Kaedah 1 : Mulai dari yang terakhir
Wilayah Niat
Dalam tulisan yang lalu saya menjelaskan kepentingan organisasi dakwah mempunyai visi dan misi dakwahnya.Visi merupakan cita-cita terakhir yang ingin dicapai. Ia menuntut organisasi tersebut merangka misi dan pelan perancangan bagaimana ingin mencapai perkara tersebut.
Warisan as-Sunnah SAW telah menunjukkan perkara tersebut menerusi hadis pertama matan ar-baeen an-Nawawiyah di mana allah dan rasulnya mengarahkan kita untuk membangunkan visi di dalam setiap amal kita. Rasulullah s.a.w bersabda :
“ Sesungguhnya setiap amal tergantung kepada niat, setiap orang mendapat pahala atau balasan berdasarkan apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana mencari redha Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya adalah untuk mencari redha Allah dan Rasulnya. Dan barangsiapa hijrahnya demi dunia yang ingin diperolehinya atau wanita yang ingin dikahwininya, maka ia mendapatkan apa yang ia niatkan”. ( r.a Bukhari melalui jalan Umar al-Khattab ).
Hadis ini mengaitkan persoalan niat dan visi. Visi merupakan inti kepada niat. Penyataan “ maka barangsiapa yang hijrahnya kerana mencari redha Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya adalah untuk mencari redha Allah dan Rasulnya. Dan barangsiapa hijrahnya demi dunia yang ingin diperolehinya atau wanita yang ingin dikahwininya, maka ia mendapatkan apa yang ia niatkan” menunjukkan visi adalah lakaran terakhir yang ingin diperolehi oleh seseorang sebelum dimulakan dengan aktiviti-aktiviti di alam reality.
Dalam konteks hadis tadi ,perjalanan terakhir seorang da’ie ialah merebut keredhaan Allah dan Rasulnya. Segala daya upaya kita meraih kejayaan dan kecemerlangan hidup samada berupa kemewahan, pangkat, darjat, gelaran akademik, kebahagian keluarga mestilah menuju kea rah MARDHATILLAH. Visi hidup tersebut menjadikan kita bertungkus lumus untuk kita mati sebagai para Syuhadak ( mati syahid- mati yang paling agung dan mulia ) atau dalam kita melakukan amal solih. Semuanya untuk mendapat Syurga yang terbaik.
Nah, dalam konteks dakwah, visi kita ialah merebut keredhaan Allah. Keredhaan allah tidak akan di capai melainkan melakukan ibadah kepadanya.Dan sebaik-baik ibadah ialah dengan berdakwah sebagaimana para nabi dan rasul. Dakwah tersebut meliputi batasan individu, keluarga, masyarakat, negara sehingga terbangun satu peradaban islami. Semua ini menuntut gerakan dakwah menyediakan satu projek bina tamadun (al-masruk al-hadari), gagasan yang mampu memberi rahmat kepada alam. Visi ini merupakan lakaran mental yang harus dioperasikan dalam bentuk perancangan yang praktikal , bertahap dan objektif.
Mehwar dakwah
Apabila kita menyorot perjalanan seerah Rasulullah s.a.w, kita menemui manhaj ar-rasul dalam membina daulah Islam. Bermula dari marhalah sirriyah( tertutup), jahriyyah ( terbuka ) hingga kepada peringkat taksis daulah wa tamkiniha ( pengasasan negara dan pengukuhannya ). Daulah islam inilah menjadi tapak peluasan islam sehingga kestabilan ini menjadi pemangkin kepada pembinaan tamadun ( daulah Abbasiyyah ).
Saya tidak ingin mengulas panjang perkara tersebut, tetapi buku-buku tulisan para pendakwah seperti Munir Muhammad Ghadban ( al-Manhaj al-Harakiy li seerah an-Nabawiyah),Muhammad al-Ghazali (Fiqh Seerah ), Ramadhan al-Buti ( Fiqh Seerah ) dan lain-lain lagi boleh dijadikan bahan perbincangan dan rujukan.
Kita boleh rummuskan bahawa perjalanan dakwah merentasi empat paksi ( mehwar) utama iaitu :
-
Mehwar tanzimi. ( paksi organisasi)
-
Mehwar sya’bi( paksi masyarakat)
-
Mehwar muassasi ( paksi institusi)
-
Mehwar dauli ( paksi negara )
Di paksi tanzimi dakwah berfokuskan kepada membina kekuatan tanzim.Di fasa ini kita menemui istilah qaedah sulbah, tajmik wal intiqa’, jil taksis, mufasolah, tamaiyuz yang menjadi terminologi dalam ensiklopedia dakwah dan harakah. Usaha di paksi ini ialah mengukuhkan binaan jamaah dan organisasi, melahirkan kader-kader dan pelopor dakwah yang berkualiti bagi memimpin harakah. Kerja-kerja tarbiyah menjadi penting, utama dan bersifat mutlak kerana dengannya ia merupakan mesin pencetak pemimpin-pemimpin dakwah.
