Feeds:
Kiriman
Komentar

Archive for the ‘DAKWAH’ Category

Dakwah adalah seruan mengajak manusia ke jalan allah. Ia adalah semulia-mulia tugas para nabi dan rasul. Dakwah tanda kita membesar dan mengagungkan Allah. Ia juaga tanda kasih sayang kita pada hamba-hamba Allah. Dakwah adalah sebesar-besar ibadah yang dipersembahkan seorang hamba kepada Robbnya.

Dakwah memiliki ciri yang unik dari sudut fiqhnya. Unik dari sudut prinsip, matlamat dan wasilah dakwah. Ini kerana dakwah adalah bersifat robbaniy. Manakala para du’at yang bijak ialah mereka yang terjun ke lapangan dakwah, berinteraksi dengan pelbagai sasarannya (mad’u), kaya dengan pengalaman lapangan, jiwa dan hatinya jatuh cinta pada dakwah, kecintaannya pada dakwah tinggi, dia fana’ dengan dakwah dan titik perhatian hidupnya adalah untuk dakwah. Dakwah adalah segala-galanya, dia hidup untuk dakwah dan dia mati kerana dakwah. Dakwah adalah perjuangan hidup matinya. Itulah da’ie atau kader dakwah.

Ada beberapa prinsip asas di dalam fiqh dakwah yang perlu difahami dan dimengerti oleh para kader dakwah :

Prinsip 1 : Al-Basiroh al – Wa’iyah [pandangan jauh penuh sedar]

  • Dakwah adalah seruan yang berdiri di atas basiroh. Basiroh ialah melihatsesuatu dengan penuh hikmah, kebijaksanaan dan penuh sedar. Ia adalah satu tuntutan al-quran kepada para du’at. Firman allah di dalam surah Yusuf ayat 108 yang bermaksud :

108. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Inilah jalanku, Aku dan orang-orang Yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah Dengan berdasarkan keterangan dan Bukti Yang jelas nyata. dan Aku menegaskan: Maha suci Allah (dari Segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah Aku dari golongan Yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu Yang lain.”

  • Beberapa perkara yang perlu dikuasai oleh para du’at agar memiliki Basiroh al-Wa’iyah iaitu :
    • Memiliki kekuatan ilmu terutama seni penghujahan.
    • Menggabungkan kekuatan dua teras ilmu iaitu ilmu turath dan ilmu semasa.
    • Menimba ilmu, fiqh dan uslub dakwah dari para ulama dan du’at yang robbaniy.
  • Kemahiran menguasai fiqh dakwah tidak cukup dengan membaca dan merujuk buku-buku dakwah tetapi perlu bertalaqqi dan berguru dari para masayeikh robbaniy. Ini kerana ia tidak cukup untuk membina dan mencetak para kader tanpa melalui manhaj ida’d du’at ar-robbaniy.
  • Kaedah menyatakan  :

  لأن تصحب داعيا خير من أن تقرأ الف كتاب في الدعوة

Hendaklah kamu berdamping dengan seorang da’ie yang robbaniy lebih baik dari kamu membaca seribu kitab berkaitan dakwah”.

  • Kaedah ini menekankan kepentingan bertalaqqi dan menimba pengalaman dari syuyukh dakwah lebih awla dari membaca buku-buku dakwah. Ini kerana pra syuyukh dakwah telah memiliki himpunan pengalaman berharga di medan dan lapangan amal dan terbukti kethabatan mereka di jalan dakwah.

Prinsip 2 : Al-Hal – As-Sodiq

  • Dakwah adalah seni. Dakwah yang berkesan ialah dakwah yang membuahkan amal atau tindakan.
  • Dakwah bukan sekadar ungkapan kata-kata semata-mata tetapi diterjemahan dengan satu perlakuan yang mewujudkan contoh-contoh hidup. Inilah yang dikatakan al-hal al-sodiq.
  • Dakwah yang hanya lontaran fikrah dan bahasa penulisan tanpa direalisasikan dalam bentuk amal atau qudwah , ia bukanlah dakwah yang efektif dan efesien. Dakwah adalah bahasa perbuatan, bahasa qudwah, bahasa amal dan bahasa contoh.
  • Da’ie adalah cerminan pada dakwahnya. Kaedah menyatakan : ‘faqidus syai la yu’ti’ [orang yang tidak memiliki apa-apa tidaka akan mampu member ].
  • Untuk itu para du’at perlu :
    • Memiliki perlakuan benar yang menterjemahkan seruan dakwahnya. Ini perkara yang awal yang perlu diberi perhatian. Da’ie menjadi qudwah amali bagi dakwahnya.
    • Memelihara hati terutama untuk melembutkannya. Hati yang keras menjadi pendinding. Ia tidak akan memberi kesan dan menerima kesan.
    • Menyakini bahawa dakwah adalah satu risalah. Ia bukan satu jawatan atau kerja. Yakin bahawa dakwah tugas penting di dalam kehidupan dan dengannya allah memuliakan para da’ie.

Prinsip 3 : Makrifatul al-‘Asr

  • Da’ie adalah manusia yang hidup untuk zamannya, umatnya dan tempat titik kehidupannya. Ia berinteraksi dengan zaman, tempat dan manusia.
  • Itulah medan dakwah seorang da’ie.
  • Seorang da’ie yang bijak ialah yang memahami lingkungan zaman, lingkungan umat dan lingkungan realiti yang ia hadapi.
  • Kaedah menyatakan :

من لم يعرف عصره على حقيقته فلن يفلح في تربيته وتوجيهه فضلا عن تغييره واصلاحه “

[ Barangsiapa yang tidak memahami hakikat zamannya, maka ia tidak akan berjaya untuk mendidik dan mengarah umatnya apatah lagi untuk merubah dan membaikinya ].

  • Untuk itu seorang da’ie perlu :
    • Merasai dan peduli terhadap permasalahan manusia, mengambil berat, mendekati dan menyelesaikan masalah mereka.
    • Tahu mengimbangi antara bersifat tempatan dan antarabangsa.Ini akan dapat membantu da’ie memahami realiti semasa. Dunia masakini ibarat perkampungan global, kepesatan alat media massa, kecanggihan ict dan sebagainya. Para du’at perlu menyeimbangi dakwahnya dengan realiti masyarakat persekitarannya dengan keadaan dunia yang semakin berkembang. Ia perlu mencipta ruang dan merebut peluang untuk maslahah dakwah.
    • Kesepaduan [takamul] antara mengambil azimah dan rukhsah. Da’ie perlu memahami konsep azimah dan rukhsah. Tidak semua perkara perlu kepada azimah dan tidak semua pula kepada rukhsah. Semua itu perlu kepada kebijaksanaan, kesesuaian dan mengambil kira maqasid syarak. Mungkin mengambil jalan azimah sesuai dengan watak sebagai da’ie agar menjadi qudwah pada yang lain. Manakala untuk umat pula mengambil jalan yang mudah dan sepadan dengan mereka. Untuk mereka dilatih berpegang pada ‘azimah perlu kepada tarbiyah secara berhikmah dan dakwah yang panjang nafas. Allah suka untuk umat  mengambil rukhsah sebelum ‘azimah.
  • Untuk memastikan kesepaduan dua perkara ini, perlu kepada fiqh amali, hidup dengan mereka yang robbaniy agar dapat membezakan keperluan setiap manusia dengan manusia lain. Ia juga menuntut para da’ie memiliki fiqh al-waqie, faham latar kehidupan mad’u dan cabaran yang melingkungi mereka.
  • Ketiga-tiga prinsip ini akan menjadikan seorang da’ie menjadi da’ie yang faqih sesuai dengan saranan allah di dalam al-Quran at- Taubah 122 :

122. dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang Yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu Yang dituntut di Dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).

Read Full Post »

Peringkat kedua : Tahap menarik perhatian mad’u kepada da’ie.

Ini terdiri kepada beberapa kaedah :

Kaedah 1 : Berilah pujian dan hargai mad’u anda

  • Alangkah indah dan hebatnya kaedah ini , berkesan  dan mengesani sehingga  membawa kepada keislaman Umar al-Khattab dan Khalid al-Walid.
  • Kaedah ini telah dipraktikan oleh Rasulullah SAW agar Islam menjadi hebat dan mulia dengan kehadiran Umar al-Khattab.
  • Ibnu Mas’ud r.a pernah berkata : Bahawa Rasulullah SAW perdoa : “ Ya allah, muliakan Islam dengan Umar ibn al-Khattab atau Abu Jahal b. Hisyam”. Allah merealisasikan doa dan harapan Rasulullah SAW  Umar r.a memeluk Islam sehingga Islam menjadi kukuh dan dihancurkan segala berhala.
  • Suatu ketika pernah saudara Khalid ibn al-Walid berkata kepada Khalid ibn al-Walid : “bahawa Rasulullahs SAW sering bertanya kepadaku tentang kamu ? Dimanakah Khalid ? Jawabku : “ semoga allah akan mendatanginya (memberikan hidayah). Kata Rasulullah SAW : Adakah dia masih jahil lagi tentang Islam, kalaulahdatuknya dari kalangan orang Islam maka banyaklah kebaikan untuknya, dan kita akan dahulukannya dari yang lain..”. Kata Khalid : “Bila seruan hidayah tiba kepadaku , aku bersungguh-sungguh untuk keluar (berjumpa Rasulullah SAW) , lalu bertambah minat aku kepada Islam, amat menggembirakaku terhadap pertanyaan Rasulullah SAW tentang aku. Bila aku telah memeluk Islam baginda SAW bersabda : “ segala puji bagi Allah yang telah memberika petunjuk kepadamu, sesungguhnya aku telah melihat pada kamu ada kepintaraanya yang aku harap engkau tidak menggunakannya melainkan untuk kebaikan..”.
  • Oh alangkan indhanya pujian dan penghargaan yang telah diberikan Rasulullah SAW kepada Khalid ibn al-Walid. Pujian  dan penghargaan yang menjadikan Khalid mengorbankan semaksima usaha dan tenaganya untuk Islam.
  • Kenapakan para pendakwah islam tidak menggunakan kaedah ini dipermulaan dakwah dengan memberikan penghargaan yang tulus dan pujian yang benar. Bukankah perkataan yang baik itu sedekah ?. Lantaran itu damping dan perhatikan mad’u anda dan katakanlah padanya : “ Alangkan baiknya usaha yang kamu lakukan untuk dakwah, kerja yang ikhlas ..tetapi aku berharap juga kamu dapat menepati masa dan janji..!. Beginilah yang sepatutnya kita lakukan akan ia memberikan tarikan dan meninggalkan bekas kepada mad’u kita.

