Asas- Asas Haraki Di Dalam Dakwah Fardiyah.
Asas Keempat : مراعاة مبداء التدرج[Mengambil kira prinsip at-tadarruj (beransur-ansur)]
- At-tadarruj (beransur-ansur) merupakan ciri terpenting dakwah, bahkan ia adalah prinsip asal dalam melaksanakan dakwah fardiyah.
- Meraikan prinsip ini dalam bergerak, beramal melakukan dakwah fardiyah bermaksud mengutamakan yang paling penting dari penting dan meletakkan fiqh awlawiyat (prioriti) sebagai asas dalam dakwah fardiyah.
- Ini bermakna seorang da’ie yang bijak akan berinteraksi dengan sasaran dakwahnya, berta’amul dengan akal dan jiwa mereka sesuai dengan kapasiti dan kemampuan mereka. Dia tidak akan berinteraksi dengan mereka di luar batasan kemampuan mereka bahkan perubahan tingkahlaku akan berlaku secara tadarruj hingga ke tahap yang dikehendaki.
- Untuk itu ada dua perkara yang perlu diraikan dalam asas ini iaitu :
- Meraikan at-tadaaruj aqliy ( sudut akal)
- Meraikan at-tadaruj an-nafsiy ( sudut jiwa)
Tadaruj dari sudut akal
- Seorang dai’e yang bijak tidak akan berkata semua perkara yang dia ketahui kepada semua orang pada semua keadaan. Ini bertepatan dengan ungkapan Saidina Ali Karamullahi wajhaj: “Tidak semua yang diketahui perlu diperkatakan. Tidak semua yang perlu diperkatakan, ada orang yang layak untuk mendengarnya. Tidak semua yang perlu diperkatakan dan ada orang yang layak mendengarnya, sudah tiba masa untuk memperkatakannya”.
- Rasulullah SAW telah memberikan beberapa petunjuk dalam perkara ini. Antaranya :
- Hadis : [ kami para nabi, kami diperintahkan agar meletakkan manusia sesuai pada kedudukan mereka, dan juga kami diperintah berbicara dengan manusui menurut kadar kemampuan akal mereka ].
- Hadis yang dikeluarkan dari Muslim dari jalam Ibnu Mas’ud : [ Tidaklah kamu berbicara dengan satu kaum mana-mana perbicaraan, dan bicara tersebut tidak dapat ditanggapi akal mereka (difahami) melainka ia akan membawa fitnah kepada sebahagian kaum itu].
- Saidina Ali r.a pula berkata : [ berbicaralah dengan manusia dengan kadar yang mereka tahu, sukakah kamu untuk berdusta kepada allah dan rasulnya ? ]
- Pernah seorang lelaki berjumpa dan mengadap Radulullah SAW dan berkata : “Ajarkanlah kepada aku tentang gharaib al-ilmu (ilmu yang luar biasa dan pelik). Lantas Rasulullah menjawab: “apa yang kamu buat pada kepala segala ilmu”. Dia bertanya pula : “apakah kepala segala ilmu?”. Nabi SAW berkata kepadanya : “adakah kamu tahu Robb (tuhan) yang maha tinggi ?”, Jawabnya : “ya”. Nabi SAW bertanya lagi ; “apa yang kamu lakukan pada haknya”. Jawabnya : “ Segalanya telah dikehendaki allah”. Tanya Nabi SAW: “adakah kamu tahu kematian ?”, Jawadnya : “ya “, Kata baginda : “apa yang telah kamu persiapkan untuk menghadapinya ?, Jawabnya : “Segalanya telah ditentukan allah”. Kata Nabi SAW kepadanya : “pergilah kamu, dan buatlah keputusan dengan bijak tentang perkara ini, kemudian mari kepada kami, kami akan mengajar kamu tentang gharaib al-ilmi”.
- Jelaslah bahawa seorang da’ie perlu memulakan dakwah kepada mad’u dengan perkara yang paling asas dan secara bertahap-tahap. Mulakan dengan persoalan akidah dahulu kemudian menerangkan asas-asas islam, prinsip-prinsip utama yang perlu dilaksanakan sebagai seorang muslim, asas-asas hukum syarak, mulakan yang fardhu dari yang sunat, mulakan yang usul (pokok) dari furuk (cabang).
