Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Mac 2014

msteps1

Pengenalan

Bahasa : Pembina atau pendokong yang merdeka

Istilah : Pertubuhan Sulit dan Terroris Yahudi yang tersusun organisasinya bertujuan untuk memastikan penguasaan yahudi kepada dunia. Pertubuhan ini memperjuangkan agenda Atheisme, kebebasan seks dan kerosakan. Kebanyakkan pimpinan gerakan Freemason adalah tokoh-tokoh terkenal dunia tetapi merahsiakan identiti mereka demi menjaga rahsia, perancangan dan agenda sulit pertubuhan ini.

Sejarah Penubuhan dan Tokoh

Diasaskan oleh Raja Rom yang bernama Herdos Ikriba pada tahun 44 M dengan dibantu oleh dua orang penasihatnya yang berbangsa Yahudi iaitu Heram Abyud dan Muaab Lami. Langkah awal yang dilakukan oleh pertubuhan ini ialah menimbulkan tipudaya, ancaman dan keganasan di mana mereka telah memilih lambang, nama atau isyarat untuk mengelabui dan menakutkan pihak lain. Lalu menamakan persidangan mereka ‘Haikal Orslem’  dengan dakwaan ia adalah Haikal Sulaiman A.S.

Hakhom Lakhawiz menyatakan pertubuhan ini adalah seratus peratus Yahudi dari segi sejarah, ideologi, pendidikan dan tingkatan keanggotaan. Dikatakan gerakan ini diasakan pada tahun 43M dinamakan kuasa sulit dan objektifnya ialah menghalang ancaman Kristian dari dikembangkan agamanya.

Gelombang kedua gerakan Freemason digerakkan oleh Adam Whitehouse, seorang Kristian yang berfahaman Atheis dan menggabungkan dirinya ke dalam gerakan Freemason. Agenda perjuangan ialah menguasai dunia melalui projek yang telah dirancang pada tahun 1776M. Langkah pertama ialah mengadakan sidang kemuncak Freemason dengan diberi nama Forum Illuminiti (Nurani) merujuk kepada syaitan yang telah mereka sucikan. Mereka telah Berjaya memperdayakan tokoh-tokoh,pemikir-pemikir dan pimpinan dunia dengan menganjurkan persidangan utama yang dinamakan Persidangan Asia Barat. Semua resolusi persidangan yang dikeluarkan adalah untuk menjayakan agenda Freemason dan mengiklankan slogan-slogan indah dan menarik yang dibelakangnya memperdaya ramai umat islam.

Antara tokoh-tokoh ternama dunia yang dikenali sebagai penganut pertubuhan Freemason ialah Honore Mirabeau , tokoh Revolusi Perancis, Mussolini di Itali,Jeneral Amerika Albert Mike, Williams Bloom seorang Perancis yang menerbitkan buku yang menghalalkan seks bebas. Begitu juga John Jake  Roosow, Polter, Georgi Zeidan dan Karl Mark.

Ideologi dan Doktrin Freemason

  1. Mengkufurkan Allah, para Rasul-Rasul a.s, Kitan-Kitab dan semua perkara ghaib. Mereka menganggapnya sebagai khurafat dan tahyul.
  2. Bekerja untuk  menghancurkan agama-agama.
  3. Bekerja untuk menjatuhkan kerajaan –kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat. Contohnya pergulingan Mursi di Mesir. Mereka juga menghapuskan institusi-institusi  pemerintahan yang menjaga kepentingan nasional dan berusaha menguasainya.
  4. Menghalalkan seks bebas dan memperalatkan wanita untuk menjayakan agenda tersebut. Muncul gerakan Feminisme.
  5. Bekerja untuk memecah belah bangsa selain Yahudi dan mewujudkan kelompok-kelompok kecil dikalangan bangsa tersebut dan saling berbalah antara satu sama lain.
  6. Membekalkan senjata kepada kelompok tersebut dan mengawal setiap insiden yang berlaku untuk memastikan kemusnahan dan campurtangan.
  7. Menyebar racun-racun perpecahan dan perbalahan serta meniupkan semangat perkauman dan minority.
  8. Merosakkan prinsip-prinsip akhlak, pemikiran, agama dan mengembangkan kacau bilau, kehancuran,keganasan dan ilhad [atheism].
  9. Menggunakan rasuah wang dan seks kepada pemimpin dunia untuk terlibat dan menggabungkan diri dalam pertubuhan Freemason demi berkhidmat kepada agenda Freemason dan perjuangan matlamat menghalalkan cara.
  10. Menguasai individu yang berpengaruh dalam pelbagai bidang bagi menjayakan dan melaksanakan cita-cita Freemason.
  11. Individu yang telah menggabungkan dirinya dalam gerakan Freemason perlu melepaskan dirinya dari segala ikatan keagamaan,akhlak, negara. Kesetiaan yang ikhlas hanya semata-mata kepada agenda Freemason.
  12. Jika ada mana-mana individu yang cuba menimbulkan keraguan atau menentang sesuatu agenda yang mendedahkan kejahatan Freemason akan di ancam bunuh.
  13. Setiap individu dalam gerakan Freemason perlu mengambil faedah dari agenda Freemason, mereka tidak boleh melepaskan diri dengan apa cara sekalipun.
  14. Agenda Freemason, menguasai pimpinan-pimpinan dunia demi mencapai cita-cita Freemason.
  15. Menguasai tokoh-tokoh ternama dalam pelbagai kepakaran sepaya gerk kerja Freemason bersifat intergrasi.
  16. Menguasai media massa,akhbar, berita sebagai salah satu senjata tajam dan amat efektif. Dalam konteks masakini, menguasai dunia maya seperti FB,Twitters, Instagram dan sebagainya.
  17. Menyebarkan berita-berita palsu,bohong dan dusta sehingga ia seolah-olah ia benar dalam pemikiran masyarakat dan  massa.
  18. Menyeru para belia untuk tenggelam dalam kekejian dan kesyahwatan, meransang sebab-sebab kea rah tersebut, menghalalkan pergaulan bebas, mengekang hubungan perkahwinan dan merosakkan ikatan institusi kekeluargaan.
  19. Memperjuangkan  agenda memilih kemandulan dan menghadkan bilangan anak terutama kepada umat Islam.
  20. Menguasai pertubuhan-pertubuhan  dan badan-badan utama dunia dan memastikan ketua-ketua pertubuhan dan badan tersebut dari kalangan anggota Freemason. Antara pertubuhan-pertubuhan dunia adalah seperti PBB, UNESCO, pertubuhan Meteorologi, badan-badan belia sedunia dan sebagainya.
  21. Keanggotaan Freemanson terdiri dari tiga tahap, tahap pertama : Ahli Muda [ahli baharu], tahap kedua : ahli Diraja [untuk mereka yang menginkari agama,negara dan bangsanya secara total dan memberikan kesetiaan kepada yahudi], tahap ketiga iaitu tahap ahli Universal yang kebanyakkan adalah Yahudi totok dan berfahaman Atheisme. Tokoh terkemuka adalah Heratzal. Ia adalah makam keanggotaan tertinggi dalam hiraki Freemason.
  22. Kekacauan dan malapetaka yang menimpa umat islam, revolusi-revolusi dunia, gerakan kejatuhan Khilafah Uthmaniyah adalah dicipta dan dirancang oleh gerakan Freemason.
  23. Mempunyai penerbitan-penerbitan sulit dan rahsia. Antara penerbitan Freemason , buku ‘Undang-Undang’ karangan Dr. James Anderson  [1723M] dan ‘Wasiat Lama’ pada tahun 1734M yang disalin semula David Cassly.
  24. Akar ideologi dan pemikiran Freemason samada dari sudur matlamat, sarana dan falsafah pemikiran adalah berasaskan kepada agenda Yahudisme.
  25. Tidak ada sejarah yang mengenali mana-mana pertubuhan sulit dan rahsia yang kuat pergerakan di dunia ini melainkan gerakan Freemason. Ini kerana :
  • Bergerak secara meluas di seluruh dunia melalui pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh besar dunia. Pemimpin tersebut menjadi boneka kepada Freemason. Freemason akan mengancam kedudukan dan diri mereka jika tidak mengikut telunjuk Freemason.
  • Menguasai forum-forum dan sidang besar dunia yang diketuai tokoh-tokoh Freemason di setiap negara untuk menjamin penguasaan mereka.
  • Menguasai pertubuhan, persatuan, badan-badan antarabangsa juga pertubuhan belia antarabangsa untuk memastikan dunia berjalan mengikut agenda Freemason.
  • Freemason mempunyai dana kewangan yang mencukupi.
  • Mempunyai kumpulan terroris yang akan melaksnakan tugas-tugas jenayah bagi menghapuskan mana-mana individu yang berhenti dari mengikut jalan mereka dengan sebgaja atau tidak sengaja.