Kaedah 2 : Katakan : “Alangkah tidak betul terhadap apa yang mereka katakan  ..”  apabila ingin membaiki kesilapan ma’du.

  • Apabila salah seorang dari mad’u kita telah melakukan satu kesalahan, maka untuk membetulkan kesilahan tersebut adalah merupakan satu seni.
  • Nabi SAW menggunakan kaedah ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Aishah r.a. Katanya : bahawa Nabi SAW mendapati seorang lelaki yang dilihatnya melakukan satu kesalahan, dia tidak berkata : alangkah tidak betul (tidak kena) dengan si fulan itu  bila dia menyebut demikian..demikian perkara, tetapi dia (sang da’ie) sentiasa menyebut ; “alangkah tidak betul dengan apa yang mereka itu katakan..”.
  • Cubalah membetulkan kesilapan dan kesalahan orang lain dengan cara yang tersembunyi dan halus agar ia kekal berkesan. Pernah diceritakan bahawa Saidina Umar al-Khattab pernah berada di dalam sebuah rumah dan bersamanya Jarir b. Abdullah r.a dan dia terhidu satu bau atau angin yang kurang enak. Umar r.a berkata : “akau berazam agar tuan empunya bau / angin ini ketika ia bangun dia mengambil wuduk. Kata Jarir r.a : “ Wahai Amirull Mukminin..atau  adakah semua orang kena berwuduk ? Kata Umar r.a : moga allah merahmatimu, sebaik-baik pemimpin adalah masa kamu di zaman jahiliyah dan begitu juga sebaik-baik pemimpin bila kamu di dalam Islam “.
  • Para pendakwah apabila menegur gunakanlan bahasa yang halus dan berkias serta berseni agar dapat memikat para mad’u terhadap akhlak da’ie.

Kaedah 3 : Mulakan dengan dirimu dahulu

  • Ketika ada perasaan ingin menegur, menasihati dan mengkritik mad’u , tanyalah beberapa persoalan berikut :
    • Adakah anda suka  kritikan yang anda berikan adalah kritikan yang manis dan suka didengari.
    • Adakah anda suka menasihati mad’u anda dan berharap dia dapat menerimanya dengan penuh gembira.
    • Ingatkan kesalahan anda, introspek diri anda kemudian berikanlah kritikan dan nasihat , di sana  anda akan dapati kritikan anda  itu manis dan nasihat yang anda sampikan itu disukai.
  • Ketika Rasulullah SAW selesai memeterai perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah SAW berkata kepada satu kaum : “Bangunlah, lakukan penyembelihan kemudian bercukurlah..tidak ada seorang lelaki pun yang bangun sehingga untuk kali ketiga. Berkata Ummu Salamah : “Wahai Nabi Allah, adakah kamu suka seperti itu?  Dia pun keluar dan tidak ada dari kalangan mereka yang bercakap sepatah perkataan pun sehinggalah kamu dapat melakukan sembelihan dan mengajak  tukang cukur yang akan mencukur kepala kamu, ketika mereka semua melihat perkara tersebut (sebagaimana  yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW), mereka pun bangun dan melakukan sembelihan. Sesungguhnya  jika sekiranya kesalahan itu menjadi sebab anda terlambat atau tertinggal untuk anda melakukan suatu kerja, mengapa anda tidak lakukan sahaja perbuatan tersebut sebagai satu pelajaran  yang tersirat (dengan menunjuk cara) untuk  orang lain.
  • Pendakwah perlu tunjukkan contoh terbaik darinya agar menjadi ikutan orang lain. Dia hendaklah memulakan dulu sebelum mengajak orang lain. Ini akan menjadi faktor tarikan kepada  dirinya.

Kaedah 4 : Jangan berikan arahan secara langsung (direct)

  • Gunakanlah bahasa yang lunak dan mesra ketika meminta orang lain melaksanakan sesuatu perkara.Ini kerana jiwa manusia terasa berat dan sukar ketika diminta untuk melakukan sebarang arahan atau suruhan.
  • Jangan biasakan memberikan arahan secara direct atau langsung kerana ia akan menyebabkan si pelaku tadi kurang selesa dan tertekan.
  • Elakkan menggunakan ungkapan : “ Buatlah, jangan datang atau kamu dilarang..” sebaliknya guna ungkapan yang berbentuk cadangan bersopan seperti “ Amat patut untuk kamu lakukan sedemikian  @ saya rasa yang paling betul jika kamu melakukan seperti ini..”.
  • Seerah menunjukkan bahawa Rasulullah SAW menggunakan bahasa yang paling berdiplomasi ketika menerima kedatangan beberapa orang penduduk Yaman. Rasulullah SAW berkata : “ Amat  patutlah bagi kamu jalan-jalan kepada kebaikan ? Mereka berkata : Apakah perkara tersebut ? Rasulullah bersabda : “Kamu bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan allah, kamu mendirikan solat dan beriman dengan segala yang datang dari Allah..”.
  • Usaid b. Hudhair menceritakan bahawa  beliau pernah mengungkapkan kata-kata kesat dan kasar terhadap Mus’ab b. Umair  ketika beliau menyampaikan seruan dakwah. Namun sikap lembut hati dan kata-kata lunak yang digunakan oleh Mus’ab  menyebutkan Usaid insaf dan memeluk Islam. Mus’ab berkata kepada  Usaid: “ Sekarang aku akan utuskan kepada kamu berdua Saad b. Mu’az ,seorang yang memiliki keindahan seni untuk mempengaruhi orang sehingga berubah menjadi dai’e kepada islam.
  • Para da’ie hendaklah membuka ruang komunikasi interaktif dan mesra agar ia selesa dan tertarik dengan watak da’ie tadi. Gunakanlah  ayat yang meransang ia berkomunikasi dan memberikan pendapatnya seperti “apa pandangan kamu, apa cadangan kamu..saya rasa paling baik kalau dapat saya berikan pendapat berkaitan perkara ini”. Ini bertujuan agar dia merasakan kita menghargai pendirian dan pandangannya tanpa kita terus menutup pintu komunikasi.

Kaedah 5 : Jaga air muka (maruah) mad’u.

  • Alangkah berkesannya kaedah ini, jika sekiranya mad’u anda menghadapi saat-saat ujian dan kesukaran dalam segenap segi seolah-olah dia terpenjara. Tiba-tiba datang tangan-tangan yang menghulur  dengan penuh kasih sayang dan sentuhan yang ajaib yang dapat menjaga air muka mad’u anda. Maka jika anda melakukan perkara tersebut dia pasti sekali-kali tidak akan melupakan anda sepanjang hidupnya.
  • Ketika ‘Amru b. al-‘Asr memeluk islam. Beliau berkata : “ Aku mendatangi Rasulullah ,Demi allah! Tidaklah apa yang aku lakukan melainkan aku duduk dihadapannya, aku tidak mampu untuk mengangkat kedua belah mataku  lantaran aku terasa amat malu kepadanya.” Amru berkata : aku pun berbai’ah kepadanya agar ia mengampunkan dosa-dosaku yang lalu dan juga dia lupa  terhadap apa yang telah aku lakukan duhulu”. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Islam mewajibkan (menjaga maruah orang lain) terhadap  apa yang  telah dia dilakukan sebelum Islam…”
  • Antara tips yang perlu anda lakukan untuk menjaga air muka mad’u anda :
    • Jangan kritik dihadapan khalayak yang ramai, tapi gunakanlah bahasa yang sopan dan beradab.
    • Jika anda mahu mencari kesepakatan antara keduanya, carilah pandangan  yang dipersetujui bersama dan jangan jadilah satu pihak benar dan pihak lain bersalah.
    • Jika anda dipihak yang benar, cuba kurangkan perasaan memberakan tekanan kepada pihak yang tewas.
    • Jika anda mahu memberhentikan seseorang dari memberikan khidmatnya, maka carilah untuknya kerja baru yang sesuai atau sepadan dengan kedudukannya agar ini tidak melemahkannya dan menjatuhkan air mukanya.

Kaedah 6 : Berikan galakan dan motivasi

  • Setiap manusia ada bakat dan potensi dirinya yang tersembunyi. Jika kita dapat memberikan dorongan dan motivasi kepada mereka untuk mengembangkan potensi tersebut, kita dapat pergi jauh dari itu untuk memanfaatkan kebaikan dan kelebihan mereka.
  • Kadang-kadang dorongan dan penghargaan itu boleh merubah perjalanan kehidupan ramai orang yang kurang kemahiran seperti  selalu memuji atau kurang memberikan pujian di atas bakat dan kebolehan seseorang.
  • Sebagai alternatif kepada orang yang suka memberikan kritikan, lebih baik untuknya menggunakan uslub dorongan dan motivasi ke arah kejayaan.
  • Tinggalkan sebutan yang elok pada seseorang, berikan reputasi baik baginya dan pamerkan  untuknya penghormatan di atas keupayaannya nescaya dia pasti akan datang kepada anda dengan luar biasa.
  • Sirah menunjukkan bagaimana penduduk Syaiban yang menolak Islam walaupun Rasulullah SAW telah menggunakan tuturkata yang fasih dan benar. Rasulullah SAW memberikan motivasi bahawa agama allah ini tidak akan tegak melainkan dari orang yang menguasai dari segenap aspek.
  • Dalam riwayat yang dicatatkan oleh Ibn Hajar di dalam kitab Fathul al-Bari bahawa mereka (penduduk Syaiban ) berperang dan berjuang menentang orang Farsi ,mereka telah menjadikan syiar (panji) mereka dengan nama Muhammad, lalu mereka telah beroleh kemenangan , maka mereka pun memeluk Islam selepas itu.
  • Para da’ie hendaklah sentiasa memberikan galakan, dorongan dan motivasi kepada mad’unya agar ini dapat menarik mad’unya terhadapnya. Ini kerana setiap manusia amat-amat memerlukan dorongan dan peransang di dalam kehidupan.

