ABCD tarbiyah…Apa hakikat tarbiyah… ?
Tarbiyah ialah proses memberi pengaruh dan kesan secara berterusan untuk membentuk perubahan pada tingkah laku. Ia merupakan proses pembinaan keimanan, emosi, akhlak, harokah untuk membina Super Muslim Robbaniy. Dengan kata yang paling ringkas tarbiyah adalah proses merubah manusia dari kognitif kepada tingkah laku kekal berdasarkan manhaj dan wasilah tertentu untuk mencapai objektif pembinaan peribadi muslim yang menjadi batu bata kepada binaan Islam.
Ya ..Tarbiyah untuk membina Super Muslim Robbani
Bagaiman Peribadi Super Muslim Robbaniy ?
Super Muslim Robbaniy itu ialah :
- Manusia yang benar dan ikhlas kepada allah dalam segala tindakannya.
- Manusia yang dekat dan tunduk serta khusyuk kepada Allah.
- Manusia yang sentiasa beribadah dan banyak berzikir mengingati allah
- Manusia yang zuhud di dunia dan mencari segala apa yang mendapat keredhaan allah.
- Manusia da’ie [pendakwah] yang menyeru ke jalan alllah dan berusaha memenangkan agama Allah.
Di mana titik kejayaan tarbiyah ?
Titik kejayaan tarbiyah apabila berlaku perubahan kepada individu kepada satu perubahan yang positif dan beransur-ansur sehingga menjadikan individu tadi seorang yang bersungguh-sungguh berada di atas jalan menuju Allah, dia bergerak atas sifat zatiahnya [memiliki jatidiri] untuk melalui jalan orang-orang yang Robbaniy . Manakala jamaah berperanan sebagai lingkungan yang membantu dan menyokong kepada mencapai objektif tersebut. Maka akan lahirlah Super Muslim Robbaniy .
Apakah Indikator paling penting kejayaan tarbiyah ?
Indikator kejayaan tarbiyah apabila berjaya mencapai atau membentuk sifat ‘ZATIAH’ atau ‘KESEDARAN KENDIRI’ di dalam peribadi mutarobbi. Sifat ‘Zatiah’ atau ‘Kesedaran Kendiri’ yang menjadikan individu tadi berusaha mengejar segala yang bernilai di sisi Allah dan mencari habuan akhirat. Itulah ciri Super Muslim Robbaniy yang kita inginkan.
Sifat ‘Zatiah’ inilah terbina pada peribadi super seperti sahabat nabi yang bernama Harithah. Harithah ketika beliau ditanya oleh Rasulullah SAW : Bagaimana kamu pagi ini ? Jawab Harithah : “ aku pagi ini di dalam keadaan menjadi seorang mukmin yang sebenarnya. Kemudian nabi memberikan respon : “setiap kata-kata ada hakikatnya, maka apakah hakikat iman kamu ?”. Jawan Harithah : “ Jiwaku berlepas dari mainan dunia , lalu aku merasa kehausan di siang hari , berjaga di waktu malam seolah-olah aku berada nyata dibawah arasyh allah , dan seolah-olah juga aku menjadi penghuni syurga yang merasai kelazatan nikmatnya di dalam syurga , dan juga merasa seolaha-olah aku adalah penghuni neraka yang merasai azabnya. Jawab baginda SAW : “kamu telah merasainya, maka beriltizamlah kerana seorang mukmin itu ialah apabila Allah telah menerangi hatinya..”
Sifat Zatiah ini akan menjadikan peribadi mutarobbi tadi menjadi super da’ie yang proaktif dan dinamik, beramal dan berdakwah tanpa perlu menunggu taujih dari murobbi. Dia bingkas, tangkas dan pantas melaksanakan tugas dakwah, memikul risalah hasil dari kesedaran dalaman yang tinggi semata-mata mengharap keredhaan Allah. Kuasa dorongannya adalah iman yang bertindak sebagai motor. Kuasa dalaman ini bergerak atas dorongan meraih habuan akhirat..berjalan menuju ke syurga allah.
Kalau begitu..bagaimana mencapai perkara tersebut ?
Usaha Murobbi yang bersungguh-sungguh. Sejauh mana kemampuan murobbi membina sifat hubbul intima’ [rasa dan minat intima’] di dalam jiwa mutarobbi terutama di peringkat awal tarbiyah khususnya kepada para pemuda. Kejayaan tarbiyah apabila berjaya menanam sifat hubbul intima’ yang tinggi kepada mereka. Penilaian kejayaan bukan diukur pada penglibatan atau aktivisme mereka semata-mata. Penilaian perlu diukur sejauh mana akh tadi berjaya ditingkatkan kualiti hubungannya dengan Allah, berapa tercapai muwasofat peribadi robbaniy pada dirinya?.
Apa masalah kita di dalam tarbiyah ?
Masalah kita di dalam tarbiyah berkisar pada dua perkara ini .
- Kita terlalu menekankan aspek pengurusan, teknikal dan formaliti. Kita lupa menekankan aspek terpenting dan bersifat asasi untuk mencapai objektif pembinaan atau tarbiyah iaitu perubahan positif di dalam peribadi dan tingkah laku mutarobbi sehingga terbina peribadi robbaniy yang memiliki zatiah da’iyah. Kejayaan tarbiyah apabila kita berjaya memperkukahkan asas ini, membajai prinsip ini, berpegang kepada matlamat tarbiyah dan risalah dakwah.
