Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for September 2011

Kalimah Jihad tidak dikira memberikan  maksud yang tepat dan sebenar sebagaimana yang difahami oleh para sahabat dan tabi’in,begitu juga sebagaimana yang didatangkan dari al-Quran dan Hadis. Ini kerana sebahagian para du’at hari ini mentakrifkan jihad itu dimengertikan sebagai al-Qital (perang/ angkat senjata/ bunuh).  Mereka beranggapan bahawa tiada jihad tanpa qital(perang). Impak dari kefahaman ini, muncul di dunia Islam sekelompok manusia menuntut kepada jihad qital (angkat senjata) meskipun belum sampai waktunya dan cukup persediaan disebabkan perasaan bahawa dosa akan mengejarnya (menimpanya)sedangkan mereka tidak berperang.

Untuk membetulkan kefahaman ini, sewajarnya kita merujuk kepada pentakrifan syarak tentang mafhum jihad agar dengan memahaminya menurut makna syarak merupakan suatu yang dharuri bagi mengelak dari terjebak kepada kegelinciran dan penyelewengan.

Di dalam kamus Lisan al-‘Arab Jihad ditakrifkan “ memerangi musuh iaitu berlebih-lebihan dan mencurahkan segala usaha dan tenaga samada perkataan atau perbuatan”. Ia juga memberikan maksud : “ berlebih-lebihan dan mencurahkan segala daya dan usaha di dalam perang atau lidah atau apa sahaja dari segala tanaga dan keupayaan”.

Untuk memahami makna umum bagi jihad berdasarkan sunnah Rasulullah SAW,eloklah kita melihat pandangan yang telah dikemukakan oleh Ibnu Qayyim al-Jauziyyah. Kata beliau : [ Bahawa Rasulullah SAW berada di kemuncak tertinggi dan baginda menguasai pelbagai perkara dan urusan semuanya sekali, maka baginda berjihad di jalan Allah dengan sebenar-benar jihad dengan hati dan jiwa, dengan dakwah dan penerangan dan dengan mengangkat senjata dan lembing.Kata Ibnu Qayyim r.a “ Allah telah memerintahkannya dengan perintah jihad pada hari baginda diutuskan sebagai Rasul. Allah berfirman yang bermaksud : [ kalaulah kami kehendaki, nesvaya kami akan utuskan pada setiap kampong seorang pemberi peringatan, maka janganlah kamu taat kepada orang-orang kafir dan berjihadlah  (memerangi) mereka dengan jihad yang besar]. Surat ini adalah surah makkiyah yang memerintahkan baginda untuk berjihad memerangi  orang kafir dengan menggunakan hujah dan penerangan serta menyampaikan al-Quran. Begitu juga berjihad memerangi orang-orang munafik dengan menyampaikan hujah kecuali mereka berada dibawah kekuasaan penduduk Islam .Firman allah taala yang bermaksud :

“ wahai nabi, berjihadlah memerangi orang-orang  kafir dan orang –orang munafik dan bersikap keras dan kasar terhadap mereka, dan tempat tinggal mereka adalah neraka Jahanam dan ia adalah seburuk-buruk tempat kembali..”

Jihad memerangi orang munafik lebih sukar dan payah berbanding berjihad memerangi orang kafir . Ia adalah jihad kelompok khusus dari kalangan umat dan pewaris para rasul. Orang-orang yang melakukannya adalah terdiri dari  individu-individu di dunia ini, orang-orang saling terlibat dan bantu-membantu untuk ini mereka adalah dari kalangan yang sedikit bilanagnnya dan mereka adalah orang-orang yang palaing mulia di sisi allah ganjarannya..”.

Matlamat Jihad.

Boleh kita simpulkan bahawa jihad adalah mencurah dan mengerahkan segala daya usaha untuk memerangi musuh di dalam dan di luar, dan bukanlah tujuan jihad itu untuk menghapuskan musuh tetapi menghapuskan sebab-sebab yang boleh membawa kepada permusuhan dan dendam. Kufr(kekufuran) adalah sebab yang membawa permusuhan antara mukmin dan kafir, apabila hilang sebab ini dan orang kafir memeluk Islam, maka hilanglah permusuhan ini. Begitu juga nifak membawa perbalahan dan permusuhan antara mukmin dan munafik, bila hilang nifak ini maka hilanglah sebab permusuhan ini.

