu .
  2. Wujud dialog dan perdebatan yang tidak matang dan berasaskan kefahaman.
  3. Para penulis sibuk menjawab dan mengkritik sesama mereka sehingga merosakkan ukhuwwah dan kasih sayang.
  4. Wujud keta’asuban kepartaian di dalam penulisan dan meruntuhkan keperibadian islam.
  5. Timbul penulisan untuk menjawab dan menyanggah artikel tersebut dari kalangan penulis yang berkepentingan jahat, berpemikiran sekular dan liberal.
  6. Terhenti untuk mendepani musuh musyrik disebabkan terpaksa berdepan pula dengan mereka yang menganut akidah dan ideologi yang rosak.

Setiap para amilin di medan amal islami perlu memiliki beberapa dhawabit [asas/kaedah] supaya amal islami yang dilaksanakan itu tidak tergelincir dari landasan syarak dan terjebak di dalam kancah kesilapan dan kesalahan.

Dhawabit ini penting untuk membentuk kesedaran umum, memperolehi pengetahuan yang luas, memberikan para du’at kemampuan berinteraksi secara positif dengan realiti dan pertembungan sehingga lahir generasi yang mampu memikul beban perjuangan yang besar dan tidak bertepi ini.

Dhawabit di ambil dari kata akar ‘dhabit’ yang bermaksud melazimi sesuatu atau di segi istilah pula dhabit yang menghimpunkan semua furu’ dari satu bab di dalam satu dhabit. Dhabit lebih khusus dari kaedah. Kaedah pula menghimpunkan semua furu’ dari bab-bab yang berbagai-bagai.

Setiap dhabit ini akan menghimpunkan beberapa furu’ yang berbagai-bagai pada satu kefahaman dari kefahaman-kefahaman Islam sehingga membina kaedah yang bersepadu. Kepentingan dhawabit ini kepada para du’at ialah :

  1. Membentuk bakat dakwah dan sensitiviti harakiy dikalangan para pemuda dakwah. Ini akan memastikan para pemuda ini berada di atas jalan dakwah yang sohih dan tulen ditengah-tengah aliran ideologi semasa.
  2. Sukarnya menghimpunkan perkara-perkara furu’ di dalam masalah dakwah di dalam satu kaedah. Maka perlu ada dhawabit [prinsip] yang mudah dijaga dan dirujuk untuk mengelak terjebak di dalam salah faham.

Syeikh Jasim Muhammad al-Muhalhil telah meletakkan 20 dhawabit di dalam Amal Islami. Antara dhawabit tersebut ialah ;

  1. Ilmu adalah perisai atau senjata untuk memelihara diri..siapa yang memilikinya dia akan terkedepan dan mendapat ketinggian.
  2. Ilmu dipelihara dengan memuliakannya dan meletakkannya pada kedudukannya.
  3. Mengambil sikap berhati-hati di dalam ungkapan yang mewajibkan disebut perkara yang bersifat usul dan furu’.
  4. Orang Islam awam diseru kembali kepada usul agama dan dijauhkan dari perselisihan furu’.
  5. Thiqoh dan kasih sayang yang erat antra syeikh dan muridnya, begitu juga antara qiyadah dan jundinya adalah jalan kebaikan dan keselamatan.
  6. Kekuatan keberanian di dalam menegakkan kebenaran jalan kemenangan di dunia dan akhirat.
  7. Berpada-pada @ berhati- hati  di dalam  berhukum berdasarkan makna bukan pada lafaz.
  8. Nilai sesuatu perkara pada ketelitian dan keterperinciannya [kualiti] bukan pada banyak atau besarnya perkara itu.[ kuantiti]
  9. Ambil faedah dari pandangan para pengkritik dan tidak memberi perhatian padanya bagi mengelak iri hati para pendengki.
  10. Berterusan untuk terus menyumbang dan melakukan kebaikan dan tidak memandang kepada komen-komen.
  11. Kesudahan yang membawa kepada pesimis adalah bagi mereka yang berpegang pada cercaan dan fitnah serta bersikap tidak peduli kepada pandangan para ulama umat.
  12. Berbaik sangka dengan semua orang islam dan membawa kata-kata mereka dengan cara yang baik dan menutup keaiban mereka.
  13. Kesalahan perkara yang biasa terjadi kepada para mujtahid tetapi perlu mengekalkan kelebihan dan kemuliaan  mereka.
  14. Perselisihan di dalam masalah akidah tidak mewajibkan kepada permusuhan dan bunuh membunuh dan tidak pula terhalang dari menerima nasihat dan berdialog.
  15. Bila seorang rijal itu dominan sifat kebaikannya maka jangan disebut keburukannya begitu juga sebaliknya.
  16. Dakwah dan Harakah Islamiah  terpelihara selama mana berterusan kuatnya hubungan dengan Allah swt.