Terjemahan, Olahan dan Adaptasi dari  ‘Ensiklopedia Mudah Berkaitan Agama dan Aliran Kontemporari’ Cetakan 2  ‘WAMY’ Tahun 1989M/1409H.

Read Full Post »

images

Dakwah Fardiyah merupakan salah satu seni mengumpul [tajmik] manusia yang terpilih dengan melalui tempoh tertentu secara individu untuk diintisabkan [digabungkan] ke dalam mana-mana jamaah. Dakwah Fardiyyah memiliki ciri yang unik,tersendiri  dan berbeza dengan amal jamaie atau amal haraki. Keunikan amal dakwah fardiyyah berbanding amal-amal islami yang lain dari sudut bentuk pelaksanaannya, prioriti amal dan tuntutan syarie.

Dakwah Fardiyyah punyai signifikannya tersendiri terhadap diri mad’u dan hubungannya dengan da’ie. Ia bukan sekadar operasi pengurusan semata-mata tetapi proses tarbiyah yang berterusan, menyemai benih-benih ukhuwwah yang mengikat rapi ikatan kasih saying dan sentuhan kejiwaan antara daie dan mad’u. Ia juga bukan sekadar proses yang bersifat akademik yang membahaskan dalil-dalil syarak atau diskusi-diskusi ilmiah diadunkan pula dengan perdebatan-perdabatan siasi yang panas dan kontroversi.

Dakwah Fardiyyah ada fiqh keutamaannya, ada urutan dan langkah-langkahnya. Ada gerak kerja yang berada di tahap wajib, ada yang bersifat penting dan ada yang perlu didahulukan dari yang lain, tidak boleh dilewatkan tanpa tiba tempoh kesempurnaannya. Seorang daie yang bijak akan melihat perkembangan mad’unya meningkat berdasarkan prioriti amal dakwah fardiyah. Ada 6T seni kembara di dalam proses DF.

Kembara 1 : Taaruf [ fasa berkenal-kenalan]

Kembara 2 : Ta’aluf [ fasa menambat hati]

Kembara 3 :Tafahum [ fasa saling faham memahami]

Kembara 4 :Tafaqud wa Ri’ayah [ fasa ambil berat, prihatin dan meraikan mad’u]

Kembara 5 :Ta’awun wa Tanasur [fasa menolong dan membantu]

Kembara 6 : Taujih Imani dan Mutaba’ah Mustamirrah [ pfasa penalaan iman dan follow-up yang berterusan ]

Kembara 1 : Taaruf

Dalam kembara ini, da’ie proaktif untuk bertaaruf dengan sasaran projek DFnya dan berusaha  melengkapkan proses taarufnya dalam bentuk bersahaja dan secara tabie tanpa berlakon atau olok-olok sehingga disangka mad’u ia dibuat-buat.Penting da’ie memfokuskan dirinya untuk bertaaruf dengan mad’u secara serius sehingga menjadikan proses perkenalan, proses pertemuan dan sesi-sesi liqa’ bersama mad’u membuahkan hasil yang positif dan produktif.