Kesan perang di dalam Islam dapat dilihat dalam tiga perkara :

  1. Orang kafir yang memerangi tadi memeluk Islam.
  2. Mereka membayar jizyah dan tunduk kepada kekuasaan dan kedaulatan islam.
  3. Mereka dibunuh, dihapuskan atas sebab kekufuran mereka dan  ditumpahkan darah mereka.

Dakwah adalah wasilah utama untuk mendapatkan  pendokong (ansor)

Melaksanakan dakwah perlu kepada fasa-fasa dan mengikut tertib tertentu. Penentuan tertib atau urutan  ini adalah bersifat tauqifi (tidak perlu kepada ijtihad) dan wajib diraikan. Di sinilah kita dapat melihat bahawa dakwah adalah mukaddimah bagi segala-galanya dan ia adalah wasilah untuk mendapatkan para pendokong dan merubah orang-orang kafir menjadi mukmin. Berdakwah dengan menggunakan lidah dan tangan adalah satu. Asal kepada pembentukan masyarakat muslim bermula dengan berdakwah kepada individu-individu dengan mengajak mereka ke dalam islam dan beriltizam pada akidah dan syariat Islam.

Berdakwah ke jalan allah dengan hikmah dan peringatan yang baik mampu menarik setiap hari para pendokong baru Islam. Apabila salah seorang dari individu ini menyahut seruan dakwah dan seruan islam maka terurailah satu ikatan jahiliyah. Begitulah juga jahiliyyah di Mekah menjadi lemah apabila ada individu di sana yang memeluk Islam, berpindah dari lapangan  syirik kepada lapanangan islam dan dari menjadi tentera syaitan kepada tentera ar-Rahman (allah).

Apa yang kita hilang dengan sebab serangan pemikiran, kita kembalikan semula melalui jalan dakwah

Gerakan al-ghazwul al-fikri (serangan pemikiran) telah menyerang dan menceroboh negara-negara umat islam dan telah menyebabkan majoriti besar  umat Islam terpengaruh sehingga ia menjadi satu kegilaan kepada anak-anak muda. Keadaan ini adalah akibat dari hilangnya peranan para du’at Islam untuk menghadapi tentangan serangan pemikiran.

Ini menjustifikasikan bahawa apa yang yang kita hilang (iaitu umat terpengaruh dengan pemikiran Barat sehingga keluar Islam) melalui metod pemikiran lebih banyak dari berdepan dengan serangan fizikal. Begitu juga apa sebaliknya, apa yang kita perolehi semula (mengembalikan orangIslam kepada kefahaman Islam dan ajarannya)  melalui metod pemikiran selepas berlaku satu kesedaran dan kebangkitan lebih banyak dari cara pertempuran senjata.

Pada masa yang sama, jihad Qital (perang) terjadi dari dua perbezaan masyarakat iaitu masyarakat yang beriman bertarung dengan masyarakat yang kufur yang disebabkan wujudnya halangan-halangan yang dilakukan oleh orang-orang kafir terhadap seruan dakwah. Manakala dakwah secara dialog dan memberikan perungatan yang baik kekal di dalam masyarakat tersebut untuk tujuan menarik individu-individu yang berada di dalam masyarakat tersebut juga masyarakat-masyarakat yang lain.

Pengkelompokan masyarakat kepada dua pihak yang saling bertembung dan bertentangan telah menghapuskan peranana dakwah secara berhikmah dan memberikan peringatan yang baik. Berhentilah peranan menyampaiakan ungkapan kalimah yang tenang, lembut dan penuh kasih sayang kepada sasaran dakwah. Keadaan ini menjadikan para du’at islam tiada alternatif atau cara bagi menghadapinya melainkan melarikan diri dari masyarakat tersebut dan mereka rela berada di lereng-lereng gunung dan  menempatkan diri di dalam gua-gua terpencil. Dengan erti kata lain, para pendakwah tadi melarikan diri dari peranannya berdakwah di dalam masyarakat.Keadaan ini menjadikan dakwah semakin terhakis dan semakin layu sehari demi sehari.