Begitulah beberapa dhawabit di dalam amal islami yang mesti dimengerti dan difahami para du’at dan para petugas di lapangan amal islami.

Read Full Post »

Salam Eidulfitri 2012

Taqaballahu minna wa minkum..Kullu’ aam wa antum bikhair…

Dari Ustaz Mohd Azizee & Keluarga.

Khutbah Hari Raya akan disampaikan di Surau Tmn. Sri Pinang Tikam Batu Sg. Petani Kedah.

Intipati Khutbah :

1.Kita mesti mengambil  ibrah dan durus ramadhan sebagai bekalan ruhi dan tarbawi sebagai persediaan di bulan-bulan mendatang sebelum bertemu kembali Ramadhan.

2. Jadikan bekalan taqwa sebagai sebaik-baik bekalan di dalam menghadapi cabaran kehidupan sebagaimana yang allah siapkan kepada kita wasilah puasa bagi mencapai darjah ketaqwaan. Firman allah yang bermaksud : “Berbekal-bekallah kamu kerana sebaik-baik bekalan ialah taqwa..”

3. Kita perlu kembali kepada al-Quran sebagai manhaj kehidupan sebagaimana Allah menurunkan al-Quran di bulan Ramadhan dan ia mendekati 10 malam terakhir yang teristimewa dengan anugerah Lailatul Qodr. Al-Quran wajib diikuti dan ditaati di dalam semua urusan kehidupan. Turunnya al-Quran bererti turunnya satu manhaj untuk dipraktikkan bagi memastikan kehidupan manusia sentiasa terpandu dengan hidayah dan rahmat sesuai dengan kitab al-Quran sebagai kitab hidayah dan kitab rahmah.

4. Untuk memahami al-Quran kita perlu kepada ilmu. Ilmu menjadi asas pembinaan tamadun dan asas perubahan umat. Justeru ayat pertama diturunkan menegaskan kepentingan ilmu dengan anjuran membudayakan tradisi membaca. Membaca adalah wasilah untuk menperolehi ilmu. Umat yang tidak berilmu akan ketinggalan dan mundur. Musuh kita yang utama hari ini ialah kejahilan.

5. Antara tarbiyah madrasah Ramadhan ialah membangun semangat  persaudaraan sesama muslim melalui memberi makan berbuka puasa, solat terawih berjamaah dan sebagainya. Ini membina budaya muafakat sesama umat islam di dalam mentaati perintah allah dan menjauhi larangannya. Justeru bersatu dan bermuafakat adalah wajib di dalam menjunjung perintah allah apatah lagi di dalam melawan ancaman akidah. Sebagai umat islam kita mesti muafakat dan bersepakat menghadapi kekuatan barat dan ancaman akidah tanpa mengira warna kulit dan warna politik.

6. Setiap muslim hendaklah  berusaha menghidupkan amalan sunnah puasa 6 hari di bulan Syawal.

7. Antara tanggungjawab kita kepada saudara seakidah ialah merasai solidariti penderitaan umat Islam di Pelestin,Iraq, Syria, Rohingya, selatan Thailand. Kita wajib membantu menghilangkan kesengsaraan ini samada dengan menghulurkan sumbangan wang ringit, tenaga, usaha dan doa untuk membantu mereka.

Read Full Post »