Daie perlu menjadikan pertemuan tersebut bersifat informal dan bersahaja tetapi penuh tekun dan menguasai medan-medan taaruf dengan mad’u seperti tempat berkumpul para pelajar, kelab-kelab sukan, persatuan-persatuan, ceramah-ceramah, kafe, masjid, perpustakaan, padang, tempat hentian menunggu bas dan sebagainya. Daie perlu peka dan sedar sepanjang proses taaruf ini berjalan, menilai sifat-sifat mad’u, mencari kekuatan dan kelemahannya, membuka pintu-pintu masuk ke hatinya sehingga mampu mengesani dan mempengaruhinya.

Apa yang penting di fasa ini ialah berusaha mengenali peribadi mad’u dari sudut perasaan, jiwa, kecenderungan, tahap pemikiran, ilmu, keluarganya, tempat tinggal, akademik dengan perkenalan yang mendalam sehingga da’ie mampu membuat pengkelasan dan menggredkan mad’unya.

Kembara 2 : Ta’aluf

Di fasa ini, daie perlu memiliki seni berdakwah dan seni membuka pintu-pintu hati manusia. Antara akhlak yang perlu ada pada seorang da’ie ialah memiliki kata-kata  yang lunak dan manis, uslub yang menarik dan bersantun yang bersesuaian dengan tahap mad’u. Penyesuaian ini merangkumi aspek jiwa, emosi, kemampuan akademik  dan keperluan yang diperlukan mad’u. Proses ini perlu berjalan sehingga mad’u merasakan da’ie adalah sumber kehidupannya, mad’u merasakan daie tempat curahan dan harapannya. Dia iaitu mad’u ternanti-nanti bicara taujih dari sang da’ie, dahagakan nasihatnya dan menunggu untuk bertemu dan berjumpa dengan sang daie tadi. Rasulullah SAW pernah bersabda :

“Apabila Allah mencintai seorang hamba, Malaikat pun berseru, sesungguhnya Allah swt apabila mencintai si fulan, maka kami diperintahkan mencintainya dan seluruh penghuni langit turut mencintainya dan si fulan tadi dicintai juga  penghuni bumi.”

Antara prinsip yang perlu diraikan untuk menambat hati mad’u ialah :

  1. Mad’u merasakan bahawa anda mengajaknya kepada prinsip bukan untuk manfaat peribadinya.
  2. Mad’u merasakan anda bersungguh-sungguh dan mengharapkan kebaikan untuknya.
  3. Tidak membeza dan mengklasifikasikannya walau dengan satu perkataan.
  4. Tidak merendah, menghina dan menjatuhkan air mukanya.
  5. Angkat muka dan memberi perhatian terhadap bicara mad’u dan tidak memotong bicaranya.
  6. Berbual dengannya tanpa meninggikan diri dan meletakkanya sesuai pada kedudukannya.
  7. Menegur dan menyelesaikan masalahnya dengan peringatan yang baik, bukan mendedahkan keburukannya di khalayak ramai.
  8. Memberikan hadiah dan cenderamata sebagai langkah menawan dan menambat hatinya.
  9. Merangsang himmah sehingga terbuka hatinya untuk menerima kebenaran.
  10. Menjauhi perbincangan yang mengeruhkan perhubungan terutama khilaf fiqh, juga meninggalkan sikap suka bertengkar.

Kembara 3 : Tafahum

Tempoh ini adalah tempoh seorang dai’e berusaha mewujudkan bahasa perbualan dan cuba saling  faham memahami dengan mad’u. Da’ie juga  berusaha mencipta dan membina bahasa berfikir yang sama sehingga mengekalkan ruang hiwar dan perbincangan dalam keadaan tenang, damai, selesa. Jangan munculkan suasana-suasana ketegangan dan kontroversi antara diri da’ie dengan mad’u. Jauhkan dari mewujudkan insiden-insiden perdebatan, permusuhan,syak wasangka, konflik antara da’ie dan mad’u.

Menumbuhkan tafahum mesti dibina atas asas kasih sayang kerana Allah dan dalam suasana  nasihat menasihati.Ini kerana dakwah kita adalah dakwah nasihat dan dakwah atas cinta. Dalam proses ini seorang daie tidak perlu menunjukkan bahawa dia lebih baik atau lebih arif dari mad’u yang menunjukkan kesombongan dan tiada sifat tawaduk da’ie Suasana-suasana sebegini akan mencetuskan konflik antara dirinya dengan mad’u sehingga berakhir dengan sengketa dan terputus ikatan ukhuwwah fillah.Bersembang dan bergaullah dengan mad’u sehingga menumbuhkan perasaan saling faham memahami yang membuahkan benih saling percaya mempercayai antara satu sama lain.

Kembara 4 : Tafaqud Wa Ri’ayah

Fasa ini ialah fasa meningkatkan lagi hubungan intim antara da’ie dan mad’u hasil dari taaruf, ta’aluf dan tafahum. Taaruf, ta’aluf dan tafahum yang sudah sebati antara kedua belah pihak akan membawa ke fasa ambil berat atau meraikan kehendak dan keperluan mad’u.

Di tahap ini da’ie sibuk untuk mengambil tahu hal ehwal mad’u, menziarahi tempat tinggal dan tempat kerjanya sehingga mengikat hubungan tersebut menjadi lebih intim dan mesra. Ia juga menambahkan kualiti taaruf da’ie terhadap mad’unya. Mampu memberikan taujih kepada mad’u serta mendedahkan bakat dan potensi yang ada pada peribadi mad’u. Proses di fasa ini lebih kepada pelaksanaan amali kepada mafhum ukhuwwah. Ini bertepatan dengan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam sanadnya melalui jalan Abi Hurairah r.a yang menceritakan kisah seorang lelaki yang pergi menziarahi akhnya di sebuah kampong yang lain, lalu Allah mengutuskan Malaikat untuk menahan perjalanannya dan bertanya kenapa kamu sanggup pergi menziarahi saudaramu,adakah ada apa-apa kepentingan darinya. Jawab lelaki tersebut, tidak ada, aku hanya menziarahinya semata-mata kerana aku mencintainya kerana Allah. Lalu Malaikai itu berkata, aku adalah utusan Allah untuk memberitahu kepada kamu bahawa sesungguhnya Allah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai saudaramu.

