Setiap dakwah berjalan di atas satu manhaj yang jelas, matlamat yang digariskan serta ada wasilah-wasilah tertentu. Dakwah yang kita serukan adalah dakwah rabbaniyah, suci dan bersih. Rasulullah SAW telah menunjukkan kepada kita manhaj dakwah, jalan, matlamat dan langkah-langkahnya.
Dakwah baginda SAW adalah dakwah yang dilakarkan dalam peta amal yang terperinci,matlamat dan objektif yang spesifik.Baginda adalah guru, murabbi, pemimpin kepada para da’ie selepasnya untuk mereka mencontohi dan mengambil petunjuk dari perjalanan dakwah baginda SAW.
Dakwah yang telah ditunjukkan olen baginda SAW telah melalui empat tahap atau marhalah iaitu :
- Marhalah pertama : Sirriyah dakwah wa tanzim (kerahsian dakwah dan tanzim) selama 3 tahun.
- Marhalah kedua : Sirriyatud tanzim wa jahriyatud ad-dakwah billisan (kerahsian tanzim dan keterbukaan dakwah secara lisan) tanpa ada pertembungan senjata(qital). Ia berlangsung hingga hijrah ar-Rasul SAW.
- Marhalah ketiga : jahriyatud addakwah wa tanzim ( dakwah dan tanzim terbuka) serta Qital terhadap mereka yang menceroboh kedaulatan Islam dan memulakan qital atau kerosakan. Ia berlangsung hingga perjanjian Hudaibiyyah.
- Marhalak keempat : jahriyatud ad-dakwah wa tamkin ad-daulah (dakwah terbuka dan pengukuhan negara) serta perang terhadap mereka yang menentang dakwah dan menghalang masuk ke dalam Islam
Peringkat Sirriyah ( kerahsian)
- Marhalah kerahsian merupakan peringkat dakwah yang paling teliti dan tempoh yang sukar dan getir di dalam peta dakwah Ar-Rasul SAW.
- Perjalanan dakwah baginda nabi SAW adalah tauqifi ( berpandukan kepada wahyu Allah). Dawah baginda dimulakan kepada kelompok terpilih (nukhbah mukhtarah) yang dekat dan rapat dengan baginda, memiliki kesedian jiwa dan niat yang suci untuk menerima seruan baginda dan mampu menjamin kesejahteraan dan keselamatan dakwah.
- Dakwah diperingkat ini berorientasikan dakwah fardiyyah ( iitisal fardi). Antara yang terawal menerima sambutan dakwahnya ialah Khadijah b. Khuwailid yang merupakan isteri baginda, Ali b. Abi Tolib, Zaid b. Harithah, Abu Bakar b. As-Siddiq. Dakwah tersebut diteruskan secara rahsia kepada ahli keluarga, rakan karib, sanak saudara terdekat sebagaimana islamnya Saab b. Abi Waqqas , Uthman b. ‘Affan, Tholhah b. Ubaidillah ditangan Abu Bakar r.a.
- Qaedah Mukminah ini makin kukuh dan padu dan menjadi tunjang kepada dakwah dan mereka merupakan pengasas binaan organisasi tanpa ada ancaman dan cabaran luaran.
- Dakwah dimarhalah ini menonjol dari aspek :
Pertama : Pemuda (syabab) yang merupakan unsur yang ketara sebagai pendokong dakwah dan mereka adalah jil sohabah pertama. Di atas bahu mereka terbina kaedah imaniyah sulbah.
Kedua :Tahap kehidupan yang setara dan biasa jauh dari kemewahan, sifat fakir dan kesempitan hidup adalah ciri kelompok musthadafin ini. Bukan kerana kesusahan menyebabkan mereka mereka menerima dakwah Rasulullah SAW tetapi disebabkan jiwa yang luhur dan ikhlas beriman kepada risalah yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.
- Perintah dakwah secara rahsia adalah merupakan arahan dari allah SAW.
- Seerah telah menunjukkan bahawa para sahabat menjadikan celah-celah bukit dan rumah-rumah tertentu sebagai tempat perjumpaan dan pentarbiyahan mereka. Di dalam satu hadis Nabi SAW diceritakan bahawa para sahabat menunaikan solat di celah-celah dan lorong jalan dan menyembunyikannya dari kaum mereka. Pernah satu ketika Saad bin Abi Waqqas bersolat di satu lorong jalan dan ternampak oleh kaum musyrikin. Mereka memukul dan membelasahnya hingga berdarah. Rumah Al-Arqam b. Abi Al-Arqam telah dijadikan markaz pendidikan dan perkaderan generasi sulbah ini.
- Pada ketika itu bilangan mereka lebih kurang empat puluh orang yang terdiri dari lelaki dan perempuan jika hendak dibandingkan dengan tempoh masa tiga tahun.
- Pengamatan awal melihat bahawa bilangan yang sedikit ini jika dibandingkan dengan usaha yang ditaburkan selama tiga tahun adalah satu angka yang kerdil , namun baginda nabi SAW melihat bahawa melahirkan kelompok berkualiti, terpelihara iman dan memiliki kefahaman yang mendalam terhadap risalah ini adalah merupakan matlamat yang ingin dicapai.
- Melalui tahap sirriyah bukanlah satu escapism atau tanda takut dan gentar tetapi adalah satu taujih rabbani dan proses pengukuhan kaedah.Tidak mungkin dakwah dipacu dan dilonjakkan berdepan kekuatan jahiliyyah sehinggalah diperkemaskan kaedah dan pilar dakwah ini.
- Ini memberikan signal kepada para da’ie bahawa ukuran bahawa realiti amal dakwah dan organisisasi mengambil kira kekuatan tanzim dan keperluan perubahan masyarakat agar implimentasi uslub dakwah berkesan.
- Mana-mana organisasi boleh memilih pendekatan terbuka atau tertutup berdasarkan zuruf dan ia bersifat fleksibal.Semuanya terikat dengan maslahah ummah dan maslahah dakwah.
- Para fuqaha berpendapat jika orang Islam mempunyai bilanagn yang sedikit atau lemah persediaan dan kekuatan yang membolehkan pihak musuh menghapuskan dan mengalahkan mereka, maka mengutamakan maslahah menjaga diri didahulukan agar menjaga agama terpelihara.Ini dinyatakan oleh Al-Izz ibn Abd Salam.
- Kadang-kadang dakwah secara rahsia menjadi wajib kepada para da’ie di dalam suasana dan tempoh tertentu jika dakwah secara terbuka boleh memudaratkan.
- Dakwah dilakukan secara terbuka jika kaedah sudah menjadi kuat , padu dan kukuh.
- Kesimpulan dakwah secara sirriyah menjadi satu dharuri (wajib) dan rajih ketika di permulaan dakwah dan pembentukan kader agar usaha menyibukkan mereka di dalam mengukuhkan kaedah dan binaan tanzim.
- Adalah satu yang bersifat membuta tuli apabila meninggalkan konsep kitman ( sirriyah) sebelum memfokuskan dakwah kerana ini akan membiarkan para pendakwah bertarung dan bertembung dengan serangan dan tekanan musuh-musuh dakwah.
- Tidak ada tempoh tertentu di dalam operasi dakwah secara rahsia. Pelaksanaannya diukur dengan keperluan dan suasana semasa.
Allahu Akbar!