Kaedah 7 : Permudahkan urusannya

  • Daie yang sentiasa memudahkan urusan orang lain akan sentiasa disayangi dan dikasihi. Jasanya akan diingat dan dikenang atas khidmat yang dilakukan.
  • Nabi SAW pernah berkata kepada seorang lelaki : “ islamlah kamu pasti kamu akan selamat..Lelaki itu berkata : aku dapati diriku dalam keadaan tidak suka. Rasulullah SAW berkata : sekalipun juga kamu dalam keadaan tidak suka atau benci..”
  • Rasulullah SAW selalu memilih yang paling mudah antara kedunya. Inilah perilaku yang perlu ada pada seorang daie iaitu memudahkan bukan mempersulitkan.
  • Kaedah Fiqh menyatakan “ at-taisir qobla at-ta’sir” “ memudahkan bukan mempersulitkan”.
  • Sentiasalah para daie ringan tulang untuk membantu mad’u dan memudahkan segala urusannya. Semuanya akan menjadi daya penarik mad’u kepada da’ie.

Read Full Post »

Salah satu seni dakwah yang paling berkesan ialah dakwah fardiyah. Seerah Rasulullah SAW menunjukkan betapa ramai tokoh-tokoh besar Islam menerima Islam melalui pintu dakwah fardiyah. Antara tokoh-tokoh besar Islam yang memeluk Islam melalui seni ini ialah Uthman b. ‘Affan, Abdul Rahman b. ‘Auf, Az-Zubair bin Al-‘Awwam, Saad bin Abi Waqqas , Tholhah b. Ubaidillah dan lain-lain lagi.

Dakwah Fardiyah adalah seni perhubungan antara seorang da’ie dengan mad’unya (sasarannya) dalam bentuk hubungan peribadi secara langsung. Ia dilakukan sama ada dari individu yang intima’ kepada mana-mana jamaah yang melaksanakan tugas dakwah , menyampaikan fikroh Islam sehingga menarik untuk menggabungkan diri ke dalam jamaah tersebut. Ia juga boleh dilakukan oleh individu yang tidak terlibat dengan mana-mana jamaah atas tujuan menyerunya ke jalan Allah.

Salah satu seni yang penting di dalam melaksanakan dakwah fardiyah ialah seni mempengaruhi  atau memikat hati manusia. Para ulama’ dakwah membahagikan seni ini kepada tiga peringkat  iaitu :

  1. Peringkat pertama : tahap memikat dan meransang minat
  2. Peringkat kedua : tahap menarik minat mad’u kepada da’ie.
  3. Peringkat ketiga : tahap menarik minat mad’u kepada fikroh islam.

Ada beberapa kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dalam melaksanakan seni memikat hati manusia  dalam dakwah fardiyah ini. Kaedah-kaedah ini diambil dari sumber al-Quran dan as-Sunnah

Antara kaedah tersebut yang dapat  dilakukan dalam mengimplimentasikan dakwah fardiyah ini ialah :

Peringkat 1 : Tahap memikat dan meransang minat

Kaedah 1 : Prihatin dan ambil berat kepada saudara seislam.

  • Kaedah ini berasaskan kepada sabda Rasulullah SAW :
من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

[ Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat islam maka ia bukan dari kalangan mereka].

  • Seorang dai’e hendaklah prihatin dan mengambil berat terhadap manusia yang berada disekelilingnya untuk memperolehi cinta manusia. Jika ia ingin menjadi manusia yang penting dia hendaklah sentiasa menjadi orang yang selalu mengambil berat terhadap manusia lain.
  • Dai’e tersebut hendaklah menjadi insane yang bermanfaat pada orang lain dan sentiasa ringan tangan untuk memberikan khidmat dan bantuan.
  • Hasilnya manusia akan mudah terpengaruh dengan kebaikan da’ie tersebut dan menimbulkna rasa cinta mereka kepada da’ie. Bukankan Rasulullah SAW berjaya menarik perhatian manusia dengan sikap dan keprihatinan terhadap manusia lain samada pada muslim atau musuhnya
  • Sirah pernah menceritakan kisah bagaimana seorang lelaki yang paling membenci Rasulullah SAW menjadi orang yang paling mencintai Rasulullah dengan akhlak yang ditunjukkannya. Sikap prihatin dan ambil pedulinya menjadi daya penarik kepada manusia disekitarnya.  Lelaki itu menceritakan bahawa dia pernah mendengar Nabi SAW pernah berkata di pasar “ Semoga allah merahmati seorang lelaki, mempermudah jual beli, memudahkan urusan menerima dan member, urusan menjatuhkan hukuman dan urusan pengadilan..”. Lelaki itu berkata : Demi allah ! aku akan selesaikan semua urusan ini..sesungguhnya beliau seorang yang baik perkataanya sehingga aku menjadi pengikutnya. Aku berkata : “Wahai Muhammad! lantas semua orang memandang kepadaku (tanda prihatin kepada mad’u). Kemudian Nabi Muhammad SAW berkata : “ apa yang kamu mahu? , aku berkata : “ adakah kamu orang yang menyesatkan manusia: Baginda berkata : “ semoga allah memelihara kamu”. Aku berkata : “ apa yang kamu serukan ?”. Baginda menjawab : “ aku menyeru hamba – hamba allah kepada beriman kepada allah”.

Kaedah 2 : Senyum selalu .

  • Rasulullah SAW bersabda  :
تبسمك في وجه أخيك صدقة

[ Senyum kamu terhadap wajah saudaramu adalah sedekah ].

  • Bahasa wajah lebih cepat memberi kesan berbanding bahasa lisan.Ia seolah-olah satu ungkapan seseorang pada saudaranya : “sesungguhnya aku amat mencintaimu dan berasa bahagia melihat wajahmu”.
  • Senyum ini hendaklah lahir dari jiwa yang mendalam yang menzahirkan perasaan lapang dada terhadap saudaramu dengan wajah yang manis.
  • Senyum yang manis ini akan menenagkan hati manusia lain, membuka pintu-pintu hati manusia sehingga ia mampu merubahnya.
  • Berapa banyak mereka yang tertarik kepada risalah Islam disebabkan sikap senyum  Rasulullah SAW.
  • Senyumlah dengan wajah manis terhadap mad’umu, zahirkan kegembiraanmu terhadapnya dan tunjukkan anda ceria apabila bersamanya. Semuanya ini adalah sedekah.

Kaedah 3 : Panggil dengan nama yang paling disukai

  • Memanggil dan mengingatkan nama-nama manusia adalah cara yang paling terbaik mempengaruhi manusia.
  • Sirah menceritakan bagaimana ‘Amru bin ‘Abasah tertarik kepada Islam kerana teringat akan sikap Rasulullah yang menyebut namanya. Ketika beliau berhijrah ke Madinah dan berjumpa Rasulullah SAW. Beliau bertanya : “adakah kamu kenal aku?, jawab nabi s.a.w : “ ya “, bukankah kamu pernah berjumpa denganku ketika di Mekah ?, Aku berkata : “ya, bahkan Ya Rasulullah”.
  • Sejarah dakwah mencatatkan bahawa Imam Hasan al-Bana dikenali orang yang paling banyak menghafal nama ikhwannya dan menyebut nama mereka.
  • Antara cara yang  praktikal ialah memanggilnya dengan panggilan nama yang baik. Rasulullah SAW memanggil ‘Utbah ibn Rabi’ah dengan gelarannya dan berinteraksi dengannya sesuai dengan kedudukannya. Antara panggilan Rasulullah SAW kepada : “ya aba walid dengarlah..”.
  • Sebutlah dengan ungkapan yang menarik , panggilah namanya dengan penuh kasih sayang , katakanlah dengan penuh mahabbah : ya akhi, ya ustaz, ya abu fulan…

Kaedah 4 : Berkata yang baik atau diam

  • Jadilah anda pendengar yang baik dan kurang berbicara. Orang yang bijak berbicara adalah pendengar yang baik.  Untuk menjadi pendengar yang baik, biasakan diri anda tidak memotong bicara orang lain ketika berbicara, sentiasa member perhatian dan mendengar bicara orang lain sebagaimana orang lain beri perhatian kepada kita.
  • Ramai para pendakwah gagal meninggalkan kesan positif dalam jiwa manusia apabila bergaul dengan manusia kerana kurang peduli dan prihatin terhadap mereka.
  • Bila ada orang ingin mengkritik kamu atau membetulkan kesilapanmu atau minta penjelasan, sediakan pen dan kertas  untuk mencatatnya. Bila diberi peluang untuk menjelaskan satu penjelaskan, teranglah dengan cara yang baik, disukai , tidak bersikap keras dan kasar dan menyempitkan hati mereka.
  • Kata Ibnu Muqaffa’  [ pelajarilah  keindahan mendengar sebagaimana  kamu belajar keindahan bicara, antara bentuk mendengar yang baik, membiarkan orang yang berbicara berbicara sedikit demi sedikit sehingga selesai bicaranya, kurang mencelah jawapan, memandang kepada wajahnya dan sensitif terhadap kata-katanya”.
  • Antara pesanan terbaik tentang hal ini ialah bila ditanya kepada seseorang, bilakah kamu bercakap ?, maka jawagnya ; bila saya ghairah untuk diam. Begitu juga bila ditanya bilakah anda akan diam, jawabnya ; bila saya ghairah untuk bercakap.
  • Jika anda mahu manusia berpaling darimu atau mengherdikmu maka amalkan tabiat berikut:
    • Jangan beri peluang bercakap.
    • Cakaplah tanpa henti.
    • Jika terlintas idea difikiranmu, keluarkan idea tersebut walaupun ada orang sedang berbicara. Janganlah anda menunggu sehingga dia selesai berbicara. Anggaplah orang sedang bicara itu bodoh dan tidak bijak.
    • Kenapa anda  membuang masa untuk mendengar perbicaraan yang bodoh.
    • Sampuk dan celah ketika orang sedang bicara.
    • Ingatlah selalu bahawa kebanykan orang yang mendengar tidak mampu untuk mengikuti bicara dan menumpukannya tidak lebih dari 15 minit. Para pendengar akan cepat letih dan jemu. Justeru itu gunakanlah kebijaksanaan anda ketika berbicara.

