Di dalam ‘Risalatur al-Usr’ dinyatakan bahawa “ usrah terdiri daripada lima orang , ini merupakan bilangan yang paling minima untuk satu fikrah yang mahu melaksanakan segala aktiviti-aktiviti usrahnya seperti mengkaji dan menyebarkan fikrahnya, mengoperasikan sistem tarbiyah fizikal, intelektual dan spiritual, mengikuti perkembangan semasa, mengkaji setiap peristiwa tersebut, mengeluarkan arahan yang sesuai dengannya, menerima arahan-arahan dari pimpinan dan melaksanakan tuntutannya dan memiliki pengetahuan yang mendalam tentang perkara-perkara lain. Mungkin boleh dikatakan usrah merupakan unit kecil Ikhwan Muslimun “.
Syeikh Muhammad Abduh di dalam bukunya Maza Ya’ni Intimai Li ad-Dakwah menyatakan seperti berikut :
Pertama : Taaruf
Kewajipan-kewajipan dan tugas-tugas yang menjamin kejayaan pilar ini ialah
- Merasakan makna ukhuwwah yang sebenar dan sempurna antara kamu.
- Bersungguh-sungguh agar tidakada sesuatu pun yang mengeruhkan kemurnian ikatan kamu.
- Selalu membaca dan meneladani ayat-ayat dan hadis-hadis . jadikan ia pusat perhatianmu – ‘ berpegang teguhlah kamu dengan tali allah dan janganlah berpecah belah’ ( Ali Imran : 103) ‘ sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara’ ( Hujurat : 10)
Kedua : Tafahum
- Istiqamah di atas manhaj kebenaran.
- Laksanakan segala perintah allah dan tinggalkan apa yang dilarangnya.
- Evaluasilah (muhasabah) diri kamu dengan dengan teliti atas ketaatan dan kemaksiatan kamu.
- Hendaklah salah seorang dari kamu memberi nasihat kepada saudaranya apabila melihat keaiban saudaranya.
- Setiap akh menerima nasihat saudaranya denagn penuh gembira dan sukacita.
- Akh yang memberi nasihat harus menjaga hatinya agar tidak berubah sedikit pun terhadap saudaranya yang dinasihati.Dia tidak boleh merendahkan kelemahan saudaranya atau merasakan dirinya lebih baik dari saudaranya.
- Hendaklah dia menyimpan rahsia kelemahan saudaranya selama sebulan dan tidak menyampaikan kepada sesiapa pun kecuali kepada ketua usrah (murobbi) jika dia tidak mampu untuk memperbaikinya.
- Dia berterusan mencintai, menghormati dan mengasihi saudaranya.
- Saudara yang dinasihati tidak boleh berdegil atau keras kepala dan berubah hati kepada saudaranya yang memberi nasihati sekecil mana sekali pun.
Ketiga : Takaful
- Sentiasa saling tolong menolong dan meringankan beban saudara kamu.
- Berjanji untuk menunaikan tanggungjawab sesama kamu dengan saling bertanya dan melakukan kebaikan.
- Proaktif untuk membantu saudaranya jika ada kesempatan.
- Renungkan sabda Rasulullah SAW : “Seseorang yang berjalan untuk menunaikan hajat saudaranya lebih baik dari dia beriktikaf di masjidku selama sebulan..”
Salam…
Ustaz, minta pandangan sket… jika sebuah usrah itu dr 5 org dlm 1 usrah, adakah ia memberi kesan kpd output yg nk dikeluarkan drpd usrah yg dijalankan itu?
Salam, terima kasih atas soalan yang dikemukan. Terlebih dahulu kejayaan kepada usrah bergantung sejauh mana rukun tarbiyyah berjaya dijalankan iaitu 1. Murobbi 2. Mutaroobi (madu) 3. Manhaj (silibus) 4. Biah ( persekitaran)- 3M1B. Tunjang utama kejayaan tarbiyyah terletak pada keupayaan Murobbi berdasarkan kepada seerah Rasulullah SAW. Ia juga bergantung kepada bagaimana usrah tersebut menjayakan ketiga-tiga rukun usrah secara amali (praktikal) -taaruf-tafahum-takaful.