Sikap melarikan diri atau escapism dari masyarakat atau isolate (memencilkan diri) adalah satu uslub yang menunjukkan pandangan sempit dan mendedahkan kejahilan para da’ie tadi terhadap awlawiyat dakwah. Ia juga menggambarkan fenomena sikap mudah berputus asa terhadap realiti masyarakat. Maka di atas kegagalan para pendakwah Islam untuk melakukan tugas  islah (pembaikan), para musuh Islam amat mendambakan para pendakwah sampai ke tahap tersebut dan selesa dengan perkara itu. Sesungguhnya fenomena para du’at Islam sentiasa rasa berputus asa adalah sebesar-besar  bahaya kepada pemikiran dakwah berbanding bahaya serangan musuh terhadap para pendakwah.

Sikap Nabi SAW terhadap isu uzlah

Seerah menceritakan bahawa Rasulullah SAW ketika berada di kampung Abu Talib pada tahun pemulauan, amat berharap dan rindu agar berlaku hari di mana lembaran boikot (pemulauan) terkoyak supaya baginda dan para sahabat r.a kembali ke pangkuan masyarakat Mekah untuk mereka berdepan dengan masyarakat Mekah dengan berdakwah secara hujah dan peringatan yang baik. Keadaan ini menjadikan baginda SAW menolak untuk memencilkan diri (uzlah) dari masyarakat dan tidak boleh dikira (menjadi iktibar) bahawa kewujudan Rasulullah  SAW dan para sahabatnya yang berada di celah –celah lereng bukit sebagai dalil bahawa gerakan Islam perlu memisahkan diri dari masyarakat. Ini kerana Islam menetapkan bahawa jalan dakwah ini melalui dua cara iaitu :

  1. Dakwah secara berhikmah dan memberikan peringatan yang baik ketika umat islam berinteraksi dan bergaul kelompok lain dan mereka (umat Islam) adalah kelompok yang sedikit di dalam masyarakat.
  2. Dakwah dengan menggunakan segala wasilah termasuk Qital (angkat senjata). Ia berlaku kepada umat islam yang difardhukan perintah jihad ke atas mereka atas sebab-sebab sulvival kehidupan berdasarkan posisi strategik, kependudukan dan ekonomi.

Bagaimana para mufassirin memahami fikrah ini ?

Untuk memahami fikrah ini, eloklah kita merujuk kepada pandangan yang dikemukakan oleh Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pada ayat 77 surah an-Nisa’.

Firman Allah yang bermaksud :

“ Tidakkan engkau memerhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka, “ tahanlah tanganmu (dari berperang) , dirikanlah solat dan keluarkan zakat. Ketika mereka difardhukan perang, tiba-tiba sebahagian mereka  (munafikin) merasa takut kepada manusia (musuh) seperti takut kepada Allah, bahkan lebih takut dari itu”.

Ibnu Kathir memberikan komentar terhadap ayat tersebut yang boleh disimpulkan seperti berikut :

  1. Orang-orang Mukmin dipermulaan awal Islam , mereka berada di Mekah hanya diperintah untuk menunaikan solat, mengeluarkan zakat, merasai belas kasihan kepada orang fakir dan bersikap lembut dan pemaaf terhadap tindakan musyrikin serta bersabar atas ujian yang dihadapi.
  2. Orang-orang mukmin sentiasa terbakar jiwa mereka dan berharap agar mereka diperintahkan Qital (angkat senjata) untuk membalas serangan para musuh mereka.
  3. Perintah jihad Qital belum berlaku disebabkan beberapa sebab antaranya bilangan kuantiti mereka yang sedikit berbanding kuantiti musuh dan kedudukan keadaan mereka di negeri mereka iaitu negeri Tanah Haram (Mekah).

Ibnu Kathir r.a melarang dari menggunakan kekuatan (senjata) ketika dalam keadaan bilangan yang sedikit yang menjadi sebab tidak beroleh kemenangan. Ia berbeza dengan satu kefahaman yang salah yang menyimpulkan dalam satu kaedah iaitu : “La ibrah bil ‘adad wal u’dud ‘ala itlaq” [ Tidak di ambil kira pada kuantiti dan persedian secara mutlak]. Ini kerana seratus orang yang sabar mengalahkan seratus ribu orang berdasarkan firman allah ayat 65-66 surah Anfal.