Kaedah 5 : Cintailah saudaramu sebagaimana kamu mencintai dirimu

  • Hormatilah orang lain, berikan haknya dan hargailah mereka dan jadikan orang itu   selalu merasai kepentingan tersebut. Kamu menyintainya sebagaimana kamu menyintai dirimu. Biarkan kita berikan kepada orang lain sesuatu yang kita paling suka untuk kita berikan.
  • Para pendakwah hendaklah menjaga kedudukan dan status mad’unya. Letakkan mereka sesuai dengan kedudukan mereka, jauh dari  bersikap bermuka-muka, berpura-pura dan berdusta dalam menyatakan sifat yang tidak sepatutnya  bagi mereka.
  • Pilihlah ungkapan yang baik, mengambil hatinya dengan kebenaran. Gunakan ungkapan : “ adakah kamu benarkan saya, adakah kamu persilakan saya , saya amat –amat berterima kasih kepada kamu..”
  • Pujilah aspek positif yang ada padanya. Pujilah kebaikan yang dilakukannya, penampilan dirinya, pakaiannya yang kemas, tempat tinggalnya yang tersusun, kerjanya yang terancang dan sistematik dan sebagainya.

Read Full Post »

Satu Pemerhatian

Di sana terdapat terdapat percampuran besar  antara tabiat semulajadi  jama`ah dan tabiat  masyarakat. Mereka menuntut dari  jamaah supaya sama dengan  apa  yang mereka tuntut dari masyarakat. Mereka melakukan semua ini dengan sangkaan bahawa jamaah juga adalah masyarakat.

Namun hakikat yang sebenarnya, jama`ah adalah terdiri dari golongan  manusia yang mendokong fikrah, wala’, perancangan yang tertentu di samping mempunyai organisasi dan kepimpinan tersendiri. Mereka bertebaran di segenap lapisan masyarakat yang tidak terdiri daripada bilangan yang ramai. Mereka tidak mempunyai kuasa pendorong dalam struktur masyarakat mahupun institusinya. Gambaran jamaah ini boleh diumpakan seperti keadaan orang-orang Islam di Mekah sebelum hijrah.

Sedangkan masyarakat merupakan komponen besar dan meluas di kalangan manusia. Mereka diadili dengan sistem dan tunduk kepada pemerintah. Lapisan masyarakat yang besar ini memiliki  dan institusi dan jenteranya hingga mampu membina dasar dan polisi-polisi umum. Mereka berada di atas muka bumi ini tanpa sebarang permusuhan sesama mereka, mereka beramal untuk mencetak individu sejajar dengan nilai dan aspirasinya. Masyarakat Madinah selepas hijrah adalah  model atau gambaran tentang perkara ini.

Hasil atau Natijah

Jika perkara ini jelas, marilah kita bezakan pertembungan masyarakat dengan masyarakat serta pertembungan jamaah dengan masyarakat.

Hakikatnya, sesuatu jama`ah tidak mampu untuk berhadapan dengan masyarakat kerana ia unsur yang lengkap, alat yang aktif dan cergas, tidak akan terhenti dari memberikan sumbangan,  berlaku pemgembangan dan pertambahan. Di dalam masyarakat institusi pendidikan terus bekerja, institusi ekonomi terus produktif dan jabatan pelajaran (urusan tarbiyah) terus membangun  untuk mendidik masyarakat. Oleh yang demikian jika sesuatu jamaah itu terlibat dengan mehnah peperangan maka urusan tarbiyah, ekonomi mahupun ilmu dan apa jua aktiviti akan terhenti. Akhirnya ia akan lenyap dan layu. Oleh yang demikian sesiapa jua dalam masyarakat tidak  tergugat dengan sebab kerugian ini. Berbeza dengan jamaah yang akan terjejas dan terkesan dengan sebab kehilangan individu dari jamaah tersebut.

Nabi S.A.W antara Jamaah dan Masyarakat

Untuk memahami prinsip ini secara lebih praktikal, kita lihat sesungguhnya Nabi s.a.w tidak mempersetujui tindakan sebahagian kaum Ansar ketika Perjanjjian Aqabah meminta izin kepadanya untuk menyerbu penduduk Mina dengan pedang-pedang mereka kerana kefahaman mereka bahawa Bai`ah tersebut bagi menamatkan peperangan kulit merah dengan kulit hitam.

Dalam Imta’ al-Asma’ menyebut: Ba’iah ini adalah atas peperangan kulit merah melawan kulit hitam. Apabila selesai Bai`ah, mereka memohon izin kepada Rasulullah s.a.w untuk menyerbu dan mengalahkan penduduk Mina dengan pedang-pedang mereka. Kata Nabi s.a.w : Kita tidak diarahkan untuk melakukan sedemikian itu”. Maka mereka pun pulang ke Madinah.

Jika sekiranya matlamat dakwah semata-mata untuk membalas dendam ke atas tokoh-tokoh Musyrikin, maka sudah tentulah Rasulullah s.a.w akan memerintahkan pengikutnya memerangi mereka.

Sekiranya matlamat dakwah itu juga adalah untuk membawa orang Mu’min ke martabat Syuhada’ maka sudah tentulah mereka akan melaksanakannya di awal Bai`ah lagi dalam keadaan mereka berada dalam fasa jamaah. Namun amal ini tidak selari dan bertepatan dengan objektif dan maslahat utama yang dikehendaki oleh agama ini.

Begitulah juga keadaannya di Madinah. Penduduknya tidak memeluk Islam serentak. Bahkan masih kekal ketika itu golongan munafik yang menyebar kefasadan  dan melakukan komplot jahat ke atas umat Islam. Namun Rasulullah s.a.w menggantikan peperangan  penghapusan fizikal kepada peperangan dakwah dan perdebatan secara hikmah dan ihsan (berlaku baik) terhadap musuh.

Ketidakseimbangan kayu ukur dalam menghadapi tekanan realiti.

Tidak syak lagi faktor realiti semasa yang melingkari kehidupan umat islam memberikan kesan yang besar terhadap fikrah dan orientasi  kehidupan mereka .Adakala tekanan sampai ke tahap menghilangkan keupayaan  seseorang muslim itu memahami tasawwur manhaj perjuangan. Bahkan akan timbul  persoalan: Sampai bila kami akan kekal  dalam fasa tekanan dan penderitaan ? Katanya juga: Tiadakah di sana sesuatu selain sabar dan kesabaran? Keadaan ini menjadikan mereka yang bersemangat untuk meminta berkonfrantasi dengan jahiliyah dan membalas dendam mereka sekalipun mengorbankan dakwah.

Al-Quran al-Karim memberi amaran kepada kita tentang cara berfikir yang terpedaya ini. Bahkan  juga menjelaskan bahawa sesungguhnya kebanyakan manusia yang terlalu bersemangat, bersikap melulu dan tergesa-gesa itu adalah mereka yang lemah tekadnya.

Di sini menunjukkan bahawa sifat berani yang sebenarnya di  marhalah Makkah adalah dengan menahan tangan (tidak menggunakan senjata) dan menguasai diri. Ini tidaklah bermaksud bersikap bacul atau penakut. Manakala keberanian di fasa Madinah pula adalah ditunjukkan melalui peperangan jihad Qital (angkat senjata) dan menentang musuh. Siapa yang tidak memiliki sifat keberanian yang diperlukan di marhalah Mekah iaitu menahan tangannya atau menguasai dirinya dari melakukan tindakan angkat senjata, kita dapati dia menjadi lemah diri dan patah keazamannya ketika dituntut berdepan dengan orang kafir di medan peperangan.

Perbuatan mampu bertahan di atas siksaan dan kecederan fizikal  serta bersabar atas ujian tersebut sekalipun wujud dorongan untuk membalas dendam merupakan kemuncak keberanian dan kepahlawanan. Ini kerana jiwa manusia kebiasaannya dididik  untuk benci kepada kezaliman dan suka untuk membalas dendam.

Memilih untuk bersabar dapat melindungi kemaslahatan jamaah yang baru tumbuh dan berkembang, yang memerlukan kesungguhan dan kesabaran. Kemuncak kesungguhan ialah kemenangan ke atas jiwa (mampu bersabar) bukan kemenangan bagi jiwa (mengorbankan jiwa).

Ustaz Syed Qutb r.a di dalam tafsirnya berkata: “Amat menghairankan akan ketentuan Allah terhadap urusan mereka yang bergegas dan  bersemangat untuk pergi berperang (berjihad) dan bersikap terburu-buru sedangkan mereka di Makkah yang menghadapi penyiksaan, penganiayaan dan fitnah daripada Musyrikin, dalam keadaan tiada keizinan bagi mereka untuk berperang melindungi diri dengan sebab dan hikmah yang dikehendaki Allah. Maka apabila tiba masa dan suasana yang Allah takdirkan sesuai”. difardukan peperangan. Sebahagian mereka merasa sangat bimbang dan panik.

