Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Mac 2010

Murobbi satu istilah yang sudah sinonim bagi gerakan dakwah dan tarbiyyah. Murobbi merupakan tulang punggung utama bagi menggerakkan organisasi dakwah. Tanpa murobbi jamaah atau harakah tidak akan dapat meneruskan hayat jamaah tersebut. Ini kerana peranan murobbi ialah melahirkan generasi baru dakwah yang akan meneruskan kesinambungan amal dakwah dan tarbiyah tersebut.

Lantaran itu satu persoalan yang timbul, bagaimana ingin menjadi seorang murobbi. Adakah murobbi itu suatu yang nature, atau perlu kepada proses. Proses membikinkan diri menjadi seorang murobbi. Ya memang kerja melahirkan murobbi ini sukar dan payah. Rasulullah SAW adalah sosok murobbi agung dan ideal. Pada diri baginda SAW adalah contoh terbaik buat kita semua. Tidak semua orang dilahirkan untuk menjadi murobbi tetapi perlu kita berusaha memurobbikan diri kita. Bak kata Syeikh Abdullah al-Ahdal “ La budda lil akh muslim an yakuuna murobbiyan..” [ Tidak dapat tidak setiap akh mesti menjadi seorang murobbi].

Untuk menjadi murobbi yang hebat, kita memerlukan pelatihan dan perkaderan. Sikap untuk belajar melaksanakan (attalaqqi li tanfiz) harus menjiwai diri kita. Tanpanya usaha menjadi seorang murobbi tidak akan terhasil. Cubaan demi cubaan menghasilkan pengalaman. Pengalaman demi pengalaman akan mendewasakan kita untuk menjadi seorang murobbi. Yang penting ialah sikap untuk terus belajar harus sentiasa membara di benak fikiran dan di lubuk jiwa kita. Tarbiyah madal hayat itulah slogan kita. Tanpa jemu dan lesu kita terus membangunkan potensi diri menjadi seorang murobbi.

Tidak kurang juga kita harus menggali sejarah mausia-manusia agung dan hebat. Sejarah para murobbi. Menyelusuri jejak kehidupan mereka akan menjadikan kita mampu mencetak karektor mereka untuk kita menjadi seorang murobbi. Kita juga harus memperkayakan ilmu dan skill dengan berterusan membaca buku-buku yang dapat meningkatkan kompetensi diri kita sebagai seorang murobbi disamping kita mengambil qudwah dari masyayeikh dakwah kita. Berjaulah ke rumah-rumah mereka, timbalah pengalaman mereka dan adaptasilah ilmu dan kemahiran mereka. Murobbi bak kata al-Bana ibarat bapa, guru, syeikh dan pemimpin. Itulah sifat yang perlu ada pada kita semua.

Saya sempat membaca tajuk awal tulisan John C. Maxwell di dalam bukunya 21 Kunci Pemimpin Efektif [ The 21 Indispensable Qualities of A Leader ]. Beliau menggariskan kunci pertama untuk menjadi pemimpin yang efektif ialah karakter. Saya cuba mengdaptasikannya dalam konteks untuk menjadi murobbi yang efektif. Jadi untuk menjadi murobbi yang efektif ialah karakter. Karakter atau watak seseorang akan menjadi penanda menjadi murobbi yang efektif. Kemampuan seorang murobbi itu menangani krisis dan situasi yang timbul itulah yang menunjukkan karakter murobbi iti. Masalah atau krisis tidak membina karakter tetapi mampu menonjolkan karakternya.