Firman Allah ayat 65-66 surah Anfal maksudnya :

“ Wahai Nabi Muhammad, berilak dorongan semangat kepada mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, pasti mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan seribu orang kafir, kerana orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti”.

“Sekarang Allah telah meringankan kamu kerena Dia mengetahui bahawa ada kelemahan pada kamu. Maka jika di antara kamu ada seratus  orang yang sabar, pasti mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika di antara kamu ada seribu orang nescaya mereka dapat mengalahkn dua ribu orang dengan izin allah. Allah beserta dengan orang-orang yang sabar”.

Berkata Ibnu Kathir : “ Daripada Ibnu Abbas radiallahu anhuma: ketika turun ayat :

( يكن منكم عشرون صابرون يغلبوا ماءتين  إن( ia menjadi satu kesusahan dan beban ke atas orang-orang Islam apabila allah mewajibkan ke atas mereka supaya tidak ada salah seorang dari sepuluh mereka melarikan diri dari medan jihad (perang) kemudian datanglah keringanan dengan firman allah :

 “( الآن خفف الله عنكم  Katanya  : “ Allah telah memberikan keringanan ke atas kamu dari sudut kelengkapan (persediaan perang) dan mengurangkan rasa sabar dengan kadar yang telah diringankan ke atas mereka…riwayat Bukhari.

Menurut Ibnu Abbas apabila turun ayat ini ia menjadi suatu yang berat untuk dipikul oleh orang-orang Islam. Mereka membesar-besarkan perintah berperang dua puluh berdepan dua ratus dan seratus berdepan seribu. Maka allah meringankan ke atas mereka dengan menasakhkan (hapus) ayat ini dengan ayat lain. Maka tidak harus bagi mereka untuk  melarikan diri apabila berdepan atau bertembung dengan musuh tetapi jika sebaliknya tidak wajiblah ke atas mereka perintah perang dan harus bagi mereka untuk dimaafkan”.

Ar-Razi pula berkata : “ yang kekal perintah (hukum) taklif ini berdasarkan tuntutan ayat ini ialah seorang islam yang baligh adalah mukallaf untuk berdepan dengan orang musyrikin. Mengambil sikap menyerah kalah adalah haram selama mana ada bersamanya senjata untuk berperang, namun jika tiada ada bersamanya mana-mana senjata maka dia boleh menyerah kalah, jika tiga orang berperang menentangnya maka tidak perlu menyerah kalah (terus berjihad) bahkan bersabar  (dalam perang) itulah yang paling baik”.

Inilah satu bentuk tarbiyah yang amat-amat diperlukan  oleh kebanyakan manusia yang sering menyangka bahawa mengambil sikap semberono adalah jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan juga menyangka bahawa dengan melontar senjata beribu-ribu kali ke atas orang yang dapat dilembutkan hati kepada Islam merupakan satu uslub kreatif amal Islami. Kedua-dua ayat di atas menyangkal kefahaman ini  berdasarkan pengetahuan bahawa para Sahabat Rasulullah SAW amat sentiasa tamak untuk mencari kemuliaan (kelebihan), pro aktif dan menggapai redha allah taala.

Perlu difahami bahawa di sana ada dua perbezaan besar antara dorongan untuk melakar lembaran keperwiraan  dan dorongan untuk mencapai beberapa matlamat atau visi, dan juga antara membawa orang Islam sampai ke tepian kesejahteraan atau membawa keluar mereka dari segala keperitan (perang).

Manakala pandangan Ibnu Kathir yang menyatakan sebab dihalang mereka berjihad disebabkan keadaan negeri mereka sebagai kawasan haram. Ini menunjukkan kebijaksanaan dan hikmah Ibnu Kathir. Beliau melihat orang-orang Islam di Mekah hidup dan tinggal di negeri mereka. Pertamanya,jika mereka menggunakan kekuatan maka tempiasnya akan juga turut terkena pada negeri mereka. Keduanya orang Islam memang terkenal suka melakukan perdamaian, berlaku baik, menyubur kebaikan, menyucikan jiwa, menjaga silaturrahim sekalipun musuh mereka melakukan tindakan memutuskan silaturrahim atau berlaku jahat yang terdiri dari kalangan kaum atau kabilah sendiri.

Read Full Post »