Dalam hadis  yang lain Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :

“Hendaklah salah seorang daripada kamu berjalan semata-mata untuk memenuhi hajat saudaranya, maka itu lebih baik baginya dari dia beriktikaf di masjidku selama sebulan”.

Oleh penting di tahap ini , da’ie memberikan sepenuh perhatian dan tumpuan kepada mad’u, sentiasa memberi khidmat kepadanya dan berterusan mengambil berat sehingga mad’u merasakan anda prihatin kepadanya. Lagi banyak kebaikan dan prihatin yang diberikan kepada mad’u lagi banyak kepercayaan yang diperolehi dan diberikan kepada sang da’ie. Jangan berputus asa dan terus berusaha dan bekerja dengan tekun dan jaya.

Kembara 5 : Ta’awun dan Tanasur

Sikap ta’awun dan tanasur [tolong menolong dan sokong menyokong] merupakan akhlak social yang tinggi yang ditaklifkan allah kepada umat islam. Firman Allah di dalam surah al-Maidah yang bermaksud :

“ Dan hendaklahkamu saling bantu membantu atas asas kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu saling bantu membantu atas asas dosa dan permusuhan..”

Di dalam surah al-Asr pula yang bermaksud :

“Demi masa ! Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan melakukan amal solih, yang saling berpesan –pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran”.

Dalam kembara ini, para du’at dituntut supaya menyemai di hati para mad’u perasaan suka membantu, menebarkan kebaikan dan berdakwah kepada manusia. Da’ie juga mendorong mad’u beramal sehingga menolaknya mara ke depan dengan kata-kata dan tindakan . Da’ie  menunjukkan qudwah amali kepada Mad’unya, bukan sekadar retorik dan cakap tidak serupa bikin.

Dakwah tidak akan berjaya tanpa qudwah. Seorang daie tidak akan Berjaya dalam mendidik mad’unya melainkan beliau mempamerkan sosok qudwah kepada mad’unya makna dan hakikat sanggup berkorban dan memberi apa sahaja demi kerana dakwah. Sikap ini akan member kesan yang mendalam di jiwa mad’u dan secara automatik mendorongnya untuk turut berkorban dan memberikan segala-galanya untuk dakwah dengan penuh kejujuran, keikhlasan dan bukan buat-buat.

Manakala sikap ‘tanasur’ adalah hasil tabi’i yang lahir dari sikap ‘ta’awun’ iaitu memenang dan menyokong kebenaran dan para du’at di jalan allah. Seorang pendakwah mesti mendidik mad’unya untuk sanggup berkorban dan mencurahkan segala-galanya sehingga hasil buah-buah dakwah fardiyah dapat dipetik dan dirasai harumnya. Ini kerana inti utama  dalam memikul beban dakwah ialah sanggup memberikan tazhiyah tanpa henti dan terbatas sehingga dakwah sampai mengetuk jiwa-jiwa manusia.

Kembara 6 : Taujih Imani dan Sentiasa Mutab’aah

Dalam kembara ini, para da’ie menanamkan benih-benih iman dan menyiram pepohon iman ke dalam jiwa dan hati para mad’u. Tujuannya supaya buah-buah iman tadi mengahsilkan akhlak islami dalam perilaku, tindakan, anggota dan pemikiran mad’u.

Intipati Iman dalam lapangan ini ialah :

  1. Sentiasa bertaqarrub kepada Allah dengan beribadah, sikap redha terhadap ketentuan Allah, melazimi tilawah al-Quran dan berpegang kuat dengan sunnah ar-Rasul SAW. Di tahap ini para da’ie tidak perlu menjadikan mad’u merasakan seolah-olah  dia berada di hadapan seorang guru . Ikatkan hubungan atas dasar kasih sayang dan cinta mencintai kerana allah dan tidak lebih daripada itu.
  2. Membentangkan isu-isu iman dengan penuh lembut dan halus mengenai tauhid, nama-nama Allah yang indah dan sifat-sifatNya. Juga perkara yang akan mengukuhkan keimanannya kepada Allah, Malaikat, Kitab-Kitabnya, Rasul-Rasulnya dan beriman kepada Hari Akhirat. Para da’ie perlu berbicara dengan mad’u sehingga menumbuh dan memberi kesan di jiwanya. Para du’at perlu mengaitkan kejadian –kejadian alam, ciptaan-ciptaan allah yang dapat menjadikan mad’u merenung dan berfikir sehingga membangkitkan kesan-kesan imani. Para da’ie perlu bijak memilih masa dan tempat yang sesuai,ambil peluang dari insiden-insiden kematian, kemalangan dan sebagainya  untuk menimbulkan rasa imani di jiwanya.Di dalam kembara ini, para da’ie tidak seharusnya menjadikan para mad’u merasakan dirinya tidak beriman. Ini perlu dilakukan secara berhati-hati agar mad’u tadi tidak lari dari da’ie atau hilang keyakinan terhadapnya atau terhadap seruan dakwahnya. Apa yang penting di waktu ini ialah membangkitkan rasa di dalam dirinya bahawa setiap anak Adam seringkali tersilap dan terlalai kendatipun iman masih ada dalam jiwanya. Tetapi iman tabiatnya sentiasa naik dan turun dan hati juga boleh menjadi karat. Lantaran itu para ikhwah yang saling berukhuwwah kerana Allah perlu sentiasa nasihat menasihati, saling ingat memperingati untuk memastikan iman dalam keadaan stabil dan kekal meningkat ke tahap tinggi dalam suasana penuh kesedaran dan sensitiviti iman.
  3. Langkah berikutnya, mendidik mad’u untuk mendalami ilmu-ilmu berkaitan ibadah,perkara-perkara fardhu dan ibadat-ibadat. Ibadah yang difahami adalah ibadah dalam mafhum yang luas iaitu segala amal yang membawa keredhaan allah dan  mendekatkan diri kepada Allah. Makan, minum, berpakaian, memberi nasihat, berfikir, bertadabbur terhadap tanda-tanda kebesaran Allah, semuanya dalam lingkungan ibadah kepada Allah.
  4. Tahap seterusnya, setelah dia membaiki dirinya, memiliki iman yang kuat , berakhlak dengan akhlak islam serta beribadah dengan ibadah yang syumul ialah membuka ufuk kefahamannya tentang kewajipan beramal untuk islam dan mengambil berat kepentingan Islam. Dalam kembara ini da’ie menyubur semangat dakwah kepada mad’unya dan menjelaskan kepentingan berdakwah. Da’ie juga mengajar mad’unya bahawa tugas dakwah dan bekerja untuk Islam adalah tugas yang penting dan diutamakan dari tugas-tugas yang lain. Sewajarnya da’ie mengingatkan mad’unya bahawa dakwah adalah wajib ke atas setiap muslim dan ia adalah bukti kefahaman yang sohih terhadap konsep ibadah yang sebenar.