Katanya lagi kareakter itu ialah :

  1. Karakter bukan sekadar cakap kosong. Semua orang boleh bercakap tetapi perbuatannya adalah ujian sebenar karektor seseorang. Karakter inilah akan menentukan prinsip, cara berfikir dan cara murobbi itu menangani sesuati itu. Jadi karakter tidaka dapat dipisahkan dari tingkah laku.
  2. Bakat sudah ditentukan allah tetapi karakter adalah pilihan sendiri.Kita tidak dapat mengawal banyak perkara dalam hidup tetapi kita dapat memilih karakter sendiri. Kita sebenarnya yang mendefinasikan karakter kita sendiri sama ada untuk berjuang atau putus asa. Untuk menjadi murobbi atau tidak. Dengan setiap pilihan kita telah membangunkan karakter diri kita.
  3. Karakter menyebabkan kejayaan bersama orang lain. Mentarbiyah adalah proses yang melibatkan ornag lain. Proses mempengaruhi dan merubah mutarobbi. Ingatlah orang tidak akan percaya pada murobbi yang mempunyai karakter yang tidak baik dan mereka tidak mungkin mahu mengikutinya. Jika kita mengkarakterkan diri kita sebagai murobbi maka memudahkan orang untuk mengikuti kita.
  4. Murobbi akan dihadkan oleh karakternya. Untuk menjayakan agenda dakwah dan tarbiyyah kita memerlukan karakter yang kuat. Murobbi yang memiliki karakter yang kuat akan terus bertahan dan mampu mengharungi apa jua keadaan dan mencipta kejayaan demi kejayaan. Sebaliknya jika murobbi itu sudah kering dan terbantut pembangunan karakternya maka tempoh kejayaannya adalah terhad.

Jadi, wahai para murobbi !, Marilah kita kita bangunkan potensi diri kita, kita bina karakter sebagai seorang murobbi. Cuba kita ikuti langkah-langkah berikut untuk mengukuhkan karakter kita :

  1. Cari kelemahan dalam karakter kita.
  2. Cari corak kelemahan yang ada pada karakter kita.
  3. Hadapi kelemahan yang ada pada karakter kita. Akui dan baikilah kelemahan tersebut.
  4. Buat perancangan agar anda tidak lagi mengulangi kesilapan anda.

Selamat mendahsyatkan diri anda menjadi seorang murobbi. Teruskan meningkatkan pembelajaran anda.

Read Full Post »

Semua Muslimin dan Muslimat dijemput ke :

Seminar Kenegaraan Pasca 60 Tahun Tragedi Natrah

Masjid Sikamat Seremban Negeri Sembilan

10 April  2010 ( SABTU)

09.00 – 01.00 tengahari

Pembentang : Datin Fatini bt. Yaakob

Penulis Episod Bersejarah Tragedi Natrah

Anjuran

Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Seremban

dan

Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JHEINS

Read Full Post »

Peranan Kedua : Ta’lif

Fungsi dan tugas kedua Murobbi atau Naqib ialah ‘ta’lif’ (menyatukan jiwa-jiwa).Kerja dakwah tidak akan berjaya tanpa wujud kesatuan hati antara ahli-ahlinya. Ini kerana manusia mempunyai kepelbagaian karektor, watak, latar belakang dan citarasa yang berbeza. Tugas utama para murobbi ialah memadu dan menyatu jiwa – jiwa ini sehingga membentuk zumrah al-qalb al-wahib (himpunan satu hati) sebagaimana kata Syeikh Muhammad Ar-Rasyid.

Para murobbi hendaklah merapatkan jurang perbezaan dan kepelbagaian anggotanya sehingga menemukan titik persamaan, kesatuan hati dan pemikiran. Kesemuannya ini tidak mungkin terhasil melainkan segala maani taaruf, tafahum dan takaful berjaya direalisasikan di dalam pelaksanaan usrah.

Keserasian ini terbina melalui kesatuan kefahaman dan keyakinan, kesatuan dalam memahami fikrah Islam. Begitu juga dalam soal dakwah dan tarbiyyah, di mana setiap ahli memiliki kefahaman yang satu terhadap asas-asas, prinsip-prinsip dakwah,tarbiyyah dan jamaah yang digariskan. Usaha memupuk perkara ini memerlukan kepada tempoh masa menerusi proses tarbiyah dan taklim yang berterusan.

