Peringkat 2 : Membina Hubungan Dengan Mad’u dan Berta’aruf Dengannya.
• Kata Syeikh Dr. Syed Muhammad Nuh, taaruf diperingkat ini ialah kefahaman yang detail terhadap keadaan mad’u dari segi jiwa, pemikiran, sosial, ekonomi dan tingkahlakunya. Ia bertujuan menentukan tahap dirinya, titik kelemahannya yang memudahkan untuk menentukan permulaan langkah dan cara mendianogsis mad’u tadi.
• Imam Al-Bana menyebut : “Kenalilah orang yang engkau temui dari saudara-saudaramu , meskipun dia tidak memintanya. Ini kerana asas dakwah kita adalah ta’aruf”.
• Pada tahap ini, sang da’ie berusaha untuk menguasai sejarah kehidupan mad’unya dalam bentuk yang holistik dan terperinci.
• Da’ie tadi perlu mengetahui latar belakang mad’u dari sudut asal usul keturunannya, alamat tempat tinggalnya, tempat belajarnya dankehidupan keluarganya.
• Da’ie tadi juga perlu berta’aruf dengan keperibadian dan watak mad’u seperti kecenderungannya, minat dan hobinya, tabiat semuljadinya, nalurinya dan kesediaan fitrahnya. Termasuk juga memahami latar pengetahuannya terhadap Islam dan sejauh mana ia mempengaruhi pemikirannya.
• Da’ie juga perlu mengetahui lingkungan persekitaran rumahnya, rakan-rakan yang berada di sekitarnya, tahap keintelektualan mereka dan sejauh mana mereka komited terhadap Islam dan sejauh mana pula mereka mempengaruhi mad’u tadi.
• Peringkat ini memerlukan usaha yang teliti, terperinci dan dilakukan dengan sebaik yang mungkin. Ini kerana kesungguhan dalam fasa ini amat penting untuk langkah selanjutnya. Ia dapat membantu da’ie dalam menentukan mustawa (tahap) mad’u, cara berinteraksi dengannya dan bagaimana cara terbaik dan sesuai untuk berdakwah kepada mad’u tadi.
• Da’ie di tahap ini ibarat seorang doktor yang membuat tafsiran dan analisis terhadap pesakit, menilai sejarah pesakit untuk menentukan sakit yang dihadapi pesakit sebelum merawat dan mendianogsisnya serta memberikan pil yang sesuai dengan pesakit tersebut.
• Untuk memastikan da’ie tadi mencapai tujuan dakwahnya , dia perlu memiliki ketajaman akal, himpunan pengalaman di samping mencari maklumat tentang mad’unya melalui kaedah pelaporan berkaitan tempat tinggal, pengetahuan dan tempat kerja mad’u.
• Kejayaan da’ie di peringkat ini akan menentukan da’ie berjaya pada langkah-langkah seterusnya. Ia memudahkan mad’u menerima dan terkesan pada langkah-langkah berikutnya.
• Tujuan utama di peringkat ta’aruf ini ialah :
1.Di sisi mad’u :
- Dia akan percaya kepada sang da’ie. Dia mempercayai keikhlasan da’ie dalam amal, dakwah dan iltizam pada islam. Dia juga menyakini kemampuan da’ie untuk dia menerima segala nasihat, pesanan, pandangan dan taujih.
- Mad’u tadi merasa cinta dan kasih sayang terhadap da’ie. Dia rasa selesa dengan da’ie dari sudut hati, perasaan dan kasinh sayang. Wujud keeratan dari sudut pemikiran dan persefahaman dengan da’ie.
2. Di sisi Da’ie
- Da’ie dapat bertaaruf dengan mad’u secara lebih mendalam dan mendetail.
- Taaruf ini dilakukan secara bersahaja dan spontan, dalam bentuk pertemuaan biasa. Taaruf ini dilakukan saling pandang memandang sehingga menimbulkan perasaan untuk berkenalan diikuti taarif yang ringkas, kemudian disusuli pertemuan seterusnya yang menghasilkan taaruf yang lebih mendalam.
- Aspek ta’aruf tadi meliputi latar belakang keluarga, tempat tinggalnya, kerja, tempat belajar. Juga bertaaruf tentang keadaan semasa mad’u, pemikiran, naluri, kejiwaan dan watak semulajadinya.
• Ciri-ciri khusus diperingkat ini ialah :
- Mad’u menghormati dan merasakan da’ie adalah tempat dia memperoleh ri’ayah dan perhatian secara amali sehingga terbuka hatinya untuk menerima segala apa yang dikatakan oleh sang da’ie tadi.
- Jauh dari membicarakan atau membuka topik berkaitan dengan dakwah kerana dikhuatiri akan menyebabakan mad’u lari atau berpaling dari da’ie.
- Mengcungkil dan mempamirkan segala apa yang ada pada diri mad’u, apa yang melingkunginya dengan menggunakan apa cara atau uslub sekalipun tetapi penuh kebijaksanaan dan kepintaran.
- Membuat penilaian dan pemerhatian terhadap mad’u, termasuk juga pada ahli keluarganya,anak-anaknya samada semasa di rumah, di masjid, di jalan, di tempat kerja, semasa bersiar-siar, bermusafir, semasa susah dan diuji.
• Antara langkah untuk mencapai objektif peringkat ini ialah :
- Ikhlaskan niat dan sentiasa berdoa untuk mad’u anda.
- Menjaga adab-adab berbicara dan bertemu:
- Pandanglah wajahnya dan berterusan untuk bertemu dengannya dan bertanya jika dia tidak hadir.
- Pandanglah dengan pandangan manis, senyum dan wajah mesra.
- Mulakan memberi salam dan berjabat tangan.
- Panggillah dengan nama yang paling disukai.
- Hargai dan ambil berat setiap kali pertemuan berlaku.
- Menziarahi mad’u dan mengajaknya ke rumah da’ie.
- Saling memberi hadiah.
- Libatkan mad’u dalam acara-acara sosial.
- Libatkan mad’u dalam bidang atau hobi yang dia minat.
- Segera tunaikan keperluannya.
• Apakah tanda kejayaan di peringkat ini ?
- Adakah mad’u merasakan anda sebagai teman terbaiknya?
- Adakah mad’u berbicara dengan anda secara mesra dan penuh kasih sayang?
- Adakah mad’u merasa tidak selesa dan berpaling dari anda?
- Adakah mad’u membalas ziarah anda?
- Adakah mad’u bersedia mencerikan perihal dirinya kepada anda?
- Adakah mad’u mencari anda untuk menyelesaikan masalahnya?
- Adakah mad’u mengajak anda keluar dan sering meminta pandangan anda?
- Adakah mad’u bersungguh-sungguh melakukan apa yang anda minta?
- Adakah mad’u kelihatan gembira bertemu dengan anda?
- Adakah mad’u pernah memberi hadiah kepada anda?
- Adakah mad’u bersungguh-sungguh ketika berbicara dengan anda dan mendengar kata-kata anda?
• Ingatlah di peringkat ini :
- Bercampurlah dengan manusia, jangan menyendiri dan jagalah identiti keislaman anda.
- Berusaha untuk mengenali semua orang disekitar nada.
- Pelajarilah pintu-pintu masuk untuk berkenalan…kreatiflah dalam bertaaruf dengan manusia.
- Hafallah nama orang-orang yang anda kenal. Ulangi namanya di dalam hati anda. Sering menyebut namanya ketika berbicara dengannya dan bayangkan anda tidak dapat menahan resah sekiranya anda berjumpa dengannya sekali lagi sedangkan anda tidak dapat mengingati namanya.