- Satu kesilapan yang nyata ialah apabila sang da’ie tadi menyibukkan minda mad’u dengan perkara furu’, masalah khilaf yang diluar batasan akalnya sebelum dia memiliki dan menguasai secara mendalam usul (prinsip) ilmu tersebut.
- Antara benteuk kesilapan tersebut ialah berbicara dengan mad’u tentang masalah istiwa’, masalah nama-nama dan sifat allah, perselisihan khalaf dan salaf dari menekankan usul akidah ke dalam jiwanya.
- Begitu juga berbicara tentang konsep syura, samada ia mulzim atau mu’lim (pemberitahuan), apakah pandangan yang paling tepat sedangkan dia belum memahami islam sebagai manhaj kehidupan dan syariat yang mengandungi asas-asas dan sistem pemerintahan.
- Atau sibuk membicarakan persoalan jamaah mana yang paling afdhal, jamaah mana yang paling tua, jamaah mana yang terbaik sedangkan mad’u tadi belum ada kerelaan atau memahami bahawa bekerja untuk islam dan dakwah adalah satu kefardhuan yang wajib. Mungkin akan menyebabkan mad’u tadi lari atau cenderung mengasingkan diri dan timbul salah fahamya (kekeliruan) terhadap dakwah dan para pendakwah.
- Tidak meraikan prinsip ini akan menyebabkan para da’ie terjebak dalam kesilapan yang buruk yang membawa natijah negatif. Antaranya :
- Sasaran dakwah akan lari dan menolak seruannya.
- Perkembangan diri mad’u tadi tidak berjalan dengan baik , berlaku kecacatan pada fikroh dan amalnya.
- Da’ie tadi akan disakiti, diperlakukan secara buruk dan tidak sesuai melakukan dakwah.
Tadaruj dari sudut jiwa
- Dalam ilmu psikologi, jiwa manusia tidak berubah secara mendadak tetapi ia sentiasa bertindak balas dengan perubahan secara beransur-ansur.
- Ibnu Qayyim menyatakan bahawa dorongan agama ,sebab-sebab kekuatannya, seruan kepada petunjuk dan berjuang kerananya perlu sentiasa berterusan dan dibiasakan selalu secara bertadarruj, sedikit demi sedikit sehingga dia memperolehi kelazatan kejayaan (iaitu mengalahkan dorongan syahwat) sehingga ketika itu dapat menguatkan cita-citanya. Barangsiapa yang dapat merasai kelazatan sesuai perkara, akan kuatlah cita-citanya untuk mendapat perkara tersebut.
- Membiasakan diri untuk melakukan sesuatu perkara yang sukar dan payah akan menambahkan kekuatan pada tuan punya diri. Inilah yang ada pada diri tuan punya pemilik kilang berbanding mereka yang bekerja sebagai tukang jahit atau pekerjaan yang sepertinya.
- Orang yang bekerja tanpa mujahadah akan lemah dorongan agama dan akan kuat dorongan syahwatnya, manakal mereka yang sentiasa berterusan melawan kehendak nafsu akan berjaya bila dia bersungguh-sungguh.
- Antara ciri tarbiyah al-Quran kepada para sahabat r.a ialah mendidik mereka secara beransur-ansur mengambil kira prinsip perubahan jiwa secara tadarruj. Al-Quran telah merubah jiwa para sahabat dalam tempoh yang panjang. Ditanamkan dalam hati mereka nilai akidah, dibina jiwa dengan iman selama 13 tahun di fasa Mekah sebelum mereka diberi perintah dan taujih dalam perkara furu’, pensyariatan hokum dan soal halal haram.
- Saidatina Aisyah r.a.h pernah berkata : “ sesungguhnya surah yang awal dari al-Qurun kepada kami ialah surah-surah pendek (mufassol) seperti surah yang menerangkan syurga dan neraka sehinggalah apabila manusia menerima Islam, barulah turun ayat tentang halal dan haram. Kalaulah ayat yang pertama turun tentang larangan jangan minum arak, nescaya mereka akan berkata, kami akan minum arak selama-lamanya, begitu juga kalau turun ayat pertama tadi jangan kamu berzina, nescaya mereka akan berkata “kami tidak akan berzina selama-lamanya..”. Inilah ruh syariat yang sentiasa mengambil kira perubahan manusia secara beransur-ansur. Justeru para da’ie perlu mengambil kira aspek ini dan memahami bahawa jiwa mad’u atau murobbinya perlu kepada perubahan sedikit demi sedikit. Apa yang penting ialah kesabaran, doa dan tawakal yang tinggi kepada allah.