Proses melahirkan keserasian dan kesepaduan ini bermula dengan usrah sebelum wujud keserasian dan kesatuan dalam amal-amal dakwah, pengurusan lujnah, adabiyat tanzim dan budaya syura.Disinilah peranan murobbi iaitu berusaha menyatukan jiwa-jiwa ini (ta’lif),menghilangkan titik-titik perbezaan dan halangan, menghapuskan anasir-anasir perselisihan dan mewujudkan sifat saling cinta-mencintai antara sesame anggotanya. Ini merupakan salah satu tugas utama para murobbi. Jika tidak segala objektif usrah tidak akan tercapai samada dari sudut tarbawi atau dakwi.

Imam Hasan Al-Bana telah menggariskan 3 pilar utama sebagai memenuhi makna usrah bagi menyatukan hati-hati ini.

Taaruf

Taaruf di sini didatangkan dalam sighah (tafaul), jauh lebih besar dari setakat mengenali. Ia melibatkan proses dua hala atau kedua-dua belah pihak. Taaruf dengan maksud setiap akh mengenali karektor akhnya, latar belakangnya, keluarga, peribdai, cita rasa akhnya yang positif dan negative, tahu perkara-perkara yang boleh membawa kepada kegembiraan pada akhnya. Bahkan setiap akh wajib tahu apa yang diperlukan oleh setiap akh agar ia dapat memberi sumbangan pada akh yang lain. Begitu  juga dia tahu apa yang ada pada akhnya agar dia dapat mengambil faedah dari kelebihan akhnya. Al-Bana mengungkapkan dalam kata-katanya :

berkenal-kenallah sesama kamu, berkasih sayanglah dengan ruh allah, rasakanlah makna ukhuwwah yang benar, lengkap antara kamu, berusahalah bersungguh-sungguh agar tidak ada sesuatu yang dapat mengeeuhkan ikatan kamu….”.

Tafahum

Tafahum disini bermaksud wujud kesatuan kefahaman,pemikiran dan jiwa atas satu manhaj yang jelas. Tujuannya ialah merealisasikan manhaj tersebut dalam bentuk yang praktikal.tafahum bermakna akan wujud sifat saling memberi nasihat  (tanasuh) dan sikap memaafkan kesalahan akhnya (taghafur).Imam Hasan al-Bana menyebut :

“Hendaklah kamu semua beristiqamah di atas manhaj yang benar ini,laksanakan apa yang diperintahkan allah, tinggalkan larangannya, refleksi dan koreksilah jiwa kamu dengan teliti di atas perkara ketaatan dan kemaksiatan kamu,kemudian setiap daripada kamu member nasihat kepada saudaranya jika dia mendapati keaiban pada saudaranya. Saudaranya pula menerima nasihat akhnya dengan penuh rasa gembira dan mengucapkan terima kasih….”

Takaful

Takaful pula bermaksud setiap individu usrah saling bantu membantu antara satu sama lain sama ada dalam perkara susah mahupun senang.Takaful di sini berlaku dalam aspek kewangan atau perasaan (maknawi). Jika proses tafahum wujud di dalam hati-hati akh maka makna takaful akan menjelma dalam bentuk amal dan tindakan. Al-Bana menyatakan:

“Hendaklah sebahagian kamu menanggung beban kesusahan sebahagian yang lain, yang demekian itu membuktikan kejelasan iman dan intipati ukhuwwah. Hendaklah setiap daripada kamu berjanji setia untuk bertanya khabar, melakukan kebajikan, bersegera membantu akhnya selama mana ada jalan mencapai perkara tersebut…”

Ketiga-tiga pilar usrah ini menjadi pelangkap kepada membina nilai ‘taalif’ sesama ahli usrah yang akan membentuk kesatuan pemikiran dan manhaj.Seterusnya ia membentuk keselarasan dalam memahami fiqh harakah dan fiqh dakwah sehingga mengoptimakan amal dan pelaksanaan ditahap terbaik (paling tinggi keupayaan).