Katanya lagi: “ Sesungguhnya manusia yang paling bersemangat, segera dan tergesa-gesa boleh jadi merekalah juga orang yang paling takut, lemah dan kalah ketika mana berhadapan dengan alam realiti. Bahkan kadang-kadang ia berlaku pada kelompok teras (Qaedah Sulbah)! Yang demikian itu kerana sifat terburu-buru,gelojoh dan semangat tinggi kebiasaannya terserlah ketikamana tidak dapat menentukan hakikat taklif yang dipertanggungjawabkan. Bukan kerana  disebabkan faktor keberanian, kemampuan memikul beban atau sebarang desakan.

Ia juga terserlah disebabkan sedikit kemampuan mereka menanggung beban, sedikit kemampuan menahan kesusahan dan menanggung kekalahan dan ketewasan. Dengan sedikit kemampuan dan keupayaan mereka memikul beban ini, maka ia menuntut kepada harakah (bergerak), tolakan dan menuju kemenangan dengan apa cara sekalipun tanpa melihat kepada taklif(beban) tersebut sehingga apabila mereka berdepan dengan beban tersebut ia menjadi amat berat dari apa yang mereka mampu memikulnya atau menjadi amat sukar dan payah dari apa yang mereka gambarkan. Maka jadilah mereka barisan pertama yang takut, mundur ke belakang dan tewas. Pada masa yang sama, ada yang teguh pendirian (thabat), tahan menghadapi ujian, sanggup memikul kepayahan dan kesusahan, menanggung penderitaan beberapa ketika dan bersiap siaga dalam perjuangan dengan segala persediaan..”

Kewajipan Para Muwajjih (Mentor) dan Pemikir

Fenomena Hamasah (arus  semangat) di dalam anggota Harakah Islamiah boleh membawa ke  tahap yang tinggi,kuat sehingga mengheret dan mempengaruhi para murabbi, muwajjih dan pemikir.Keadaan ini menjadikan mereka hilang kemampuan dan keupayaan untuk menguasai dan memimpin jamaah. Ini merupakan pertembungan yang merbahaya sepertimana pertembungan ahli maksiat yang bergelumang dengan maksiatnya.

Sesungguhnya pertembungan orang-orang yang terburu-buru  (gopoh gapah) dengan mereka  yang menarik diri (mengundur) dari amal dakwah yang produktif adalah satu dosa besar dari dosa-dosa besar. Sesungguhnya para muwajjih yang dikurniakan Allah basiroh (pandangan jauh) dan pengetahuan bertanggungjawab terhadap hasil atau natijah sifat isti’jal yang dilakukannya terhadap dakwah berbanding  dari mereka yang bersikap isti’jal(tergesa-gesa).

Solusi yang betul

Sepatutnya tekanan waqi’ (reality) yang dihadapi tidak boleh diselesaikan dengan cara yang salah sekalipun terpaksa mengambil masa yang lama. Ini kerana mengambil kaedah yang betul adalah jalan yang paling tepat. Panjangnya tempoh masa tidak akan menghilangkan hakikat kebenaran akan kebenarannya sedangkan singkatnya tempoh masa tidak menjadikan kesilapan itu bersifat benar dan betul.

Kembali ke Titik Tolak Yang Sahih

Sesungguhnya penyelesaian yang betul dan tepat dalam dakwah yang penuh dengan mehnah dan tribulasi ini ialah bersabar  di atas jalan dakwah yang panjang, memberi penumpuan kepada masyarakat, menghubungkan faktor kekuatan dan kajian terhadap sebab-sebab yang berlegar dalam masyarakat, mobilisasi seluruh tenaga dakwah dengan paling maksima dengan jangkaan penerimaan dakwah,. Ia merupakan  satu kesungguhan yang tidak mengenal erti penat dan jemu. Lantaran selepas itu akan  tertegaklah asas atau kaedah yang kukuh (Qaedah sulbah) yang menjadi asas  kepada jalan penyelesaian yang menyeluruh.

Langkah Permulaan

Untuk sampai ke peringkat tersebut, orang-orang Islam perlu membayar harga yang tinggi merangkumi semangat berkorban jiwa dan raga serta darah. Namun begitu dengan bantuan Allah mereka akan memperolehi hasil daripada kesungguhan yang dicurahkan. Tanpa jalan ini, mereka terpaksa membayar harga yang berganta pada masa sama mereka jauh dari matlamat yang disasarkan..

Ketika  masyarakat menerima Islam sebagai sistem hidup dan sumber syariat melalui pusat-pusat kekuatan sehingga membentuk masyarakat muslim. Ketika itulah juga, golongan teras (Qaedah sulbah) mampu melaksanakan tugas untuk memikul segala bebanan peperangan. Masyarakat pula  mampu mengerahkan segala tenaga mereka sebagai satu faktor untuk menggantikan segala kekurangan yang muncul di sebalik peperangan. Akhirnya peperangan menjadi medium yang membuka pintu dakwah untuk menghapuskan segala cabaran yang menghalang dakwah sampai kepada manusia.

Matlamat dakwah dan peperangan adalah satu iaitu membawa kebaikan kepada manusia. Perbezaan antara keduanya ialah dakwah itu sifatnya menanggung kesusahan dan penderitaan manakala peperangan pula menyampaikan dakwah serta menghapuskan kesengsaraan.

Sesungguhnya musuh-musuh Islam sentiasa tamak dan haloba untuk memesongkan Jamaah yang beriman  ini daripada perencanaannya (strategi) sehingga  menjadikan jamaah bersikap tergesa-gesa (isti’jal) untuk mencapai kemenangan, memetik hasil sebelum tiba tempoh masaknya . Banyak bukti-bukti yang menunjukkan bahwa usaha dan  proses  ini berlaku secara beransur-ansur yang berakhir dengan penindasan dan penganiayaan terhadap para amilin Islam (pejuang Islam). Sifat segera dan gopah gapah  ini juga akhirnya akan meninggalkan kesan negatif kepada jamaah, pengikut, perencanaan dan masa depannya.

Sesungguhnya sudah tiba masanya seseorang Muslim itu melakukan apa dia kehendaki bukan apa yang dikehendaki ke atasnya. Ia juga hendaklah melaksanakan tugas tersebut sejajar dengan apa yang dia rancang bukan apa yang dirancang untuknya . Tidak sepatutnya seseorang Muslim itu disibukkan daripada matlamatnya yang sebenar sehingga ia memberi kesan pada dirinya berada dalam  keadaan isti’jal (tergesa-gesa) untuk merealisasikan matlamat yang akan datang.

Sesungguhnya jamaah Islam perlu merakam segala kesan-kesan positif yang yang membawanya hampir kepada matlamat perjuangan. Seorang pemerhati  yang adil akan pasti melihat transformasi radikal  berlaku dalam fikrah dan tingkahlaku manusia. Dia memerhati dan melihat bahawa  umat ini bermula dengan menyahut seruan keimanan, jiwanya mula bersatu dan  diikat dengan iman berbanding  dengan  keadaan jiwa semalam yang sering menolak. Sesungguhnya kerja keras ini (amal dakwah dan tarbiyah) telah membawa umat melakukan proses taghyir (perubahan) besar dalam segenap dimensi  kehidupan mereka. Kewujudan pelbagai institusi  telah mengambil peranan dan tanggungjawab untuk merealisasikannya menuju ke arah Islam.

Begitulah,  peranan dakwah ke jalan Allah Taala merupakan  satu wasilah ke arah membentuk masyarakat Islam dan Qaedah Sulbahnya. Sesungguhnya peperangan (Qital)  hanyalah  merupakan gerakan kemasyarakatan yang terbit dari masyarakat yang berpaksikan   kepada   binaan Qaedah sulbah. Dengan gambaran yang sedemikian ,  apakah yang akan diungkapkan oleh golongan yang bersikap isti’jal. Adakah mereka akan berkata di hadapan allah nanti :” Wahai Tuhan kami ! Mengapa Engkau wajibkan perintah perang  ke atas kami ? Mengapa Engkau tidak tundakan kewajipan  tersebut kepada kami untuk tempoh  beberapa masa tertentu lagi ..?

Read Full Post »

Surah Al-Fath Sebagai Bukti

Di dalam surah al-Fath mengisahkan sekelompok orang mukmin yang menyembunyikan iman mereka di dalam masyarakat Mekah. Ia menjadi sebab kenapa Allah tidak mewajibkan ke atas mereka perintah Qital.

Firman Allah SWT ayat 25 Surah al-Fath yang bermaksud :

“ Dan kalau bukanlah kerana ada beberapa orang lelaki dan perempuan yang beriman yang tidak kamu ketahui, tentulah kamu akan membunuh mereka yang menyebabkan kamu ditimpa kesusahan tanpa kamu sedari. Ini kerana allah ingin memasukkan siapa yang Dia kehendaki ke dalam rahmatnya. Sekiranya mereka terpisah, tentu kami akan mengazab orang-orang kafir di antara mereka dengan azab yang pedih”.

Al-Qurtubi di dalam tafsirnya  menyatakan ayat [ ولولا  رجال  مؤمنون ا  ] bermaksud golongan musta’afin (orang-orang yang lemah) dari kalangan orang mukmin di Mekah yang hidup di tengah-tengah masyarakat kafir, [لم تعلموهم ]  bahawa mereka adalah orang mukmin , [أن تطؤوهم ] dengan berperang dan membunuh , ( فتصيبكم منهم معرة بغير علم ) iaitu orang –orang musyrik berkata : sesungguhnya mereka telah membunuh ahli agama mereka , (  لو تزيلوا) jika orang-orang mukmin berada di tengah-tengan orang kafir sudah pasti mereka akan menyeksanya dengan senjata akan tetapi allah menolak (selamat) orang mukmin dari seksaan orang kafir.

