Feeds:
Kiriman
Komentar

Archive for Mei 2009

                               

Hakikat yang perlu diakui bahawa bangsa Melayu merupakan bangsa tonggak kepada masyarakat majmuk di Malaysia. Bangsa Melayu telah memimpin dan menerajui kepimpinan negara sejak kemerdekaan hingga hari  ini. Hak dan keistimewaan orang Melayu telah dijamin dan termaktub di dalam perlembagaan negara.

Apabila kita membicarakan persoalan Melayu, kita tidak terlepas dari membicarakan persoalan agama Islam. Artikel  3(1)Perlembagaan Malaysia menyebut agama Islam sebagai agama perseketuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.

Hari ini bangsa Melayu berdepan dengan pelbagai ancaman dan gugatan . Ancaman dalaman dan luaran yang menghakis hak dan identiti bangsa Melayu. Sejak 52 tahun kemerdekaan, banyak pencapaian yang telah kita perolehi dalam masa yang sama banyak  juga hak dan kedudukan kita tergadai dan dipersoal.

(more…)

Read Full Post »

Al- Iltizam

Mafahim Harakiyyah : Iltizam

Salam Ukhuwwah fillah buat para kader dakwah…

Iltizam merupakan pra-syarat penting kejayaan dan keberhasilan amal dakwah.Tanpa iltizam maka dakwah tidak dapat dilaksanakan dengan cemerlang yang akhirnya menyebabkan amal terbantut dan terhenti.

Asas iltizam ialah  beriltizam dengn ajaran Islam dari sudut hukum hakam, syariat dan ajarannya. Iltizam tersebut mestilah bersifat sempurna. Iltizam terhadap Islam ini menurut Syeikh Fathy Yakan menjadikan Islam :

  • Paksi kehidupan
  • Asas berfikir
  • Kaedah membina tasaawwur
  • Sumber hukum dalam setiap isu dan tajuk.

Iltizam dari segi bahasa bermaksud “al-‘iktinaq” – melazimi sesuatu perkara. (rjk Mukhtar Sihah :m.s 597). Dalam Bahasa Melayu kita sebut sebagai komited.Perkataan ‘iktinaq’ sebagai tanda wajib menzahirkan realiti yang dapat dirasai hasil dari satu pemikiran yang dipegang. Dengan ertikata lain iltizam itu mesti ada simbiosis antara fikrah dan waqi’.

(more…)

Read Full Post »

SUMBER ENERGI DAI’E

Doa Rabithah : Sumber Energi Dai’e

rabitah

 

َأللَّهُمَّ إِنَّكَ تَعَْلمْ َأنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ َقدِ اجْتَمَعَتْ عََلى

مَحَبَّتِكْ وَالْتََقتْ عََلى طَاعَتِكَ وَتَوَحَّدَتْ عََلى دَعْوَتِكَ

وَتَعَاهَدَتْ عََلى نَصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ َفوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِ َ طتَهَا وََادِمْ

وُدَّهَا وَاهْدِهَا سُبَُلهَا وَامْلأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِىْ َ لايَخْبُوْا وَ

اشْرَحْ صُدُوْرَهَا بَِفيْضِ الإِْيْمَانِ بِكَ وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ

عََليْكَ وََأحْيِهَا بِمَعْرَِفتِكَ وََأمِتْهَا عََلى الشَّهَادَةِ فِىْ سَبِيْلِكَ

إِنَّكَ نِعْمَ اْلمَوَْلى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ َاللَّهُمَّ آمِيْنُ صَلِّى اللَّهُمَّ

عََلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عََلى َالهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ تَسْلِيْمًا

َ كثِيْرًا.

Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui bahawa hati-hati (orang-orang yang dibayangkan) ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu, bersatu lagi memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu. Oleh itu, Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan mawaddah antara mereka. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalan yang sebenar serta penuhkanlah piala hati-hati ini akan jalan yang sebenar serta penuhkanlah piala hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati sanubari ini dengan keimanan dan keindahan tawakal kepada-Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami”.