Read Full Post »

 

mentoring

1.Fun

‘Fun’ di dalam Bahasa Inggeris bermaksud ‘seronok’ atau ‘menyeronokkan’. Ya, Halaqoh perlu jadi tempat yang menyeronokkan, ia adalah bulatan keseronokkan, bulatan gembira yang mencipta bulatan perjuangan. Seronok bermakna Murobbi dan Mutarobbi enjoy ketika berhalaqoh, tapi bukan enjoy dalam maksud santai,main-main atau suka-suka. Enjoy bermaksud Murobbi dan Mutarobbi jelas halatuju Halaqoh, faham tujuan Halaqoh dan menjayakan segala access yang menumbuhkan rasa ‘keseronakan’ berhalaqoh. Seronak kerana ia taman dari taman-taman syurga di dunia, di sini segala-galanya tercipta makna taaruf, tafahum dan takaful. Ikatan yang terhasil membibit erti janji setia untuk sehidup semati demi satu perjuangan kerana Allah. Bayangkan keseronokan ini dirasai oleh para sahabat ketika keluar dari majlis baginda ‘Ar-Rasul SAW, para sahabat r.a terasa iman mereka berkurang dan lemah sehingga merindui suasana-suasana indah dan menyeronokkan itu.‘

‘Fun’ di dalam Bahasa Arab pula bermaksud ‘ seni’. Menjayakan halaqah yang sukses memerlukan pelbagai seni dan kemahiran. Antaranya seni mempengaruhi mutaroobi, seni penyampaian, seni penalaan,seni menambat dan menawan hati. seni komunikasi, seni mutabaah,seni merangsang mutarobbi, seni kepimpinan, seni penugasan, seni mengajar, seni menyediakan bahan pengajaran pelbagai sumber, seni mentoring dan coaching, seni menilai dan seni membina zatiah mutarobbi.  Lihatlah bagaimana seninya Rasulullah SAW memutabaah para sahabat r.a ketika baginda bersabda : “Siapakah dari kalangan kalian orang yang menzirahi orang sakit…mengiringi jenazah, dan sebagainya..” Lantas rangsangan ini dijawab oleh Saidina Abu Bakar r. a bahawa akulah yang telah menyempurnakan perkara tersebut sehingga ar-Rasul menjanjikan jaminan syurga untuknya.

2.      Flexible tapi Fit

Halaqoh yang sukses adalah halaqoh yang FLEXIBLE atau anjal dari sudut dinamika Halaqoh tersebut. Fleksible bermakna Murobbi bijak menyusun atur tempat pertemuan, masa pertemuan, tempoh pertemuan, aktiviti amali, bahan pembelajaran dan metod gaya belajar. Ia dilakuakn secara fleksible mengikut sasaran mutarobbi dan capaian outcome dari halaqoh yang hendak dilaksanakan.

Namun dalam hal ini, yang tidak perlu dilupakan dan mesti dipertegaskan ialah kefleksiblan itu bukan bermakna bersikap lewes dan ambil ringan tetapi mesti FIT dari sudut content [isi] iaitu silibus yang ditetapkan agar mencapai objektif marhalah dan mustawa. Penegasan ini ditunjuk di dalam Sirah Rasulullah SAW di mana ayat-ayat awal diturunkan pengisiannya lebih menumpukan pembinaan akidah dan keyakinan kepada akhirat serta membuat rawasib jahiliyah. Ini sesuai dengan fasa Makkiyah untuk membina Qaedah Sulbah kepada perjuangan yang panjang.

Halaqoh yang stereotype dan bersifat biasa tanpa menimbulkan gimik-gimik dan rangsangan positif akan berakhir dengan kehambaran dan hilang ruh ber’halaqoh’. Akhirnya produktiviti halaqoh dari sudut membina mutarobbi menjadi murobbi akan gagal atau tidak Berjaya meningkatkan mutarobbi ke level yang seterusnya. Sekaligus proses pengembangan potensi mutaroobi tidak terbentuk.

3.      Focus n Follow Up

Elemen ketiga bagi mencipta Halaqoh yang sukses ialah focus. Fokus di sini bermaksud fokus kepada mencapai tujuan halaqah dan  fokus kepada kemenjadian mutarobbi. Fokus dengan erti kata para Murobbi melaksanakan sepenuhnya fungsi sebagai seorang Murobbi dan beliau tahu bagaimana mengendalikan anak Halaqohnya sehingga terbentuk  muwasofat mutarobbi, berlaku kenaikan mustawa dan terbina pengembangan potensi mutarobbi yang diperlukan oleh organisasi.

Untuk mencapai kemenjadian Mutarobbi perlu kepada mutabaah [follow Up] yang berterusan dari Murobbi yang sentiasa melihat perkembangan mutarobbi dari sudur fikri, ruhi, jasadi, haraki, daawi dan tarbawi. Tanpa follow up dan penilaian yang berterus matlamat kemenjadian mutarobbi tidak akan tercapai. Kegagalan proses tarbiyah kerana kegagalan Murobbi memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Mutarobbi serta tiada follow up yang sistematik dan berterusan. Akibatnya , anak halaqoh merasakan diri mereka tidak meningkat ,menumbuhkan kejemuan di dalam berhalaqoh serta hilang motivasi berhalaqoh. Follow Up juga murobbi perlu follow mutarobbi dan ‘up’ kan mutarobbi dari sudut manhaj dan mustawanya.

