Feeds:
Kiriman
Komen-komen

download

Ikhwati fillah..!

Firman Allah SWT  di dalam Surah al-Baqorah 183 :

183. Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kerana kita dipertemukan dengan bulan Ramadhan al-Mubarak, bulan penuh keberkatan, bulan rahmat, bulan keampunan. Ramadhan seringkali dikaitkan dengan ibadah puasa yang merupakan kewajipan syarie yang telah diperintahkan allah kepada setiap mukallaf. Matlamat dari Ramadhan ialah menghasilkan mukmin yang produktif iaitu orang yang bertaqwa. Lantas Allah mengulang-ulang di ayat 183 surah al-Baqarah “mudah-mudahan kamu sentiasa bertaqwa”.

Perintah syarie yang ditaklifkan kepada generasi awal dakwah sebagaimana kepada umat sebelum mereka tidak sekadar berupa perintah hukum tetapi ditanggapi sebagai satu proses pentazkiyahan jiwa dan pentarbiyahan diri bagi melengkapkan kekuatan ruhi sebagai daie dan jundi dakwah.

Puasa bukan hanya menahan diri dari makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa tetapi latihan kerohanian untuk mengajar para pejuang erti mentaati perintah allah dan melaksanaknnya dengan sebaik yang mungkin untuk mencakna mukmin muttaqi. Inilah maqasid yang ingin dicapai dari kefardhuan puasa.

Ikhwati fillah,

Kewajipan puasa pula hadir beriringan dengan pakej tarbiyah, tilawah dan tazkiyyah yang terkandung di dalam pakej Ramadhan. Segala amalan-amalan sunat seperti iktikaf, tadarus, terawih, qiamullail, infaq dan sedekah, memberi makan orang yang berbuka puasa menjurus ke arah membina jiwa daie dan jiwa pejuang yang tahan lasak dan uji.

Apatah lagi ia sinonim dengan bulan jihad dan perjuangan. Episod kemenangan demi kemenangan di dalam bulan Ramadhan seperti perang Badar, Fathu Makah, pembukaan Ain Jalut, pembebesan al-Quds adalah menefestasi mencapai maksud maqasid Ramadhan iaitu ketaqwaan sebagai senjata kemenangan.

Hari-hari yang kita lalui Ramadhan pada tahun ini penuh dengan episod duka dan lara. Kalau dahulu kita berdoa untuk kemenangan umat islam di Palestin, Afghanistan, Chechnya dan Iraq tetapi koleksi album penderitaan umat Islam di tambah kepada nasib umat di Syria dan Rohingya. Terbaru kepada saudara-saudara kita di Mesir yang bergelut dalam berdepan dengan regim tentera yang zalim.

Malang juga menimpa umat Islam di Malaysia apabila penghinaan bukan islam terhadap Islam seperti Alvin dan Vavian, sikap Duta Vatican City  yang menyokong penggunaan kalimah Allah menggambarkan kelemahan umat Islam dan hilang jatidiri mereka di samping ruh ukhuwwah yang semakin pudar dikalangan ummah.

Pelajaran terbesar dari fiqh Ramadhan ialah belajar makna maqasid. Memahami maqasid bermakna memahami tujuan dan visi perjuangan dan mencari asbab untuk mencapai maqasid tersebut.

Kemenangan di dalam perjuangan tidak ditentukan dengan faktor-faktor material semata-mata tetapi perlu mengambil asbab kepada kemenangan tersebut. Asbab itu ialah maqosid dari Ramadhan iaitu nilai taqwa. Taqwa adalah pra-syarat kemenangan di dalam perjuangan. Allah menyatakan di dalam al-Quran di dalam ayat 200 Surah Ali Imran:

200. Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Bagaimana untuk mendapatkan taqwa ?. Taqwa terhasil dengan sikap sabar, sanggup menanggung kesusahan  serta jiwa imani yang kental.

Imam Ibnu ‘Aroby  di dalam tafsirnya menghuraikan inti ayat di atas :

Sabar : menahan diri dari menuruti  kehendak syahwat.

Musobaroh : berterusan menahan diri dari menuruti syahwat dan melawannya

Murobatoh ; janji yang diikat dengan sesuatu sehingga tidak ada rasa bakhil dan ia kembali kepada sifat sabar.

Perkara ini boleh ditafsirkan di dalam beberapa maksud iaitu :

  1. Bersabarlah atas tujuan demi agama, kemudian bertahanlah menanggung kesabaran terhadap janji-janji aku terhadap kamu dan kuatkanlah ikatan kamu berdepan musuh-musuh kamu.
  2. Bersabarlah di dalam berjihad, bertahanlah menanggung kesabaran terhadap musuh kamu dan ikatkanlah kuda-kuda tunggangan kamu.
  3. Bersabarlah di dalam jihad, bertahanlah menanggung kesabaran terhadap musuh kamu serta ikat dan mantapkan solat-solat kamu.

Erti ‘Murobatah’ di sini ialah memasang niat dan bersedia dari sudut fizikal untuk melaksanakan segala ketaatan. Seagung-agung ribat ialah mengikat kuda untuk berjihad di jalan allah dan mengikat diri untuk terus melaksanakan solat-solat.

Ikhwati fillah..

Moga Ramadhan yang kita lalui menagajar kita makna erti pentingnya maqasid di dalam peta perjuangan. Perjuangan akan gagal jika hilang fiqh maqasid. Harokah lemah apabila tiada fiqh maqosid di dalam gerak amal dan gerak harakiy. Kefahaman yang mendalam ini meletakkan bahawa pra-syarat kejayaan perjuangan ialah memahami maqasid perjuangan Islam. Fiqh maqasid akan menunjangi perjuangan harokah dan meletakkannya berjalan mengikut marhalah (fasa-fasa). Tiada jalan pintas untuk menang tetapi memintaskan jalan kemenangan dengan memahami maqasid perjuangan. Semoga Ramadhan benar-benar menjiwai kehidupan kita sebagai pejuang fi sabilillah.

Jom Berdakwah…

 

dakwah

“ Ad-dakwah ila lah sabil an-najat fi ad-dunya wa al-akhirah” – Berdakwah mengajak manusia ke jalan Allah adalah jalan penyelamat di dunia dan akhirat.  Begitulah salah satu kaedah dakwah yang ditulis oleh Syeikh Dr. Hamman Saeed di dalam bukunya.

Dakwah menurut Imam ibnu Taimiyah ialah :

Dakwah kepada Allah ialah menyeru manusia agar beriman dengan Allah serta beriman dengan apa yang telah dibawa oleh para RasulNya dengan membenarkan apa yang telah diberitakan oleh mereka dan taat kepada perintah mereka”.

Memang berdakwah banyak kelebihan dan kebaikannya. Antaranya :

Sebesar-besar nikmat Allah : [a’dhomu niamillah]

71. dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [ Taubah 71]

58. Katakanlah (Wahai Muhammad) “kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata Dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka Dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan Dengan Yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa Yang mereka himpunkan dari Segala benda dan perkara Yang tidak kekal)”. [Yunus : 58]

Sebaik-baik amal [ ahsanu amala]

3      33.    dan tidak ada Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”[Fussilat :3]

       Sebaik-baik manusia [ ahsanu naas]

110. kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik. [Ali Imran 110]

4.     Tugas para rasul [ muhimmatur rasul ]

19. Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) Yang menerangkan kepada kamu (akan syariat Islam) ketika terputusnya (kedatangan) Rasul-rasul (yang diutus), supaya kamu tidak (berdalih) Dengan berkata (pada hari kiamat): “Tidak datang kepada Kami seorang (Rasul) pun pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran (yang mengingatkan kami)”. kerana Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang (Rasul) pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [Al-Maidah : 19]

5.    Kehidupan Robbani [ hayah robbaniyah]

Sabda Rasulullah SAW : “ Para ulama adalah pewaris nabi SAW ”. Termasuk di dalam ini ialah mereka yang menyeru ke jalan Allah dengan kefahaman dan ilmu yang mereka ada

       Saksi kepada manusia :[syuhadak a’la annaas]

143. dan Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan Yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat Yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang Yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang Yang benar dan Yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang Yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. [Baqorah 143]

          Ganjaran pahala yang tidak putus : [ ajrun mustamir]

Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan kepada kebaikan, maka baginya ganjaran pahala sebagaimana pelakunya.”. [ Riwayat Bukhori ]

“ barangsiapa yang menunjukkan kepada satu petunjuk, maka baginya pahala orang yang mengikutinya  dan tidak berkurang sedikitpun. Barangsiapa yang menunjukkan kesesatan, baginya dosa orang yang mengikutinya dan tidak berkurang sedikitpun..” [ Riwayat Muslim]

8.  Usaha lebih baik dari dunia dan segala isinya : [ khairun min addunya wama fiha]

“ Demi Allah, dengan sebab usaha kamu, seorang memperolehi hidayah lebih baik dari unta merah..”.        [ Riwayat Bukhori ]

9.       Mendapat pertolongan Allah : [ istimdad a[-madad arrobbaniy]

7. Wahai orang-orang Yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. [ Muhammad : 7]

       Penghuni  langit dan bumi memohon ampun untuknya : [al-maghfirah al-wasiah ]

“ Sesungguhnya Allah , para Malaikat,  penduduk langit dan bumi juga semut di batu dan ikat paus dilautan akan mendoakan keampunan kepada orang yang menunjukkan manusia ke jalan kebaikan..” [Riwayat imam Tirmidhi]

Keselamatan di dunia dan akhirat : [an-najat fi dunya wal akhirah]

104. dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya. [ Ali Imran : 104

       Mendapat redha Allah : [Ridha allah ]

71. dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

72. Allah menjanjikan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat Yang baik di Dalam “Syurga Adn” serta keredaan dari Allah Yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) Yang demikian itulah kejayaan Yang besar. [ at-Taubah 71-72]

Antara ciri-ciri dakwah pula ialah :

  •  Robbaniah dari sudut sumbernya iaitu al-Quran dan as-Sunnah
  • Wasatiyyah kerana itu Allah menamakan umat dakwah sebagai umat wasoto.
  •  Ijabiyah (positif) dari sudut worldviewnya terhadap alam, manusia dan kehidupan.
  • Waqiiyyah (realistik) di dalam berinteraksi dengan individu dan masyarakat.
  • Akhlaqiyah ( beretika) dari sudut wasilah dan manhaj.
  • Syumuliyah ( komprehensif) di dalam manhajnya.
  • Alamiyah (bersifat global) di dalam menyampaikan dakwah.
  • Syuriyyah (syura) di dalam memutuskan segala gerak kerja dakwah.
  • Jihadiyah kepada yang menyekat dan menentang dakwah.
  •  Salafiyyah [ berpegang kepada manhaj salafussolih] dari sudut tasawwur, pemikiran dan akidah.

Justeru para du’at perlu kepada sifat-sifat berikut :

  • Kemampuan yang baik di dalam menyampaikan risalah dakwah.
  • Menggunakan gaya penyampaian yang indah dan menarik.
  • Uslub targhib di dalam mengajak kebenaran. [uslub mendorong].
  • Menggunakan hikmah dan peringatan yang baik.
  • Berdebat secara terbaik.
  • Meraikan kepelbagaian mad’u mengikut situasi mereka.
  • Mengaplikasikan media massa terkini dan ciptaan moden untuk manfaat dakwah seperti facebook,twitter, whatsapp, blog dan sebagainya.

Seorang daie adalah orang yang berilmu terhadapa apa yang dia ungkapkan dan seorang yang bijak terhadap apa yang dia serukan. [ Aliman bima yaqul wa hakiman bima yaduuu]

Imam ‘Aini menyatakan :

” الحكمة تدل على علم محكم وتعليمها كمال علمي والقضاء بها كمال عملي” 

“ Hikmah adalah menunjukkan kepada ilmu yang bijaksana, mengajarnya adalah kesempurnaan ilmu, manakala memutus ilmu atas asas hikmah adalah kesempurnaan yang amali”

Di dalam dakwah perlu kepada hikmah sebagaimana firman Allah di dalam ayat-ayat berikut yang bermaksud :

54. atau Patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan ugama Islam) Yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? kerana Sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (ugama) dan hikmat (pangkat Nabi), dan Kami telah memberi kepada mereka kerajaan Yang besar. [ Nisa : 54]

2. Dia lah Yang telah mengutuskan Dalam kalangan orang-orang (Arab) Yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, Yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad Yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan Yang mendalam mengenai hukum-hukum Syarak). dan Sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah Dalam kesesatan Yang nyata. [ Jumaat : 2]

Syeikh Muhammad Ahmad ar-Rasyid di dalam bukunya ‘al-Muntolak’ menyatakan :

Sesungguhnya tidak ada martabat yang tertinggi di dunia ini melainkan martabat `ad-da’wah ila Allah ”.

“Dan Ia (Allah) menjadikan mereka (golongan yang dipilih oleh Allah) cendiakawan, pendakwah kepada kebaikan, pemberi peringatan dan pembawa hujah kepada manusia. Mereka mendapat hidayah dan menjadi sebab hidayah kepada orang lain”.

“Maka inilah matlamat teragung yang ada pada anak Adam, tidak ada martabat tertinggi yang mengatasinya melainkan martabat kenabian”. (Abdul Qadir al-Kailani)

“ Pendakwah tidak perlu merasa gundah gulana sekiranya dia tidak mempunyai masa lapang untuk berqiamullail setiap hari, bersembahyang tahajjud dan memperbanyakkan khatam al-Quran kerana sibuk dengan urusan dakwah. Ini kerana, kerja-kerjanya di dalam dakwah seperti mengajar manusia, mendidik putera-puteri Islam dan membentuk mereka dengan bentuk Islam yang sejati itu lebih utama baginya dan lebih banyak pahalanya”.

Ayuh…Jom Berdakwah…Raih Keredhaan Allah..

Tarbiyah

“Manhaj tarbiyah terlalu padat dan akademik…tak sempat habis kalau ikut timeline…”

“ Manhaj kali ini terlalu banyak paksi…tak mampu nak bawa…”

“ Ana tak mahir bahasa arab dan bukan ada background agama…ana tak mampu nak bawa usrah dengan manhaj macam ini…”

“ Course yang ana ambik  agak sibuk…tak sempat mutabaah anak buah..cukup online dan buat usrah jer…”

Ini antara soalan- soalan yang sering ditanya ketika saya membentang tajuk  tarbiyah atau yang ada kaitan dengan tarbiyah. Apabila berbicara tentang tarbiyah ia melibatkan isu konsep, manhaj, pelaksanan tarbiyah dan outcome dari operasi tarbiyah tersebut.

Para murobbi kekadang terlalu bergantung kepada menekankan soal manhaj lalu melupakan perkara yang penting dari tarbiyah itu iaitu bidang keberhasilan (outcome). Untuk mendapatkan outcome tersebut, mahu tidak mahu peranan besar terletak pada bahu Murobbi. Di sini timbul konflik bagaimana untuk membuat kolarasi antara dua perkara ini bagi mencapai objektif tarbiyah yang telah ditetapkan oleh gerakan Islam.

Isu tarbiyah sering kali menjadi paksi perbincangan dalam menentukan kelansungan hayat gerakan Islam. Bahkan ia bersifat fundamental bagi menentukan ‘outcome’ gerakan Islam di dalam melalui fasa-fasa perjuangannya.

Apabila berbicara tentang tarbiyah, kita tidak lari dari membicarakan tentang asas-asas menjayakan proses tarbiyah tersebut iaitu 3M 1B [ Murobbi + Mutarobbi + Manhaj + Biah]. Elemen-elemen ini merupakan faktor-faktor bagi menghasilkan ‘outcome’  tarbiyah.

Sebelum kita melihat isu ini secara mikro, elok kita melihat isu yang lebih makro iaitu menentukan definisi tarbiyah. Tarbiyah dari sudut bahasa ialah berkembang, meningkat dan membesar. Proses perkembangan ini perlu melalui satu suasana yang sukar, payah dan sulit. Ia bukan sekadar himpunan teori tetapi hasil latih tubi yang berterusan sehingga melahirkan pengalaman baru, realistik dan membumi di medan yang sebenar.