Ikhwati fillah …

Kita sering mendengar ungkapan yang mengatakan: ad-du’a-u silahul mukmin (do’a adalah senjata orang beriman). Ungkapan ini, bukan merupakan hadits nabi saw. Namun, banyak ayat Al Qur’an dan juga sunnah nabi saw yang shahih menjelaskan bahwa ungkapan itu secara makna adalah ungkapan yang shahih.

(more…)

Read Full Post »

MELAYU TUNJANGNYA

Berikut ana lampirkan satu tulisan anak didik ana  buat memahami fikrah ISMA dalam menyubur kefahaman tentang dakwah yang kita perjuangankan.

melayu islam beraja

Salam sekalian pahlawan.

Melayu itu penuh dengan adat, kesopanan dan warisan yang tinggi. Sejak berkurun lamanya, apa yang ada dalam jiwa raga Melayu itu mahu dipertahankan. Itu identiti kita. Siapa sangka, dalam punuhnya nilai adat dan tingginya elemen kesopanan, Melayu sebenarnya adalah kunci kepada satu kebangkitan buat rantau ini. Ya. Islam di nusantara ini jika mahu bangkit, MELAYU TUNJANGNYA. Benarkah? Mengapa?
takkan melayu hilang
Majoriti masyarakat menganggap, Islam itu meluas. Tidak dibatasi dengan bangsa, kulit, dan bahasa. Maka, apabila ada yang menyonsong satu ideologi bahawa kebangkitan Islam di rantau ini bertunjangkan Melayu, ini dianggap perkauman, lari daripada matlamat perjuangan Islam, malah sesat. Ibaratnya, terbina dalam minda masyarakat kita satu benteng ampuh yang memisahkan antara bangsa dan agama. Tidak boleh bercampur.

(more…)

Read Full Post »

Wahai Sang Daie !! Jangan Penat Beramal

“Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dgn sungguh-sungguh (urusan) yg lain”. (Q.S. Al Insyirah: 7)

Tidak dinafikan lagi dalam pandangan kita sebagai kader dakwah bahawa tabiat seorang mukmin sejati adalah beramal, beramal & terus beramal. Sehingga seluruh waktunya selalu diukur dengan produktiviti amalnya. Ia tidak akan pernah diam kerana diam tanpa amal merupakan aib bagi orang beriman. Seorang mukmin akan sentiasa mengintai peluang untuk beramal. Perlu kita ingat bahawa ‘pengangguran’ dapat menjadi pintu kehancuran buat seorang da’i. Justeru tidaklah menghairankan banyak ayat mahupun hadis yang memotivasi agar selalu beramal & berusaha menghindari diri dari sikap malas dan lemah. Malas & lemah beramal dianggap sebagai sifat buruk yang harus dijauhi orang-orang beriman.

Mengingatkan bahawa tugas & tanggungjawab yang kita pikul tersangat besar & masih banyak agenda yang menanti untuk diselesaikan maka bersegeralah untuk menyiapkan diri menunaikannya. Renungkanlah akan nasihat Syeikh Abdul Wahab Azzam:

‘Fikiran tak dapat dibatasi, lisan tak dapat ditutup, anggota tubuh tak dapat diam. Kerana itu jika kamu tidak disibukkan dengan hal-hal besar maka kamu akan disibukkan dengan hal-hal kecil’.

Oleh kerana itu Rasulullah SAW segera menghantarkan para sahabat ke ekspedisi ketenteraan yang berturut-turutan sesudah Badar untuk meminimakan konflik internal yang amat mungkin terjadi lantaran berhenti sesudah satu amal besar.

(more…)

Read Full Post »

 

                             

 

Salam perjuangan buat para belia….

