Tidak dapat dinafikan usrah merupakan tulang punggung kejayaan amal tarbawi dan amal tanzimi. Usrah merupakan batu bata kepada binaan jamaah dan pusat asuhan organisasi. Melalui usrah akan lahir mukmin ‘abid, dai’e muharrik( pendakwah yang aktif), mujahid mundhabit (pejuang yang berdisiplin)dan mujammik, muassis dan muathir ( mampu mengumpul, mengasas dakwah dan membina pengaruh).
Antara langkah untuk menjayakan agenda usrah tersebut ialah dengan memantapkan sistem interaksi usrah supaya ia menjadi efektif dan produktif. Justeru itu setiap anggota wajib menyempurnakan sistem tersebut sesama anggota usrah.
Hubungan antara anggota usrah tegak dibahagikan kepada dua bentuk iaitu : 1. Secara horizontal : antara sesama ahli usrah
2. Secara vertikal: antara anggota dan Mas’ul.
Sistem interaksi sesama anggota usrah berdiri di atas asas ukhuwwah Islamiah manakala interaksi antara anggota usrah dengan mas’ulnya pula berdiri di atas asas :
-
Ukhuwwah Islamiah iaitu menunaikan hak-hak persaudaraan.
-
Thiqah.
-
Taat dan Iltizam
Asas 1 : Ukhuwwah Islamiah
• Ukhuwwah Islamiah sesama anggota usrah dapat direalisasikan jika ketiga-tiga rukun usrah itu dapat dijelmakan dan diaplikasikan.
• Ukhuwwah Islamiah merupakan kekuatan kedua selepas kekuatan iman dan ukhuwwah. Bahkan ukhuwwah merupakan ruh iman dan kesempurnaan iman.
• Banyak dalil-dalil Al-Quran, Hadis dan bukti seerah yang menjelaskan kepentingan ukhuwwah dan ithar sebagaimana yang dipaparkan menerusi kisah Muhajirin dan Ansor.
• Amal-amal dakwah tidak akan dapat dilaksanakan jika makna ukhuwwah yang sebenar tidak dizahir dan diimplimentasikan.
• Antara amal-amal yang boleh menjana makna ukhuwwah ialah saling menziarahi, saling memberi nasihat, memberi bantuan kewangan, ithar, menunaikan hajat saudaranya, meringankan beban tugasannya dan menutup keaiban dan kelemahannya.
• Manakala amal-amal yang boleh merosakkan ukhuwwah pula ialah sikap ego dan mementingkan dirinya dan sikap memandang rendah pada orang lain.
• Kajian berkenaan fiqh ukhuwwah ini boleh dirujuk kepada Rukun Ukhuwwah yang ditulis oleh Imam Al-Bana, tulisan Fiqh Ukhuwwah oleh Dr. Abdul Halim Mahmud, tulisan Muhammad Ahmad Ar-Rasyid di dalam kitab Raqaiq, Ukhuwwah Islamian di dalam kitab Mamarratul Haq , tulisan Husni Adham Jarar dan lain lain penulis lagi.
Asas 2 : Thiqah Kepercayaan) dan Wala’ (Loyalitas)
• Thiqah merupakan rukun kedua interaksi antara anggota dan mas’ul usrahnya. Thiqah bermaksud setiap anggota menyakini kemampuan dan keupayaan Mas’ulnya di dalam amal dakwah serta berada diposisi jantung organisasi.
• Ia juga bermaksud setiap anggota meletakkan Masulnya ditempatnya sebagai Masulnya. Lantaran itu setiap anggota hendaklah menunaikan wajibat dan haknya sebagai Mas’ul.
• Seorang Masul tidak dapat melaksanakan tugas dan peranannya jika tidak mendapat Thiqah dari anggotanya.
• Nilai thiqah seorang anggota usrahnya dapat diukur dari aspek-aspek berikut :
-
Husnu Dzan terhadap kemampuan dan keikhlasan Mas’ul. (yakin bahawa tindakan Mas’ulnya adalah maslahat dakwah bukan maslahat syakhsiyah).
-
Dia menyakini bahawa Mas’ulnya ada keupayaan untuk mendidik, membimbing dan merubahnya. Justeru menyerahkan dirinya kepada Masulnya untuk dirubah.
