Doa Rabithah : Sumber Energi Dai’e
َأللَّهُمَّ إِنَّكَ تَعَْلمْ َأنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ َقدِ اجْتَمَعَتْ عََلى
مَحَبَّتِكْ وَالْتََقتْ عََلى طَاعَتِكَ وَتَوَحَّدَتْ عََلى دَعْوَتِكَ
وَتَعَاهَدَتْ عََلى نَصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ َفوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِ َ طتَهَا وََادِمْ
وُدَّهَا وَاهْدِهَا سُبَُلهَا وَامْلأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِىْ َ لايَخْبُوْا وَ
اشْرَحْ صُدُوْرَهَا بَِفيْضِ الإِْيْمَانِ بِكَ وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ
عََليْكَ وََأحْيِهَا بِمَعْرَِفتِكَ وََأمِتْهَا عََلى الشَّهَادَةِ فِىْ سَبِيْلِكَ
إِنَّكَ نِعْمَ اْلمَوَْلى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ َاللَّهُمَّ آمِيْنُ صَلِّى اللَّهُمَّ
عََلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عََلى َالهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ تَسْلِيْمًا
َ كثِيْرًا.
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui bahawa hati-hati (orang-orang yang dibayangkan) ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu, bersatu lagi memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu. Oleh itu, Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan mawaddah antara mereka. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalan yang sebenar serta penuhkanlah piala hati-hati ini akan jalan yang sebenar serta penuhkanlah piala hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati sanubari ini dengan keimanan dan keindahan tawakal kepada-Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami”.
Ikhwati fillah …
Kita sering mendengar ungkapan yang mengatakan: ad-du’a-u silahul mukmin (do’a adalah senjata orang beriman). Ungkapan ini, bukan merupakan hadits nabi saw. Namun, banyak ayat Al Qur’an dan juga sunnah nabi saw yang shahih menjelaskan bahwa ungkapan itu secara makna adalah ungkapan yang shahih.
Oleh karena itu, ikhwati fillah, jangan sampai kita melalaikan senjata yang satu ini. Karena tidak semua orang mampu menggunakannya kecuali orang-orang beriman.. Banyak ayat-ayat Al Qur’an menjelaskan kepada kita, betapa do’a merupakan kekuatan yang ampuh dan hebat dalam kita menjayakan misi dakwah dan harakah.Kita boleh semak dan tadabbur serta ta’ammul ayat dari taujihat Quran .( Nuh : 26-27 / Yunus : 88) / Al-Baqarah : 250 dan lain-lain lagi ).
Ikhwati fil islam…
Doa dalam kefahaman kita ada hubungkaitnya dari paksi syarak dan paksi dakwah & tarbiyyah.Dari segi syarak ia merupakan satu ibadah sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W : ad-dhua’ a u mukkhul ibadah ( doa’ itu otak ibadah ). Allah swt menganjurkan kita sentiasa berdoa dengan firmannya ; wastaii-nuu bis-sabr wa-ssolah : pohonlah pertolongan dari allah dengan penuh sabar dan banyak doa. Kalimah ‘solah” di sini menurutt uruf lughawi bermaksud doa.Lantaran itu doa menjadi sumber kekuatan para nabi dan rasul dalam memikul risalah dakwah yang agung.
Dari sudut tarbawi dan dakwi, doa menjadi asas kemenangan dan kejayaan dakwah kerana ia adalah tawajjuh seorang daie kepada rabbnya agar memberkati, merahmati, meredhai dan sentiasa memberikan kemenangan kepada risalah ini.Di situlah Sang Daie mengharap, meminta agar allah berterusan memberikan daya kekuatan untuk thabat di atas jalan dakwah, menanggung ujian dan celaan serta berjihad sepenuh usaha demi kerananya.
Ikhwani fillah
Dalam konteks harakah , al-Imam Hasan al-Bana menjadikan doa Rabitah sebagai sumber persaudaraan, lambang kethabatan dan energy dalam dakwah.
Apabila kita mengamati wirid Rabithah ini tersingkap beberapa ma’ani buat panduan kepada para Dai’e dan Murabbi.
1.Pertama : Imam Hasan Al-Bana menjelaskan sifat-sifat hati yang perlu ada pada para pendakwah iaitulah :
قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَي مَحَبَّتِكَ، وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ، وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ
Hati – hati para dai’e yang berhimpun demi kecintaan kepada allah, bertemu untuk menjunjung perintah risalah ,bersatu demi memikul dakwah dan berbaiah untuk menjayakan agenda memenangkan syariat allah di muka bumi ini.. Inilah kekuatan kedua selepas kekuatan Iman iaitu kekuatan ukhuwwah.
2.Kedua : Imam Al-Bana menerangkan tarbiyah-al-qalb ( didikan hati ) dalam ungkapan (fawathiqqillah, wa-adim , wahdiha ). Hati para da’ie perlu ditarbiyah supaya mempunyai ikatan yang kuat sesama mereka, mantap kemesraan dan sentiasa diberi petunjuk dari Allah. Kekuatan ikatan ini akan menampilkan mereka sebagai jamaah qudwah. Tanpa kekuatan ukhuwwah maka jamaah akan terdedah kepada kerosakan dan kebinasaan kerana hilang thiqah antara jundiyyah dan qiyadah.
3. Ketiga : Zaadul al-qalb ( bekalan kepada hati ) iaitu ‘wamla’ha binurikalladhi la yakhbu wasyrah suduraha bi faidhil iman wa jamili tawakkulik’ dengan meminta bekalan iman dan tawakal kepada Allah. Alangkan perlunga seorang dai’e kepada limpahan iman kerana iman merupakan energy yang ampuh dalam mengharungi mehnah dan ujian di sepanjang jalan dakwah. Begitu juga sifat tawakkal iaitu penyerahan semua urusan kepada allah selepas melaksanakan amanah dakwah.
4.Keempat : amal al-qalb ( tugas hati ) :Hati-hati para daie mempunyai dua tugas besar di dalam hidup iaitu :
- Wa ahyiha bi makrifatik : hidup untuk mengenali Allah
- Wa amitha ‘ala syahadatik : mati sebagai syahid
Inilah matlamat tertinggi seorang daie iaitu mempertaruhkan jiwa raganya demi mencapai visi agung iaitu mati syahid serta dia hidup untuk tajaarud kepada dakwahnya. Inilah maksud dan tuntutan dari doa rabithah.
Benarlah seorang akh yang bersin di Kota Kaherah maka akan ada Akh yang lain mendoakannya di Kota Iskandariah.Itulah gambaran para du’at yang kukuh ikatan hati, mantap dhamir dan perasaan , saling mendoakan antara satu sama lain demi menjunjung Deen.
Moga kita tidak jemu membayangkan wajah-wajah akh kita dalam doa kita dan memohon diberi kekuatan.
Para mutahabbuna fillah ! perbanyakkan berdoa sebelum usai pertemuan..
YDP Seremban
Tinggalkan komen