- Oleh itu seorang dai’e perlu :
- Mentarbiyah dan mengukuhkan dorongan supaya mad’u beriltizam dan melaksanakan islam dalam dirinya terlebih dahulu sebelum memberikan taklif dan taujih (arahan). Dorongan ini tergambar dengan menanamkan benih-benih iman dalam dirinya, menimbulkan rasa cinta dan takut kepada allah, timbul rasa pengharapan kepada allah sehingga melahirkan perasaan dalam jiwanya semanagt untuk segera merebut keredhaan allah dan menjauhi kebencian allah.
- Meraikan prinsip tadarruj dalam soal membina keiltizaman mad’u terhadap Islam. Mulakan dari yang mudah dari yang susah, dari asas kepada cabang. Semuanya itu mengambil kira kesediaan, kemampuan jiwanya mad’u dan peningkatan nilai iman yang ada pada dirinya.
- Mulakan dengan menunaikan solat fardhu, kemudian mengajaknya solat berjamaah kemudian kepada sunat muakkad diikuti solat nawafil yang mutlak, dan di akhiri dengan solat malam (Qiamulail). Semau ini dilakukan secara tertib (urutan) mengambil kira fasa-fasa, kemampuan, level, takat keupayaa. Kaedah yang asal dan pertama ialah menerima untuk melaksanakan kewajipan tersebut.
- Semangat yang membuak-buak dalam melaksanakan taklif di luar batasan kemampuan mad’u akan membawa kepada futur, sikap malas dan gagal melaksanakannya sebagaimana pesan Nabi SAW : “orang yang bermusafir, tidak ada bumi yang terputus, tidak ada tunggangan yang kekal ” iaitu orang yang terlalu keras dalam melaksanakan urusan agama sehingga dia tidak mampu melakukannya akan penat di pertengahan jalan umpama orang yang bermusafir di padang pasir, unta yang tidak mampu menanggung akan penat dan binasa .
- Tindakan sebahagian da’ie yang terburu-buru ingat melihat hasil pada mad’unya secara sepintas lalu, dengan memberikan beban taklif yang besar boleh membawa pertembungan dalam jiwanya. Ini akan membuka ruang keraguan pada dirinya dan syaitan akan mudah menipunya.
- Seorang da’ie perlu menguasai fiqh al-insan sebelum melaksanakan fiqh ad-dakwah. ( فقه الانسان قبل فقه الدعوة )
- Syeikh Juma’ah Amin di dalam bukunya fiqh dakwah memberikan beberapa panduan dalam mengaplikasikan seni dakwah fardiyah secara bertadarruj iaitu :
- Kaedah 1 : Al-Qudwah qabla dakwah ( menjadi qudwah sebelum berdakwah)
- Kaedah 2 : At-Ta’lif qabla ta’rif ( menjinak dan mengikat hati sebelum memperkenalkan )
- Kaedah 3 : At-ta’rif qabla taklif (memperkenalkan sebelum memberi tugas )
- Kaedah 4 : At-tadarruj fi taklif ( bertahap dalam memberikan tugasan )
- Kaedah 5 : At-taisir la ta’sir ( memudah bukan memayah)
- Kaedah 6 : Al-Usul qabla furu’ ( memulakan yang pokok sebelum cabang )
- Kaedah 7 : At-targhib qabla tarhib ( memberi harapan bukan ancaman)
- Kaedah 8 :At-tafhim la al-talqin ( memberi kefahaman bukan menyampaikan semata-mata)
- Kaedah 9 :At-tarbiyah la at-ta’riyah ( pendidikan bukan menelanjangi keburukan)
- Kaedah 10 :Tilmizu imam la tilmiz kitab ( murid kepada guru bukan murid kepada buku)