Sirah Rasulullah  SAW dan para sahabat adalah hujah yang praktikal menjelaskan hakikat ini. Ia bukan sekadar taujih dan khitob aqli (ucapan yang meransang akal) sahaja tetapi diterjemahkan ke dalam bahasa perlakuan ataupun di sebut sebagai amali. Dengan erti kata lain Rasulullah SAW selaku murobbi, menjadi qudwah terhadap apa yang diungkapkan serta hidup bersama para sahabat r.a dalam realiti yang sebenar. Dalam bahasa yang mudah proses tarbiyah perlu kepada ‘muayasah’ [pergaulan seharian dalam kehidupan], mu’aanat [ sanggup menghadapi kepayahan], ta’alim wa taujih     [memberikan pengajaran dan penalaan], ta’allum [ proses pembelajaran ], mutabaah [ follow-up  yang berterusan] serta taqyim [membuat penilaian dan pentaksiran ]. Itulah gambaran Murobbi Kamil Rasulullah SAW sebagaimana yang dijelaskan al-Quran peranan baginda SAW di dalam Surah al-Baqorah 151 yang bermaksud :

151. (Nikmat berkiblatkan Kaabah Yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), Yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan Yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa Yang belum kamu ketahui.

Ia adalah proses yang merangkumi 3 dimensi asas iaitu :

1.  1. Tilawah [ berkait dengan proses audio-visual / pandang –dengar secara talaqqi]

2.      2. Tazkiyah [ berkaitan dengan jiwa ]

3.      3. Ta’lim. [ ilmu dan kemahiran ]

Tarbiyah_by_luzeon

Ringkasnya tarbiyah itu bukan sekadar proses pengumpulan maklumat atau ilmu atau teori tetapi membumikan kefahaman tersebut dalam menterjemahkannya kepada perubahan tingkahlaku dan sikap. Dalam konteks ini ia adalah satu proses mengetahui dan memahami, kemudian merasai dan merubah dalam bentuk perilaku hasil dari latih tubi yang berterusan, sukar dan menyulitkan.

Secara mikro untuk menjayakan perkara tersebut ia memerlukan dua elemen penting  iaitu murobbi dan manhaj tanpa menidakkan faktor mutarobbi dan biah. Ini kerana faktor mutarobbi dan biah ada sinergi dengan kedua-dua faktor di atas.

Apa yang menjadi pertimbangan gerakan Islam ialah melihat kedua-dua faktor domain ini. Ada yang melihat kegagalan gerakan Islam mencapai ambisi perjuangannya ialah disebabkan faktor kelemahan manhaj. Mungkin juga yang berpendapat disebabkan faktor Murobbi.

Kedua-dua elemen ini sebenarnya saling berkolarasi dan amat dekat antara satu sama lain. Ini kerana Murobbi  merupakan paksi asasi di dalam proses tarbiyah. Murobbi merupakan kuasa pengaruh di dalam mentarbiyah mutarobbinya melalui himpunan pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan cara fikirnya. Murobbi juga merupakan unsur yang dapat memandu dan mentaujih orang lain dengan qudwah yang ditunjukkannya. Dengan keupayaan pegangan agama yang baik, akhlak, ilmu, thaqofah akan memberi pengaruh tidak langsung kepada mutarobbinya. Justeru Murobbi merupakan tonggak paling penting bagi menjayakan proses tarbiyah.

Sedangkan manhaj semata-mata, sekalipun ia digubal sekemas yang mungkin atau sehebat mana pun tidak akan mencapai ‘outcome’ yang diharapkan. Manhaj akan hanya menjadi tinta dakwat di atas kertas selagi ia tidak dilukis oleh para murobbi dalam bentuk yang hidup, dinamik dan praktikal, membumi di dalam lingkungan hidupnya, menterjemah ke alam realiti apa yang dia rasai dan lalui dari proses tarbiyah tersebut. Proses tarbiyah yang menterjemah hakikat tarbiyah dari sudut perasaan, jiwa, akhlak, tingkah laku, tindakan sehingga menjiwai di dalam hidupnya dan ia tidak sekadar bahasa akal dan lisan.

th_pohon-tarbiyahDengan kata lain peranan murobbi berada di posisi penting dalam menjayakan tumuhat [cita-cita] jamaah kerana ia menyiapkan para kader yang berkualiti dan mampu menjadi agen perubahan. Di sini seorang Murobbi itu dapat menunjukkan contoh yang boleh dilihat dan dirasai serta menjadi penterjamah hidup bagi kurikulum tarbiyah. Itulah para Sahabat R.A yang menjadi helaian al-Quran yang bergerak sebagaimana kata Syed Qutb. Mereka adalah al-Quran yang hidup dan praktikal. Akhlak Rasulullah SAW sendiri diungkapkan oleh Saidatina Aisyah r.a.h sebagai al-Quran. Dengan keikhlasan seorang murobbi di dalam melaksanakan proses tarbiyah ia lebih memberikan kuasa pengaruh kepada mutarobbinya dari cukup dengan sekadar bertalaqqi.

Berjaya atau gagal manhaj tarbiyah bagi mencapai obsesi gerakan Islam terletak kepada kekutan Murobbi. Murobbi adalah motor penggerak atau katalis bagi menjaya dan menyempurna manhaj. Murobbi ibarat bekas  takungan tarbiyah yang menakung semua ahli kemudian mengadun dan memproses manusia ini menjadi batu bata kepada perjuangan untuk merubah umat sehingga mendaki tangga-tangga ustaziyatul alam.

Fiqh tarbiyah menyatakan para salafussolih terdahulu bukan sekadar menimba ilmu dari para murobbi atau para cendekiawan semata-mata tetapi juga menimba akhlak, adab dan suluk. Dalam erti kata lain tarbiyah orang terdahulu menghimpunkan ilmu dan pengalaman praktis [ ilmu dan amal].

Oleh kerana itu , seorang murobbi adalah madrasah tarbiyah yang unggul bagi melahirkan para pelajarnya agar menjadikan Allah sebagai Robnya dan matlamat hidupnya, Rasulullah sebagai manhaj ikutannya sehingga keyakinan dan keimanan ini menjadikannya sanggup menyerahkan segala jiwa, darah, harta, dirinya demi untuk dakwah dan memartabatkan agenda perjuangan.

Konklusinya , jatuh bangun gerakan Islam terletak pada kekuatan tarbiyah sebagai sumber menggerakkan organ jamaah. Manakala kekuatan tarbiyah tidak terhenti pada kekuatan kurikulum semata-mata tetapi pada kekuatan penggerak kurikulum iaitu Murobbi. Tiada pemisahan antara murobbi dan manhaj dalam menjayakan agenda tarbiyah bagi melahirkan para kader dan rijal harokah untuk mengisi vacum perjuangan Islam, menjadi agen perubahan untuk menyonsong satu kebangkitan.

Saya selalu menyakini ungkapan ini :

Manhaj penting tetapi melaksanakan wasilah tarbiyah amat penting. Wasilah Tarbiyah juga penting namun Diri Murobbi itu lebih penting dari wasilah tarbiyah. Manakala hadirnya Murobbi ke liqa tarbawi penting tetapi urgensi Ruh  seorang Murobbi lebih penting dari jasad Murobbi dalam menggerakkan usaha tarbiyah”.

Teringat kalam berguna dari Syeikh Abdullah al-Ahdal  yang merupakan seorang syeikh tarbiyah di dalam kata-katanya : “ La budda lil al-akh as-sodiq an yakuna murobbiyan” – [ Setiap akh yang benar mesti menjadi Murobbi]. Syiar kita “Tarbiyah Madal Hayat” – Tarbiyah sepanjang hidup.

dakwah

13.Bersabarlah dengan kesabaran yang indah.[ فاصبر صبراً جميلا   ]

  • Kemaksiatan mad’u dan kelalaian mereka dari mentaati Allah menuntut usaha dakwah yang berterusan.
  • Semuanya ini tidak akan terhasil buah dakwah melainkan dengan sifat sabar dan menanggung beban kesabaran.
  • Umar Abdul Aziz pernah menyatakan bahawa tugas dakwah ini memerlukan kepada kekuatan sabar. “Sesungguhnya aku menyelesaikan satu urusan yang tidak dapat dibantu melainkan dengan kekuatan dari allah..”.
  • Antara bentuk sabar yang perlu ada ialah bersabar di dalam mempelajari ad-deen, bersabar dengan segala taujihat murobbi, di dalam mencari ilmu, berjihad melawan kekangan hawa nafsu di dalam mengejar ilmu serta bersabar dengan karenah mad’u dan berdepan dengan kritikan orang lain.

14. Lakukan tugas dakwah menurut kemampuan yang mampu..

[  عليك بما تطيق]

  • Allah SWT tidak membebankan taklif di luar kemampuan dan keupayaan kita.
  • Firman Allah yang bermaksud : “Allah tidak akan memberatkan taklif  ke atas seseorang melainkan dalambatasan kemampuannya”.
  • Para salafussoleh memahami ayat ini dengan maksud seseorang itu perlu mengerahkan semaksima kemampuan dan keupayaannya serta sumbangannya yang paling maksima untuk dakwah. Kontribusi yang diberikan adalah yang paling terbaik dan maksimun,
  • Justeru para salafussoleh telah memberikan apa yang terbaik dalam kehidupan mereka untuk dakwah, meletakkan penyerajan jiwa yang tertinggi untuk dakwah dan sentiasa menambahkan usaha  mereka demi dakwah setiap hari.

16. Ubah manusia dengan ‘mauizah’ (peringatan yang baik) [تخول الناس بالموعظة ]

  • Ibnu Mas’ud berpesan :

“Berbicaralah dengan satu kaum itu apa yang dapat difahami dengan tanggapan akal mereka dan hati mereka dapat menerima kamu, jika hati mereka berpaling dari kamu maka janganlah kamu berbicara  dengan mereka..”.

  • Sampaikanlah seruan dakwah kepada semua manusia dengan cara ‘mauizah’.
  • Antara sifat ‘mauizah’ ialah menggunakan uslub yang terbaik, bahasa yang sopan, tidak kasar dan keras serta menggunakan kata-kata kesat.
  • Bahasa da’ie adalah bahasa yang halus dan lembut serta menambat hati manusia.

16. Jangan kamu bersikap keras dan kasar [لا تكن فظاً غليظا]

  • Firman Allah yang bermaksud : “jika kamu bersikap kasar dankeras hati nescaya ramai manusia kan berpaling dari kamu…”.
  • Rasulullah SAW pernah berpesan : “Sesungguhnya allah suka sifat lembut pada setiap perkara semuanya sekali..”
  • Seorang da’ie perlu menawan hati manusia dan menunjukkan jalan hidayah kepadanya.
  • Manusia berhajat kepada sentuhan kasih sayang, perhatian yang tinggi, wajah ceria, sifat penyantun dan pemaaf serta sifat cinta yang melapangkan hati-hati mereka.

17. Wahai Sang Da’ie ! Jangan tunggu manusia datang kepadamu…

[ لا تنتظر مجيء الناس إليك ]

  • Seorang da’ie adalah orang yang  bercampur dan bergaul dengan semua manusia, bertaaruf dengan mereka, menziarahi majlis-majlis mereka dan tempat pertemuan mereka.
  • Berkata Muhammad Ahmad ar-Rasyid ; “Barangsiapa yang menunggu manusia datang berjumpa dengannya di masjid atau dirumahnya maka hari-hari yang berlalu akan meninggalkannya kekal keseorangan dan dia baru hendak belajar seni berkata-kata [memulakan perbicaraan].
  • Seorang da’ie perlu bergaul dan bercampur dengan semua manusia dan menghadiri majlis – majlis mereka. Tidak wajar baginya berdiam diri dari kemungkaran yang berada di hadapannya bahkan dia perlu menerangkan kemungkaran tersebut dan mencegahnya.

18. Jangan takut gagal [لا تخف من الفشل ]

  • Di dalam dakwah..tiada istilah gagal ini kerana selangkah kita melangkah ke medan dakwah pasti kita akan berdepan dengan segala cabaran dan rintangan.
  • Seorang daie apabila terjun ke kancah dakwah tidak perlu rasa takut dari kegagalan dan berdepan dengan segala kritikan.
  • Sesungguhnya da’ie tadi sekali-kali tidak akan mampu terkedepan dan sampai ke noktah mengubah manusia melainkan dengan sikap berani berdepan dengan kegagalan.
  • Kita janganlah lupa bahawa segala apa yang kita lakukan mendapat ganjaran di sisi allah walaupun di penghujungnya itu gagal mengikut neraca pertimbangan manusia.
  • Justeru tidak ada langsung di dalam kamus kehidupan du’at istilah gagal bahkan dia sedar Allah tidak bertanya natijah tetapi melihat pada amal kita.

19. Jangan bersikap gopoh dan tergesa-gesa yang dicela

       [ إياك والاستعجال المذموم ]

  • Sabda rasulullah SAW yang bermaksud : “Berhati-hati adalah dari Allah sedangkan sifat tergesa-gesa dari syaitan..”.
  • Kadang-kadang sifat isti’jal ini menjadikan da’ie mudah kecewa dan putus asa apabila berdepan denga akibat buruk.
  • Antara contoh sikap ‘isti’jal’ ialah berharap tinggi agar mad’unya meninggalkan maksiat segera yang cepat atau terburu-buru menakalkan berita-berita yang tidak betul, tergesa-gesa menyalahkan para du’at, para ulama dan murobbi. Yang paling bahaya apabila da’ie tadi terburu-buru untuk menonjolkan diri dan berbicara di hadapan manusia apa yng tidak sewajarnya ia berkata.

20. Jadikan dakwahmu syumul…[ لتكن دعوتك شمولية ]

  • Dakwah yang kita sampaikan kepada manusia adalah dakwah yang syumul seluas kesyumulan Islam.
  • Imam Ibn Taimiyah berkata : “segala apa yang dicintai Allah dan Rasulnya..dari yang bersifat wajib atau sunat, dari berbentuk zahir atau batin adalah termasuk dari maksud berdakwah ke jalan Allah, begitu juga mencegah segala apa yang dibenci Allah dan Rasulnya.. berbentuk zahir atau batin adalah termasuk dari maksud berdakwah ke jalan Allah ..”
  • Jelaslah intipati kepada seruan dakwah itu adalah Islam itu sendiri yang merupakan akidah, akhlak, syariat dan muamalat. Manakala manusia itu adalah mad’u [sasaran] kepada dakwah.

21. Jauhi dari bersifat semberono [إياك والفوضوية]

  • Terdapat sebahagian para du’at yang bersemangat melaburkan segala usaha dilapangan dakwah yang berbagai-bagai namun hasil dari dakwah ini membawa hasil yang minima. Ini disebabkan dakwah yang bersifat ‘faudha’ [tidak bersistem dan berperancangan].
  • Seorang da’ie perlu mengurus langkah-langkah dakwahnya dan memahami keutamaan.
  • Antara bentuk ‘faudhawiyah’ dakwah ialah :
    • Tidak terancang di dalam menuntut ilmu.
    • Tidak ada interaksi di dalam aktiviti dakwah.
    • Hilang fiqh muwazanah dan susunan keutamaan amal.

22. Jangan lupa untuk berunding dengan orang pengalaman dan pengetahuan.لا تنس استشارة أهل الخبرة والعلم  ]

  • Sebahagian para du’at  yang berada di permulaan jalan dakwah lupa bahawa jalan seruan dakwah kepada Allah merupakan satu wasilah yang berkaitan dengan interaksi dengan pelbagai kelompok manusia.
  • Seorang daie itu amat perlu kepada timbunan pengalaman yang berbeza-beza. Ini kerana apabila dia terlibat dengan kerja-kerja dakwah dan bergaul dengan kelompok mad’u yang berbagai-bagai, dia perlu mengambil pendirian atau menentukan keutamaan dan meletakkan garis-garis maslahah dan mafsadah di dalam berdakwah.
  • Semua ini menuntut para du’at tadi mengambil pandangan dan nasihat berguna dari pakar  rujuk yang berpengalaman dan luas pengetahuan tentang ilmu-ilmu Islam untuk mencapai hasil yang terbaik.
  • Antara sebab para du’at lupa dan mengabaikan peranan mengambil nasihat dan berunding dari mereka yang berpengalaman di lapangan dakwah ialah kerana membayangkan mereka ini  tahu itu dari semua sudut ilmu sedangkan sebenarnya dia hanya mengetahui sesuatu perkara-perkara tertentu sahaja dan tidak tahu pula perkara-perkara yang lain. 

