Langkah-Langkah dan Peringkat-peringkat Dakwah Fardiyah
Untuk memastikan proses dakwah fardiyah berjalan dengan baik dan mencapai objektifnya, maka setiap da’ie perlu memahami dan mengetahui peringkat-peringkat dakwah fardiyah. Untuk itu, melakar langkah dan menentukan peringkat amal yang perlu dilaksanakan oleh seorang da’ie terhadap mad’unya akan dapat membantunya menetapkan skedul amal dakwah fardiyah serta menjelaskan tuntutan dan keperluan amali dan tarbawi.
Setiap peringkat berbeza mengikut keperluan mad’u. Ada mad’u yang perlu melalui semua peringkat ini, ada yang melangkaui beberapa peringkat. Ia adalah perkara ijtihadi yang diukur oleh da’ie. Da’ie orang yang memilih bagaimana berinteraksi dengan mad’u, dialah yang lebih memahami samada mad’u ini bermula dengan zero (angka kosong) dan perlu melalui tahap-tahap dakwah fardiyah atau ada yang perlu melangkai mana-mana peringkat berdasarkan tausiq dan ta’dhif yang dilakaukan oleh da’ie.
Para ulama’ dakwah dan harakah menetapkan beberapa peringkat DF, sehingga mereka yang menjadi sasaran dakwah tadi bergabung dengan jamaah pilihannya. Syeikh Mustafa Masyur di dalam bukunya Dakwah Fardiyah menjelaskan bahawa dakwah fardiyah ada 7 peringkat. Pendapat ini selari dengan Syeikh Abdul Halim Kinani di dalam bukunya ‘Dakwah Fardiyah Baina Nazoriyah Wa Tatbiq’ juga Syeikh Ibrahim Dib ‘Usus wa Maharaat Dakwah Fardiyah’. Tujuh peringkat tersebut ialah:
- Peringkat 1 : Memilih dan Ta’aruf (bina hubungan dan kasih sayang)
- Peringkat 2 : Membangunkan iman
- Peringkat 3 : Kesyumulan Islam
- Peringkat 4 : Realiti umat islam
- Peringkat 5 : Kewajipan beramal untuk islam
- Peringkat 6 : Kewajipan amal jamaie
- Peringkat 7 : Memilih jamaah
Manakala Syeikh Dr. Syed Muhammad Nuh [Fiqh dakwah Fardiyah fil al-manhaj al-islamiy] pula membahagikan kepada 3 peringkat iaitu :
- Peringkat 1 : Taaruf
- Peringkat 2 : Membetulkan kefahaman dan membentuk halatuju (kecenderungan).
- Peringkat 3 : Menguji tahap kesahihan kefahaman dan benar wala’.
Kesimpulan dari pandangan tadi , kita boleh rumuskan bahwa peringkat dakwah fardiyah terbahagi kepada 4 domain utama dalam pengaplikasian dakwah fardiyah :
- Peringkat 1 : Ta’aruf (berkenalan)
- Peringkat 2 : Taqarub (mendekati mad’u)
- Peringkat 3 : Ikhtiyar (pemilihan)
- Peringkat 4 : Menyampaikan fikroh. ( peringkat 2-7 dari pandangan di atas).
Untuk lebih kita memahami peringkat tadi, mungkin kita pecahkan kepada 10 peringkat dakwah fardiyah sebagai manhajiah amal dakwah fardiyah (metodologi aplikasi DF).
Peringkat Pertama : Husnu ikhtiyar (pemilihan yang baik)
Langkah pertama ialah membuat pemilihan terbaik dari anasir-anasir dakwah. Kaedah menyatakan Husnul intiha’ min sofa’ ibtidak (kesudahan yang baik adalah dari permulaan yang baik ). Begitu juga ungkapan ‘man sohhat bidayatuhu sohhat nihayatuhu’ ( barangsiapa yang betul permulaannya akan betul pengakhirannya). Melakukan pemilihan yang baik akan menjamin kejayaan dakwah, jika tidak ia akan membawa kerugian bahkan penyelewengan. Proses memilih ini bergantung kepada beberapa faktor . Antaranya ialah realiti yang dilalaui oleh sebuah harakah islamiah. Fasa ta’sis (pengasasan dakwah) berbeza dengan fasa infitah (terbuka), manakala fasa infitah pula berbeza di fasa tamkin daulah (pengukuhan negara). Ini bermakna setiap da’ie perlu memahami perjalanan harakah dakwahnya.