Kesimpulan dari isu ini ialah di sana tidak ada nas untuk mengharuskan tidak melaksanaakn dakwah secara berhikmah dan menyampaikan mau’izah hasanah dalam keadaan percampuran orang-orang solih dengan selain mereka atau orang-orang islam dengan masyarakat lain. Manakala penggunaan kekuatan hanya akan membawa  bahaya kepada dakwah dan para pendakwah atas sebab-sebab berikut :

  • Kelompok masyarakat akan terdedah kepada pelbagai bentuk penindasan, penyeksaan dan ketakutan dan tiada ada orang yang hidup bebas bersama yang lain.
  • Tidak ada usaha dakwah secara hikmah dan menggunakan peringatan dan perkataan. Di sana tiada  lagi cara untuk saling faham memahami melainkan bahasa kekuatan.
  • Para du’at akan melninggalkan posisi strategic dan berpengaruh di dalam masyarakat lalu menyendiri di celah-celah gua dan tempat-tempat persembunyian.
  • Akan wujud hanya satu cara aliran pemikiran sahaja bagi menentang musuh di dalam mendidik atau mengarah masyarakat.
  • Islam akan berdepan dengan dakyah musuh yang berlawanan dan para rijalnya tidak memahami melainkan bahasa kekuatan dan penindasan.
  • Dakwah akan mendapat kerugian dengan kehilangan para rijalnya yang sukar untuk diganti dan menampung kelemahan yang muncul akibat kehilangan rijal tadi.
  • Perkara ini menjadi penghalang untuk membawa ramai manusia untuk mengenderai dakwah ini. Ini kerana mereka memahami bahawa dakwah tadi bukan ada satu matlamat yang  mendalam, perlu kesabaran,perlu tekad untuk mereka beramal –dengan izin allah- untuk membawa masyarakat kepada Islam. Yang ada pada mereka ialah gambaran sebagai seorang pejuang (mengangkat senjata)  bahawa dia adalah muslim yang bercita-cita mati di jalan Allah. Tiadak ada baginya satu perancangan yang penuh sedar untuk berdepan dengan fitnah (ujian) ini yang akhirnya dia akan kekal berdepan menentang anak-anak,kaum kerabat dan jiran-jirannya. Dalam keadaan seorang muslim itu tidak mampu mengimbangi antara kekuatan yang ada padanya dan yang ada pada musuh, kerja-kerja untuk Islam bertukar menjadi satu bentuk serangan berani mati demi kerana fi sabillah.

Read Full Post »

Sejajar dengan peredaran masa dan dunia tanpa sempadan kini, seseorang pendakwah sangat perlu kepada penambahan ilmu pengetahuan. Bahkan ia menjadi satu kemestian bagi sang pendakwah memahami suasana lingkungan dan persekitaran umum meliputi perkara berkaitan kehidupan sosial, ekonomi, masyarakat dan politik. Ini kerana dakwah yang dibawa oleh pendakwah yang mempunyai ketinggian ilmu dan kefahaman luas dalam pelbagai aspek dan bidang sama ada bersifat tempatan mahupun antarabangsa lebih berkesan di hati masyarakat kerana ia boleh menjadi pemimpin yang menjadi  ikutan dan sumber rujukan masyarakat.

Memahami persekitaran umum ini dapat membantu seorang daie memanfaatkan peluang yang ada sama ada yang bersifat nasional mahupun dunia. Demikianlah apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ketika mana melihat negara-negara  ketika itu dan Baginda mendapati keamanan dan ketenangan yang ada pada Najashi yang memerintah Habsyah. Sekalipun ia adalah wahyu daripada Allah, namun seorang daie itu perlu berusaha bersungguh-sungguh memahami  tuntutan peredaran zaman, tempat strategik dan sosio kehidupan manusia.

Sememangnya setiap persekitaran itu mempunyai ciri-ciri keistimewaan dan tuntutannya. Sebagai contoh persekitaran padang pasir, gurun berbeza dengan kampung, persekitaran kampung pula berbeza dengan bandar, persekitaran kota perniagaan berbeza dengan persekitaran perusahaan mahupun perladangan.

Dewasa ini Daie hidup di dunia Islam yang luas, ia tidak sunyi dan lari dari berdepan dengan masalah atau isu yang kronik,. Pada masa yang sama, ia juga tidak dapat lari dari berhadapan dengan segala unsur kekuatan dan tentangan musuh terhadap agama Islam dan umatnya.

Kesemua ini menuntut satu kesatuan dan kerjasama dalam menggerakkan amal Islami. Ia tidak dapat tidak memerlukan kefahaman luas terhadap persekitaran yang berlaku di dunia ini.

Ketika ini, seorang daie hidup di dunia yang dicaturkan oleh institusi atau kuasa dunia berpengaruh besar hingga kawasan yang memiliki keistimewaan dan keutamaan. Perkara ini memberikan kesan sama ada positif mahupun negatif kepada dunia Islam dan juga dakwah Islam. Oleh yang demikian, ia menuntut kepada pengetahuan yang jelas tentang segala pertembungan dan bagaimana kuasa-kuasa besar ini memainkan pengaruhnya.

Pendakwah juga hidup dalam suasana dunia yang penuh dengan pertarungan dan pertembungan aliran pemikiran, pandangan dan falsafah. Pemikran ini cepat berubah dan tidak statik. Dunia Islam pula terdedah untuk  menerima apa jua yang datang dari Barat mahupun Timur tanpa ada tapisan dan saringan sehingga  ia menjerat pemikiran dan pandangan pendakwah. Perkara ini boleh diabaikan atau tidak diambil peduli pada waktu  gerakan dakwah menghadapi kesukaran dan kesulitan atau fasa perpindahan tetapi pada zaman teknologi dan abad satelit atau era globalisasi  ini ia tidak boleh diabaikan sama sekali.

Selain itu, pendakwah juga hidup dalam suasana inovasi dan penemuan baru sains dan teknologi. Ini mampu mendatangkan sama ada manfaat ataupun membawa unsur negatif kepada dakwah menerusi internet, facebook, email dan sebagainya. Pendakwah yang  berjaya ialah pendakwah yang dapat memanfaatkan inovasi dan ciptaan baru yang baik dan meninggalkan apa yang mendatangkan keburukan kepada dakwah.

Pendakwah juga tidak harus hanya berpeluk tubuh dengan hanya melihat sahaja suasana di sekelilingnya. Bahkan ia patut sedar bahawa ini semua adalah anugerah Allah untuk membantu urusan dakwah hambaNya. Bantuan Allah ini tidak akan hadir melainkan setelah mempunyai kefahaman yang mendalam terhadap segala perkara dan isu dalam pelbagai aspek dan dimensi hidup, alam semulajadi  yang berkaitan yang di laut,di sungai, di darat, di gunung ganang,tanah , air, panas dan sejuknya.

Pendakwah juga perlu memahami bahawa ia juga hidup di antara kelompok masyarakat yang berpegang kepada pelbagai mazhab, sama ada dekat mahupun jauh, mazhab yang melampau,aliran permusuhan ataupun aliran perdamaian. Tidak dapat tidak ia memerlukan pemahaman yang mendalam dari pelbagai aspek terhadap kewujudan golongan atau mazhab tersebut dengan kajian secara ilmiah, memahami sejarah kemunculannya, matlamat dan metodologi serta pengaruhnya terhadap perkembangan manusia.

“Sesuatu perkara yang disampaikan oleh daie sehingga mendatangkan keamanan dan kesejahteraan maka ketahuilah bahawa ia memperoleh kejayaan untuknya dan dakwahnya.

Read Full Post »

Seorang pendakwah itu melaksanakan tugas dan tanggungjawab mengikut perintah Allah Taala. Tugas dakwah ini lebih mulia dan amat payah jika dibandingkan dengan jawatan lain di dunia. Tiada satu jawatanpun atas muka bumi ini yang terpikul segala bebanan dan kesusahan melainkan dakwah. Dakwah itu bukan sahaja menuntut pengorbanan jiwa dan harta, bahkan terpaksa berjauhan dengan keluarga dan negara. Ia tidak mampu dibalas dengan dunia.

Para anbiya’ berpegang teguh dengan prinsip ini sepertimana kata mereka dalam Surah al-Ana`am: Ayat 90.

Maksudnya: Aku tidak meminta imbalan kepadamu dalam menyampaikan (al-Quran).

Rasulullah s.a.w diperintahkan supaya beriltizam dengan manhaj ini. Ketika penduduk Mekah menolak dakwah Nabi s.a.w, turun ayat bertanyakan sebab penolakan mereka sepertimana firman Allah dalam Surah al-Tur: Ayat 40 yang bermaksud :

Maksudnya: Ataukah engkau (Muhammad) meminta imbalan kepada mereka sehingga mereka dibebani hutang?

Ketahuilah bahawa seseorang yang mencari habuan dunia tidak akan melakukan sesuatu perkara melainkan untuk memperoleh ganjaran dan habuan dunia. Demikianlah kisah tukang sihir dengan Nabi Musa di mana jelas terbukti ketika mana mereka berkata kepada Firaun di dalam Surah al-Su`ara’: Ayat 42 :

Maksudnya: “Apakah kami benar-benar akan mendapat imbalan yang besar jika kami menang?”

Kemudian Firaun membenarkan mereka dengan katanya :

Maksudnya: “Ya, dan bahkan kamu pasti akan mendapat kedudukan yang dekat (kepadaku)”.

Setelah iman terpahat dalam jiwa dan sanubari mereka, mereka tidak meninggalkan untuk mendapatkan ganjaran bahkan kata mereka kepadanya :

Maksudnya: Maka putuskanlah yang hendak engkau putuskan. Sesungguhnya engkau hanya dapat memutuskan pada kehidupan di dunia ini.  (Surah Toha : ayat 72)

Bentuk-bentuk habuan atau ganjaran yang perlu dijauhi oleh dai`e.

Habuan atau ganjaran ini bukan semata-mata berkisar berkaitan harta bahkan ia merangkumi setiap manafaat yang diterima hasil daripada dakwah. Sayugia seorang pendakwah tidak ternanti-nanti atau mengharapkan ucapan penghargaan atau terkenal.

Terdapat beberapa faedah dan hukum berkaitan tidak menuntut ganjaran ini:

Pertama: Sesetengah manusia beranggapan bahawa seseorang pendakwah itu memang telah ditentukan bahawa dakwah yang dijalankan tersebut menghubungkannya dengan rezeki dan harta. Barangkali seseorang pendakwah itu bertujuan untuk mengalihkan pandangan manusia supaya mereka mendapat manfaat daripada dakwah yang disampaikan terutama sekali sebahagian besar para daie terdiri daripada orang yang miskin.