23. Berterusan walaupun sedikit [أدومه وإن قل ]

  •  Petunjuk dari Rasulullah SAW  ialah  “ antara perkara yang paling disukai agama di sisi Allah ialah apabila apabila seseorang itu melakukan sesuatau urusan dia konsisten..”
  •  Para du’at hari ini perlu menerangi dakwah mereka dengan mengambil petunjuk berharga dari pesanan Rasulullah SAW ini dan mencontohinya.
  •  Ini kerana kerja dakwah adalah semulia-mulia amal di sisi Allah. Seorang da’ie perlu melalui jalan ini iaitu sentiasa konsisten dan tidak terputus amal. Sifat ‘mudawamah’ [konsisten] di dalam amal dakwah memberikan makna yang pelbagai. Antaranya :

o   Dakwah perlu ada objektif yang jelas dan ditentukan.

o   Dakwah bukan responsif semata-mata terhadap pendirian atau sikap tertentu.

o   Dakwah bukan terbatas pada acara-acara tertentu atau keraian-keraian tertentu atau aktiviti mengisi masa lapang.

o   Dakwah adalah sebagai kerja-kerja rasmi dengan status tugasan seorang  pegawai sahaja demi untuk menjaga kedudukannya dan tidak merentasi amal tersebut melainkan untuk kepentingan lahiriah semata-mata.

  • Sesungguhnya mereka yang konsisten di medan amal dakwah tidak akan berkurang input dan outcome dakwah mereka.
  • Begitu juga termasuk dari maksud konsisten di dalam amal dakwah ialah tidak hanya menumpukan kerja-kerja dakwah pada lapangan yang memberikan kesan yang cepat dan efektif dari bidang yang lambat menghasilkan buahnya [produk] seperti bidang tarbiyah dan pembinaan.
  • Menumpukan kepada bidang tarbiyah dan pembinaan termasuk dari makna ‘mudawamah’ di dalam amal dakwah. Dengan erti kata lain mereka yang sedar dan faham maksud ‘konsisten’ di sini ialah dia menjadikan amalnya adalah amal qowi iaitu amal yang paling baik dan utama adalah amal yang memiliki kesan yang cepat dan segera serta efektif.

24.Berhati-hati dari cintakan kedudukan [إياك وحب الرئاسة ]

  • Seorang da’ie yang mengejar ketinggian menatasai orang lain lalu memberikan segala-galanya untuk mendapatkan kedudukan seperti menjadi ahli kumpulan pengurusan atau mempengerusikan unit satu-satu jawatankuasa sebenarnya dia hilang sifat keikhlasan dan mengikut hawa nafsu.
  • Antara simptom –simptom cintakan kedudukan dan pangkat ialah imej cintakan kemahsyuran dan pujian,  suka mengajar dan menulis bagi mendapat pujian manusia, suka ke depan menjadi ketua dan berbicara di khalayak umum, selalu memuji kebaikan diri dan kelebihan yang ada padanya.
  • Semua ini akan merosakkan akhlak dan imej seorang daie dan menjauhkan manusia dari mendekati dan memcontohinya.

JaWkesb

1. Seorang yang ikhlas di dalam berdakwah [صاحب الإخلاص في دعوتك]

  • Seorang daie apabila melangkah ke medan dakwah WAJIB mengikhlaskan dirinya kepada Allah.
  • Seorang da’ie sentiasa merasakan bahawa kerja dakwah ila lah  yang dilakukannya adalah satu ibadah yang akan mendekatkan dirinya kepada Allah.
  • Mana-mana Ibadah yang dilakukan tanpa ikhlas tidak akan diterima Allah.
  • Antara tanda tidak ikhlas ialah mengharapkan pujian dan sanjungan manusia, menunjukkan kehebatannya, , suka bersaing dengan rakan sependakwah yang lain dan menunjukkan kelebihannya.
  • Berkemungkinan di permulaan dakwah dia tidak berniat sedemikian, tetapi dek kerana hilang rasa ikhlas  atau lalai mendidik keikhlasan jiwa maka timbul rasa ujub dan berbangga serta mengharap pujian manusia.
  • Pernah satu ketika Ibnu Umar berjalan di dalam Masjid Haram dan melewati seorang lelaki yang sedang bercerita. Lalu lelaki tersebut berkata : “ Wahai Aba Abdul Rahman ? Adakah kamu tahu apa yang diperkatakan lelaki tersebut. Jawabnya ; Ya, lelaki itu berkata ..lihatlah kepada diri aku ini..,Ibnu Umar perasan bahawa keadaan orang yang memberikan peringatan tadi melakukan sesuatu yang ganjil iaitu mengumpul manusia agar memujinya. Itulah kisah seorang yang tidak ikhlas di dalam menyampaikan seruan dakwah.

2. Jadilah daie yang ikhlas untuk dakwah [كن مخلصاً لدعوتك ]

  • Seorang da’ie yang ikhlas untuk dakwahnya akan mengorbankan jiwa dan raganya untuk kemenangan dakwahnya.
  • Kemenangan dakwah tidak akan terhasil kecuali apabila Sang Da’ie tadi  menghabiskan seluruh hidupnya untuk dakwahnya yang tercita.
  • Faktor kemenangan dakwah tidak  diukur dengan luasnya ilmu pengetahuan tentang dakwah, atau dengan kepetahan berpidato tetapi kepada sejauh mana para du’at tadi menyakini, mengimani dakwahnya, perasaan takut yang tinggi terhadap seruan yang menentang dakwahnya.
  • Muhammad Ahmad Ar-Rasyid menyebut : “sesorang pendakwah tidak akan mencapai hasilnya melainkan apabila ia jatuh cinta dan asyik terhadap dakwah, percaya dan rela berkorban untuk dakwahnya, dia fana’ kepada dakwahnya dan memutuskan segala kehidupannya demi cinta terhadap dakwahnya..”.
  • Antara contoh seorang da’ie yang tidak mengikhlaskan hidupnya untuk dakwah ialah :
    • Berdakwah pada masa-masa terluang sahaja.
    • Rasa berat untuk berkorban masa untuk dakwah.
    • Mengelak diri dari menanggung beban dakwah yang berat dan memberikannya pada orang lain.
    • Cuba mengelak dan memberikan alas an dari melaksanakan tugas dakwah.
    • Menjadi penempel [bukan kader] di dalam menjayakan program dan aktiviti dakwah. Seorang yang tidak proaktif.
    • Kerap mengeluh dan merungut dengan taklif dakwah.
    • Pasif,pesimis, tiada kesungguhan dan jiddiyah di dalam amal dakwah.
    • Sibuk mengkritik dan menafikan sumbangan amal orang lain.

 3. Jangan lupa kelebihan amal dakwah  [ لا تنسَ فضل الدعوة  ]

  • Antara yang membantu para du’at terus thabat  di atas jalan dakwah dan menajamkan himmahnya ialah dia sentiasa mengingatkan dirinya kelebihan dan ganjaran berdakwah.
  • Rasulullah sentiasa mengingatkan para sahabat r.a dan memberikan motivasi kepada mereka sebagaimana sabda baginda saw kepada Ali bin Abi Talib r.a :

“Dengan sebab usaha kamu seorang memperolehi hidayah maka itu lebih baik untuk kami berbanding memperolehi unta merah..”

  • Antara hadis nabi lagi :

“ Barangsiapa yang menyeru kepada satu petunjuk, maka baginya pahala sepertimana pahala orang yang mengikut seruannya, tidak akan berkurang sedikit pun ganjaran pahala tersebut selama mana orang itu mengikuti seruan dakwahnya..”

4. Dakwah satu kefardhuan ke atas kamu [دعوتك واجبٌ عليك ]

  • Seorang da’ie perlu meraskan bahawa melakukan kerja dakwah adalah satu kefardhuan wajib bukan perkara sunat yang amat dititik beratkan agama.
  • Kefardhuan ini adalah wajib dan tidak melepaskankan dirinya dari pertanggungjawaban di hadapan Allah.
  • Ia juga merupaka hak [tuntutan] ke atas setiap umat Islam yang tidak boleh dia cuai terhadapnya.
  • Ibn Baaz menyatakan:

“ “فعند كثرة المنكرات ،وعند غلبة الجهل كحالنا اليوم ،تكون الدعوة فرض عين على كل واحد بحسب طاقته

  • “Ketika mana kemungkaran berleluasa dan kejahilan dominan seperti keadaan kita hari ini, maka tugas dakwah menjadi FARDHU AIN ke atas setiap batang tubuh umat Islam mengikut kemampuannya..”

5. Jangan lupa diri anda dari petunjuk Allah

  • Kadang-kadang seorang da’ie yang sibuk dengan urusan dakwah dan kehidupan sehariannya terhadap masalah umat, lupa dan mengabaikan pentarbiyahan dirinya.
  • Akhirnya berlaku kecacatan dan keaiban pada dirinya seperti jiwanya menjadi keras, lemah semangat dakwah dan penyelewangan niat.
  • Para aktivis dakwah perlu sediakan ruang masa untuk dia mendidik dan mentarbiyah dirinya.
  • Kata Muhammad Ahmad Ar-Rasyid :

“ Rijal penggerak perlu dan mesti menyediakan sebahagian masanya untuk mentarbiyah dirinya dengan ilmu dan ibadah, jika tidak jiwanya menjadi keras selepas dari merasai kelazatan permulaan dia melangkah ke jalan dakwah..”

  • Daie yang selalu berdampingan dengan kitabullah akan merasai kedamaian jiwa, ketenangan perasaan, kejernihan akal, memiliki motivasi bergerak dan mendaki anak-anak tangga yang meninggikan kedudukannya.

 6. Jadikan Qudwah terbaik [كن قدوة حسنة]

  • Seorang da’ie perlu menjadi contoh terbaik  kepada mad’unya terhadap seruan dakwah yang disampaikannya.
  • Dai’e tadi perlu menjadikan bahasa amal dan perilaku mendahulu bahasa percakapan dan perkataan.
  • Manusia lebih terkesan dengan bahasa qudwah berbanding kepetahan percakapan.
  • Kaedah dakwah menyatakan “al-Qudwah qobla ad-dakwah’” [Menjadi qudwah dahulu sebelum berdakwah].
  • Seorang da’ie perlu menjadikan dirinya sebagai  saksi kebenaran risalah dakwahnya . Ini kerana diri da’ie tadi akan menjadi saksi samada manusia menerima seruan dakwahnya atau menolaknya.
  • Kata Abdul Wahid bin Ziad : “ Hasan al-Basri Berjaya menyampaikan seruan dakwahnya kepada apa yang ingin beliau capai kerana apabila beliau menyuruh kepada melakukan sesuatu perkara, beluaulah yang paling terkedepan melaksanakannya, begitu juga apabila beliau melarang sesuatu perkara, dia adalah yang paling jauh meninggalkan larangan tersebut..”
  • Bukankah Allah memberikan taujih di dalam al-Quran yang bermaksud :

“Mengapakah kamu menyeru manusia melakukan kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu, padahal kamu membaca al-Kitab, tidakkah kamu mahu berfikir..”

“ Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu perkatakan apa yang tidak kamu perbuat, amat besarlah kemurkaan allah terhadap apa yang telah kamu perkatakan kamu tidak lakukan..”.

  • Daie perlu menjadi cermin dan model terbaik untuk dakwahnya agar mudah mempengaruhi manusia.

 7. Berbicaralah dengan manusia menurut batasan kemampuan akal mereka  [خاطب الناس على قدر عقولهم ]

  • Dalam menyampaikan dakwah, para da’ie perlu meraikan keupayaan dan kemampuan akal manusia supaya tidak menimbulkan fitnah kepada dakwah.
  • Saidina Ali r.a pernah berkata : “Berbicaralah dengan manusia  berdasarkan  apa yang mereka tahu dan abaikan  apa yang menjadikan mereka keliru..”.
  • Ibnu Mas’ud r.a pula berkata : “tidaklah  kamu berbicara dengan satu kaum yang tidak mampu ditanggapi akal mereka melainkan ia kan membawa fitnak ke atas sebahagian mereka.”
  • Antara contoh para pendakwah yang tidak mengambil kira kemampuan akal manusia ialah :
    • Mengemukan isu-isu khilafiah fiqhiyah secara meluas sehingga manusia tidak tahu membezakan antara rajah dan marjuh.
    • Terlalu terperinci membincangkan masalah  akidah terutama masalah Qodhok dan Qodar.
    • Sibuk  membincangkan isu gerakan Islam  dan kesalahan gerakan tersebut sehingga menyebatkan manusia prasangka buruk terhadap gerakan islam dan memandang sinis terhadapnya.
    • Bersikap simple dan mudah di dalam menjelaskan beberapa perkara hingga menyebabkan orang awam bersikap ambil mudah di dalam perkara bi’dah, perkara haram dan berpegang kepada pendapat yang lemah.
    • Kata –kata para pendakwah dengan mad’unya tentang manhaj para ulama dan du’at secara terperinci hinga mengeliru dan memberatkan daya tanggapan akalnya  boleh melarikan mad’u dari menerima seruan dakwah.

 8. Sesungguhnya kamu hanyalah pemberi peringatan [  إنما أنت مذكّر ]

  • Tugas da’ie sebagai hanyalah sebagai muzakkir iaitu yang memberikan peringatan. Muzakkir di sini bermaksud seorang da’ie perlu menyampikan risalah dakwah dan tidak menuntut kepada hasilnya.
  • Allah memberikan taujih agar baginda ar-Rasul SAW  menyampaikan dakwah melalui firmanya :

( فإن أعرضوا فما أرسلناك عليهم حفيظا إن عليك إلا البلاغ )

  • “ Jika mereka berpaling dari menerima seruanmu. Maka tidaklah kami utuskan Engkau (Wahai Muhammad)  ke atas mereka sebagai pelindung . sesungguhnya tugas kamu hanyalah al-balagh (menyampaikan seruan dakwah kepada mereka)”.
  • Perkara utama yang dituntut dari seorang daie ialah mencurahkan segala usaha sehingga dengan usahanya itu menjadi sebab kepada hidayah allah.
  • Perilaku ini akan menjadikan para du’at tidak ditimpa rasa kecewa, tertekan dan putus asa dengan penolakan mad’u yang berpaling dari meneriam seruan dakwah bahkan dapat menjaga perasaan dan membentengi dirinya dari rasa lemah dan futur.

 9. Tiada Dakwah tanpa Ilmu [ لا دعوة إلا بعلم ]

  • Dakwah perlu kepada ilmu, tanpa ilmu dakwah tidak mampu di sampaikan kepada sasaran dakwah.
  • Keutamaan berilmu di dalam menyampaikan dinyatakan di dalam al-Quran “
[قل هذه سبيلي أدعو على بصيرة أنا ومن اتبعني وسبحان الله وما أنا من المشركين]
 
“ katakanlah, inilah jalanku, aku mengajak  di atas satu basiroh [ilmu dan kefahaman], aku dan orang yang mengikuti seruanku, maha suci allah, aku bukanlah dari kalangan orang yang menyengutukan allah..”.
  • Dalam menyampaiak dakwah para du’at perlu memiliki ilmu-ilmu berikut :
    • Penguasaan terhadap ulum syarak terutama al-Quran dan tafsirnya, as-Sunnah, akidah, Fiqh, Sirah Nabawiyah dan sebagainya.
    • Penguasaan terhadap ilmu-ilmu komtemporari terutama tentang waqi umat Islam.
    • Penguasaan terhadap ideology-ideolagi yang memusuhi Islam dan gerakan musuh Islam.
    • Penguasaan terhadap fiqh ad-dakwah dan fiqh al-harokah.
    • Penguasaan ilmu psikologi, seni mempengaruhi manusia dan kemahiran softskill sebagai kader dakwah yang diperlukan pada masa kini.

 10.Tingkatkan kualiti ilmu dan kembangkan kemahiran

        [جدّد علمك وطوّر مهاراتك ]

  • Tidak cukup hanya dengan memiliki ilmu-ilmu syarak tertentu sahaja, tetapi para du’at perlu menambahkan bekalan dan penguasaan ilmu tersebut dari semasa ke semasa.
  • Tidak ada noktah henti di dalam menambahkan bekal ilmu sekalipun kesibukan dengan kerja-kerja dakwah.
  • Seorang daie dari latar belakan bidang sains perlu melengkapkan dfiri di dalam bidang ulum syarak begitu juga da’ie dari bidang ulum syarak melengkapkannya dengan kemahiran semasa yang diperlukan di dalam menyampaikan risalah dakwah.
  • Manusia tidak akan menerima las an kejahilan ketika da’ie tadi gagal menjawab persoalan dan pertanyaan yang dikemukan oleh mereka, begitu juga mereka tidak menerima las an jika daie tadi terjebak di dalam kesilapan dan kesalahan menyampaikan sesuatu ilmu.
  • Dai’e perlu berterusan menimba ilmu dan melengkapkan diri dengan ilmu agar mampu berdepan dengan khalayak manusia. Carilah masa dan ruang meningkatkan kompetensi samada dengan belajar dari para ulama muktabar, menyambung ke peringkat sarjana muda, sarjana atau Phd dan apa cara yang boleh mencapai tujuan tersebut.
  • Para du’at juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu terkini untuk manfaat dakwah seperti ilmu  pengucapan awam, kemahiran berpidato,seni mempengaruhi orang lain, seni penulisan, kemahiran ICT dan sebagainya.
  • Perkara ini penting dan menjadi satu keperluan bagi mencapai matlamat mempengaruhi mad’u agar menyambut seruan dakwah.
  • Semua ini terhasil melalui zatiah daie tadi yang memiliki daya semangat untuk meningkatkan kompetensi sebagai da’ie.
  • Antara sebab yang boleh mengembangkan kompetensi da’ie tadi dari sudut ilmu dan kemahiran ialah menghadiri kelas-kelas ulum syarak, meringkas buku-buku syariah dan ilmu-ilmu berkaitan Islam dan semasa, menghadiri kursus-kursus, seminar-seminar, konvensyen yang meningkatkan dan mengembangkan pelbagai kemahiran hardskill dan kemahiran softskill, kemahiran merancang, kemahiran berorganisasi, kemahiran mempengaruhi , di samping mengadakan lawatan tokoh-tokoh yang berpengaruh, banyak menyumbang serta berpengalaman di medan amal.

