- Dakwah ila lah adalah semulia-mulia amal dan sebaik-baik perkataan di sisi allah swt. Salah satu seni dakwah terpenting dan kaedah tajmik yang meluaskan qaedah sulbah ialah dengan dakwah fardiyah (DF).
- Dakwah Fardiyah adalah seni perhubungan antara seorang da’ie dengan mad’unya (sasarannya) dalam bentuk hubungan peribadi secara langsung.
- Dakwah fardiyah boleh dilakukan sama ada dari individu yang intima’ kepada mana-mana jamaah yang melaksanakan tugas dakwah, menyampaikan fikroh Islam sehingga menarik untuk menggabungkan diri ke dalam jamaah tersebut. Ia juga boleh dilakukan oleh individu yang tidak terlibat dengan mana-mana jamaah atas tujuan menyerunya ke jalan Allah.
- Dakwah Fardiah berada di kedudukan asas dalam fiqh dakwah Ikhwanul Muslimin dan ia adalah salah satu perkara yang perlu dan mesti terutama di marhalah ta’sis iaitu marhalah memilih jil ta’sis untuk menjadii kawader dakwah yang mampu memikul beban dakwah yang cukup berat.
- Manhaj dakwah kita menekankan bahawa pentarbiyahan individu, merubah dan memimpin jiwa manusia agar selari dengan manhaj robbani memerlukan kepada bi’ah atau lingkungan persekitaran. Ia adalah satu keperluan untuk membina rijal dan mentarbiyah mereka.
- Dakwah Fardiyah dan seni tajmik adalah wasilah mendapatkan tenaga baru dakwah dan menyusun mereka di dalam susunan tarbiyah dan organisasi.
- Namun dalam melaksanakan seni dakwah fardiyah dan tajmik terdapat kelemahan yang ketara dikalangan para penggerak dakwah terutama dalam aspek-aspek berikut :
- Dakwah yang bersifat umum (generalize) dalam mensyarahkan asas-asas islam. Kurang menimbulkan daya tarikan. Mungkin juga para du’at tidak membuat kajian mendalam terhadap latar belakang ma’du terutama aspek kejiwaan, pemikiran dan sosial.
- Dakwah yang bersifat spontan dan tidak ada perancangan dan bersistem yang tersusun. Berkemungkinan para du’at hari ini tidak memiliki panduan khusus seni dakwah fardiyah, kemahiran seni tajmik, tidak tahu abjadiyat dakwah dan tarbiyah dalam memahmi perkembangan mad’u dan kurang membaca buku berkaitan seni dakwah fardiyah. Di samping itu tidak ada usaha mengumpul pengalaman dan perkongsian dalam melaksanakan seni dakwah fardiah. Mereka yang terlibat perlu ada unit (lujnah) khusus yang menilai, memantau dan mengembangkan seni ini sehingga ia membina bunu’ at-tajribah (bank pengalaman) untuk menduan panduan kepara du’at lain.
- Tidak mengambil kira realiti kekangan hidup semasa dan tekanan musuh-musuh Islam dalam merosakkan pemikiran umat dan meleburkan keperibadian muslim terutama dalam era globalisasi. Serangan pemikiran hari ini tidak tertumpu kepada media cetak semata-mata tetapi menggunakan media maya seperti facebook, website, twitters dan sebagainya. Usaha yang sedikit dari pejuang harakah islam dibandingkan dengan musuh-musuh Islam yang menggunakan teknologi moden hari ini.
- Para du’at perlu membuat penilaian semula terhadap cara-cara, metodologi dan kaedah-kaedah agar keberkesanan pelaksanana tajmik dan seni dafkwah fardiah. Dakwah fardiyah perlu dilakukan secara manhajiah (bermetod) dan mubarmajah (berprogram ) supaya seni ini menjadi satu institusi dominan dalam membina kader-kader baru dakwah.
Kenapa Dakwah Fardiyah perlu kepada metodologi ?
- Untuk mengembangkan seni dakwah para du’at dan memperkayakan uslub dakwah terutama dalam amal tajmik. Ini penting kerana seni tajmik diperolehi melalui pengalaman dan pergaulan yang luas bersama kelompok ma’du. Ia tidak diperolehi secara teori dan pembacaan buku.
- Memberikan pengetahuan dan maklumat kepada da’ie bagaimana membina seorang mad’u sehingga dia menggabungkan dirinya ke dalam jamaah. Daie diberika maklumat bagaimana menyampaikan fikroh Islam kepada ma’du, memahami marhalah-marhalah, langkah-langkah pelaksanaan dan peta amal dakwah fardiyah secara syumul dan bersepadu jauh dari melakukan secara semberono atau spontan tanpa berobjektif.
- Belajar membuat penilaian kepada ma’du , membina kaedah-kaedah penilaian dan pengukuran dalam membuat pemilihan mad’u yang baik, memenuhi kriteria ke sof jamaah.
- Mengurangkan jangkaan-jangkaan perbezaan dalam menilai dan menimbang kriteria individu yang dicalonkan untuk menganggotai organisasi melalui syarat-syarat keanggotaan ahli baru.
- Menjaga kesatuan kefahaman jamaah dan wasilah jamaah. Ia bertujuan menjauhkan jamaah dari pelbagai aliran pemikiran kepada satu aliran pemikiran sahaja.
- Menggunakan cara yang pintas (accelarated method) dan memaksimakan usaha dalam melakar langkah dan marhalah keanggotaan ahli baru dengan menempatkannya di tempat sesuai untuk mematangkan proses tarbiyah tersebut.
Peringkat-Peringkat Dakwah Fardiyah
- Peringkat 1 : Membuat pemilihan yang baik. ( Husnul inttiqo’)
- Peringkat 2 : Bina hubungan personal dan bertaaruf dengan peribadi mad’u. (As-silah as-syaksiyah wa at-taaruf ‘ala syaksiyah al-mad’u)
- Peringkat 3 : Membina kepercayaan (thiqah) mad’u dan mencintainya. (kasb thiqoh al-mad’u wa mahabbatuhu)
- Peringkat 4 : Melakukan persiapan fikroh dan pembinaan akidah ma’du. ( I’dad fikri wal bina’ aqidi)
- Peringkat 5 : Mentarbiyah dan membentuk sikap ( tingkahlaku ) mad’u. (at-tarbiyah as-sulukiyah)
- Peringkat 6 : Mengasaskan fiqh amal jamaie dan dakwah kepada mad’u. ( ta’sis fiqh amal jamaie wa dakwah)
- Peringkat 7 : Memberi pengenalan tentang konsep jamaah muslimah. ( at-ta’rif bi jamaah muslimah)
- Peringkat 8 : Membuat proses selektif keanggotaan dalam bentuk latihan dan praktikal kepada mad’u. (al-ikhtiyar al-amali)
- Peringkat 9 : Pencalonan keanggotaan (at-tarsyih)
- Peringkat 10 : Penawaran untuk menggabungkan diri dengan jamaah islamiah. (mufatahah wal intisab wal bai’ah)
Inilah beberapa peringkat yang perlu dilakukan oleh para kader atau murobbi dalam pengoperasian seni dakwah fardiyah dan tajmik. Insya allah akan dihuraikan peringkat-peringkat ini dalam tulisan akan datang.
Tinggalkan komen