Allah Ta`ala berfirman dalam Surah Hud: Ayat 29

Maksudnya: Dan wahai kaumku! Aku tidak meminta harta kepada kamu (sebagai imbalan) atas seruanku. Imbalanku hanyalah dari Allah

Imam al-Razi berkata: Ayat ini menjelaskan bahawa seolah-olah Nabi s.a.w berkata kepada mereka: “Sesungguhnya jika kamu semua mengharapkan sesuatu yang zahir dan pasti maka ketahuilah bahwa kamu akan mendapatiku miskin, dan jika kamu menyangka kesibukanku menyampaikan dakwah ini untuk mendapatkan harta-harta kamu sekalian, maka yakinlah bahawa sangkaan kamu itu salah, sesungguhnya aku tidak menyampaikan risalah ini untuk mendapatkan sebarang ganjaran.

Kedua: Kecenderungan bangsa dalam hal ini akan menjadikan mereka seperti ahli silap mata dan dajjal yang menghubungkan agama untuk mendapatkan dunia dan kelazatannya. Ketahuilah bahwa dakwah itu tulen dan asli yang tidak menuntut pengamalnya mengharapkan apa jua ganjaran dunia atas apa yang dilakukannya.

Ketiga: Setiap amalan yang didasari dengan sesuatu ganjaran kadang-kadang mengundang kekurangan dan kecacatan. Pengamalnya akan melaksanakannya mengikut jumlah ganjaran yang akan diperolehinya sedangkan agama Allah yang mulia ini tidak dihubungkan dengan ganjaran dunia tersebut tetapi ia mesti bertunjangkan keikhlasan.

Keempat: Sesuatu amalan yang ada ganjaran dunia sebenarnya terkesan dengan pemberi ganjaran. Keinginan untuk memberikan apa jua ganjaran bersandarkan amal yang dikerjakan. Oleh kerana itu ramai di kalangan manusia apabila berhadapan dengan tekanan untuk mendapatkan habuan dunia sanggup mengubah atau meminda semata-mata untuk mengejarknya sedangkan para nabi dan daie yang soleh tetap teguh dan thabat atas petunjuk dan jalan dakwah yang tetap tanpa berubah.

Kelima: Seandainya seseorang pendakwah itu dikenali oleh masyarakat sebagai orang yang tidak mengharapkan ganjaran dunia maka ianya membuktikan kebenaran pendakwah dan mampu menarik manusia atas dakwah yang dijalankan tersebut. Oleh sebab itu, dakwah Nabi s.a.w cukup memberi kesan yang mendalam kepada pengikutnya.

Imam al-Hasan al-Basri berkata:  “Kemuliaan kamu di sisi manusia akan kekal selama mana kamu tidak berhajatkan sesuatupun pada mereka, jika kamu melakukannya maka ketahuilah mereka akan merendahkan kamu, benci apa yang kamu sampaikan bahkan memusuhimu.”

Daripada tanda seorang pendakwah itu tidak berhajat atau mengharapkan kekayaan dari imbalan manusia ialah dia memiliki hasil pendapatan sendiri sama ada melalui perniagaan, pertanian, bekerja sendiri atau pertukangan. Ayyub As-Sakhtayani berkata kepada teman-temannya : “ sentiasalah kamu di pasar  (untuk tujuan berniaga) kerana sesungguhnya orang yang sihat itu bila  memiliki kekayaan(cukup rezeki)”.

Para sahabat Rasulullah SAW dan salafussoleh amat-amat tidak memerlukan  bantuan dan imbalan dari manusia. Ini kerana, mereka sudah ada sumber rezeki sendiri dan sentiasa bersifat dengan sifat Qanaah (berpada dengan pemberian allah). Tetapi sumber rezeki yang ada pada ada sang da’ie tadi tidak membawa kepada sifat tamak atau menghabiskan sisa-sisa umur untuk mengumpul harta dan kekayaan.

Kadang-kadang seorang daie itu mudah diterima oleh masyarakat sehinggakan terpancar kasih dan sayang mereka kepadanya melalui pemberian, hubungan yang erat, memberi bantuan mahupun perkhidmatan serta menerima ajakannya. Seorang daie yang leka dengan menerima habuan ini boleh jadi akan mengaibkan dakwahnya di sisi masyarakat, bahkan ia boleh menyebabkan perjalanan dakwahnya terjejas dan mengundang fitnah terhadap keperibadiannya. Maka jadilah pendakwah tadi buruk cara dan tercela perjalanan hidupnya.

Para da’ie yang jujur dan benar di jalan dakwah, akan sentiasa menyumbang bukan mengharap imbalan. Mereka adalah yang paling banyak memberi dan memiliki jiwa yang besar serta mempunyai maruah (harga diri). Maruah atau harga diri ini merupakan salah satu ciri-ciri syaksiah islamiah  dan inti keseqahan manusia  pada seorang da’ie.

Imam Mawardi menyatakan : “ Maruah adalah perhiasan diri dan  al-himmah (keazaman dan cita-cita tinggi)”.  Sifat ‘al-muruah’ ( menjaga harga diri) tidak akan ada melainkan jika ada sifat ‘iffah, kesucian dan memelihara diri. Sifat ‘iffah ialah dengan menjauhi perkara yang haram dan dosa, manakala  sifat suci bersih pula dengan menjauhi ketamakan diri dan terlibat dalam perkara yang meragukan sedangkan sifat memelihara diri  ialah dengan menjaga diri dari memikul (mengharap) ganjaran atau pemberian dari manusia serta membebaskan diri dari  meminta pertolongan dengan makhluk.

Kata Imam Mawardi : “ Orang yang berhajat atau berharap sesuatu dari manusia lain, setiap dari mereka dianiaya haknya, mendapat kehinaan dan menjadi bebanan pada orang lain.”

Adapun jika seorang daie itu mengajar, menjadi imam atau menyampaikan khutbah dan dia memperolehi pendapatan dari kerja tersebut, maka ia dibenarkan syarak untuk mendapatkan imbuhannya atas sebab pekerjaan atau profesion tadi. Termasuk juga dalam urusan tanggungjawab kepimpinan umum(contohnya sebagai pegawai @ penjawat awam kerajaan atau mana-mana institusi dan jabatan) dan memegang jawatan perundangan (seperti bekerja sebagai hakim, kadi, peguam) atau yang sepertinya, maka pendakwah tadi berhak mendapat ganjaran dari kerja(profesion) tersebut dan tidak dicela.

Read Full Post »

 


Ikhwani fillah…

Alhamdulillah, segala puja dan puji kita hadapkan pada allah atas limpahan nikmatnya yang tidak terhingga ke atas kita. Marilah kita berterusan memuji allah, marilah kita sentiasa hadirkan jiwa kita untuk sentiasa bertaqarrub kepada allah dengan melipat gandakan amal-amal kita, melipat gandakan jihad dan tazhiyah (pengorbanan)  kita agar kita terus thabat di atas jalannya. Jalan dakwah, jalan tarbiyah dan jalan para nabi-nabi, para auliya’, para solihin dan siddiqin.

Akhi fillah..

Al-Quran di sisi kita adalah kitab dakwah wa tarbiyah. Kitab yang mengandungi pelbagai kisah untuk dijadikan ‘ibrah dalam perjalanan yang panjang ini agar kita tidak gugur dan terhenti dek kerana panas dan hujannya ritma lautan dakwah ini.

Kisah-kisah yang dipapar dan ditayangkan di dalam al-Quran adalah untuk berterusan memberikan motivasi, spirit dan semangat daya juang yang kental buat parajurit dakwah agar terbina militansi sebagai kader dakwah, dai’e, murobbi, naqib dan qiyadah.

Antara kisah menarik yang dilayarkan di dalam al-Quran adalah kisah Burung Hud-Hud dan Nabi Sulaiman. Kisah Sang Burung yang melakukan kerja dakwah dengan penuh Ijabiyah (positif) tanpa menanti arahan Qiyadah. Sikap proaktif yang ditunjukkan oleh Hud-Hud membuka lembaran amal baru dakwah sehingga umat baru itu menerima hidayah dan memeluk Islam.

Allah merakamkan di dalam al-Quran pada ayat 20-23 Surah An-Naml yang bermaksud :

Dan dia ( Nabi Sulaiman) memeriksa burung-burung lalu berkata : “ Mengapa aku tidak melihat Hud-Hud, apakah dia termasuk dari kalangan yang tidak hadir. Sudah pasti akan ku menyiksanya dengan siksaan yang amat pedih atau aku akan menyembelihnya kecuali ia datang kepadaku dengan alasan yang terang dan nyata”. Maka selang beberapa ketika, datanglah burung Hud-Hud lalu ia berkata . “ aku telah mengetahui apa yang kamu belum mengetahuinya, dan aku bawakan kepada kamu dari Saba’ satu berita  penting dan diyakini. Sesungguhnya akau mendapati seorang wanita yang memerintah mereka dan dia dianugerahkan dengan segala sesuatu serta memiliki singgahsana yang besar..”.

Ikhwati fillah..

Dalam kisah ini, kita melihat bagaimana Hud-Hud yang terlewat untuk hadir di majlis pertemuaan dengan Nabi Sulaiaman a.s. Keterlambatan Hud-Hud menghadiri pertemuan ini dengan satu i’tizar (alasan) yang munasabah, bahkan memberikan informasi baru yang bermakna pada amal dakwah.

Tindakan Hud-Hud bukanlah sikap escapism (melarikan diri) dari dhawabit amal jamaie atau sebagai satu dalil Tasayyub (melepaskan diri) dari arahan Qiyadah. Kita mesti memahami tindakan Hud-Hud dengan positif untuk memanfaatkan fursoh (peluang) bagi menjayakan agenda jamaah dan misi dakwah.

