Asas-Asas Haraki Dalam Dakwah Fardiyah
Asas Ketiga : معرفة مفتاح الشخصية [Tahu kunci-kunci untuk mengenali manusia]
- Rasulullah SAW pernah bersabda :
نحن معاشر الأنبياء أمرنا أن ننزل الناس منازلهم وأن نخاطب الناس على قدر عقولهم
Maksud Hadis :
“ Kami para nabi diperintahkan agar meletakkan manusia sesuai dengan kedudukkannya dan berbicara dengan mereka berdasarkan keupayaan akal mereka..”.
- Para du’at di ajlan allah perlu memahami perbezaan lata belakang mad’u dari aspek peribadi, tabiat kelakuan, fokus penumpuan, intelek, persekitaran lingkungan dan perbezaan umur mereka.
- Pemahaman terhadap perkara ini dapat membantu sang da’ie berinteraksi dengan mad’u tersebut mengikut kesesuaian mereka, meraikan titik perbezaan, memberikan taujih, kefahaman dan buah fikiran ikut laras kemampuan mad’u, menggunakan uslub yang bersesuaian yang mampu menusuk akal dan jiwa mereka, menjauhkan ruang pertentangan dan menimbulkan konflik bersama mad’u serta mengambil kira sebab-sebab yang boleh menimbulkan rasa rela, daya penambat yang sesuai dan faktor yang dapat member kesan kepada mad’u.
- Untuk itu sang da’ie tadi perlu mengenali dan memahami peribadi mad’u dengan baik sehingga memudahkannya untuk berinteraksi, mudah menerima dan mampu mempengaruhi dan memberikan penalaan kepadanya.
- Terdapat dua perkara penting untuk memahami peribadi mad’u iaitu :
- Memahami perilaku, watak, perangai dan akhlak asasi mad’u.
- Melihat kecenderungan dan daya penumpuan mad’u .
- Dua perkara inilah yang disebut sebagai kunci peribadi mad’u. Jika sang da’ie berjaya menguasai aspek ini, memahami pintu masuk terhadapnya dan tahu cara akses minda dan akalnya, ia akan menjadi pemula berta’aruf dan melakukan dakwah fardiyah.
1. Memahami perilaku, watak, perangai dan akhlak asasi mad’u.
- Antara fokus dalam memahami kelakuan, watak dan akhlak asasi ialah memahami,mengenalipasti setiap perbezaan kelakuan dan perilaku yang ada oada setiap mad’u. Antara kelakuan dan perilaku tersebut ialah :
- Ada individu yang terlalu sentimental, terkesan dengan perasaan, mudah tertarik dengan wajah manis, kata-kata lembut dan senyuman mesra berbanding sentuhan akal dan fikiran.
- Ada pula yang bersifat terlalu rasional dan tajam pemikirannya.
- Ada yang suka berdebat, sibuk berfikir dan berteori, ada yang bersifat praktikal, realistik , punyai banyak pengalaman hidup dengan manusia dan pelbagai peristiwa.
- Ada pula yang mudah dan cepat faham dan ada yang kurang disebabkan perbezaan tahap akademik.
- Ada pula yang bersosial, mudah didekati, positif ,ekstrovert dan ada pula yang suka menyendiri, berwatak introvert.
- Ada individu yang memiliki semangat dan cita-cita yang tinggi, dinamik dan ada pula yang releks,cool dan bersikap berhati-hati.
- Ada pula mad’u yang dapat menerima nasihat, ta’lim, taujih secara langsung, ada yang dapat faham dengan penghuraian dan tidak menerima nasihat secara langsung kerana kemamapuan untuk menimba kefahaman lemah. Individu ini ada pandangan tersendiri.
- Dengan memahami kelakuan, watak dan perangai mad’u tadi, sang da’ie dapat menentukan apakah uslub yang sesuai untuk berinteraksi dengan mereka. Pemilihan uslub yang sesyuai akan menjamin kejayaan dalam memujuk, mempengaruhi mad’u agar tidak berlaku pertembungan dengannya.
- Seerah bagaimana sikap Rasulullah berdepan dengan Rukanah yang suka menunjukkan kehebatannya bergusti. Dia tidak mahu menerima islam sehinggalah Rasulullah SAW berlawan denganya. Barulah dia memeluk islam.
- Begitu juga pemilihan Rasulullah SAW dalam memberikan pertanggungjawapan dan tugasan kepada para sahabat r.a . baginda amat mengenali dan memahami setiap watak tersebut, tahu kemampuan dan keupayaan mereka dan meletakkan mereka sesuai pada posisi yang diperlukan. Contohnya , abginda melantik Khalid mengetui angkatan peperangan. Abu Bakar dan Umar di dalam pentadbiran, Dihyah al-Kalbi sebagai duta berdepan Hercules disebbakan kepintaran dan kebijaksanaannya.