Jika para murobbi berjaya mencetuskan nilai ‘ta’lif’ ini sesama anggotanya, maka ia merupakan permulaan bagi mencapai objektif-objektif usrah yang lain.Justeru para murobbi hendaklah berusaha keras menghabiskan segala keringatnya ke arah mencapai perkara tersebut, bergaul dengan mutarobbinya, membetulkan kesilapan mereka, memotivasikan kebaikan dan menebar cahaya kasih sayang, kesatuan jiwa dan sifat ithar (mengutamakan saudaranya mengatasi dirinya) sesama ahli usrahnya.Ingatlah kejayaan dalam memenuhi objektif usrah yang lain bergantung kepada menjayakan makna ‘ta’lif’ ini.

Read Full Post »

Diari di Bumi Kanggaro

Bersama barisan penggerak dakwah di Australia

Pada 20 – 22 Februari yang lalu saya telah mengadakan lawatan singkat ke bumi kanggaro Australia bagi mwewakili biro pembangunan sumber manusia ISMA Pusat. Objektif lawatan ini ialah melihat perkembangan dakwah dan tarbiyah di sana serta melunjurkan perancangan strategik bagi memperkasakan amal tarbawi dan amal takweeni di bumi kanggaro.

Tempoh yang singkat itu saya kongsikanpengalaman dakwah dan tarbiyah bersama  generasi muda (GY). Saya cukup teruja dengan hamasah (semangat) dan ihtimam (kepedulian) mereka terhadap agenda dakwah dan tarbiyah ini. Sinergi antara hamasah as-Syabab wa hikmatuh syuyukh adalah jalur penting yang digala dari madrasah Ikhwan Muslimin.

Ada 3 perkara yang saya fokuskan dalam usaha menggarap amal di bumi kanggaro iaitu :

  1. Tajmik wa Intiqo’ (mengumpuldan memilih anasir dakwah)
  2. Takween (pembentukan)
  3. Tarsyid Amal ( memimpin amal dan perubahan)

Proses memimpin amal tidak akan berjaya melainkan 2 perkara yang atas tadi terlaksana. Ini kerana usaha perubahan dan penggarapan ini memerlukan rijal. Rijal merupakan tonggak asasi kepada agenda perubahan. Kaedah menyatakan ‘iza wujida ar-rajulu as-solih wujida asbab an-najah..’.

Usaha dakwah ISMA tidak akan terlestari tanpa mengukuhkan pasak-pasak tarbawi ini. Maka memfokuskan kepada agenda tarbiyah dan pembinaan dalaman yang kukuh adalah aset bagi melaksanakan tugas penggarapan umum atau takungan meluas. Pengalaman dakwah yang lama boleh dijadikan tajribah bagi menekuni usaha dakwah di bumi kanggaro.

Pengerusi Isma Australia menyampaikan sumbangan Isma untuk tabung wakaf Isma Seremban

Saya sempat singgah bermalam di rumah Dr. Zaki Pengerusi Isma Australia. Turut bersama Dr. Ihsanuddin Abbas Timbalan Pengerusi Isma Australia. Banyak perkara yang dibualkan, namun apa yang menarik perhatian ialah bahawa seorang murobbi itu perlu kreatif dan inovatif dalam melaksanakan proses mendidik mutarabbi. Kaedah simulasi merupakan teknik terbaik bagi menyemai ma’ani tarbawi tersebut. Dari cerita-cerita dakwah dan tarbiyah yang sama-sama kami kongsikan dapat meningkatkan kompetensi sebagai murobbi.

Para murobbi harus dan wajar bertemu, berkongsi pengalaman, ziarahlah para qudamak dan timbalah ilmu dan pengalaman mereka agar momentum dakwah kita tetap segar dan bugar.Pertemuan-pertemuan ini akan membangkitkan ghairah dakwah disamping menghilang kekusutan dan kesulitan di dalam perjalanan yang panjang ini agar yang kering dibasahkan kembali, yang malap dicerahkan semula dan yang layu dibugarkan kembali.

Saya pulang ke Malaysia dari Lapanagn Terbang Adelaide tepat jam 3.30 ptg waktu tempatan dan tiba jam 8.00 malam di KLIA. Perjalanan yang singkat ini memberikan seribu satu makna erti persaudaraan dan pengorbanan.

 

Read Full Post »