Prof Dr. Taufik Yusuf al-Wa’iy di dalam bukunya Al-Quduratu Adz-Dzihniyatu wadz Dzatiyatu lil Murobbi wad Da’iyati menjelaskan peranan sebagai seorang Murabbi. Antara peranannya ialah berusaha dan berperanan dalam menjayakan agenda usrah dan berupaya merealisasikan rukun-rukun usrah. Di dalam tulisan tersebut, beliau menjelaskan manfaat-manfaat usrah. Antara manfaat-manfaat usrah ialah:
Manfaat untuk pembentukan individu
-
Membantu membentuk keperibadaian muslim sejati yang bersepadu dan holistik samada ada aspek akidah, pemikiran, keilmuan, perilaku, gerakan dan pengurusan.
-
Memberikan latihan aplikatif dalam menerapkan prinsip kebebasan berfikir dan mendengar pandangan orang lain serta tidak memandang rendah atau remeh pendapat orang lain.
-
Ia juga medium seorang muslim memperolehi latihan dan pembiasaan, mengimplimentasikan makna ukhuwwah.
-
Ia juga mendidik setiap anggota agar berupaya melakukan tarbiyah dzatiyyah (pendidikan kendiri- self learning).
-
Ia juga berperanan mengembangkan keupayaan (capability) dan kompetensi anggota, melatih ahli teknik problem solving(penyelesaian masalah), mengatasai hambatan dalam amal islami . ( halangan peribadi, masalah fitrah, kepelbagaian karektor dan sebagainya).
-
Ia merupakan proses melatih individu agar berupaya memikul mas’uliah yang dipertanggungjawabkan ke atasnya.
Manfaat kepada pembinaan keluarga Islam
-
Usrah membantu setiap akh dalam memilih isteri yang beragama dan berakhlak mulia.
-
Membentuk rumahtangga muslim yang islami dimulai dari perilaku dan akhlak suami isteri, cara berpakaian, berinteraksi dan sebagainya.
-
Wahana untuk mendidik anak-anak dengan pendidikan Islam.
Manfaat bagi sebuah organisasi (jamaah)
-
Alat memperkukuh ikatan ukhuwwah antara ahli dan kepemimpinan organisasi melalui proses latihan, aplikasi dan mentoring. ( penyelian).
-
Membentuk arus kesedaran anggota terhadap isu-isu semasa sama ada dari aspek politik, sosial dan ekonomi.
-
Usrah juga mampu mengaplikasikan makna izzah terhadap Islam diterapkan ke dalam jiwa, memantapkan iltizam terhadap perilaku dan akhlak islam.
-
Ia juga merealisasikan makna wala dan iltizam jama’ie di dalam organisasi.
-
Ia juga mendidik anggota makna intima’ haraki di dalam berjamaah serta memahamkan konsep pengurusan dalam beramal.
Manfaat kepada masyarakat
-
Usrah mendidik akh agar berperanan di dalm sector masyarakat dengan memasuki wilayah umum seperti sekolah, university, kilang, yayasan, lembaga ,khidmat masyarakat dan jaringan sosial.
-
Justeru setiap anggota harus tampil sebagai teladan (qudwah) di dalam keikhlasan, keadilan dan memenuhi hak-hak individi di dalam masayarakat.
-
Usrah menjadi inkubuter mengkaji aspek negatif dan faktor-foktor kegagalan institusi masyarakat melalui pelatihan, kajian dianogsis dan penyelesaian aplikatif.
-
Ahli usrah perlu terlibat aktif di dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.
-
Setiap ahli perlu dibekalkan informasi dan pengetahuan berkaitan realiti masyarakat agar dia mampu berperanan dan beraksi sebagai jurubicara umat dan penyelesai masalah.
-
Setiap ahli harus menyerap dan melibatkan diri di dalam kelab-kelab sukan, lembaga sosial, institusi kebudayaan serta mempengaruhi tokoh-tokoh dan individu yang berpengaruh di dalam masyarakat.
Alhamdulillah. Ana ijin link ke blog antum. syukron.
amat jelas dan bermanfaat. harap sama-sama istiqamah.
Ketulinan tarbiah yang berteraskan unsur -unsur tarbiah sejati wajar dibicarakan secara berterusan . Elemen – elemen asas begini harus dikongsi oleh dai’ – dai ‘ tulin . Syabas semoga lebih banyak bahan tarbiah yang menarik dapat dikongsi bersama.
[…] apa dengan USRAH? dipetik dari https://maalimfitariq.wordpress.com/2009/10/16/ada-apa-dengan-usrah/ karangan ustaz azizee ehsan – ISMA […]