- Bercampur aduk di dalam memahami dua perkara iaitu matlamat dan wasilah tarbiyah. Sebahagian murobbi menyangka bahawa tarbiyah akan sempurna bila dia melaksanakan semua aktiviti atau acara tarbiyah lalu dia lupa untuk memahami bahawa wasilah adalah wahana untuk mencapai matlamat yang ditetapkan iaitu membina “Peribadi Robbani’.
Setiap Murobbbi perlu faham tujuan tarbiyah dan wasilah tarbiyah. Di dalam tafkir murobbi tidak boleh terpisah antara matlamat dan wasilah. Ketidakfahaman ini akan menggagalkan proses tarbiyah bagi mencapai objektif terpenting tarbiyah iaitu perubahan tingkah laku. Perubahan tingkah laku adalah bertujuan untuk kita membina Super Muslim Robbaniy dan Super Da’ie Mutaharrik.
Assalamualaikum ustaz.
Saya ingin bertanya, bagaimana jika mad’u kita itu, kita lihat ada peningkatannya dari segi aspek perubahan diri dan rohaninya, tapi sayang, beliau kerapkali terlepas dari wasilah wasilah tarbiyah seperti mabit, jaulah,, rehlah, daurah, dan sebagainya.
Apa pandangan ustaz?
tertinggal*
maksud saya terlepas itu ialah, sengaja mengelakkan diri daripada mengikuti
semua wasilah mesti dilalui untuk mencapai muwasofat yang 10. perubahan mesti syumul bukan sahaja peningkatan aspek ruhi tetapi semua elemen fikri, jasadi dan syuuri. semua ini merupakan pakej untuk melahirkan super muslim, super dai’e. Matlamat tarbiyah bukan sahaja melahirkan insan yang soleh tetapi mengsolehkan orang lain iaitu melakukan proses islah. Ringkas kata tarbiyah yang dicapai mesti membina kader yang akan memimpin perubahan bermula dari pembinaan peribadi sehingga islam menjadi mahaguru dunia sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
Peranan murobbi ialah meningkatkan kesedaran dan kefahaman kepada mutarobbi sehingga mutarobbi memiliki zatiah @ kesedaran kendiri. tugas ini memerlukan kesungguhan dan pengorbanan di samping tekad kemahuan yang tinggi.
assalam, ustaz, sy sudah dua tahun mengikuti usrah, tetapi sy dapati tidak bnyak perubahan yg baik dlm diri sy, sy rasa tahap keimanan sy sama sahaja dengn waktu sblom usrah dulu, sy rasa semngat utk menjadi dai’e tu masih blom ad dlm diri sy, apkah masalah sy ustaz? adakah salah murobbi atau sy sendiri?
Faktor kejayaan tarbiyah bergantung kepada manhaj,murobbi,mutarobbi dan bi’ah. Teras @ induk yang akan menjayakan tarbiyah pokok pangkalnya pada Murobbi, jadi peranan murobbi mewujudkan bi’ah tarbawiyah di samping berusaha meningkatkan iman mutarobbi juga membina intima’ fikri kepada mutarobbi.jika tidak maka proses ini tidak berlaku dan usrah hanya pjumpaan biasa yang tidak akan menggugah mutarobbi. mutorobbi juga perlu ada zatiah meningkatkan dirinya tanpa perlu bergantung kpd murobbi. kesungguhan murobbi dan tolakan zatiah mutarobbi akan membawa peningkatan di tambah pula keikhlasan dalam melalui tarbiyah. Faktor lain juga ialah perlu persediaan yang cukup dari murobbi untuk kendalikan tarbiyah, doa yang tidak henti-henti serta keseriusan untuk bersedia diproses. Tarbiyah cirinya beransur-ansur dan istimrar [berterusan] , ini kerana akar tarbiyah ialah mengubah jiwa dan hati.
ringkas tp jelas hakikat tarbiyah itu..jzkk
Assalamualaikum ustaz,
Perubahan mesti syumul bukan sahaja peningkatan aspek ruhi tetapi semua elemen fikri, jasadi dan syuuri..
1) Boleh ke kalau dikatakan elemen fikri tu merujuk kepada cara fikir, jasadi merujuk kepada tingkahlaku? dan apa yg dimaksudkan dgn syuuri ye?
2) Bagaimana nk terangkan dlm ayat yang mudah kepada mutarabbi tentang manhaj dakwah?
fikri…merujuk kepada membangunkan potensi akal dengan memiliki thaqofah (pengetahuan) syarie dan thaqofah seorang daie. Jasadi pula ialah membangunkan potensi fizikal sehingga ia menjadi insan yang kuat tubuh badan manakala syuuri ialah memiliki perasaan atau jiwa sehingga memiliki ‘atifah islamiah . Semua ini akan menghasilkan pembentukan individu muslim yang seimbang sehingga membentuk tingkah laku positif [ijabi] dan tawazun [seimbang].
Paling mudah..manhaj dakwah kita adalah manhaj dakwah ar-rasul SAW dan para sahabat. manhaj yang berasaskan metod al-quran dan as-sunnah.
jazakallahu khair ustaz atas penerangan
Reblogged this on Moenandar Punya Blog ^_^.