Seorang Da’ie hendaklah sampai ke level ‘muballigh’ dan berusaha mencapai ‘al-balagh’( kepetahan dan kebijksanaan menyampaikan dakwah)
1. Tugas berdakwah di jalan allah tidaklah sedikit dibandingkan dengan tugas mengajak dan mencari keuntungan dunia. Kita percaya bahawa pemilik urusan tersebut akan menggunakan cara yang terbaik dan paling luas pengaruhnya untuk menarik massa agar yakin dan percaya dengan barang jualannya. Peniaga tersebut akan menggunakan pelbagai teknik, strategis seperti penggunaan kata-kata, ilustrasi gambar dan promosi hadiah bagi mencapai hasrat dan matlamat memperolehi keuntungan jualannya.