11. Jadikan usaha dakwah kamu pelengkap kepada amal dakwah para dua’t yang lain.[لتكن جهودك الدعوية مكملة لبقية الدعاة ]

  • Ambil pengajaran dari firman allah ketika menamakan kamu sebagai umat dakwah : [ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير … ]

Maksudnya : “ hendaklah ada dari kalangan kamu satu umat (golongan) yang menyeru kepada kebaikan..”.

  • Allah menamakan kelompok para  du’at sebagai  satu umat,ia adalah  satu isyarat kepada wajibnya kewujudan mereka untuk melaksanakan tugas amr makruf dan nahi mungkar. Para du’at ini memiliki sifat-sifat khusus, ciri-ciri khusus dan ikatan yang membezakan mereka dengan orang lain.
  • Mereka muncul di tengah-tengan umat  sebagai satu umat yang satu, tidak ada perselisihan dan perbezaan sesame mereka demi melaksanakan misi risalah dakwah ini.
  • Pengalaman membuktikan bahawamenyelaraskan tugas dan aktivisme dakwah sesama para pendakwah dari pelbagai gerakan Islam akan membawa kepada kemenangan dakwah.
  • Semua para aktivis dakwah perlu beergerak di lapangan dakwah masing-masing dan menyelaraskan bidang tugas amal masing-masing demi mencapai hasil dakwah.
  • Antara faedah dari penyelarasan amal ini , ia akan dapat menambah kematangan amal, bertukar-tukar pengalaman, menghasilkan amal yang qowiy, memaksimunkan penggunaan tenaga serta membawa kepada kejayaan dakwah.
  • Semua aktivis dakwah perlu berpegang kepada prinsip yang dicetuskan oleh al- Marhum Rasyid Redha : “ kita saling tolong menolong dalam perkara yang kita sepakai dan bertolak ansur dalam perkara yang kita perselisihkan..”.
  • Sinergi antara kalangan para du’at ilalah akan mempercepatkan kefahaman dan kesedaran islam serta mampu menjayakan agenda dakwah secara kolektif demi maslahah umat Islam dan Islam dalam berdepan dengan agenda musuh-musuh Islam.

12. Jadikan diri kamu seorang yang memahami realiti [ كن مدركاً لواقعك ]

  • Antara perkara yang dapat membantu para da’ie di dalam menjayakan amal dakwahnya ialah memahami persekitaran dan reality yang melingkunginya.
  • Memahami persekitaran dan realiti semasa inilah yang di sebut sebagai fiqhul al-waqie. Untuk memudahkan kefahaman memahami waqi’ tadi, daie perlukan menentukan prioriti [awlawiyat] di dalam menyampaikan seruan dakwahnya agar dakwah tersebut sampai tepat kepada mad’u dengan mengambil kira kesesuaian dan reality mad’u.
  • Antara kelemahan ketara para du’at hari ini ialah ketidak mampuan mereka dalam memahami  realiti semasa  dan masa depan yang akan dilalui.
  • Apa yang terjadi ialah para da’ie bersikap mudah atau tidak ambil kesah tentang realiti semasa yang akhirnya kita suka membesarkan perkara kecil dan meremehkan perkara besar samada terhadap keupayaan kita, keaiban kita atau isu-isu semasa kita.
  • Dr. Hamman Saeed di dalam bukunya kaedah berdakwah di jalan Allah menyatakan bahawa : )     [ kontemporari dan memahami persekitaran umum merupakan salah satu sebab kejayaam dakwah  المعاصرة ومعرفة البيئة العامة من أسباب نجاح الدعوة]

dakwah2

Firman Allah SWT di dalam al-Quran

من المؤمنين رجال صدقوا ما عاهدوا الله عليه فمنهم من قضى نحبه ومنهم من ينتظر وما بدلوا تبديلا ليجزي الله الصادقين بصدقهم ويعذب المنافقين إن شاء أو يتوب عليهم إن الله كان غفورا رحيما

“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka diantara mereka ada yang gugur . Dan diantara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah (janjinya)”. Maka allah memberi balasan pahala kepada golongan siddiqin yang bersikap benar, dan allah memberikan azab kepada orang yang munafik jika ia kehendaki atau mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..” [ Ahzab ayat 23-24]

Ayat-ayat di atas menegaskan sikap mereka yang benar dan jujur di atas jalan dakwah. Mereka ialah orang yang benar dan jujur di dalam perjuangan mereka untuk meninggikan kalimah allah walau pun terpaksa berkorban apa sahaja melibatkan darah dan keringat sehingga layak di gelar sebagai para syuhada’.

Imam Qurtubi di dalam tafsirnya  Jami’ Li Ahkamil Quran menyebut bahawa ayat ini diturunkan sempena pujian Allah khusus kepada Anas bin Nadhar yang tidak sempat bersama Nabi SAW turun di dalam perang Badar tetapi telah mati syahid di dalam peperangan Uhud sedangkan di badannya terdapat lebih 80 tikaman musuh.Manakala Saidina Aisyah r.a.pula ayat ini diturunkan kepada Thalhah bin Ubaidillah.r.a sehingga Rasulullah SAW menyebut : “ Thalhah telah pasti mendapat syurga..”.

Manakala Baihaqi pula meriwayatkan dari Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW ketika menghampiri tubuh Mus’ab bin Umair yang terkorban syahid di dalam perang Uhud, lantas baginda membaca ayat ini. Kemudian Rasulullah bersabda :aku bersaksi bahawa mereka ini adalah para syuhada di sisi allah pada hari Kiamat, maka datangilah mereka dan ziarahilah mereka..”

Ibnu Kathir di dalam tafsirnya menyebut bahawa orang yang beriman sentiasa berpegang kepada janji setia dan mithaqnya. Manakala ayat ‘mereka tidak menukar dengan apa-apa tukaran’ bermaksud orang yang beriman tidak akan menukar ganti perjanjian mereka dengan allah, mereka sekali-kali tidak akan melanggarinya dan tidak menukar gantinya dengan yang lain..”. Itulah sikap dan pendirian orang mukmin terhadap kesetiaan mereka dengan perintah dan janji setia mereka dengan allah. Wujud sikap as-Sidq di dalam kata-kata dan perlakuan mereka [sidqul qaul wa sidqul amal] sehingga mereka mengimplimentasikannya di dalam ritma kehidupan mereka sepanjang berada di jalan dakwah dan jihad ini.

Imam at- Tabari pula menjelaskan bahawa ‘mereka yang telah membenarkan janji mereka..” itu ialah mereka yang telah menyempurnakan janji setia untuk bersabar di atas segala kesusahan dan kesulitan dan ketika menghadapi kepayahan. Manakala ayat ‘sebahagiannya telah menunaikan janji..’ bermaksud ada dari kalangan mereka yang mengall- outkan segala amal mereka yang mereka bersumpah setia untuk Allah sehingga mengorbankan diri mereka, ada yang syahid di dalam perang Badar, ada yang syahid di medan Uhud dan di peperangan yang lain. Ayat  “Sebahagiannya pula menanti dan menunggu giliran..” pula bermaksud ada sebahagian mereka menghabiskan segala usaha dan tenaga sebagaimana orang yang sebelum mereka yang telah menyumpurnakan janji setia mereka dengan Allah untuk memenangkan agama Allah dan mengalahkan musuhnya.

Imam Ibnu ‘Asyur di dalam tafsirnya “Tafsir at-Tahrir wa an-Tanwir’ menjelaskan bahawa apabila allah menyebut ‘ada sebahagian lelaki yang beriman yang telah membenarkan janjinya..’, ia merujuk kepada para sahabat yang telah teguh pendirian berdepan dengan musuh di dalam Perang Uhud. Antaranya  Uthman b. Affan, Anas b. Nadhar, Tholhah bin Ubaidillah, Hamzah bin Abdul Mutalib, Sa’eed  b. Zaid, Mus’ab bin Umair. Anas b. Nadhar, Hamzah dan Mus’ab syahid di medan Uhud. Manakala Tholhah telah dipotong kedua belah tangannya di dalam keadaan beliau mempertahankan diri Rasulullah SAW..”.

Antara pengajaran penting yang perlu dicontahi oleh para aktivis dakwah ialah perlu bersikap as-Sidq [benar] di dalam amal dakwah.

Sikap benar di dalam amal dakwah menuntut para du’at kepada kriteria berikut:

1. Sidqu an-niat

2. Sidqu al-fikroh

3. Sidqu al-kalimah

4. Sidqu al-amal

5. Sidqu al-infaq

dakwahSidqu an-niat bermaksud seseorang da’ie perlu memiliki sifat ikhlas di dalam menyampaikan risalah dakwah. Da’ie tersebut perlu berlapang dada dan berjiwa luas berdepan dengan musuh dan para mad’u. sikap ini akan membuahkan kekuatan dorongan dalaman untuk da’ie tadi terus thabat di atas jalan dakwah.

Sidqu alfikroh pula para daie tadi memiliki kekuatan fikrah dengan berpegang kuat dengan manhaj dakwah, tajarrud dengan manhaj, memiliki thaqofah islamiah dan mu’asorah yang sempurna serta memahami permasalahan umat dan tahu bagaimana untuk mengatasinya. Penguasaan fikroh dan manhaj amal akan menjadikan da’ie tadi memiliki kekuatan untuk mengurus dan merancang amal dakwah, ,memahami peta-peta amal dakwah, menguasai fiqh dakwah dan menyusun ‘abcd’ dakwah berdasarkan marhalah dan mehwar dakwah.

Sidqul Kalimah pula menuntut para da’ie menyampaikan ungkapan dakwah dengan menggunakan ungkapan yang baik [al-kalimah at-thoiyyibah], kata-kata tersebut lahir dari hati yang ikhlas kerana kata-kata yang lahir dari hati akan sampai ke hati. Begitu juga ungkapan perkataan tadi perlu meraikan uslub yang penuh hikmah berdasarkan sasaran dakwah. Di sana ada pelbagai uslub yang digunakan untuk menyampaikan mesej dakwah samada uslub tabsyir atau uslub inzar, uslub fardiy atau uslub jamaie, uslub jahriyah atau uslub kitman. Dalam lain perkataan para da’ie perlu memiliki fiqh al-qalb [ fiqh memahami hati manusia]. Secara tidak langsung ia memberikan kekuatan mempengaruhi [quwwatu at-tathir] seorang da’ie kepada mad’unya.

isteri dakwahSidqul amal pula bermaksud para da’ie perlu membenarkan keikhlasan amalnya dengan terus berkorban, berjuang tanpa henti dan konsisten. Dengan kata lain dia perlu memiliki sifat ‘Jidddiyah’ , ‘Tadhiyyah’ dan  ‘Istimrariyah’ di dalam gerak amal dakwahnya. Ketiga-tiga sifat ini akan membawa kepada kekuatan haraki di dalam amal dakwahnya. Contohilah sifat para sahabat r.a yang telah berjuang menghabiskan saki baki kehidupan mereka untuk dakwah sebagaimana asbab ayat ini diturunkan.

Mankala yang kelima ialah ‘sidqul al-infaq’. Ini kerana kalimah sodaqo juga boleh membawa kepada sodaqoh yang bermaksud mengeluarkan sebahagian harta untuk diberikan kepada orang lain secara ikhlas. Harta-harta yang disumbangkan itu merupakan infaq fi sabilillah. Bukankan Imam Hasan al-Bana menyebut dan menjelaskan para ikhwannya ungkapan ‘Sunduquna Juyubuna..” [ tabung-tabung kewangan kita adalah dari kocek-kocek kita..].Ini adalah gambaran kekuatan kuantiti di dalam mengukur pengorbanan dakwah.

Jika para du’at bersifat dengan sifat  as-Sidq fil ad-dakwah, maka dakwah ini akan beroleh kemenangan samada di dunia atau pun di akhirat sebagai para syuhada.  Benarlah Allah menyebut di dalam perenggan kedua ayat ini.. ‘agar Allah membalas kepada orang yang telah membenarkan janji mereka akan janji mereka..” dengan balasan syurga di atas kejujuran [ as-Sidq] dan kesetiaan [al-wafa] mereka menyempurnakan janji setia mereka kepada Allah. Sifat as-Sidq dan al-Wafa’ adalah dua akhlak penting sebagai seorang daie untuk mendapat seqah mad’u dan menambat hati mereka.

As-Syaheed Syed Qutb ketika memberikan komentar tentang ayat ini katanya :

“Para sahabat r.a.h di zaman Rasulullah SAW telah terbiasa dengan perjanjian-perjanjian mereka dengan Allah. Keteguhan hati dan keyakinan mereka senantiasa dikuatkan dengan adanya pertalian janji tersebut. Mereka berjanji untuk mendapatkan perniagaan yang jauh lebih indah dibandingkan dengan perniagaan apapun yang ada di dunia ini. Mereka tidak ingin begitu saja melepaskan cita-cita mereka dalam mendapatkan kesyahidan, hanya karena lemahnya hati yang tidak terikat pada suatu kepastian.

Dan ketika cita-cita itu belum terwujud, maka mereka menunggu dengan rasa harapan dan rasa penuh bimbang. Harapan agar dipertemukan dengan wanginya bau syurga dalam kesyahidan dan kebimbangan akan keikhlasan mereka dalam menghibahkan jiwa raga di jalan Allah. Maka ketika timbul niat selain dari pada Allah, mereka akan bersujud dan memperbaharui niat mereka agar ketika tiba waktunya nanti, mereka benar benar mendapatkan apa yang dijanjikan oleh Allah.”. Moga kita terus benar dan jujur di atas jalan dakwah ini.

Asas Tarbawi di dalam Gerak Kerja Pilihanraya

Nota Ringkasan : Terjemahan Tulisan Muhammad Syihat

  • Asas dakwah kita  – projek islah [pembaikan]. Perlu kita korbankan segala usaha.allah akan menyaksikan segala kebaikan yang kita sumbang. Kita perlu mengambil kira sebab-sebab diberi kemenangan dakwah dan kekuasaan.
  • Langkah yang perlu ialah :

1. Kita sebagai daie perlu mengambil kira sebab-sebab yang boleh diberi kemenangan dan kekuasaan sehingga allah meredhai kita.
2. Kita perlu menegakkan hujah yang bernas kepada manusia.
3. Melaksanakan segala kewajipan dan tanggungjawab kita sebagai da’ie tanpa memperdulikan kepada segala janji manis dan janji ancaman. Syiar kita :

فَاقْضِ مَا أَنتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

Maksudnya :[Putuskanlah yang hendak engkau putuskan. Sesungguhnya engkau hanya dapat putuskan pada kehidupan dunia ini..] Thoha : 72

  • Model unggul yang boleh kita jadikan contoh ikutan ialah Kisah Nabi Musa a.s yang telah membina asas-asas yang kukuh di dalam perjuangan dakwahnya.
    • Slogan dakwahnya :

وَعَجِلْتُ إِلَيْكَ رَبِّ لِتَرْضَى

[ Berkata Musa a.s]…aku bersegera kepadaMu, Ya Tuhanku agar Engkau redha kepadaku] Thoha : 84

  • Cabaran musuh terhadapnya : Mereka sentiasa memberi ancaman,amaran keras, melakukan konspirasi dan tipudaya.