Sejarah dakwah menunjukkan bahawa Hasan al-Bana amat memahami keperluan dan kondosi mad’u. pernah satu masa beliau dijemput menyampaikan ceramah Maulidur Rasul di satu tempat du Bulaq. Seksyen ini terkenal kawasan yang dipenuhi para muda mudi. Lantas Hasan al-Bana menceritakan kisah-kisah kepahlawanan dan keperkasaan baginda SAW, kisah perlumbaan nabi SAW dengan Abu Bakar dan Umar. Kisah-kisah ini menarik perhatian orang muda. Beliau menjelaskan bahawa kekuatan fizikal lahir dari kekuatan rohani yang luar biasa, beriltizam dengan perintah allah dan menjauhi larangannya. Ucapan ceramahnya memukau dan menimbulkan rasa kagum para pendengar sehingga ramai para pemuda tadi berbai’ah dengan dakwah IM. Antara pemuda tersebut ialah al-Marhum Ibrahim Karum.
2. Mengetahui kecenderungan dan daya tumpuan mad’u adalah penting kepada sang da’ie.
- Sang daie perlu mengetahui kecenderungan dan perhatian mad’u yang berbeza-beza terhadap dakwah yang disamapikan. Antara kecenderungan tersebut ialah :
- Ada mad’u yang berwatak ahli ibadah, ruhaniyy, sibuk menyucikan hatinya dan membaiki keaibannya.
- Ada pula yang suka bersukan, penumpuan kepada menguatkan fizikil, mengikuti berita-berita tokoh-tokoh sukan terutama pemain bolasepak dunia.
- Ada pula mad’u dari kalangan sasterwan dan penulis novel. Mereka suka pada bersastera, bersajak dan menulis novel.
- Ada kalangan mad’u juga dari kelompok pembaca bermaklumat, sentiasa mengikuti gerakan perkembangan ilmu dan pemikiran, ketajaman kefahaman dan teori.
- Ada pula mad’u yang suka kepada muzik dan hiburan. Suka pada alat-alat muzik dan mahir bermain alat-alat tersebut.
- Lain-lain kecenderungan dan bakat yang ada pada setiap mad’u sesuai dengan perkembangan masa dan perubahan zaman.
- Sang da’ie perlu mengetahui, memahami dan mengenalpasti kecenderungan dan penumpuan khusus mad’u. Sang da’ie tadi turut serta bersama-sama dengan mad’u dalam menyertai minat mereka, menzahirkan penghargaan, memberikan galakan, mendekatkan mereka dengan nilai-nilai islam, menyatakan pandangan islam terhadap perkara tersebut , mengambil manfaat dan peluang yang ada yang boleh mendekatkan da’ie dengan mad’u dari satu sudut, dan antara mad’u dengan islam dan dakwah dari sudut yang lain.
- Contoh dalam hal ini ialah sang da’ie mendatangkan hadis-hadis Rasulullah SAW yang berkaitan mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah dari mukmin yang lemah ketika mengaitkan hubungan antara islam dan sukan.
- Berdasarkan apa yang telah disebutkan tadi, maka seorang da’ie perlu jelas kunci mengenali peribadi mad’u, tahu pintu-pintu masuk ke jiwanya, sudut-sudut yang mendekatkan da’ie dengan mad’u serta menentukan uslub yang sesuai dan bertepatan.
- Banyak contoh-contoh dari kehidupan Rasulullah SAW yang menunjukkan bahawa baginda amat mengenali dan memahami watak manusia. Antaranya ialah :
- Kata-katanya pada Asj Abdul Qais : “Sesungguhnya pada diri kamu ada dua ciri yang disukai Allah dan rasul iaitu sifat lemah lembut dan sabar..”
- Kata baginda pada Sa’ad b. Ubadah : “ apakah kamu semua kagum terhadap sifat ghairah (cemburu) yang ada Sa’ad. Demi allah ! aku amat cemburu berbandingnya (Sa’ad).
- Katanya pula tentang Umar al-Khattab : “ Tidak ada satu jalan yang dilalui Umar r.a melainkan syaitan akan melalui jalan yang lain..”
- Kata baginda tentang Uthman r.a : “ Ingatlah aku amat malu kepada seorang lelaki (Uthman) r.a yang mana Malaikat berasa malu terhadapnya..”.