Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Ogos 2009

Salam Kemerdekaan

merdeka

Salam perjuangan buat anak watan..

Hari ini genaplah 52 tahun kita menyambut sambutan kemerdekaan negara tercinta, Malaysia. Kemerdekaan dari siri-siri penjajahan demi penjajahan bermula dari Portugis, Belanda, British, Jepun dan Komunis.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

merdeka

STATISTIK

Daripada sejumlah 4.1273 juta tenaga kerja bumiputera, hanya 2.3% dalam kumpulan pentadbiran dan pengurusan dan 12.4% dalam kumpulan perofesional dan teknikal. Yang besarnya ialah dalam kumpulan pekerja pengeluaran (29.1%), pekerja pertanian (23.9%), perkerja perkhidmatan (12.4%) dan perkeranian (12.2%). Ini diperkuatkan lagi oleh perangkaan golongan profesional bumiputera yang berdaftar (akauntan, arkitek, doktor, doktor gigi, doktor haiwan, jurutera, juruukur dan peguam) yang masih kecil (lihat Jadual 6) iaitu sekitar 33% berbanding 67% bangsa-bangsa lain (yang mana Cina 52.4%).

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Month-of-Quran-1

“Wahai orang yang selalu mencari dan beramal kebaikan bergembiralah. Wahai orang mencari dan berbuat keburukan berhentilah. Seruan ini terus didendangkan sehingga akhir bulan Ramadhan.”

(HR Ahmad dan Nasa’i)

Duduklah di sini saudaraku,

Menghela nafas panjang. Diam. Nikmatilah saat kita melewati detik-detik penantian. Hanyutkan rasa dan fikiran kita untuk menerima kedatangan tetamu agung. Ingatlah bagaimana langkah demi langkah perjalanan usia kita. Renungi tahap demi tahap waktu hidup yang telah kita lewati.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Politik Ramadhan

perang.badar

Salam ukhuwwah fillah,

Alhamdulillah, kita sudah memasuki arena Ramadhan, kita berada di bulan perlumbaan, bulan maraton, bulan merebut seribu satu macam ganjaran dan pahala dari Allah, bulan ‘offer’ dan ‘mega sale’ buat para pengunjungnya sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

Ya baghiyal khair aqbil waya baghiyar as-syarr aqsir

[wahai yang mendambakan kebaikan maralah ke depan, wahai yang mendambakan kejahatan mundurlah ke belakang..]

(selanjutnya…)

Read Full Post »

sambut-ramadhan

1.      Segera Berbuka

Rasulullah SAW bersabda : “manusia akan sentiasa dalam keadaan baik, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa. Berbeza dengan orang Yahudi dan Nasrani yang selalu melewatkan berbuka puasa.” ( riwayat Abu Daud dari sumber Abu Hurairah)

Dari Sahl b. Saad r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda :” manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selama mana dia menyegerakan berbuka puasa..” ( muttafaqun alaih)

Dari Abu Hurairah r.a pernah berkata : Sabda Rasulullah SAW :” Allah berfirman : Hambaku yang paling dicintai ialah yang paling segera berbuka..” ( Riwayat Tirmidhi : Hasan Sohih )

(selanjutnya…)

Read Full Post »

ramadhan312

Salam ukhuwwah dan mahabbah fillah…

Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut kehadiran  Ramadhan El- Mubarak. Tetamu agung datang bertandang setiap tahun. Membawa pelbagai hikmah dan barakah, buat insan yang tidak pernah kenal jemu dan lelah, bagi mencari spirit ruhiyah dan didikan rabbaniyah. Itulan bulan tarbiyah, bulan tazkiyyah, bulan untuk meningkatkan kualiti taqwa sebagai bekal mengharungi bulan-bulan selanjutnya.

Ramadhan seharusnya dekat di hati kita, padanya kita mengambil bekalan dan kekuatan untuk menggilap iman dan taqwa, membugar niat, mentajdid tekad dan mentranformasikan diri dari segala kekangan nafsu kepada kemerdekaan fitrah, membebaskan diri kita dari bertuhankan hawa nafsu kepada membulatkan perhambaan kepada Allah.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

imam-syahid-hasan-albannaDalam tanzhim jamaah muslimah, naqib menempati posisi tiang utama dalam struktur dan bangunan jamaah.

Naqib juga merupakan jantung yang terus berdenyut yang memanjangkan al-hayah (kehidupan), al-hayawiyah (spirit) dan al-harakah (gerakan).

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Older Posts »