سَنُقَتِّلُ أَبْنَاءَهُمْ وَنَسْتَحْيِي نِسَاءَهُمْ وَإِنَّا فَوْقَهُمْ قَاهِرُونَ 

[(Firaun) menjawab: “kami akan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan anak-anak perempuan hidup dan sesungguhnya kami berkuasa penuh ke atas mereka] Al- ‘Aaraf : 127

  • Sikap Nabi Musa a.s :

اسْتَعِينُوا بِاللَّهِ وَاصْبِرُوا إِنَّ الْأَرْضَ لِلَّهِ يُورِثُهَا مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ

[Berkata Musa a.s: “Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah,Sesungguhnya bumi ini milik allah, diwariskan kepada hamba-hambanya yang dikehendaki. Dan kesudahannya (yang baik) bagi orang orang yang bertaqwa]: Al-‘Araf : 128

Beberapa asas-asas dari kisah ini di dalam gerak kerja pilihanraya :

Asas Pertama : Asas akidah dan akhlak

  • Gerakerja pilihanraya kita adalah dalam rangka kita beribadah kepada allah. Asas atau titik tolaknya  adalah dari akidah dan akhlak adalah penjaga @ pengawalnya. Apa yang perlu kita berikan tumpuan di dalam hal ini ialah :
  • Menghidupkan malam :
    • Kita amat berhajat kepada segala bantuan dan kekuatan di dalam gerak kerja dari yang Maha Berkuasa dan Agung SWT.
    • Siapa yang lemah dari berdiri ,tunduk merendah diri kepada Allah di malam hari walau untuk beberapa detik, maka ia akan melemahkan segala amalnya yang lain.
    • Allah berfirman :

(إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلًا (6)﴾ (المزمل).

[ Sesungguhnya mendirikan solat malam itu amat kuat sentuhan pada jiwa dan kuat kesan bacaannya..]

  • Melaksanakan tuntutan Qiamulail bukanlah sesuatu yang mudah melainkan semuanya dipermudahkan allah untuk melaksanakannya. Seluruh  gerak geri manusia, akal,jiwa dan pancaindera berfokus kepada ayat-ayat al-Quran, suara-suara dikelilingnya menjadi senyap sepi, mata menjadi tenang..di ketika itulah kamu bermunajat kepada Rabbmu, mengadu segala kekurangan dan kelemahan sehingga allah mengangkat segala kesusahan dan melepaskan derita sengsaramu.
  • Qiamullail memberikan bekalan kekuatan jiwa yang agung. Kamu dapat berdepan dengan segala kepayahan dan kesusahan dan menghadapi para penipu dan penzalim.
  • Dengan Qiamulalil kita merasai kebersamaan dengan allah dan mendapat perlindungan dan kecintaannya. Siapa yang mendapat kecintaan dan kasih saying allah akan terpelihara dari segala kejahatan musuh.
  • Firman allah :

فَاللّهُ خَيْرٌ حَافِظًا وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ﴾ يوسف: من الآية 64)

[Allah adalah sebaik-baik penjaga dan Dialah yang sebaik-baik Maha Penyayang antara para penyayang]

 كَذَلِكَ لِنَصْرِفَ عَنْهُ السُّوءَ وَالْفَحْشَاءَ إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُخْلَصِينَ 

(يوسف: من الآية 24).

[Demikianlah kamu jauhkannya dari segala keburukan dan kejahatan. Sesungguhnya dia [Yusuf] adalah dari kalangan hamba-hamba kami yang jujur.]

  • Ketinggian iman
    • Iman akan menjadikan kita merasai izzatul iman bukan izzah dengan segala taghut. Imanlah yang memberikan pemilik risalah ini segala kekuatan dan menjaga dari penyakit lemah berdepan dengan tipudaya musuh-musuh allah.

وَلاَ تَهِنُوا وَلاَ تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

(آل عمران 139)

[Jangan kamu merasa lemah dan bersedih hati sedangkan kamulah yang paling tinggi kedudukannya disisi allah  jika kamu beriman..]

  • Kita adalah pemilik agung kepada risalah islah dan taghyir. Ini adalah projek Islam dan kita adalah orang yang melaksanakan sebaik-baik kata dan sebaik-baik amal. [berdakwah]
  • Kita melaksanakan tugas da’ie ilallah di tengan medan siasi. Tidak mungkin kita dapat melaksanakan tugas ini melainkan dengan kita memiliki jiwa yang tenang, jauh dari merasai segala kesempitan dan kesusahan sedangka para musuh allah tidak malu-malu mempertahankan kebatilannya.
  • Bagaimana pula dengan sikap sang daie yang merasai malu  untuk menyampaikan risalah kebenaran sedangkan dia adalah manusia yang memiliki kebenaran manakala si batil tadi berbangga pula menyampaikan kebatilannya tanpa malu-malu.
  • Keimanan kepada qodar
    • Imanlah yang mengurniakan kepada pemilik dakwah kekuatan bersikap positif  berdepan waktu-waktu kritikal dan penuh ujian.
    • Seorang daie tidak disibukkan untuk menafsirkan sebab-sebab  munculnya  ujian-ujian tersebut itu..ini..Ambillah pengajaran yang berguna di sebalik ujian dan jauhkanlah dari segala perkara yang membawa kepada kelemahan.
    • Kita perlu yakin dan meletakkan semua yang berlaku dibawah Qoda’ dan pengawasan Allah SWT.
    • Manakala natijahnya adalah diluar zon tanggungjawab kita. Kita dituntut melipat gandakan usaha kita terutama berdepan dengan segala jentera musuh [3M-Money, Media, Mechine] untuk mengambil peluang ke atas kita :
    • Ingatlah pesan Harun a.s kepada Nabi Musa a.s

فُلا تُشْمِتْ بِيَ الْأَعْدَاء﴾ (الأعراف: من الآية 150)

[ Janganlah Engkau jadikan musuh bergembira melihat kemalangan yang menimpa aku..]

Akhlak yang praktikal di dalam diri

  • Antara akhlak amali sebagai seorang petugas jamaah yang perlu dilakukan sepanjang gerak kerja pilihanraya ialah :

1. Wafa’ [kesetiaan ] – setia kepada Bai’ah dan setia pada janji-janji menepati masa pertemuan kita.

أَوْفُوا بِالْعَهْدِ إِنَّ الْعَهْدَ كَانَ مَسْئُولًا﴾ (الإسراء: من الآية 34)

[Sempurnakan janji-janji kamu sesungguhnya setiap janji itu pasti akan dipertanggungjawabkan..]

2. Meninggalkan apa yang tidak ada kaitan dengan kita.

قال صلى الله عليه وسلم: “من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه” :الترمذي

[ Antara kebaikan Islam ialah seorang itu meninggalkan apa yang tidak kena mengena mengenainya]

3. Tinggalkan dari banyak berbicara.

قال صلى الله عليه وسلم: “كفى بالمرء كذبًا أن يحدث بكل ما سمع” :مسلم.

[ Cukuplah seseorang itu menjadi pendusta apabila dia berbicara apa yang dia dengar..]

4. Menjaga lidah. Orang mukmin bukan tukang laknat dan tukang keji.

مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ (18) :ق.

[ Tidak seseorang mengucapkan kata-katanya melainkan disisinya ada seorang Malaikat yang mencatatnya…]

  • Seorang daie yang berakhlak dengan sifat ini dan tertanam di dalam jiwanya sebagai orang dakwah dan pejuang risalah kebaikan dan cahaya pada umat menjadi , ma’aani ini menjadi injap ketenangan berdepan perang saraf [psikologi] dari musuh-musuh dakwah. Ia juga menjadi kunci robbani menjaga keselamatan gerakan dakwah kita.

 Asas 2 : Qudwah yang mengesani

  • Banyak kisah keteladanan unggul Nabi Yusuf a.s tercatat di dalam Manaqibnya. Antara yang menarik adalah pujian al-Quran kepada 2 ciri yang menonjol padanya iaitu :

إِنَّا نَرَاكَ مِنْ الْمُحْسِنِينَ :يوسف: من الآية 36

مَا عَلِمْنَا عَلَيْهِ مِنْ سُوءٍ﴾ :يوسف: من الآية 51)

  1. Bersifat Ihsan [ surah yusuf : 36]
  2. Bersih peribadinya. [ Surah Yusuf : 51]
  • Dua sifat ini menjadi ciri penerimaan manusia dan mereka redha kepadanya. Tidak ada pada diri Nabi Yusuf sedikitpun sifat riya’.

Adakah kita miliki contoh unggul seperti ini.

Adakah kamu menjadi bualan manusia tentang kemuliaan sifat ini pada diri kamu ?

Adakah kamu memberikan manfaat kepada orang yang berada disisimu melalui perbuatanmu sehingga mereka membenarkan kata-kata kamu ?

Adakah kita menjadi lebah seperti yang digambarkan di dalam hadis nabi s.a.w. “orang mukmin seperti seekor lebah yang memakan yang baik-baik, mengeluarkan yang hasil yang baik, hinggap pada tempat yang baik..tidak merosak dan membinasakannya…”

  • Antara sifat terpuji yang ada pada Sang Lebah yang boleh dijadikan teladan kepada kita sebagai da’ie ialah :
    • Berani dan sentiasa terkedepan, berkorban jiwa dan raga demi untuk kelansungan sel dan sarangnya, cintakan kerja berpasukan [amal jamaie], kerja secara sengap dan tidak merungut dan mengeluh, tidak mengharap pangkat dan kedudukan, bekerja dan terus bekerja serta tahu bahawa penamatnya hidupnya adalah kematian, tidak menyakiti maklhuk lain kecuali jika makhluk tersebut menyerang, menghalang usaha dan merosakkan sarangnya..terus bekerja tanpa henti,tidak bertangguh-tangguh, tidak hinggap pada tempat yang kotor dan busuk dan tidak suka pada yang busuk.
    • Sebahagian manusia benci pada lebah dan tidak suka kepada madu. Tapi majoritinya menerima dan akur kepada kebaikan lebah. Apabila  lidah mereka ditimpa kesakitan , rasa manis madu bertukar menjadi pahit. Begitulah sebahagian orang mukmin..pandangan dan persepsi mereka berlawanan, mereka melihat kebaikan sebagai satu kejahatan, kebenaran sebagai kebatilan, cahaya sebagai satu kegelapan sehingga kemanisan iman menjadi satu kepahitan di lidah mereka..kita adalah ibarat Sang Lebah bagi mereka ini..kita menjadi ubat dan penawar sehingga mereka nampak hakikat kebaikan lebah dan kejelasan iman.

    Asas 3 : Sentiasa memberikan sumbangan khidmat bakti penuh sukarela, memberikan pelayanan terbaik tanpa ada titik perselisihan dan perbalahan.

  • Allah berfirman di dalam al-Quran  :

وَلاَ تَنَازَعُواْ فَتَفْشَلُواْ وَتَذْهَبَ رِيحُكُم﴾ :الأنفال: من الآية 46)

Maksudnya  :“ Jangan kamu berselisih dan berbalah nescaya kamu akan gagal dan hilang segala kekuatan kamu..”[al-anfal : 46].

  • Perselisihan sesama kita membawa kepada kegagalan dan kelemahan. Ia adalah satu bentuk kejahatan dan akan membawa kepada :
    • Kecaman dan celaan musuh
    • Mad’u melarikan diri dari kita
    • Tidak mencapai matlamat yang ditetapkan.
  • Pesan Rasulullah SAW kepada Abi Musa al-Asyaari dan Muaz r.a ketika dihantar sebagai daie di Yaman : “ Hendaklah kamu menyumbang, memberikan khidmat pelayanan kepada mereka secara sukarela tanpa meminta ganjaran bukan berselisih dan berbalah dengan mereka..”.
  • Di dalam satu hadis  yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dari Ibn Mas’ud r.a bahawa Nabi SAW pernah bersabda : “Mahukah aku khabarkan kepada kamu orang yang diharamkan dari sentuh api neraka?, dalam satu riwayat : “ diharamkan ke atas orang yang  menyantuni dan mendekati orang lain,bersikap mudah dan lunak terhadap  orang lain dari disentuh api neraka..”.
  • Dalam hal solat, Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud :                      “Betulkanlah kesalahan di dalam meluruskan sof dan berlemah lembutlah melalui isyarat tangan saudara-saudara kamu..dan janganlah kamu membuka peluang kepada syaitan..” [Abu Daud dan disohihkan oleh al-AlBani].
  • Hadis ini bermaksud jika ada sof yang tidak lurus dan sempurna dan ada orang yang mahu membetulkannya, maka orang yang solat itu perlu menunjukkan isyarat tangan secara lembut, tidak bersikap kasar dan keras.
  • Kalaulah di dalam soal solat pun nabi saw menyeru kita bersikap lembut apatah lagi jika di dalam hal-hal lain di dalam kehidupan. Ia adalah seruan menumbuh, membangkit dan menyuburkan semangat kasih sayang, memberika segala sumbangan tanpa mengharap  habuan, menjauhi sifat keras, kasar dan fanatik kepada pendirian masing-masing.
  • Jika kamu dapati ada dari kalanagn saudara kamu yang bersikap dingin terhadap kamu, bukanlah masanya untuk mencela, bermusuh atau berdendam. Tetapi berikanlah ruang kepada orang yang terkedepan berada di hadapan terutama dalam hal jihad, kebaikan dan kelebihan.
  • Bukan masanya untuk kita bertanya..tidakkan kamu lihat ?..kalau begitu..untuk apa dia berkata demikian, …kenapa tidak…, kenapa ya.., bagaimana?…mana hak saya!…,semua ini akan membuka pintu –pintu syaitan.
  • Ambil sikap dan pesanan Abu Ubaidah al-Jarrah apabila melihat orang Islam berselisih pendapat di dalam peperangan Zat Salasil. Beliau paham ia akan membawa kekalahan dan membuka ruang musuh menewaskan umat Islam. Lantas dia bersegera menamatkan perbalahan tersebut . Dia bersedia menjadi tentera kepada Amru bin al-“Aas sebagai menyahut pesanan Rasulullah SAW : “jangan kamu berbalah..”.

Asas 4 : Gerakan yang berdiri atas asas Basiroh [ pandangan yang jelas]

  • Ini beradasarkan taujih al-Quran yang bermaksud :

قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ 

Katakanlah (wahai Muhammad) : Inilah jalanku, aku mengajak kamu ke jalan allah di atas landasan basiroh, aku dan orang yang bersama mengikutiku, maha suci allah aku bukan dari kalanagn orang yang musyrik..”[ Yusuf : 108]

  • Basiroh [pandangan yang berdiri atas asas yang jelas & betul ] ini merangkumi :
    1. Basiroh ilmiyah [ sudut ilmu]
    2. Basiroh tanzimiyah [ sudut organisasi]
    3. Basiroh bil waqi’ [ sudut realiti]
    4. Basiroh bil wasilah [ sudut cara dan teknik]
    5. Basiroh fil khitob [ sudut pengucapan, intipati dan sasaran khitob]
    • Ia adalah satu gerakan yang sistematik, berobjektif dan terpandu.
    • Untuk memastikan gerak kerja siasi, dakwah dan seruan kita mencapai pandangan yang tepat dan jelas [basiroh], maka perle kepada perkara berikut.
      • Sedar tentang sunnah al-kauniyah : ambil manfaat dari ilmu-ilmu moden dan terkini terutama eksploitasi kemajuan teknologi seperti menggunkan Handphone, Internet, media maya, jaringan maya dan sebagainya. Ia adalah sunnah yang allah sediakan untuk kita menggunakan untuk manfaat dakwah dan Islam.
      • Mendedah dan menyelidiki kebobrokan medium propaganda dan dan tipudaya musuh terhadap dakwah kita. Ini berdasarkan tindakan Rasulullah SAW mengarahkan Huzaifah al-Yamani menjadi pengintip dan penyiasat di dalam peperangan al-Ahzab.
      • Membebaskan diri dari terperangkap di dalam kancah peperangan yang tidak penting [sampingan-sekunder]. Jangan kita sibuk dengan cakap-cakap kosong musuh atau melayan rentak media massa atau cakapan orang awam. Jangan kita buang masa untuk menjawab segala perkataan dan tohmahan yang merperdayakan kita sehingga memesong kita dari  menumpukan kepada strategi dan cara kita, yang memporak perandakan usaha kita, mengabaikan perhatian kita terhadap tugas kita. Kita sebenarnya ada risalah yang jelas dan agung yang perlu kita sampaiakn pada umat kita…

Asas 5 : Menjadi Daie Dinamo bukan Daie Bateri

  • Dua-dua benda ini mengeluarkan cahaya,arus dan menjana elektrik namun kedua-duanya berbeza. Bateri perlu dicas dan mengambil tempoh masa tertentu. Bila habis sahaja casnya maka ia pun tidak boleh digunakan lagi. Sebaliknya berbeza dengan dinamo. Dinamo perlu hanya perlu kepada kepada langkah awal (mula) sahaja untuk mengaktif dan menggerakkannya. Selepas ia akan  menjana arus elektrik dengan menghasilkan cahaya. Ia tidak akan berhenti  kecuali jika ia terbakar atau ada orang yang akan menutup suisnya yang mengarus elektriknya dan perlu diulang semuala cara menghidupkannya.
  • Begitulah dua watak yang berbeza antara ‘daie bateri’ dan ‘daie dinamo’. Daie bateri akan sentiasa perlu dicas sedangkan daie dinamo akan terus bekerja tanpa henti kecuali jika ada insiden yang mematikan fungsinya.
  • Ini bermaksud seorang daie yang memikul tanggungjawab risalah akan meneruskan tugasnya walaupun dia keseorangan di medan perjuangan. Peranannya ialah memenangkan risalah ad-deen dan mengembangkannya sebagai mana kata Rubie bin Amir : “ Allah telah membangkitkan kami untuk mengeluarkan manusia dari perhambaan sesame manusia kepada perhambaan kepada Allah sahaja, dari penindasan ajaran selain Islam kepada keadilan Islam ..”.
  • Rub’ie tidak sebut, Allah mengutuskan ke atas kita seorang Rasul tetapi menegaskan bahawa ke atas kita menunjukkan bahawa kita adalah pemilik risalah agung ini. Andalah pembawa dan pengibar panji risalah ini samada sebagai calun pilihanraya atau sebagai petugas pilihanraya sehingga ungkapan ini membumi dan membenam di dalam jiwa raga kita.
  • Lihatlah bagaimana Imam al- Bana menggambarkan lelaki-lelaki Mujahid sebagai :

“seorang yang membuat persiapan untuk dakwahnya, memahami dakwahnya dengan hati dan jiwa, sentiasa berfikir untuk dakwahnya dan sentiasa bersiap sedia. Jika dijemput, dia akan hadir dan apabila diseru dia akan menyahut. Pagi, petang, cakapnya, serius dan guraunya tidak melampaui medannya. Dia tidak mengambil peranan selain dari agenda perjuangannya”.