Mungkin amal dakwah fardiyah di period ta’sis tidak sama ketika harakah islamiah berada di tampuk kekuasaan. Namun para ulama harakah menekankan bahawa di fasa ta’sis hendaklah berusaha memilih anasir yang kuat, yang mampu memikul masuliyah dakwah dan menjadi batu bata binaan jamaah. Manakala manusia selain dari ketegori ini, kita bekerja bersama mereka dan mengambil peluang memanfaatkan mereka ketika berdepan tekanan ketenteraan, politik dan tuntutan rakyat untuk menerima tampuk kekuasaan.
Terdapat beberapa ukuran atau neraca di dalam melakukan proses ikhtiyar (pemilihan).
- Bersungguh-sungguh memilih manusia yang diklasifikasikan sebagai ar-rohilah. Kita perlu all-out tenaga, usaha, pengorbanam dan penumpuan kita kepada kumpulan sasaran rohilah ini (unta yang mampu menanggung beban). Ini bertepatan dengan hadith Nabi SAW :
” الناس كإبل المائة لا تكاد تجد فيها راحلة ” رواه البخاري
Maksudnya : Manusia seperti seratus ekor unta, hampir-hampir anda tidak mendapati satu pun yang layak menjadi rohilah (yang mampu menanggung beban)..”
Mereka yang menjadi rohilah ini sahaja yang mampu memikul beban dakwah, memimpin dan menggerakkan tanzdhim, memacu amal pada masa depan, menjadikan jamaah terus hidup dan berkelangsungan. (sulvival tanzdhim).
- Pilihlah manusia yang memiliki sifat peribadi yang unggul dan istimewa. Ini kerana manusia terdiri dari tiga kategori iaitu pemilik akhlak islami, pemilik akhlak asasi dan pemilik akhlak jahili. Pilihlah yang memiliki akhlak islami iaitu cerdik , pemberani, melaksanakan perkara wajib, meninggalkan yang haram ,suka pada nawafil, tidak ada kecacatan pada peribadinya melainkan belum ada kesedaran islam. Pilihlah mereka yang memiliki harga diri yang tinggi, bermaruah, mulia. Jauhilah dari memilih manusia yang suka berbangga dengan dirinya, suka berdebat dan bertengkar, bersikap melampau dan semberono dan memiliki penyakit jiwa seperti golongan yang ragu-ragu, was-was dan bersikap pesimis.
Mereka yang suka berbangga dengan diri dan pandangannya, suka berdebat dan berjidal akan menjadikan jamaah kita majlis gelak ketawa dan hilang keberkatan. Manakala golongan yang bersikap semberono akan menjadikan jamaah berada dalam kancah kegelinciran dan kemusnahan.
- Pilihlah mereka yang memiliki kepakaran dan spesialisasi yang diperlukan dakwah terutama dalam bidang-bidang strategic seperti bidang politik, bidang perancangan dan bidang penerangan (media).
- Pilihlah mereka yang berada diposisi pengaruh dan pembuat dasar. Pilihlah mereka yang berpengaruh di dalam masyarakat dan memiliki kedudukan sosial, politik dan pemikiran. Mereka ini adalah ketua-ketua , para pemimpin rakyat, tokoh-tokoh masyarakat dan negara, para sarjana, cendekiawan, para pensyarah, para khatib, sasterawan , para pemikir, para wartawan, tokoh-tokoh korporat, ahli perniagaan, para penceramah dan motivator, dan kakitangan kerajaan di posisi pembuat dasar. Jika ramai mereka ini berada di dalam jamaah kita bermakna wilayah pengaruh kita kepada massa semakin besar dan meluas terutama dalam memberikan kesedaran umum dan membentuk pandangan umum. Juga peranan politik kita akan lebih efektif dan sampai kepada massa.
- Lakukan fiqh istifa’ wal intiqo’ dalam memilih anasir-anasir tersebut yang diklasifikasikan sebagai emas (galian terbaik- memiliki kapasiti kepimpinan – kebolehan unggul ). Pilihlah mereka yang memiliki keupayaan tinggi dari aspek akal, kepimpinan, pengurusan dan haraki.
- Pilihlah mereka mengikut cirri-ciri berikut berasaskan keutamaan dan keperluan dakwah :
| Merendah diri dari yang sombong
Menjaga percakapan (diam) dari yang pencelupar Pemberani dari pengecut Pemurah dari si bakhil Orang yang kosong dari yang sibuk Yang dekat dari yang jauh Yang rajin dari yang malas Kosong minda dari yang ada keterikatan Orang yang bersosial dari yang mengasingkan diri Yang muda dari yang tua |
|
- Syiar anda di peringkat ini ialah : “ Bersungguh-sungguh dalam memilih anasir terbaik sehingga ia membuka peluang besar untuk kejayaan dakwah dan menambah kekuatan organisasi. Carilah manusia kelas EMAS dahulu sebelum yang lain..”