-
Isti’zan ( meminta izin) daripada mMas’ulnya sebelum melakukan apa-apa perkara samada berkait dengan urusan dakwah atau urusan kehidupan.
-
Istisyar ( meminta pandangan) iaitu dia sentiasa merujuk Mas’ulnya untuk menyelesaikan masalah-masalahnya.
• Antara perkara yang boleh menghancurkan makna Thiqah dan wala ialah member nasihat secara terang terangan dihadapan anggota usrah, memandang enteng taujihat Mas’ul, melakukan syakwa dibelakang(bisikan) dan tidak meminta istibyan (penjelasan) sesuatu perkara dengan segera sehingga menimbulkan syubhat (keraguan).
• Berikut adalah beberapa amali kepada makna Thiqah :
-
Adakah kita telah meletakkan Masul sesuai dengan peranannya atau setaraf dengan anggota usrah.
-
Pernahkah kita meminta pandangan Masul di dalam urusan dakwah dan urusan hidup.
-
Selalukah kita menceritakan perkembangan diri kita kepada Masul.
-
Selalukah kita berbincang dengan Masul dalam menyelesaikan perkara di dalam kehidupan kita.
Asas 3 : Taat dan Iltizam
• Satu lagi hak Mas’ul yang perlu diberikan oleh anggota usrah adalah hak taat dan iltizam(komitmen).
• Kewajipan mentaati Masul samalah dengan kewajipan amir perjalanan (musafir). Taat di dalam konteks amal jamaie ialah di dalam perkara yang tidak bertentangan dengansyarak walaupun arahan yang diberikan adalah berat dan sukar.
• Kewajipan taat tidak akan sempurna jika tidak disertai dengan kebebasan memberikan pandangan atau wujudnya Syura yang matang.
• Setiap anggota wajib taat kepada arahan Mas’ulnya, begitu juga dia wajib memberikan nasihat dan pandangan di dalam perkara yang ada maslahat dakwah kepada masulnya.
• Antara syarat-syarat dalam memberikan pandangan ialah :
-
dengan niat ikhlas kerana allah untuk memberikan nasihat.
-
Berasaskan fakta dan hujjah yang masyruk’.
-
Tidak disebarkan pada orang lain.
-
Taat ketika Masul tidak menerima pandangannya dan diam ketika Masul tidak mahu menerangkannya (selagi tidak bertentangan dengan syarak).
• Mas’ul mempunyai hak untuk tidak menjelaskan semua arahan sepertimana Rasulullah SAW tidak menerangkan arahannya di dalam perjanjian Hudaibiyah.
• Antara amali kepada taat dan iltizam ialah :
-
Kehadiran ke halaqah , adakah menepati masa atau tidak.Jika tidak tepati masa adakah dia merasa bersalah atau biasa sahaja.
-
Adakah dia telah menyempurnakan tugasan usrah atau bersikap sambil lewa dengan arahan yang diberikan.
-
Ketika Mas’ul diam, adakah beliau redha atau berbisik-bisik dibelakang. (syakwa wa najwa).
-
Pernahkah dia memberikan pandangan kepada Mas’ul
Salam ya Sheikh,
Tersusun. After all those theory dan guidelines… Teringin juga nak dengar real-life story dari anak didik sheikh tentang isti’dzon, istisyarah dan thiqah.. Outcome-Based-Learning…
Adakalanya cerita contoh sebegini menonjolkan qudwah untuk diikuti oleh adik-adik di jalan dakwah.. Lebih excited dan LIVE…
Ceritalah lagi.. 🙂 Terus maju ustadz!
Wassalam
A.S.
p:s – bilalah nak boleh cakap Arab ni… sedap je sebut dai’e muharrik… mujahid mundhabit… huhu.. berusahalah!!
Insya allah..ia medan perkongsian dan pengalaman..kat melaka pun banyak syeikh-syeikh murobbi…
Hehe.. tarbiyyah merentas sempadan.. Setiap orang berbeda pengalaman.. Lain tok syeikh lain style nya 🙂
Memperkaya aset pengalaman 😀
A.S
sheikh ibnukhair pun apa kurangnyer….