“Engkau dapat membaca kesakitan yang disembunyikan pada raut wajahnya, kilauan matanya, ungkapan lidahnya serta getaran hatinya. Engkau dapati pada dirinya keazaman yang benar, keinginan yang tinggi dan matlamat yang jauh”.

  • Katanya Imam al-Bana : “ manakala  seorang yang menggelarkan dirinya sebagai sang pejuang, hanya tidur untuk memenuhi kelopak matanya, makan memenuhi nafsu perutnya, ketawa berlebihan, dia menghabiskan masanya untuk berhibur, bermain, pada perkara yang sia-sia dan membuang masa. Maka alangkah jauh sekali dia dari memperolehi kemenangan dan kejayaan atau dikalungkan gelaran sebagai seorang pejuang [Mujahid].”

Asas 6 : Sentiasa sedar

  • Sedar’ di sini bermaksud tidak alpa dan lalai, meninggalkan hal-hal yang membuatkan kita lupa dan alpa. Pejuang risalah bukan pejuang yang semberono dan diperalatkan, tidak tahu apa yang berlaku disekelilingnya atau  tidak sedar segala rencana yang menentangnya.
  • Umar R.A pernah berkata : “ aku bukanlah orang yang berpura-pura baik, dan sikap berpura-pura baik itu menipu aku..aku juga bukanlah orang yang selalu ditipu dan melakukan tidu daya ..akan tetapi orang mukmin adalah orang yang bijak dan pintar..tidak harus seorang mukmin jatuh ke dalam lubang sengat dua kali..”
  • Sedar di sini ialah memiliki cara gerak kerja yang tersusun, halus dan senyap, tidak bising-bising dan kecoh. Ia bukan gerakan yang menyebar debu-debu kerosakan juga tidak membawa apa-apa faedah. Allah berfirman di dalam surah al-Kahfi ayat 19 :

وَلْيَتَلَطَّفْ وَلَا يُشْعِرَنَّ بِكُمْ أَحَداً

dan hendaklah dia berlaku lembut dan janganlah ia memberi tahu kepada seseorang pun tentang keadaanmu..”[Al-Kahfi : 19]

Asas 7 : Disiplin

  • Disiplin di dalam amal pilihanraya bermaksud setiap ahli berpegang kepada disiplin berorganisasi [indhibat tandhimi] dan memberikan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada keputusan syura dan pimpinan organisasi.
  • Antara contoh amali disiplin tandhimi ialah :
  • Meminta Izin [Isti’zan]
      • setiap petugas sentiasa membiasakan diri untuk mengambil pandangan atau pendirian sebelum melaksanakan apa-apa tugasan siasi dan menjauhkan diri dari berpegang kepada pandangan peribadi . Lihatlah di dalam kes Perang Khandak, bagaimana Rasulullah SAW diperintah meminta ampun  untuk mereka yang meminta izin di dalam keadaan baginda seorang yang memang diberi hak memaaf. Bagaimana pula dengan orang yang lewat dan terkebelakang tanpa meminta izin dan tanpa ada lasan yang munasabah ?
      • Firman Allah : [An-Nur ayat 62]

        —إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَإِذَا كَانُوا مَعَهُ عَلَى أَمْرٍ جَامِعٍ لَمْ يَذْهَبُوا حَتَّى يَسْتَأْذِنُوهُ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَأْذِنُونَكَ أُوْلَئِكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ

        “Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman ialah mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya, dan apabila mereka berada bersama-sama Rasulullah  dalam sesuatu urusan yang memerlukan perhimpunan, mereka tidak meninggalkan Rasulullah sebelum meminta izin kepadanya. Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kepadamu (wahai Muhammad) itulah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya.” (an-Nur: 62)

      • Ada perbezaan antara meminta izin untuk melakukan apa-apa kerja atau tugasan dan memberi alasan dari melakuakn apa-apa tugasan.
      • Memberikan alasan untuk tidak melaksanakan tugas dibenarkan dengan dua syarat :

1. Alasan yang benar yang diiringi dengan nasihat dan taujih agar turut serta berjihad. Sifat memberikan alasan itu bukan perangai yang sudah sebati dengannya.

3. Ada perasaan kesedihan dan kesesalan pada diri orang yang memberikan alasan atas kecuaian dia melakukan perkara kebaikan.

  • Ibnu Asyur ketika mengambil pelajaran dari kaedah ini menyatakan bahawa ayat ini menjadi sandaran asal di dalam system berjamaah untuk kepentingan ummah. Ini kerna sunnah menuntut bahwa setiap perjumpaan perlu ada seorang ketua atau pemimpin yang mengurus urusan permesyuaratan ini. Sunnah juga menyatakan bahawa tidak akan berkumpul jamaah melainkan dengan perintah dan arahan dari seorang ketua. Ketua itu kedudukannya sama dengan Nabi SAW yang bertindak mengurus urusan umat Islam. Tiada ada yang akan keluar dari majlis pertemuan melainkan dengan kebenaran dan izin Rasulullah SAW. Ini kerana kalaulah baginda SAW menjadikan perkara [sikap] menyelinap keluar dari majlis perjumpaan atas tujuan bagi memenuhi kehendak orang yang hadir maka ia akan menjadi pintu untuk meleraikan pertemuan atau perjumpaan tanpa menghasilkan apa-apa faedah dari perjumpaan tersebut.
  • Mengiktiraf kelemahan dan kesalahan
    • Segera memberi tahu segala kelemahan dan kesilapan jika berlaku demi menjauhkan dakwah dari membawa kesan-kesan negatif walaupun perlu kepada penangguhan sedikit gerak kerja dan keputusan yang perlu di ambil.
  • Interaksi yang baik terhadap segala informasi .

Perlu ada interaksi yang baik terhadap informasi yang diperolehi atau yang disampaikan, bagaimana atau bila. Kita perlu berakhlak dengan akhlak ‘Hazar’ [Sikap Berhati-Hati] Rujuk an-Nisa ayat 83.

  • Seimbang antara sentimen emosi dan kerasionalan akal.
  • Jangan kita berinteraksi terhadap pendirian atau peristiwa atau individu dengan sentimen emosi yang melulu tanpa mencapai apa-apa tindakan seterusnya. Tidak juga dengan rasional akal yang tidak mampu menambat jiwa dan menyatukan kasih sayang.
    • Seorang daie perlu bertindak sebagaimana ungkapan al-Bana : “Kekangkan gejolak jiwa dengan pandangan akal, manakala sinarilah ketajaman akal dengan perasaan yang membara…jadikanlah imaginasi berpijak dengan hakikat dan realiti…dan bumikan kenyataan dalam imaginasi yang terang dan hidup… jangan kamu menyeleweng sedikit pun pasti kamu akan tergantung mendapat kemenangan..jangan kamu bertembung dengan hukum alam… nati kamu akan ditewaskan tetapi kuasainya…dan pergunakanlah ia dan ubahlah arusnya dan mintalah pertolongan sebahagiannya akan sebahagian lain..dan nantikanlah waktu kemenangan…ia amat hampir dan dekat dengan kamu..maka kamu tidak akan mendapatkan perubahan bagi Allah, dan tidak pula menemui penyimpangan bagi ketentuan Allah..”[Al-Faatir ayat 43 ]
  • Berjalanlah tanpa rasa jemu…bekerjalah tanpa rasa bosan…kedudukan di sini bukan terbuka luas untuk bicara yang panjang yang tidak membuahkan hasil tetapi cukup dengan isyarat bagi mereka yang bijaksana…

arnab dan kura 1

Ada satu kisah menarik yang sering kita dengar dari ibu bapa kita sejak kecil. Begitu juga guru-guru kita selalu menceritakannya semasa kita di bangku sekolah. Kisah si kura-kura berlumba lari dengan si arnab. Kisah ini cukup memberikan pengajaran kepada perjuangan dan dakwah kita.

Memang sang kura-kura dijadikan allah makhluk yang ditakdirkan lambat berjalan. Begitu juga sang arnab diciptakan allah  sebagai makhluk yang pantas berlari. Namun apabila berada di medan persaingan yang sebenar, sang arnab tewas di tangan sang kura-kura sehingga timbul pepatah melayu berbunyi “ Biar lambat asal selamat”.

Si arnab kalah dalam perlumbaan ini bukan kerana  ia tidak berlari laju dan pantas tetapi dek kerana kealpaan dan kelalaian serta merasa angkuh dan sombong menyebabkan ia tewas dan kalah.

Begitu juga si kura-kura tadi menang di dalam perlumbaan tadi bukan kerana ia bergerak lambat tetapi kerana dia konsisten dan tidak pernah mengenal titik rehat dan henti di dalam perjuangan.

Begitulah kita sebagai pejuang dan pendakwah di jalan allah yang berjuang di medan amal. Kekadang kita perlu bergerak pantas dan memecut laju di medan persaingan amal yang terbuka asalkan pecutan kita itu tidak diiringi sifat takbur, riak dan memandang remeh kepada amal orang lain. Sememangnya dakwah dan perjuangan ini menuntut kita melaju dan proaktif kerana mereka yang lambat akan berada di belakang.

Hakikatnya hidup kita ibarat roda. Ada kala kita di atas dan ada kala kita di bawah. Kita tidak selamanya akan terus berlari, namun kita juga tidak boleh berhenti di dalam berjuang. Ini kerana beban amal kita terlalu banyak dan bertambah setiap hari apatah lagi terlalu ramai manusia memerlukan sumbangan dakwah kita.

arnab dan kura 2Kalau kita mahu berubah menjadi sang kura-kura. Jadilah sang kura-kura yang sebenarnya. Kura-kura yang terus berjalan kerana tidak mampu lagi untuk berlari. Kura-kura yang terus menerus berjalan dan berjalan tanpa henti bukan kerana ia malas. Inilah yang menjadikan sang kura-kura tadi menang di dalam perjuangannya. Orang yang suka berehat dan berhenti serta alpa dengan kehebatan diri dia akan kalah walaupun ia kuat berlari atau melaju di awal perjuangannya. Ini kerana hakikat kemenangan di dalam perjuangan dan dakwah ini adalah untuk mereka yang istiqomah dan konsisten di atas jalan juang ini.

Inilah ibrah besar  dan bekal berguna buat kita di dalam perjuangan dakwah ini.

  1. Kita sebagai da’ie perlu segera, pantas dan laju melaksanakan amal-amal dakwah tetapi penuh konsisten , istiqomah tanpa mengenal erti malas dan jemu.
  2. Kita perlu optimis melihat masa depan perjuangan ini walaupun jalan yang kita tempuh panjang, berliku dan lambat hasilnya.
  3. Dalam dakwah tidak ada istilah pencen, berhenti atau rehat. Tiada istilah rehat di dalam kamus perjuangan seorang daie sebagaimana pesan Imam Ahmad bin Hambal  “Kerehatan yang sebenar ketika kali pertama kamu melangkah ke dalam syurga”.
  4. Perkara yang melambatkan kemenangan kita di jalan dakwah ialah apabila diri kita dilekakan dengan penyakit mazmumah, ujub,sombong,tidak ikhlas,complacent,suka bertangguh, malas, leka dan sikap meremehkan  amal dan usaha orang lain.
  5. Menjauhi sifat al-‘ajalah [tergesa-gesa] sebelum tiba masa memetiknya. Ini kerana sifat tergesa-gesa adalah dari sifat syaitan. Imam al-Bana mengingatkan para du’at akan bahaya sifat ‘ajalah di dalam ungkapannya yang ditujukan kepada mereka yang bersemangat. Katanya :”Jalan kamu ini sudah ditentukan langkah-langkahnya dan batasan sempadannya. Aku tidak akan melanggar batasan sempadan ini yang aku telah yakin sepenuhnya bahawa ia adalah jalan paling selamat untuk menyampaikan kepada matlamat. Ya mungkin jalan ini agak panjang dan jauh, tetapi tiada jalan selainnya. Kelakian hanya akan terserlah dengan sabar, betah menahan penderitaan, bersungguh-sungguh dan amalan berterusan. Sesiapa di kalangan kamu ingin memetik buah sebelum masak atau bunga sebelum mekar, aku tidak akan bersamanya sama sekali. Lebih baik baginya untuk beredar daripada dakwah ini kepada dakwah lain. Sesiapa yang sanggup bersabar bersamaku sehingga benih yang disemai tumbuh dan pohon yang ditanam membesar lalu menghasilkan buah yang boleh dimakan, lalu tibalah masa memetiknya, maka ganjarannya terserah kepada Allah. Insya Allah sama-sama kita memperoleh ganjaran orang-orang yang berbuat kebaikan iaitu: sama ada kemenangan dan kekuasaan, atau syahadah dan kebahagiaan.Kekanglah keliaran emosi dengan pandangan akal, dan sinarilah kilatan akal dengan gejolak emosi..”
  6. Perjuangan kita akan dimenangkan allah dengan syarat kita memiliki sifat istiqomah,sabar walau jalannya lambat tapi terus bergerak ke hadapan, jelas matlamat perjuangan dan memiliki jiwa-jiwa yang bersih dari segala karat marat jahiliah. Ini kerana sombong dan ujub adalah sifat-sifat jahiliah yang perlu ditinggalkan oleh seorang daie.
  7. Seorang daie perlu berfikir sebagai minda sang juara, minda si pemenang walau dia menyakini jalan dakwah ini berliku  dan beronak duri. Allah melihat kepada usaha dan amal kita, bukan pada hasil dan natijah.

Janganlah kita menjadi pejuang yang takut untuk berlari laju seperti sang arnab.

Tetapi jadilah kita seperti  sang kura-kura yang perlahan bergerak tapi istiqomah di dalam perjuangan.

Di dalam surah Fussilat ayat 30, allah berfirman dengan maksudnya :

“ Sesungguhnya mereka yang berkata :”Tuhan kami adalah Allah lantas mereka ISTIQOMAH.., maka malaikat-malaikat akan turun merahmati mereka, bahawa mereka tidak merasa takut dan sedih dan berikanlah khabar gembira tentang balasan Syurga yang dijanjikan..”

Intima’ atau penggabungan ke dalam mana-mana Harakah Islamiah adalah merupakan perkara pokok dan domain bagi memastikan kelangsungan gerakan islam. Intima’ atau penggabungan  ini adalah penggabungan seorang akh ke dalam Harakah Islamiah secara aqaidi [ berdiri atas keimanan dan prinsip], bersifat kulliy [total], berciri masiri [ untuk selama-lamanya] yang melibatkan intima’ fikri, intima’ harakiy @ tandhimi dan juga intima’ syuuri.