4.      Friendly by Feeling

Nilai lain yang menyumbang kepada kesuksesan halaqah ialah ‘friendly’[menumbuhkan kemesraan ]. Mesra di sini dengan erti kata keintiman Murobbi dengan Mutarobbi atau sesame Mutarobbi. Intim dan mesra dengan menjayakan 3T Arkanul Usrah iaitu Taaruf-Tafahum-Takaful. Menjayakan 3T dari sudut fikri dan amali. Murobbi perlu menumbuhkan rasa mesra ini melalui follow up kepada Mutarobbi dan mempelbagaikan aktiviti-aktiviti luaran yang luar biasa. Aktiviti seperti mukhayyam,mabit bersama, jaulah bersama, rehlah bersama, iftar bersama,outbound dan lain-lain lagi sehingga menimbulkan feeling. Feeling berukhuwwah, cinta mencintai sesama ikhwah kerana Allah yang membenih ma’ani  taat, thiqah yang berakhir kepada sifat tajarrud, tazhiyyah dan  jihad untuk Islam.

Murobbi perlu mencipta momen-momen yang menumbuhkan rasa cinta sesama antara  Mutarobbi sehingga terbit syu’ur [perasaan]  ithar sebagaimana itharnya para Muhajirin dan Ansor. Al-Kisah pernah diceritakan berlaku tangkapan beramai-ramai anggota IM sehingga disumbat ke dalam penjara. Pada masa itu musim panas yang amat terik dan mereka dihalang dari meminum air. Setelah berlalu dua hari tanpa air, ada seorang membawa segelas air untuk diberikan kepada tangkapan kumpulan ikhwan tersebut. Bila hendak diberikan air kepada orang yang pertama, datang seorang polis mengambilnya untuk diberi pada orang kedua,kemudian belum sempat minum diberikan pula akh tadi pada orang ketiga sehingga dia pula member kepada orang keempat dan keadaan itu berlalu sehingga pada orang yang keenam kerana mengutamakan saudaranya berbanding dirinya. Akhirnya semua mereka tidak sempat minum air dari gelas tersebut. Polis yang melihat mereka tidak merasa belas kasihan bahkan dia memaki hamun ahli IM yang dipenjara serta melemparkan air  dalam gelas  itu ke lantai  dan mereka kekal kehausan. Namun perasaan ithar dan ukhuwwah ini menghilangkan duka lara mereka bahkan kepahitan dipenjara memberikan kemanisan dalam perjuangan mereka.

5.       Full Stretch to Full Strenght

Kesuksesan Halaqah bergantung kepada kolaborasi dan kolarasi antara dua belah pihak iaitu Murobbi dan Mutarobbi. Hubungan Murobbi dan Mutarobbi berdiri atas asas ukhuwwah, taat dan thiqah. Untuk mencapai maksud tersebut perlu kepada full stretch atau dalam Bahasa Melayu sebagai ‘sepenuh tenaga’. Tenaga yang dicurahkan sepenuhnya tanpa mengira masa, waktu, tenaga , nyawa, wang ringgit demi membina sebuah mahligai ‘Halaqoh’ yang akan berakhir di ‘Syurga’ yang Allah sediakan buat para mujahidin wal mujahidat yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah, lesu dan kaku bahkan tetap utuh dan kukuh menapaki perjuangan.

Memberikan segala tenaga bermakna memberikan segala jiwa dan raganya untuk dakwah dan Islam. Memberikan segala tenaga juga  bermakna  dia memberikan segala harta dan masanya untuk dakwah dan Islam tanpa berkira dan kikir. Contohilah para sahabat r.a seperti Abu Bakar, Umar, Ali, Abdul Rahman bin ‘Auf , 10 tokoh para sahabat yang dijanjikan syurga yang sanngup mencurahkan segala-galanya untuk dakwah dan islam.

Imam al-Bana pernah mengungkapkan mutiara hikmah buat para du’at :

“ Dakwah ini tidak akan dimenagkan kecuali ada orang yang mencurahkan segala tenaganya untuk memahami selok belok dakwah ini..”

Kesuksesan kita mencurahkan segala tenaga akan membawa kepada Full Strenght [Kekuatan] organisasi dan ahli untuk mencapai matlamat tertinggi iaitu menegakkan kekuasaan Islam di muka bumi ini. Halaqah akan menjadi Halaqah Muntijah apabila wujud sikap suka memberi bukan suka meminta dari kalangan Murobbi dan Mutarobbi. Memberi sepenuh tenaga tanpa mengira ketika dan masa, memberi sejujurnya tanpa melihat nilaian manusia. Apa yang dicari ialah keredhaan robbani yang hakiki. Sepenuh tenaga yang diberikan itu berlaku dalam setiap aktiviti, setiap situasi, setiap tugasan, setiap peranan sehingga membangun jiwa inspirasi dan motivasi bagi menggerak satu amal  haraki dan tandhimi. Itulah kepuasaan [fulfillment] yang abadi yang tiada tolok gantinya. Ia satu realiti bukan fantasi sehingga Halaqoh menjadi taman firdausi harum bak kasturi mewangi.

Read Full Post »

Thiqah : Di mana kita ?

thiqah logo

Thiqah sebagaimana yang diungkapkan Imam Hasan al-Bana ialah :

Yang aku maksudkan dengan Thiqah ialah seorang jundiy merasa tenang kepada pimpinannya dari sudut kemampuan dan kewibawaannya, keikhlasannya sehingga perasaan tenang yang mendalam itu menghasilkan perasaan cinta, penghargaan, penghormatan dan ketaatan”.

Thiqah dari sudut bahasa ialah hubungan antara kedua belah pihak yang diikat dengan satu akad, persetujuan dan perjanjian yang mana kedua-dua belah pihak wajib memberikan komitmen terhadapnya.

