Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Julai 2010

Awal Julai yang lalu saya ada menerima kunjungan 8 orang pelajar dari ex-KMB.Mereka bakal melanjutkan pengajian ke UK dan Australia. Turut serta bersama ziarah ini akh Hafiz b. Karim, pelajar kejuruteraan di Universiti Manchester UK. Beliau sempat saya berjumpa ketika saya menjelajah ke Benua Eropah sempena JUMS Eropah tahun lepas.Saya amat gembira dapat bertemu dengannya. Moga ikatan ukhuwwah ini memberi kekuatan untuk saya istiqamah di atas jalan dakwah ini.

Peserta jaulah ini terdiri dari pelajar MRSM , Kisas, Semasyur yang bakal melanjutkan pelajaran ke oversea.Antara perkara yang saya kongsikan dengan mereka sebagai bekalan sebelum ke luar negara ialah :

1. Istiqamah di atas jalan dakwah. Berada di atas jalan dakwah adalah satu nikmat yang tidak dapat dirasai bagi mereka yang tidak berada di jalan ini. Jalan dakwah ini adalah jalan yang satu iaitu jalan yang telah dilalui oleh para nabi dan rasul-rasul juga para sahabat r.a. Justeru itu saya serukan pada mereka agar maintain dan berterusan meletakkan agenda dakwah sebagai kerangka besar dalam kehidupan. Kaedah sentiasa mengingatkan ” ad-dakwah qabla kulli syai”.

2. Menjadi profesional-daie. Belajar dalam apa jua bidang sekalipun, kita mesti menjadi profesional – daie yang mampu menyumbang kepada umat. Tanpa kesedaran ini maka kita gagal berperanan sebagai pemimpin kepada masyarakat. Saya ingatkan mereka bahawa kewujudan SBP dan MRSM adalah memberi peluang pendidikan yang lebih baik pada anak-anak Melayu. Amat malang sekali jika anak-anak yang mendapat peluang ini tidak menggunakannya untuk membina kompetensi diri bagi berkhidmat pada umat dan negara sendiri. Tidak cukup hanya ada segenggan ijazah tanpa mengaitkan peranan membawa risalah.

3. Melengkapkan ilmu softskills. Bagi merealisasikan peranan mereka itu, mereka perlu melengkan kompetensi diri dengan added-value (nilai tambah). Nilai tambah tersebut ialah penguasaan skill yang diperlukan masyarakat seperti pengucapan, kemahiran perundingan, kemahiran coaching dan mentoring, kemahiran dialog dan sebagainya agar melahirkan daie muharrik terhasil.

4. Penguasaan pelbagai bahasa. Jurang digital dan masyarakat yang kompleks memerlukan Sang Daie menguasai pelbagai bahasa agar dapat berinteraksi dengan kelompok mad’u yang pelbagai.Paling minima menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan salah satu bahasa terbesar di dunia. Saya sarankan juga agar mereka dapat mempelajari bahasa arab dengan bersungguh-sungguh sebagai pelengkap memahami fiqh islam dan fiqh dakwah.

5. Bersama dengan kelompok dakwah ketika berada di luar negara. Ini kerana pelajar yang berada di luar negara terdedah dengan pelbagai cabaran. Saya klasifikasika pelajar luar negara kepada 3 kelompok besar iaitu :

1. Sibuk belajar dan lupa peranan dan risalah merekan pada umat.

2. Pelajar yang hanyut dengan realiti dan terumbang ambing sehingga lupa tugas belajar.

3. Pelajar yang cemerlang dan faham peranan risalah yang dipertanggungjawabkan pada mereka.

Saya nasihatkan mereka menjadi pelajar kelompok ketiga agar mereka berupaya menyumbang sekembali pulang ke Malaysia.Bermula dari sini, mereka perlu ada agenda. Agenda atau wawasan besar untuk menjadi agent of change. Justeru bila tiba ke UK @ Australia lakar dan cipta kejayaan demi kejayaan dalam dakwah dan tarbiyah.Saya ingatkan Bumi UK adalah bumi yang subur dengan dakwah kerana di situlah aktivis Islam dibuang negara.

Semoga misi mencipta profesional – daie (pr0-dai) terhasil sebagaimana peradaban Islam telah berjaya melahirkan ilmuwan dan teknokrat Islam.

Read Full Post »