Kisah ini menunjukkan betapa perlu setiap kader dakwah sentiasa sedar (yaqzah)akan agenda dakwah, diqqah (teliti) dalam amalnya agar dia tidak terkeluar dari gagasan besar yang digariskan oleh jamaah dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Begitu juga pada posisi Qiyadah yang perlu ada sikap mengawal dan tatabbu’ (follow-up) apa yang dilakukan oleh anggotanya agar agenda dakwah dan misi jamaah tercapai. Sikap peka dan sedar pimpinan terhadap prilaku anggotanya, tegas pada tindakannya akan menjamin kesejahteraan organisasi dan segala permasalahan yang berlaku dapat diselesaikan.

Tindakan Hud-Hud juga menunjukkan setiap parajurit dakwah perlu memiliki kecerdasan dan ketangkasan untuk memanfaatkan segala ruang dan peluang bagi mengembangkan risalah dakwah. Sikap Hud-Hud yang sentiasa proaktif, positif dalam amalnya, memberikan informasi berguna menyebabakan Ratu Balqis dan pengikutnya menerima risalah islam. Pada diri Hud-Hud juga ada keberanian mengemukan alasan kepada pimpinan akibat keterlewatannya hadir pertemuan.

Kisah ini sarat dengan ma’ani tarbawi dan harokiy untuk diteladani oleh Qiyadah dan para pengikut dakwah. Ia juga menjadi Durus(pelajaran) berharga buat para Da’ie. Mas’ul dan Murobbi.

Antara pelajaran penting dari kisah tersebut untuk para da’ie, para mas’ul dan murobbi ialah.

  1. Seorang Dai’e perlu kreatif dan memiliki inisiatif positif serta proaktif di dalam amal dakwah. Dalam era digital dan informatif, setiap daie perlu memanfaatkan ruang maya, mencari maklumat yang penting untuk kemaslahatan dakwah dan memberikan impak yang tinggi dalam menjayakan agenda organisasi. Bahkan da’ie itu lebih mulia dari seekor burung Hud-hHud.
  2. Setiap pimpinan, mas’ul atau murobbi perlu bijak dalam memberikan taujih (pengarahan) dan mengawal perjalanan organisasi. Tidak semua perancangan yang direncanakan dapat dilakukan oleh qiyadah dan memantaunya kerana keterbatasan matlumat. Tindakan Hud-Hud memberikan sedikit maklumat walaupun dipandang kecil dan remah telah menyebabkan ratu Balqis dan pengikutnya memeluk Islam. Kemampuan memberikan taujih dan mengawal gelagat anggota adalah seni yang perlu dipelajari dan dicontohi.
  3. Para mas’ul atau para murobbi hendaklah melakukan siasatan sebelum menjatuhkan hukuman kepada mutorobbi atau pengikutnya. Sikap tabayyun (minta penjelasan) adalah akhlak yang perlu ada pada para mas’ul sebelum melakukan tindakan menghukum. Dalam organisasi para qiyadah harus menerima alasan yang syar’ie wa tandhimi untuk menjaga keharmonian jamaah agar tidak terbuka pintu-pintu fitnah dan porak peranda jamaah. Inilah yang dilakukan oleh Nabi Sulaiman yang menerima alasan burung Hud-Hud walaupun berkemungkinan ia benar atau berdusta. Realitinya, apa yang diberitakan oleh hud-Hud adalah suatu yang benar dan membuka medan baru dakwah.
  4. Dalam dakwah dibenarkan kita i’tidzar lil qoid fi ada’il wajib . (memberikan alasan pada pimpinan dalam melaksanakan tugasan dakwah). Setiap parajurit dakwah diharuskan memberikan alasan ketidakhadiran dalam mana-mana aktiviti dengan syarat alasan itu adalah i’tizar syar’ie wa i’tizar tandhimi. (alasan yang bersifat syarie dan mengikut adabiyat tanzim).
  5. Setiap kader dakwah perlu memiliki keberanian mengemukana alasan yang kuat dihadapan qiyadah. Keberanian tersebut berasaskan kepada kekuatan ilmu. Inilah yang dilakukan oleh Hud-Hud dihadapan Nabi Sulaiman. Kata Hud-Hud  : “Maka selang beberapa ketika, datanglah burung Hud-Hud lalu ia berkata . “ aku telah mengetahui apa yang kamu belum mengetahuinya, dan aku bawakan kepada kamu dari Saba’ satu berita  penting dan diyakini..”.
  6. Hudhur (hadir) kita pada setiap pertemuan dan acara yang diaturkan oleh jamaah adalah atas hudhur da’awi tarbawi.  Kehadiran kita pada setiap halaqah, setiap liqo’ setiap wasilah tarbiyah adalah atas sebab hudhur da’awi tarbawi. Kehadiran inilah yang menyelamatkan kita di hadapan qaid, mas’ul dan murobbi kita. Semua ini menjasad dan mendarah daging pada diri kita, jika kita ada memiliki sifat ijabiyyah (positif) pada amal dakwah dan amal tarbiyah kita. Setiap mas’ul, qoid atau murobbi pula perlu ijabiyyah dalam menilai setiap anggotanya agar mereka sentiasa tidak ponteng dalam setiap aktiviti dakwah dan tarbiyah.
  7. Para mas’ulin, para qiyadiyyin, para murobbiyin perlu mencontohi sikap dan prilaku Nabi Sulaiman a.s terhadap Hud-Hud. Antara sikap tersebut ialah:
  • Tafaqqud al-amir li atba’ihi  (seorang ketua merasakan  kehilangan para pengikutnya). Setiap mas’ul perlu memerhatikan sesiapa yang tidak hadir atau hadir pada setiap liqo’nya. Sikap ambil berat adalah sebahagian dari peranan dan amanahnya sebagai mas’ul atau murobbi.
  • Akhzul amr bil hazm (membuat keputusan dengan tegas). Tindakan Nabi Sulaiman yang tegas terhadap Hud-Hud jika tidak dapat memberikan alasan yang syar’ie akibat keterlambatannya hadir majlis. Setiap mas’ul harus tegas dan memiliki wibawa dalam membuat polisi dan arahan pada pengikutnya.
  • Refleksi. Setiap mas’ul harus sentiasa merefleksi perjalanan tarbiyah mutarobbinya agar hasil tarbiyahnya positif dan mendatangkan impak yang besar pada dakwah.
  • Tabayyun al-‘uzr (meminta penjelasan keuzuran).Setiap mas’ul atau murobbi perlu meminta penjelasan atas uzur dan alasan para ahlinya yang tidak hadir. Sikap tabayyun diharapkan akan menghasilkan dampak yang positif pada jamaah dan dakwah.
  • Taqdir kulli udwin (Menghargai setiap ahli). Setiap pimpinan perlu menghargai para ahli bawahannya walaupun apa levelnya, apa kondisinya, apa kedudukannya di dalam organisasi. Ini kerana sikap menghargai ahli akan membawa keseqahan pada pimpinan dan keijabiyahan pada dakwah.

Ayyuhal ikhwah…

Marilah kita sentiasa bersikap ijabiyyah pada amal tandhimi dan amal da’awi ini. Sikap ijabiyyah yang menjadikan kita kader yang proaktif dan sentiasa positif. Dengan sikap ijabiyyah ini, kita lebarkan misi dakwah kita, kita perluasan amal tajmik kita, kita berkreatif di medan baru dakwah melalui laman maya dan digital dan kita tidak meremehkan perkara yang kecil.

Marilah kita menggunakan sifat ijabiyah ini untuk mengukuhkan militansi kita sebagai kader dakwah, sebagai qoid(pemimpin), sebagai mas’ul, sebagai murobbi atau sebagai ahli kepada gerakan dakwah ini walaupun tanpa memiliki jawatan dan posisi sebagaimana sang burung Hud-Hud.

Sekecil manapun yang kita lakukan, namun jika ia bersifat ijabiy akan memberikan kesan yang besar pada dakwah dan jamaah ini. Yang penting dalam diri kita ada kemahuan yang kuat dan daya militansi yang tinggi.

Bayangkan jika kita punyai maklumat yang penting hasil perjalanan dakwah kita ke kampung-kampung, daerah-daerah, pertemuan dengan pelbagai manusia, kaji selidik kita melalui alat media massa, media cetak dan media maya. Lalu kita berikan informasi tersebut pada pimpinan kita sehinggalah menghasilkan projek dakwah yang lebih besar dan efektif, maka itu adalah dari sikap ijabiyyah  yang perlu ada pada diri kita.

Ingatlah ikhwah sekalian,..

Dakwah di fasa Infita h(terbuka)  menuntut kita kepada sikap ijabiyah.Dengan  sikap ijabiyyah inilah yang akan membuka ruang baru dakwah kita, menakung kepelbagaian mad’u kita, meluaskan pasaran dakwah kita, meningkatkan perolehan keanggotaan kita, mentajnid dan memperkasa kekuatan kita, membangunkan keseqohan umat pada kita sehinggalah allah akan memenangkan risalah dakwah ini. Moga kita terus bersikap ijabiyyah sebagaimana ijabiyah Hud-Hud dalam melakukan amal dakwahnya.

Read Full Post »


(more…)

Read Full Post »

Sebahagian besar para du’at menyangka bahawa dakwah hanyalah usaha menyeru manusia kepada kebaikan dengan menggunakan kalimah-kalimah yang baik pada mana-mana situasi atau kondisi.Kemungkinan juga dakwah itu berlaku secara tidak berperancangan berdasarkan perbezaan kemampuan para dai’e.

Ada sebahagaian para da’ie diberikan allah kemampuan yang luar biasa dan hebat menyampaikan dakwah. Manusia mudah tertarik dengan seruan dakwahnya dan sang daie tadi mampu menjinakkan hati-hati para mad’unya. Manakala sebahagian yang lain pula dikalangan para da’ie tidak memiliki kemahiran (skill) dan seni untuk berdakwah dan menarik pandangan para pendengar. (more…)

Read Full Post »

« Newer Posts - Older Posts »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,562 other followers