Syeikh Fathy Yakan menyatakan :

Dia mengetahui bahawa penggabungannya ini bukan sekadar penggabungan berdasarkan kelahiran atau warisan. Tetapi dia memahami Islam dan memahami bahawa bekerja untuk Islam adalah isu paling genting yang menentukan kesudahan dirinya; Islam dan bekerja untuk Islam merupakan risalah hidupnya, di mana dia diciptakan untuk melaksanakan risalah tersebut di dunia ini. Begitu juga, kebahagiaan dirinya di dunia dan akhirat hanya tercapai dengan memberikan komitmen kepada Islam dan melaksanakan tuntutan Islam. Sebarang pelanggaran atau kecuaian dalam perkara ini akan diikuti oleh dosa, perhitungan amal dan pembalasan”

Intima’ ini menjadikan setiap akh yang menggabungkan dirinya di dalam jamaah memiliki wa’yu kulli [kesedaran total] dan basiroh wadhihah [kejelasan ] sehingga akh ini menjadi rakaiz islamiah kepada jamaah. Penggabungan ini menjadikan akh tadi meleburkan kepentingan peribadi untuk kepentingan jamaah [ izabah maslahah syaksiah li maslahtil jamaah] sehingga ia mengerahkan seluruh potensi diri, jiwa raga, pemikiran untuk mencapai objektif jamaah ke arah mencari mardhatillah demi merealisasikan tamkin deenilillah di muka bumi. Untuk itu akh tadi wajib percaya [ seqah] dengan matlamat, wasilah dan jalan amal yang digariskan oleh jamaah mengikut adab-adab amal jamaie iaitu ukhuwwah, tsiqah, taat, syura, istisyarah, isti’zan, indhibat, amal kerahsian dan terbuka serta tanasuh. Intima’ ini lahir dari hati yang rela dan sedar akan adabiyat harokiyyah dan kewajipan memahami bahawa menegakkan Islam perlu secara amal berjamaah [amal kolektif] sehingga dia tajarrud untuk dakwah dan fikrahnya.

Intimak fikri bermaksud seorang akh yang menggabungkan dirinya ke dalam jamaah perlu mengikat pemikirannya mengikut neraca jamaah, pandangan dan syura jamaah yang diputuskan mengikut adabiyat syariyyah dan adabiyat tandhimiyah. Ini bagi mengelakkan berlaku perselisihan pendapat dan kecelaruan aliran fikrah yang akan mewujudkan tanzim di dalam tanzim. Ia juga menghasilkan wehdatul fik [kesatuan pemikiran] di dalam menangani mana-mana isu dan menggarap polisi-polisi jamaah.

Intima’ Harokiy atau Tandhimi pula ialah bermaksud seorang akh perlu mengikat dirinya dengan peraturan kerja jamaah [adabiyat harokiyah @ tandhimiyah] serta berpegang kepada 10 arkanul Bai’ah. Keterikatan ini menjadikan akh adalah seorang yang berdisiplin, mengutamakan keputusan-keputusan jamaah, melaksanakan tugas jamaie dan tandhimi secara sempurna dan mengelakkan jamaah kepada perpecahan dan lambat mencapai objektifnya.

Manakala intima’ syu’uri ialah setiap akh memiliki rasa kebersamaan, rasa kekitaan di dalam menjayakan agenda jamaah. Syu’ur ini terbit dari kedalaman rasa ukhuwwah dan thiqah yang tinggi terhadap para pimpinan dan sesame ahli. Tahap yang paling rendah ialah salamatus as-sadr [berlapang dada] manakala martabat tertinggi ialah ithar. [ mengutamakan saudaranya melebihi dari dirinya ].

Intima’ jamaie mestilah lahir dari kejelasan titik tolak yang suci [ wudhuh sofa’ al-ibtidak] bagi memastikan akh tadi memberikan sumbangan dan thabat intima’nya. Tanpa titik tolak yang betul akan terdedah kepada gejala inhirof [ penyelewengan], kegelinciran  dan futur. Kata salafussoleh :

“ Ma dholla ahadukum fi toriq illa bi fasadil ibtida’, fa inna fasadal ibtidak yuathiru fil intihak..”

[ Tidaklah sesat atau menyeleweng salah seorang dari kalangan kamu di jalan ini kecuali bermula dari permulaan yang salah, kerana permulaan yang salah akan mempengaruhi pada pengakhirannya..]

Justeru, mana-mana akh yang menggabungkan dirinya ke dalam jamaah perlu mengingatkan dirinya saat dia melangkah ke hari pertama bersama gerombalan jamaah ini. Adakah dia bersama jamaah ini dengan tujuan-tujuan peribadi yang lain, atau sekadar meraih sokongan dan populariti atau mendapat habuan pangkat dan jawatan atau sebagainya. Intimak ini mestilah lahir dari asas syarie iaitu berpaksikan dorongan al-quran dan taujihat nabawiyah yang meng’asolah’kan kesyari’yyahannya berintimakkan di dalam  jamaah.

Intimak’ ini bermaksud seorang akh bersedia untuk tenggelam dan larut di dalam lingkungan amal islami secara berjemaah dan tersusun. Akh tadi menjadi anggota kepada Harakah  Islamiah yang dia menyakini risalah jamaah tersebut dan berusaha mencapai makna intimak kepada jamaah tersebut dengan menyempurna dan memenuhi tuntutan dan syarat-syarat penggabungan tersebut.

As-Syeikh Mustafa Mahsyur di dalam bukunya ‘Bainal Qiyadah wal Jundiyah’ menjelaskan tuntutan intima’ jamaie seperti berikut :

1.     Beriman Kuat dengan Amal Jamaie dan Tuntutannya

Syarat ini menuntut agar tugas ini menguasai dirinya dan menjadi fokus utamanya. Dalam perkara ini, kami bawakan kata-kata as-Syahid Hasan al-Banna:

“Sesungguhnya tugas seorang Islam sejati dijelaskan oleh Allah Tabaraka wa Ta‘ala dalam satu ayat al-Quran, kemudian diulang oleh al-Quran dalam beberapa ayat. Ayat yang meliputi tugas orang Islam dalam kehidupan tersebut ialah firman Allah Tabaraka wa Ta‘ala:

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu: “orang-orang Islam” semenjak dahulu dan di dalam (al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifat-Nya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. (al-Hajj: 78)

2.       Meletakkan Segala Urusan Kehidupannya untuk Kepentingan Amal Da’wah

Segala urusan peribadinya seperti pekerjaan, tempat tinggal, perkahwinan, permusafiran dan lain-lain adalah tunduk kepada kepentingan da’wah, di mana semua perkara tersebut tidak melemahkan produktivitinya untuk da’wah.

Dia juga perlu menyiapkan diri dalam segala aspek dan elemennya agar menjadi alat yang efektif dan baik untuk jama‘ah merealisasikan objektif dan cita-cita yang diidamkan. Berkenaan pengertian ini, as-Syahid Hasan al-Banna berkata:

Sesungguhnya Islam berhajat kepada individu mempunyai perasaan yang peka merasai kecantikan dan keburukan, ketajaman akal yang sahih mampu mengenal betul dan salah, kemahuan yang tegas, tidak lemah dan berlembut dalam soal kebenaran dan jasmani yang sejahtera mampu melaksanakan bebanan kewajipan kemanusiaan dengan sebaik-baiknya. Dia menjadi alat yang baik untuk merealisasikan kemahuan yang baik, membantu kebenaran dan kebaikan”

3.       Mempastikan Keikhlasan Niatnya Demi Allah

Seorang Akh yang memiliki komitmen jamaie akan menjadikan percakapan, perbuatan dan seluruh jihadnya meletakkan tujuan untuk Allah, mencari keredhaan dan ganjaran baik-Nya. Dia tidak memandang kepada keuntungan, keterampilan, kemegahan, gelaran, kemajuan atau kemunduran. Ini bermakna, dia merupakan tentera akidah dan gagasan, bukan tentera sesuatu tujuan dan kepentingan. Kerana Allah Ta‘ala hanya menerima amalan yang ikhlas semata-mata kerana-Nya.

4.       Komited dengan Kefahaman Islam yang Sahih dan Syumul

Iaitu kefahaman yang diterima dan dijadikan titik pertemuan oleh jama‘ah, bersih daripada penjuzukan, penyelewengan atau kesilapan. Seorang individu mestilah komited dengan kefahaman ini. Dia tidak boleh mengizinkan kemunculan pelbagai aliran pemikiran yang berbeza di dalam jama‘ah, lalu berlaku perpecahan. Bahkan setiap individu menjadi penjaga yang amanah terhadap kefahaman ini daripada mana-mana penyelewengan atau perubahan.

5.       Komited dengan Jalan dan Langkah-langkah Amal Islam sebagaimana yang Ditetapkan oleh Jama‘ah untuk Merealisasikan Objektifnya yang Agung

Iaitu dengan menyediakan individu Islam contoh dan sebenar, rumahtangga Islam yang komited dengan ajaran Islam dan dibina di atas asas taqwa sejak awal pembentukannya. Begitu juga menyediakan masyarakat Islam yang didokong oleh tunggak yang terdiri daripada individu dan rumahtangga Islam ini. Agar masyarakat ini menjadi tapak yang kukuh lagi kemas untuk kerajaan Islam tertegak di atasnya. Usaha ini disem­purna­kan di peringkat semua bangsa yang menganut Islam. Kemudian semua kerajaan Islam ini bersatu untuk membentuk negara Islam sejagat dikepalai oleh Khilafah Islamiyyah.

6.       Mempersiap dan Meneguhkan Diri untuk Ber­jihad di Jalan Allah dengan Jiwa dan Harta

Dia perlu tahu dengan penuh yakin, pencerobohan musuh Allah tidak akan berhenti dan objektif da’wah tidak akan tercapai kecuali dengan jihad di jalan Allah. Jihad adalah kefardhuan yang terus kekal hingga bila-bila. Oleh itu, dia mestilah sentiasa menyertakan niat jihad dan kecintaan untuk mati syahid secara berterusan. Dia juga mesti mempersiapkan diri dengan komited mempraktikkan sifat orang beriman, agar dia berjaya melaksanakan kontrak perjanjian yang menguntungkan dengan Allah.

Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga… (at-Taubah: 111)

Dia hendaklah berwaspada terhadap tarikan dunia berbentuk keseronokan dan perhiasan, menjauhi pelbagai bentuk kemewahan, kerehatan dan seumpamanya. Supaya dia tidak terdedah kepada rasa keberatan dan cenderung kepada dunia apabila semboyan jihad dibunyikan. Akibatnya, dia menerima siksaan yang amat pedih dan Allah akan menukar­kan­nya dengan orang lain untuk melaksanakan kewajipan jihad. Dia perlu tahu, Allah tidak memerlukan diri dan jihadnya:

Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk. (al-‘Ankabut: 6)

7.       Memiliki Keazaman untuk Berkorban

Iaitu keazaman untuk berkorban sama ada harta mahupun jiwa di jalan meninggikan kalimat Allah dan meneguhkan agama Allah di muka bumi. Dia juga menandatangani kontrak perjanjian yang menguntungkan dengan Allah:

Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga… (at-Taubah: 111)

Di sini Shuhaib ar-Rumi berkata: Ketika saya mahu berhijrah dari Mekah untuk bersama Nabi s.a.w. (di Madinah), Quraisy berkata: Wahai Shuhaib, kamu datang kepada kami dalam keadaan tidak berharta. Kemudian kamu keluar (Mekah) dengan harta kamu. Demi Allah, perkara ini tidak boleh berlaku sama sekali. Saya pun berkata kepada mereka: Apa pandangan kamu jika saya serahkan harta saya kepada kamu, apakah kamu melepaskan saya? Mereka menjawab: Ya. Oleh itu, saya pun menyerahkan harta saya kepada mereka. Lalu mereka melepaskan saya. Saya pun keluar (Mekah) sehingga sampai ke Madinah. Berita ketibaan saya sampai kepada Nabi s.a.w.. Baginda lantas bersabda: Shuhaib telah beruntung. Shuhaib telah beruntung. Baginda mengucapkannya sebanyak dua kali.

Oleh itu, seorang individu mestilah melatih dirinya untuk berkorban dengan apa saja yang mahal dan berharga di jalan Allah, tidak kedekut harta, tenaga, masa, ilmu atau jiwanya untuk da’wah. Kerana da’wah menuntut semua tersebut daripada dirinya, bukan sebahagian sahaja. Kemudian, segala kebaikan yang dipersembahkannya, dia akan mendapatinya di sisi Allah lebih baik dan lebih besar ganjarannya:

8.       Mempersiap dan Menguatkan Diri untuk Tetap Teguh di atas Jalan Da’wah

Dia mempersiapkan diri untuk tidak meninggalkan amalnya di dalam jama‘ah mahupun jihad untuk mencapai matlamatnya, walau betapa lama tempoh, berpanjangan tahun dan banyak halangan. Dia tetap demikian, sehingga bertemu dengan Allah dalam kebaikan tanpa menukar atau mengubah janjinya dengan Allah. Oleh itu, dia mendapat ganjaran orang yang jujur:

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikan­nya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka, dan menyeksa orang-orang yang munafik jika Dia kehendaki, atau Dia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Ahzab: 23-24)

9.       Mengikhlaskan Wala‘ kepada Da’wah

Dia membersihkan diri daripada wala‘ kepada prinsip dan peribadi yang lain daripada da’wah, sekalipun mereka merupakan kerabatnya yang paling dikasihi:

Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya – contoh ikutan yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar): “Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah yang lain daripada Allah; kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata..”(al-Mumtahanah: 4)

Tajarrud (Membersihkan diri daripada kepentingan dan prinsip yang lain daripada kepentingan dan prinsip dakwah, serta dedikasi tanpa berbelah bagi) kepada da’wah Allah ini adalah perkara wajib dan asasi untuk menjamin penerusan amal dan aktivisnya, tanpa terdedah kepada pengabaian dan pembubaran. Ia juga amat diperlukan untuk menghindari berlaku dua wala‘ dan kemudharatan yang akan berlaku berpunca daripadanya.

10.     Menjadikan Slogannya: Baiki Dirimu dan Da’wahlah Orang Lain

Oleh itu dia terus dan sentiasa berusaha meningkatkan dirinya. Usaha ini adalah satu langkah mendekati Allah dan menjadi pembantu untuknya meneruskan perjalanan, mengatasi halangan dan mengelakkan penyimpangan. Dia hendaklah mengambil berat untuk mengambil bekalan taqwa dalam menjalani perjalanan da’wah. Dia mestilah menitik­beratkan penjagaan waktu, teratur dalam urusannya, berguna kepada orang lain, mampu mencari sumber kehidupan, bermujahadah terhadap dirinya, berwaspada daripada dugaan harta, anak, isteri dan lain-lain perhiasan dunia.

Begitu juga, dia mestilah prihatin terhadap rumahtangga dan keluarganya. Oleh itu dia memilih dengan sebaik-baiknya calon isteri, memperelokkan interaksi dengannya dan memastikan si isteri mendapat hak, melaksanakan kewajipan, patuh kepada ajaran dan adab susila Islam dalam segenap aspek kehidupan rumahtangga dan pakaian Islamnya. Begitu juga, dia memastikan isterinya patuh kepada ajaran Islam dalam soal halal haram dalam makanan, minuman dan pakaian. Dia mestilah mengambil berat memastikan mereka hidup dengan nilai-nilai da’wah, prihatin terhadap pendidikan anak-anak dan khadam.

Selain itu, dia juga perlu bersungguh-sungguh berda’wah kepada orang lain agar saf aktivis Islam yang jujur bertambah.

11.     Memenuhkan Hatinya dengan Harapan bahawa Masa Depan adalah Milik Islam

Harapan bahawa malam panjang yang diwakili oleh kezaliman dan kegelapan (jahiliyah) pasti ada penghujungnya. Harapan cahaya akan terbit menghapuskan kegelapan, diiringi oleh bantuan Allah, terhapus kebatilan dan tertegaknya agama Allah dengan teguh di muka bumi.

Dia tidak boleh melayan mana-mana rasa kecewa ekoran kekalahan dalam pertempuran menentang musuh. Kerana ini memberi pantulan yang merosakkan saf dan amal Islam. Dia hendaklah mengetahui kekalahan hakiki ialah kekalahan hati, iaitu apabila ia ditimpa rasa lemah yang mengakibatkan dia menyerah kalah dan tunduk. Dalam situasi sebegini, kita dapati Allah s.w.t. memandu hala tuju orang Islam dengan firman-Nya:

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. (Ali ‘Imran: 139)

Allah terus memandu haluan mereka dalam ayat-ayat selepasnya sehinggalah Allah membawakan contoh ini:

Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar. (Ali ‘Imran: 146)

Demikian juga, sombong dan ghurur tidak boleh menye­linap masuk ke dalam jiwa kita apabila Allah merealisasikan kemenangan kita ke atas musuh.