Belia Berwawasan Penggerak Kejayaan”, begitulah tema Hari Belia tahun ini.Belia seperti yang ditakrifkan oleh Kementerian Belia dan Sukan ialah golongan yang berusia antara 15 hingga 40 tahun.Definisi ini selaras dengan dengan takrif yang diberikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.Di dalam Islam belia ditakrifkan ketika mencapai umur baligh. Al-Quran mengungkapkan belia sebagai ‘fityah’ merujuk generasi al-Kahfi.Manakalah di dalam hadis disebut sebagai ‘syabbun’ atau ‘syabab’ yang diinterpretasikan sebagai pemuda.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia hingga akhir tahun 2008, di dapati jumlah belia Malaysia ialah 16 juta orang. Angka ini memberikan maksud dan makna bahawa belia merupakan aset berharga bagi negara dan umat.Kepedulian negara terhadap pembangunan belia menunjukkan keseriusan kita melihat bakal pewaris kepimpinan negara pada masa depan. Apatahlagi gerakan Islam dan NGO dakwah harus menyediakan pelan induk pembangunan belia atau modul-modul peningkatan diri samada bersifat soft skills latau hard skills bagi mengisi ruang-ruang menyiapkan mereka untuk mengepalai tampuk pemerintahan negara dan umat.

Hari ini para belia diberikan satu tasawwur dan imej negatif.Belia sering kali dikaitkan dengan isu-isu keruntuhan moral,budaya hedonistik,kecelaruan identiti, pengangguran dan penyimpangan hidup.Ditambah pula dengan pengaruh serangan siber terhadap identiti dan pemikiran para belia hingga mereka hilang dan rapuh daya ketahanan diri.Pelbagai gelaran diberikan sepert “Mat Rempit”, “Mat Gian”, Samseng Jalanan”, “bohsia”, “bohjan”, “kaki lepak” dan sebagainya. Ini memberikan gambaran buruk terhadap masa depan negara dan umat .Ia juga sekaligus menyaksikan kegagalan kita dalam mengangkat martabat dan harakat generasi belia.

Sebenarnya para belia disepanjang sejarah telah merakamkan pelbagai sumbangan dan kejayaan apabila ia memiliki hamasah syabab ( semangat kepemudaan)disulami dengan keimanan dan keilmuan. Merekalah perwira dan tokoh yang memimpin perubahan samada dari sejarah Islam mahupun sejarah barat.

(more…)

Read Full Post »

Figur Murabbi Teladan

Figur Murabbi Teladan

Pernahkah anda mengalami suatu saat ketika anda membuka mushaf dan anda mulai membaca al-qur’an kemudian anak-anak anda datang mendekati anda sambil membawa buku Iqra’nya lalu mereka melakukan hal yang sama seperti apa yang tengah anda lakukan?, Pernahkah anda mendapatkan Mutarabbi anda mengerjakan shaum sunnah padahal anda secara eksplisit tidah pernah menyuruhnya ataau menginstruksikannya ?, hal tersebut dilakukan oleh Mutarabbi anda hanya karena ia mendapatkan anda juga melakukan shaum sunnah pada hari-hari sebelumnya. Pernahkah anda mengalami khadimat anda perlahan-lahan menyesuaikan diri dan penampilannya di tengah-tengah keluarga anda, mulai terbiaasa mengenakan gaun panjang, memakai kerudung walau pada awalnya cuma nempel di atas kepala, tapi toh lama kelamaan ia menjadi terbiasa berjilbab baik ketika ia bekerja di dalam rumah apalagi di luar rumah?, padahal isteri anda belum pernah berkata kepadanya bahwa memakai jilbab itu wajib, apalagi memperdengarkannya ayat al-Qur’an yang berkenaan dengan kewajiban menutup aurat baik dalam surat An-nur maupun Al-ahzab.

Itulah buah dari keteladanan, ketealadaanan adalah cara berda’wah yang paling hemat karena tidak menguras enerji dengan mengobral kata-kata, bahkan bahasa keteladanaan jauh lebih fasih dari bahasa perintah dan larangan, sebagaimaana adagium mengaatakan : “Lisaanul hal afshohu min lisaaanil maqaaal”, bahasa kerja lebih fasih dari bahasa kata-kata. Dalam ungkapan lain keteladanan ibarat tonggak, dimana bayangan akan mengikuti secara alamiah sesuai dengan keaadaan tonggak tersebut, lurusnya, bengkoknya, miringnya , tegaknya dan lain sebagainya, sebagaimana pepatah mengataakan : “Kaifa yastaqqimudzdzhillu wal ‘uudu a’waj”, bagaaimana bayangan akan lurus bila tonggaknya bengkok.

(more…)

Read Full Post »

Older Posts »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,562 other followers