Pengertian Thiqah di dalam kefahaman Bai’ah Ikhwan lebih bersifat khusus yang menjelaskan maksud hubungan pimpinan dengan pimpinan atau hubungan ahli dengan pimpinan.

Rukun ini menjelaskan hakikat kepentingan qiyadah di dalam sebuah organissai Islam.Kedudukannya adalah berada di tangga teratas di dalam hiraki kepimpinan bahkan ia ibarat kepala kepada tubuh badan. Qiyadah yang cemerlang di dalam membuat keputusan dan mengurus perancangan organisasi atau jamaah akan mampu melakukan proses pembaharuan dan perubahan. Paling minima mendekatkan jamaah untuk mencapai matlamatnya.

Menurut pemikiran al-Bana , kepimpinan atau al-Qiyadah adalah satu juzuk dari bahagian dakwah, dan tiada dakwah tanpa qiyadah.Manakala tahap thiqah antara pimpinan dan ahli akan menjadi prasyarat kejayaan sistem jamaah dan langkah-langkah mencapai target jamaah.

Justeru, kepimpinan merupakan satu pilar utama dari pilar-pilar jamaah.Ini selaras dengan ungkapan Saidana Umar al-Khattab r.a:

“Tiada Islam tanpa jamaah, tiada jamaah tanpa pemerintahan, tiada pemerintahan melainkan dengan ketaatan”.

Di dalam sebuah jamaah atau Harakah Islamiah, kepentingan thiqah antara ahli dan pimpinan sangatlah penting. Thiqah antara pimpinan dan ahli sentiasa bertambah dan meningkat apabila meningkat ikatan antara pimpinan dan ahli. Antara langkah bagi meningkatkan perasaan thiqah antara ahli dan pimpinan adalah dengan memperbanyakkan mukholatoh (percampuran dan pergaulan) antara pimpinan-pimpinan dan ahli. Ini dilakukan dengan menerbitkan penerbitan ringkas dan risalah-risalah yang menjelaskan pendirian, keputusan dan polisi –polisi jamaah. Begitu juga penglibatan ahli bawahan yang turut serta di dalam memberikan pandangan dan idea serta bersyura di dalam hal-hal yang memberikan manfaat kepada jamaah dan ummah.

Antara langkah lain yang boleh mengukuhkan rasa thiqah ialah sikap para pimpinan yang turun padang bertemu dengan ahli di peringkat akar umbi. Pihak pimpinan juga turut serta bersama ahli bawahannya di dalam majlis-majlis keraian dan keramaian mereka di waktu senang atau susah, menghadiri jemputan mereka,majlis kenduri kendara mereka, kematian, sakit dan sebagainya. Semua ini akan menumbuhkan benih cinta dan ukhuwwah sekaligus membibit perasaan thiqah terhadap pimpinan. Kealpaan pimpinan untuk turun padang dan merendah diri akan menghilangkan rasa thiqah bahkan mewujudkan jurang kepercayaan antara pimpinan dan ahli.

Untuk mencapai makna thiqah ini, ia memerlukan kepada kefahaman yang betul,keikhlasan yang tinggi,kerja yang berterusan dan perasaan taat terhadap pimpinan jamaah sekalipun menyalahi pandangannya. Termasuk juga sikap rasa percaya terhadap para ikhwah dan pimpinan, memiliki sifat tajarrud dan thabat di atas jalan dakwah dalam apa jua bentuk , keadaan dan suasana.

Apakah Ukuran Thiqah Ahli Terhadap Pimpinan ?

Ada beberapa neraca yang boleh mengukur tahap thiqah ahli terhadap pimpinan. Antaranya ialah :

1. Sejauhmana ahli mengenali pimpinan secara luas dan menyeluruh .

Ahli perlu bertanya sejauh mana dia mengenali dan bertaaruf dengan pimpinannya sama ada pimpinan diperingkat cawangan,negeri atau pusat. Melalui proses taaruf akan menjinak dan melunakkan hati sekaligus menyubur rasa cinta dan membenih rasa thiqah. Antara langkah praktikal untuk bertaaruf dengan pimpinan ialah mengadakan ziarah atau jaulah qiyadah. Antara tujuan ziarah ialah untuk memahami sejauh mana hubungannya dengan Allah, keterikannya dengan al-Quran dan as-sunnah, beradab dengan adab-adab islam, melihat secara dekat kehidupan dakwahnya, bagaimana dia mentarbiyah isteri dan anak-anaknya, sifat zuhud dan tidak bermewah-mewah di dalam kehidupannya.

Antara yang lain juga ialah mendengar bicaranya, ceramah-ceramah dan pidatonya serta penyampainnya di seminar-seminar. Begitu juga membaca produk pemikirannya melalui tulisan-tulisannya dan buku-bukunya. Termasuk juga membaca tulisan dan pandangan orang lain terhadapnya sama ada berbentuk pujian, sanjungan atau kritikan membina. Mengkaji sejarah hidup dan perjuangannya juga termasuk dari maksud mengenali pimpinan. Dengan erti kata lain seorang ahli yang mengkaji seluruh aspek kehidupan pimpinannya akan menghasilkan perasaan thiqah kepada pimpinan.

2. Kewibawaan dan kempetensi pimpinan dan keikhlasannya.

Kewibawaan di sini merujuk kepada kemampuan dan keupayaan pimpinan mengurus jamaah dari sudut perancangan dan menetapkan objektif jamaah tercapai melalui pelan operasional dan pelan taktikal.

Keyakinan terhadap kewibawaan pimpinan dilihat melalui proses penilaian, pemantauan , pelaporan yang berterus dari unit audit dalaman jamaah sekaligus membina intergriti pimpinan. Pimpinan yang berintergriti akan menambahkan daya thiqah yang tinggi dari ahli terhadap pimpinan.