Selepas membentang perkara yang mesti dimiliki dan diamalkan dengan komited oleh individu dalam jama‘ah, boleh jadi ada faedahnya untuk kami sebutkan beberapa ucapan Imam al-Banna yang ditujukan kepada pemuda. Beliau berkata:

“Wahai pemuda, sesungguhnya suatu gagasan hanya berjaya apabila keimanan terhadap gagasan itu kuat, keikhlasan demi memperjuangkannya dipenuhi, semangat untuknya bertambah dan kesediaan yang mendorong pengorbanan dan usaha merealisasikannya wujud. Keempat-empat rukun ini: iman, ikhlas, semangat dan usaha hampir-hampir merupakan ciri khusus pemuda. Kerana asas kepada iman ialah hati yang bijaksana, asas kepada ikhlas ialah jiwa yang suci, asas kepada semangat ialah perasaan yang kuat dan asas kepada usaha ialah keazaman yang muda remaja. Semua ini hanya dimiliki oleh pemuda. Oleh itu, pemuda dulu dan sekarang adalah tiang kebangkitan kepada setiap bangsa, rahsia kekuatan kepada setiap kebangkitan dan pembawa panji kepada setiap gagasan ”.

”…Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. (al-Kahf: 13)”

Kefahaman yang mendalam terhadap intima’ jamaie ini akan menjadikan akh tadi seorang akh yang memiliki sifat kejantanan da’ie [rajulah], tahan lasak menghadapi ujian dan mehnah dakwah, tidak mudah putus asa dan lemah semangat serta tidak mudah merajuk dan ambil hati. Dia adalah seorang yang komited, berdidikasi, berdisiplin, proaktif, sentiasa ke depan, jiddiyah dan memiliki himmah ’aliyah bahkan menggunakan segala potensi diri untuk terus berkontribusi kepada dakwah dan jamaah. Slogan yang terlukis di mindanya  ’ad-dakwah qobla kulli syai’ [ dakwah mendahului segala-galanya di dalam kehidupan].

Senario Amal tanpa Intima’ Jamaie

  • Ada akh  yang melanggar keputusan syura dan ini  membantut pencapaian matlamat jamaah.
  • Timbul konflik dalaman dan fitnah di dalam jamaah dan muncul kumpulan-kumpulan dan aliran yang berbagai-bagai.
  • Ada akh yang mengutamakan projek-projek peribadi dari projek-projek jamaah. Dia komited menjayakan projek peribadi berbanding masuliyah jamaiyyah yang dipertanggungjawabkan. Kadang-kadang dia beralasan menjayakan projek peribadi untuk kepentingan jamaah tetapi apabila dia berjaya dia terus meninggalkan jamaah.
  • Ada akh yang bersikap longgar terhadap adabiyat jamaie, tidak istisyar, tidak isti’zan, lemah taat dan thiqah, kurang berdisiplin dan kering ukhuwah dan ruh tanasuh.
  • Ada akh yang membuat keputusan atas neraca peribadi tanpa menimbang kepada neraca syarie dan jamaie terutama soal bait muslim, kerjaya, pengurusan hidup dan urusan akademik.
  • Ada akh yang lemah wajibat fardi sehingga tidak menjadi contoh unggulan kepada masyarakat. Akh tadi hilang zatiah dai’yah.
  • Lemah usaha tajmik dan dakwah sehingga melambatkan pencapaian objektif jamaah.
  • Ada akh yang sibuk dengan dunia kerjaya, mengejar pangkat dan kedudukan di tempat kerja sehingga melemahkan keterikatannya dengan jamaah. Dia hebat di alam kerjaya tetapi culas di alam tarbiyah dan dakwah.
  • Ada akh yang mudah merajuk, cepat berasa hati dan manja di dalam amal, tidak gentleman di dalam memikul tugas dakwah dan jamaah.
  • Ada akh yang berfikir dan bertindak tanpa berdasrkan dhawabit syarak di dalam perkara-perkara berkaitan jamaah dan ijtihad jamaie seperti isu tahaluf, penglibatan di dalam kerajaan dan sebagainya.
  • Terpengaruh dengan pemikiran Islam Moderat mengikut acuan barat, bersikap liberal dan toleransi di dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan umat.
  • Ada akh yang tidak memposisikan dirinya sejajar dengan keperluan dan objektif jamaah.
  • Ada akh yang menyeleweng  di jalan dakwah dari sudut manhaj bergerak, jalan kerja dan asolah tarbiyah.

Justeru usaha membangun, menjana dan menggarap Intima’ Jama’ie di dalam mana-mana Harokah Islamiah adalah menjadi satu kemestian [Hatman Maqdhiyya]. Ia penting bagi meneruskan maknawiyat dan haywiyat jamaah dan peranannya bagi memastikan jamaah terus utuh, mampu berdepan dengan cabaran semasa, kepemimpinan berwibawa serta pengikut yang memiliki kesetiaan kepada dakwah dan jamaah [al-wafa’ bi dakwah wal jamaah].

Sesungguhnya intima’ ini akan lahir apabila membumi akidah yang kuat, iman yang mendalam dan kefahaman yang terperinci. Intima’ ini adalah intima’ mabdai [berprinsip] bukan atas dasar kepentingan diri, ia juga intima’ yang abadi yang tidak terhad kepada tempoh tertentu. Intima’ ini bersifat masiri yangtidak ada dibelakangnya mana-mana agenda dan kepentingan. Ia adalah syarat yang membenarkan kesetiaan kepada dakwah sebagaimana para Sahabat r.a  yang membenarkan janji setia pada dakwah. Firman Allah di dalam surah al-Ahzab ayat 23 yang bermaksud :

< dari kalangan orang yang beriman ada terdapat para rijal yang telah membenarkan janjinya dengan Allah, sebahagian ada yang telah gugur [syahid] dan sebahagiannya pula sedang menunggu untuk mati syahid, dan mereka sedikit pun tidak mengubah janji mereka >

Ruhaniyyat Pendakwah

Manusia adalah makhluk yang terdiri dari jasad dan ruh.Setiap salah satunya ada makanan dan penyakitnya. Makanan ruh adalah iman dan ibadah hati serta amal solih manakala penyakit ruh pula ialah kekerasan hati, kekeringan ruh, lalai, melebihkan syahwat, tipudaya dan sikap dendam. Sedangkan jasad pula makanan, penyakit dan simtomnya sudah diketahui secara zahir.

Ruhaniyyah pendakwah adalah kekuatan iman yang membangkitkan amal solih, yang menghalang dari segala kejahatan serta tunduk dan akur pada hukum allah.Firma allah di dalam surah al-Anfal :

24. Wahai orang-orang Yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila ia menyeru kamu kepada perkara-perkara Yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah Bahawa Sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu Dengan (pekerjaan) hatinya, dan Sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.

Ruhaniyah pendakwah juga adalah perasan yang sentiasa untuk bertaqarrub kepada Allah, kuat hubungan dengan Allah, sentiasa beriltizam untuk mengingatinya, bermuroqobah kepadanya serta tulus ikhlas semata-mata kerana Allah. Ibnul Qayyim r.a menyebut :

“ Ketahuilah sesungguhnya seseorang hamba itu memintas perjalanannya menuju kepada Allah dengan jiwa dan himmahnya bukan dengan jasadnya. Hakikat taqwa itu ialah taqwa hati bukan taqwa anggota..”

Ruhaniyyah da’iyyah adalah perasaan yang bergelora, sensitiviti tinggi terhadap kebaikan dan keburukan mu’ayasyah syu’uriyyah terhadap hal-hal akhirat yang melahirkan rasa zikir yang berterusan, semangat yang tinggi dan keazaman yang membara bagi menggapai redha allah dan syurganya serta terselamat dari kemurkaan Allah. Allah Azzawajallah sentiasa memuji para nabi yang memiliki sifat unggul ini iaitu berterusan mengingati Akhirat. Firman Allah di dalam surah Shaad ayat 46-47.

46. Sesungguhnya Kami telah jadikan mereka suci bersih Dengan sebab satu sifat mereka Yang murni, Iaitu sifat sentiasa memperingati negeri akhirat.

47. dan Sesungguhnya mereka di sisi Kami adalah dari orang-orang pilihan Yang sebaik-baiknya.

Ibnu Qutaibah menyebut sebagai “ yang memiliki himmah [cita-cita]  yang jiwanya menolak melainkan untuk menuju ke tingkat tertinggi ibarat bara api yang marak menjulang..”

Ruhaniyyah da’iyah juga ialah bermaksud berlaku tawazun (keseimbangan) iaitu jasadnya tidak menghalang jiwa untuk terbang tinggi. Harakat jiwanya sentiasa berkembang memenuhi keperluan jasad yang membantu untuk meninggikan ruh dan meningkatkan iman. Allah melakrkannya di dalam surah al-Qhosas ayat 77 :

77. “Dan tuntutlah Dengan harta kekayaan Yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah Engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya Yang melimpah-limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang berbuat kerosakan “.

Kenapa para du’at perlu kepada tarbiyah ruhaniyyah ?

Ada dua sebab utama kenapa para du’at memerlukan tarbiyah ruhaniyah.

Sebab Pertama : Sudut diri Sang Da’ie

  • Untuk menggapai redha allah di dunia dan akhirat. Ini kerana pembinaan peribadi Islam sifatnya subur, menumbuh dan berkembang. Iman pula 60 cabang manakala aspek ruhi imani adalah paksi yang paling utama.
  • Untuk ikhlas, tajarrud dan membina kejernihan jiwa sebagaimana yang dikehendaki Allah di dalam surah al- An’am ayat 162 dan 163.

162. katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

163. tiada sekutu bagiNya, dan Dengan Yang demikian sahaja Aku diperintahkan, dan Aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam Yang awal pertama – (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)”.

Rasulullah SAW pula bersabda di dalam satu hadis sohih :

Barangsiapa yang mencari syahid dengan penuh kesungguhan, maka Allah akan mencapai hasratnya di kedudukan para Syuhada’ sekalipun dia mati di atas katilnya..” [Muslim/Abu Daud/Tirmidhi/Ibnu Majah]

  • Untuk mencapai sifat waliyullah [kekasih Allah] sebagaimana yang dinukilkan oleh Ibnu Hajar ketika menjelaskan maksud wali iaitu orang yang mengenali Allah, sentiasa di dalam ketaatan kepadanya dan ikhlas beribadat kepadanya. Sifat kekasih allah terangkum pada tiga perkara iaitu cinta, dekat dan mendapat pertolongan. [Hubbun, Qurbun , Nusrotun]. Apabila ditanya dimanakan tanda mereka sebagai kekasih Allah ?. Maka jawapannya ialah mereka di dunia mendapat penjagaan, cinta, pertolongan, dekat dengan Allah serta diperkenankan segala permintaan. Manakala di Akhirat pula mendapat kegembiraan ketika hampir mati, thabat di  alam kubur, kejayaan di Syurga dan keselamatan dari azab neraka. Allah menjelaskannya di dalam surah Fussilat ayat 30-32.

30. Sesungguhnya orang-orang Yang menegaskan keyakinannya Dengan berkata: “Tuhan Kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan Yang betul, akan Turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan Terimalah berita gembira Bahawa kamu akan beroleh syurga Yang telah dijanjikan kepada kamu.

30. Sesungguhnya orang-orang Yang menegaskan keyakinannya Dengan berkata: “Tuhan Kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan Yang betul, akan Turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan Terimalah berita gembira Bahawa kamu akan beroleh syurga Yang telah dijanjikan kepada kamu.

31. “Kamilah penolong-penolong kamu Dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh – pada hari akhirat – apa Yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh – pada hari itu – apa Yang kamu cita-citakan mendapatnya.

32. “(Pemberian-pemberian Yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!”

Telah diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a bahawa beliau telah menaiki mimbar lalu berkhutbah : “Sesungguhnya orang-orang Yang menegaskan keyakinannya Dengan berkata: “Tuhan Kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan Yang betul”. Katanya : Kalimah “istiqaamuu” itu  bermaksud ‘Demi Allah mereka tetap berada di landasan ketaatan terhadapnya, mereka tidak berhelah  sebagaimana helahan serigala’. Uthman r.a berkata : ‘Kemudian mereka mengikhlaskan amal  semata-mata kerana Allah’. Berkata Ali r.a pula : ‘Kemudian mereka melaksnakan segala yang fardhu’. Manakala firman Allah : “Kami adalah wali-wali kamu di dalam kehidupan dunia dan juga Akhirat” ialah para Malaikat mengungkapkan kata-kata khabaran gembira. “Kami adalah wali-wali kamu” . Berkata Mujahid iaitu ‘kami adalah teman-teman rapat yang berdampingan dengan kamu di dunia. Manakala di Hari Kiamat pula mereka berkata : “Kami tidak akan berpisah dengan kamu sehingga kami memasukkan kamu semua ke dalam Syurga’. As-Shaddiy berkata : ‘Ia Kami [Allah] menjadi pemelihara amalan-amalan kamu di dunia dan menjadi penolong-penolong kamu di Akhirat’.Ini selaras dengan firman Allah di dalam ayatnya : “ Allah adalah penolong dan penjaga bagi orang yang beriman..”

  • Untuk sabar dalam mentaati perintah allah dan menjauhi segala maksiat, juga untuk terus thabat dan istiqomah di atas jalan dakwah. Ruhaniyat adalah api kesabaran dan jalan kethabatan. Firman Allah di dalam surah Ali Imran  ayat 200.

200. Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

  •  Da’ie amat berhajat untuk bersifat Robbani bagi melayakkan diri untuk berbakti kepada agama Allah. Rasulullah SAW pernah bersabda : “Apabila Allah mencintai seseorang hamba maka Dia (Allah) akan menggunakannya”. Pernah ditanya: “Bagaimana Allah menggunakannya..”.Sabda Rasulullah :“dimudahkan baginya untuk melakukan amal solih sebelum mati sehingga semua orang yang berada sekitarnya meredhainya..”
  • Untuk terus istiqomah di atas jalan dakwah sehingga dia bertemu dengan Allahsebagaimana firman Allah : “ dan Sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara Yang tetap) yakin”. Sehinggakan Da’ie tadi menjadi mereka yang beroleh berita gembira – “Sesungguhnya orang-orang Yang menegaskan keyakinannya Dengan berkata: “Tuhan Kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan Yang betul, akan Turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan Terimalah berita gembira Bahawa kamu akan beroleh syurga Yang telah dijanjikan kepada kamu.

Sebab Kedua : Sudut Dakwah

  • Iman adalah lubuk kepada fikrah dan obor dakwah. Dakwah akan berjaya dan menang bila ada qudwah. Qudwah pula apabila ada para du’at yang bertaqwa, bersih jiwanya, a’bid dan mukmin.
  • Supaya da’ie tidak merasa putus asa di atas jalan dakwah yang panjang dan berliku. Cita-citanya membara dan keseqahannya yang tinggi  kepada Allah. Kekuatannya terletak pada tarbiyah imaniyah yang mendalam.
  • Untuk memiliki sifat al-Himmah al-‘Aliyah, sentiasa menyumbang dan memiliki keazaman yang benar.
  • Untuk terus mendapat petunjuk, bimbingan dan pertolongan Allah bagi dakwahnya. Allah berfirman:

11. tidak ada kesusahan (atau bala bencana) Yang menimpa (seseorang) melainkan Dengan izin Allah; dan sesiapa Yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa Yang telah berlaku itu Dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

69. dan orang-orang Yang berusaha Dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama kami, Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan Sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang Yang berusaha membaiki amalannya.

Qutaibah bin Muslim pernah bertanya di dalam satu perang. ‘Di manakah Qutaibah bin Wasi’. Maka telah dikatakan kepadanya : “Itu dia sedang mengangkat jarinya berdoa kepada Allah Taala’. Maka dia merespon semula : “ jari jemari yang mengangkat doa ini lebih dicintai allah dari seratus ribu syahid

  • Untuk menjadikan diri da’ie itu mampu memberi pengaruh dan mengesani orang lain bukan terpengaruh dan larut kepada suasana. Perkara ini terhasil dari kemantapan peribadi dan kekuatan pengaruhnya yang terbina dari sifat iman yang mendalam dijiwanya.
  • Untuk mengukuhkan ukhuwwah islamiah yang merupakan sekuat-kuat ikatan iman. Tidak akan jernih ukhuwwah, juga tidak meningkat ukhuwwah kecuali dengan hati yang bersih dan taqwa.
  • Untuk dia terus bersabar dan panjang keazamannya serta memelihara jiwa da’ie dari penyakit al-Wahnu, penyakit takut dan penyakit kegelinciran di jalan dakwah.