Sementara di paksi masyarakat pula dakwah sudah meratai masyarakat dan kelompok social. Ketika ini dakwah berubah dari gaya elitis eksklusif kepada gaya massif inklusif dan infitah. (massa dan terbuka). Di fasa ini dakwah berorientasikan dakwah ammah, takungan meluas bagi meraih dokongan dakwah. Kalau diperingkat organisasi , perkaderan menjadi teras utamanya tetapi di fasa ini massa dibentuk melalui pandangan umum.Akhirnya akan terbentuk satu pandangan umum islami, budaya dan adab social islami dan dominasi tokoh islam di dalam masyarakat.Kewujudan menzahir dan mengiklankan fikrah dan amal dalam bentuk organisasi terbuka amat penting meraih mandat masyarakat. Akan ada pelbagai penulisan, penerbitan, blog-blog, aktiviti kemasyarakat, amal umum bagi mendapatkan sokongan masyarakat. Masyarakat akan menjadi penampan kepada organisasi dakwah.Penulisan Syeikh Muhammad ar-Rasyid di dalam kitab al-Masar ( bab-bab terpilih) boleh dijadikan teks rujukan. Sejarah Ikhwan Mesir di dalam mengepalai amal irshad mujtamak boleh dijadikan kajian.
Ketiga,di paksi institusi pula ialah membangunkan pelbagai institusi untuk menakung pekerjaan-pekerjaan dakwah di seluruh sektor kehidupan dan segmen masyarakat. Dakwah di fasa ini menuntut penugasan dan pengkelompokan pekerjaan yang pelbagai bagi menampung aktiviti sosial samada di lapangan ekonomi, politik, pendidikan, ketenteraan dan institusi-institusi masyarakat.Di paksi ini para aktivis dakwah melebar ke seluruh institusi masyarakat dan memimpinnya. Para aktivis menempatkan dirinya di lembaga-lembaga tertinggi negara, di parlimen, dewan negara, badan eksekutif, legislative dan kehakiman . Tujuan diperingkat ini memberikan kuasa penggubal terhadap pandangan umum masyarakat. Mungkin para da’ie atau organisasi dakwah boleh melakukan kajian perbandingan amal institusi Ikhwan di Jordan, pengalaman Turabi di Sudan, pengalaman Tajammuk Yamani lil Eslah,pengalaman Parti Refah di Turki ( Erbakan ) dan sebagainya.
Keempat , dakwah akan sampai ke paksi negara. Kekuatan diinstitusi negara penting bagi merealisasikan segala visi dan misi organisasi secara legal bagi memenuhi matlamat “ wa ma khalaktul jinna wal insane illa liya’budu..” – perhambaan kepada allah dengan terdirinya syariat Islam bagi memayungi dan mendominasikan umat dan negara.Negara adalah wasilah bukan ghoyah.Uthman b. Affan menyatakan : “ apa yang tidak dapat dipertahankan dengan Quran , dipertahankan dengan sultan (pemerintahan & kekuasaan).Ketika ini kita dapati dakwah mula berbicara kepada dunia sebagaimana pernah Rasulullah s.a.w berbicara kepada Herecules “ aslim taslam” (islamlah kamu pasti kamu selamat).Dengan kekuatan dan kestabilan negara akan membawa kepada fasa pembinaan peradaban (civilization), melahirkan tokoh-tokoh, negarawan dan sumbangan dakwah kepada dunia.
Apabila kita mengkaji pemikiran Imam Hasan al-Bana tentang manhaj perubahan beliau, kita dapati beliau telah memperincikan maratib amal (peringkat amal ) di dalam risalah Taalim yang boleh saya simpulkan seperti berikut :
Paksi |
Fokus |
Paksi organisasi |
Membaiki individu Membentuk keluarga |
Paksi masyarakat |
Membimbing masyarakat |
Paksi Institusi |
Memulih kerajaan |
Paksi negara |
Mengembalikan khilafah Mencapai tampuk kepemimpinan Kuasa dunia ( ustaziyah) |
Assalamualaikum w.b.t ustaz.
Jazakallahu khairan kathiro kerana menulis tajuk ini dan memberikan sedikit kefahaman kepada saya sebagai pembaca mengenai tajuk ini. Jika berkesempatan minta ustaz menulis berkenaan marhalah ta’rif, takwin dan tanfiz di dalam dakwah. Saya copy dan paste tulisan ustaz ke dalam blog saya sebagai rujukan peribadi sambil memberi kredit kepada blog ustaz. Jazakallah