3. Menerima arahan pimpinan dan segera melaksanakannya.

Sikap bersedia menerima arahan dan bersegera melaksanakan tugasan yang diberikan adalah bukti thiqah seorang ahli kepada qiyadah. Melaksanakan arahan-arahan pimpinan selagi ia tidak bertentangan dengan syarak. Iman al-Bana mengisyaratkan di dalam hal ini ialah menjauhi perdebatan di dalam melaksanakan tuntutan jamaah yang tidak membawa kepada tujuan atau membawa kepada kebatilan dan permusuhan. Imam al-Bana telah membuka ruang kebebasan yang luas kepada ahlinya untuk mengkritik pimpinan demi kepentingan islam dan dakwah selagi tidak menyalahi prinsip-prinsip syarak.

4. Meletakkan diri di pihak yang salah dan pimpinan di pihak yang benar.

Ini bermaksud ahli mengutamakan pandangan jamaah dan pimpinan dari pandangan peribadinya sekalipun dia di pihak yang benar di dalam perkara yang bersifat ijtihad. Oleh sebab itu syura di sisi ikhwan ia bersifat mulzimah [wajib dipatuhi] dan dilaksanakan.

5. Siapsiaga ahli meletakkan segala suasana kehidupannya dibawah tindak tanduk jamaah untuk memenuhi maslahah dakwah dan jamaah.

Setiap ahli yang berbai’ah kepada pimpinan bermaksud dia berbaiah dengan sepuluh rukun tersebut tanpa pengecualian. Thiqah bermaksud dia meletakkan diri, keadaan, tindak tanduk perkataan dan perbuatannya adalah untuk berkhidmat untuk  dakwah. Dalam erti kata lain, jika bertembung kepentingan akh dengan kepentingan dakwah dan jamaah, maka dia perlu mengutamakan maslahah dakwah dari maslahah peribadi.

Sebagai contoh , jika jamaah menuntutnya untuk mengosongkan diri dari bekerja makan gaji dan bekerja untuk jamaah, maka kepentingan umum jamaah ialah dia meninggalkan kerjaya kerajaan dan bekerja sepenuh masa untuk jamaah hendaklah diutamakan. Contoh praktikal ialah tindakan Syeikh Mehdi ‘Akif yang meninggalkan untuk belajar bidang kejuruteraan kepada bidang Sains Jasmani demi untuk kepentingan dakwah dan jamaah.

Intipati Thiqah antara Pimpinan dan Ahli

1. Perasaan saling cinta mencintai antara pimpinan dan ahli.

Pimpinan ibarat ayah atau bapa di dalam sebuah keluarga. Ayah atau bapa sentiasa melimpahkan perasaan kasih sayang kepada anak-anaknya. Dengan terhasil perasaan ini akan membawa kejayaan kepada organisasi. Di zaman sebaik-baik kurun, para sahabat r.a mencintai pimpinan mereka iaitu Rasulullah SAW melebihi daripada diri, anak-anak,harta dan manusia keseluruhannya. Ketika berlaku tragedi Riddah, para Sahabat r.a berkumpul dikeliling Abu Bakar as-Shiddiq, membantu dan turut serta memerangi golongan yang murtad, berperang dengan mereka yang kufur, berdamai dengan mereka yang ingin berdamai.

 2. Ketaatan ahli terhadap arahan pimpinan.

Ia adalah menefestasi dari rukun thiqah yang menuntut seorang akh atau ahli memberikan sepenuh ketaatan selagi mana tidak bertentangan dengan nas syarak.

3. Sikap suka membantu, membela dan memenagkan pimpinan dan dakwah.

Seorang akh akan sentiasa membantu, menolong pimpinannya sama ada di waktu senang atau susah sebagai tanda thiqah terhadap Qiyadah. Dia mempertahankan pimpinannya ketika diuji dengan tohmahan, herdikan, celaan dan keaiban dari pihak musuh. Akh tadi bersama-sama membantu pimpinan bagi menjayakan visi dan misi jamaah.

4. Wala’ yang bulat  terhadap pimpinan .

Ahli perlu meletakkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap pimpinan. Akh tadi perlu memahami musuh-musuh yang bekerja siang dan malam untuk mematikan perjalanan dakwah dan membantutkan usaha untuk menegakkan Islam di dalam kehidupan.

5. Pimpinan yang berterusan memberikan tarbiyah yang sempurna kepada ahli.

Hak ahli ialah mendapatkan tarbiyah yang sempurna dan menyeluruh dari aspek ruhi,fikri, emosi dan perilaku. Tugas pimpinan mendidik mereka, bekerja untuk mengislahkan ahli, melatih mereka menyebarkan dakwah dan bekerja untuk membaiki manusia melalui  proses tarbiyah  dan perencanaan.

6. Pimpinan yang mengelola jamaah mengikut landasan Siasah Syar’iyyah.

Pimpinan perlu mengurus dan mengelola ahli dan jamaah berasaskan prinsip-prinsip syarak. Dalam erti kata lain siasah jamaah adalah berteraskan siasah syariyyah. Kaedah menyatakan adabiyat syariyyah didahulukan dari adabiyat tandhim.

Thiqah ..Di Mana Kita

Perlu kita bermuhasabah diri,

Sejauh mana thiqah kita terhadap pimpinan ..atau kita bersyakwa dan bernajwa di belakang.

Sejauh mana kita melaksanakan tugas-tugas jamaah dengan pantas dan segera..atau kita bertangguh-tangguh dan bermalas-malasan.

Sejauh mana kita mempertahankan pimpinan dari diburukkan oleh musuh-musuh Islam…atau menjadi batu api menambahkan kekusutan lagi.

Sejauh mana kita sanggup membantu, membela jamaah dan pimpinan….atau terus membiarkan pimpinan terkontang kanting sendiri.

Sejauh mana kita memberikan ketaatan, wala dan meletakkan diri kita di bawah percaturan pimpinan..atau ada lagi saki baki kepentingan peribadi.

Sejah mana kita menjaga kesatuan hati kita di waktu kita diuji, diserang dan dicoba…atau terus kita bercakaran sesama sendiri, diam membisu seribu bahasa tanpa ada suara.

Ya, thiqah diberi bukan di minta, Ya, tepuk dada, bertanyalah tentang makna thiqah kita..di mana dan ke mana ia hendak dibawa.

Read Full Post »