Bilangan minima usrah 5 orang manakala maksimun 12 orang. Mengecil saiz bilangan akan memudahkan proses follow-up dan mutabaah ahli berbanding ramai. Apa-apa pun nadi kejayaan liqa(usrah) bergantung kepada sang Naqib, bagaimana ia mengendalikannnya, membina intimak usrah dan melihat perkembangan anggotanya. Asasnya dan jantungnya adalah Naqib..
Salam ustaz,
Bawah point tafahum tu, apa maksud menyimpan rahsia kelemahan saudaranya selama sebulan & tak sampaikan kpd sesiapa kec. murabbi?
Adakah selepas sebulan boleh diceritakan atau bagaimana?
Antara dua rukun penting tafahum ialah 1. Tanasuh (saling nasihat menasihati ) 2. Taghafur ( saling memaafkan)
Menyimpan rahsia bermaksud setiap akh yang melihat kelemahan akhnya berusaha membaiki kekurangan dan tidak menghebahkannya pada orang lain sebagaimana sabda Rasulullah yang mafhumnya” berilah nasihat kepada saudaranya dalam keadaan berahsia..”. Sepanjang tempoh tersebut dia cuba mengislahkan saudaranya. Jika ia tidak mampu, dia berbincang dengan murabbinya agar membantunya menyelesaikan masalah tersebut.Tempoh itu dia akan sentiasa istisyar dengan masulnya agar masalah dan kelemahan akhnya dapat diatasi. Tempoh sebulan adalah masa yang sesuai untuk menilai dan melakukan perubahan.
Jika tidak berubah mungkin dibincangkan diperingkat anggota usrah atau dibawa kepada pihak yang berautoriti. Apa-apa pun kita tidak sesekali meninggal atau membiarkan masalah akh tadi berlarutan dan tetap melakukan pengislahan dan pembaikan.
salam.
ustaz,murobbi diletakkan sebagai jantung kepada usrah.apa ciri yang melayakkan seseorang itu menjadi murobbi?
Tq, antara syarat-syarat utk menjadi murobbi ialah :
1. memiliki pengetahuan terhadap Islam sbg manhaj hayah disamping menguasai manhaj halaqah.
2. kemampuan membaca dan menulis dalam Bahasa Arab.
3. Keupayaan menguasai bacaan al-quran, tajwid.
4. Ada kemampuan untuk mengurus halaqah.
5. mempunyai kemampuan mengenali masalah, merespon dan bertindak menyelesaikannya.
6. ada keupayaan menyampaikan fikrah kepada mutarobbi.
7. memiliki akhlak islami dan menjadi qudwah pada mutarobbi.
Sdra boleh merujuk buku ‘wasail tarbiyah ‘inda ikhwanil muslimin’ karangan Dr. Abd. Halim Mahmud bab Usrah. Atau buku tulisan Dr. Taufeek al-Wa’ie. ( al-quduratu ad-Dziniyatu wa dzatiyautu lil murobbi wa da’iyati.
point ustaz yang kedua ni agak berat sikit.
“2. kemampuan membaca dan menulis dalam Bahasa Arab”
lambat lagi la nak boleh jadi nakib….
Assalamualaikum,
saya pun rasa berat kalau nak boleh membaca dan menulis dalam bahasa Arab. Lambat lagi la kerjanya..:(
salam..ustaz blh x ustz trgkn dgn lebih mendalam berkenaan rukun2 usrah
ana cadngkan anti merujuk di dalam buku ana Tarbiyah Dari Zero Ke Hero. Bleh rujuk bab usrah dan bab naqib..